Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. [Surah AlAnfaal. Ayat 28.]
Friday, July 26, 2013
Jumaat Yang Indah : Senyum Banyak2.....
Salam Ramadhan,
Assalamualaikum....
Hari ini hari ke-17 puasa. Maksudnya hari ini Nuzul Al-Quran. Beruntungnya negeri yang mengambil cuti sempena nuzul....sebab jatuh hari jumaat. Bertambah sehari cuti hujung minggu. Boleh balik kampung, boleh buat persiapan raya, boleh.....macam-macam boleh.
Tak perlu nak jeles sangat. Datang bekerja pun dapat pahala yang besar. Lagi-lagi kalau menuntut ilmu dan menyampaikannya. Yang dapat cuti pun sangat pasti, pagi jumaat ramai rancang nak berhibernasi...hahaha...yeke? Kalau salah ampunkan saya.
Hari jumaat yang indah dan permai....InsyaAllah. Jom kita sama-sama memanjangkan senyuman semanis kurma. Maka, jangan lupa makan kurma barang sebiji bagi menghasilkan seyuman semanis kurma..hihi ;)
Kalau memang jenis yang susah nak senyum, tak mengapa sebab saya ada teknik untuk memastikan anda tersenyum...meh cuba teknik dibawah.... ;)
Macam mana senyuman anda. Cukup manis tak ?
Wednesday, July 24, 2013
Menjadikan pembentangan menarik.
Hi, Assalamualaikum..
Hari ini sedikit masa diperuntukkan menyelesaikan PBS tingkatan 2. Kali kedua untuk pembentangan. Kebiasaanya pembentangan untuk mendapat Band 6. Lebih tepat nak dapat A gemuk la untuk subjek Sains.
Masa saya sebaya mereka, saya bukanlah seorang yang berani ke hadapan untuk membuat pembentangan apatah lagi. Memang tak akan berlaku. Seboleh mungkin saya elak. Zaman masuk universiti pun sama, kalau bukan betul penting masuk dalah 'carry mark' memang mustahil saya nak berdiri dihadapan..heh
Memandangkan tugas sekarang yang suka dan tak suka memang akan berada disudut hadapan sekali dengan berpasang mata memandang dan meneliti segenap ruang sisi kita. Memang mustahil saya dapat mengelak lagi.
Bagaimana mempelajari mencari kekuatan berdiri dihadapan seterusnya membentangkan sesuatu perkara dengan baik. Bukan bermaksud saya sudah terbaik. Tapi sekadar tips untuk berdiri lebih baik dari seorang yang sangat pasif dan pemalu macam saya.
1. Menguasai
Kita dihadapan yang paling berkuasa. Apabila mula bercakap, lihat setiap mata yanh cuba-cuba nak memandang rendah pada kita. Sekadar psikologi, walaupun kita sendiri tidak tahu isi hati mereka semua.
2. Mendalam
Setiap butir perkataan harus jelas kita keluarkan. Pemahaman yang mendalam dalam setiap yang kita bentang atau ajarkan. Keluarkan fakta yang konkrit, supaya mulut kepada mata yang melihat kita terus kaku tak bernyawa..ceh..
3. Senyum dan berlawak
Susah sebenarnya nak berlawak atau mesra dengan mereka dihadapan anda. Kalau terlebih senyum pun tak digalakkan. Ada sisi yang anda perlu kendurkan keadaan tegang anda dengan mata yang melihat anda.
4. Kreativiti
Semua orang kreatif membuat slide power point. Tapi kurang sedikit yang mampu menghasilkan slide yang kreatif dan bermakna. Selalunya memang macam-macam fakta nak dimasukan ke dalam slide pembentangan.
5. Edaran
Ini salah satu cara nak menangkap atau mengelakkan anda dari terus dingurat oleh mata dihadapan anda. Anda dapat kurangkan kenduran dan tekanan berada dihadapab medan perang...hih
Ok, sekian untuk perkongsian ringkas.
Sunday, July 21, 2013
Exercise kejap...
Hi...Salam Ramadhan, Assalamualaikum...
Selepas balik terawih, sambil mencekik makan. Jom kita exercise sekejap.
Barangsiapa yang dapat membacanya sangatlah bijak, dan barangsiapa yang boleh membaca dengan lancar dan pantas seorang yang bijak dan pantas berfikir. Sekian.
p/s: entah betul ke tak....hurmmmm..entahlah labu...
Saturday, July 20, 2013
Menu berbuka : BBQ tembikai.
Hi....Salam Ramadhan, Assalamualaikum ;)
Cuaca hari ini sangat panas. Terik sampai pedih mata. Untuk keselesaan, memang kena berteduh dibawah bumbung, kalau baik lagi, tutup mata dan terus berlayar...hihi
Sementara tunggu waktu berbuka yang masih....eh satu jam lagi rupanya. Saya terjumpa gambar orang buat dekorasi buah tembikai. Meh tengok sekali.
Alahai.....comelnya, sayang pulak nak makan. Sedap juga kalau panas begini buat air tembikai laici kan...entah kenapa asyik minat tembikai ni...pakcik tembikailah punya pasal ni...
Friday, July 19, 2013
Belajar selepas tidur.
Hi..salam jumaat, Assalamualaikum...;)
Selamat berpuasa semua. Hari ini jumaat, penghujung hari bekerja. Hari cuti mengajar sekejap untuk saya...hihi. Hari berpoye-poye..eh takda la..gurau je. Banyak buku nak ditanda, pbs nak disemak dan nak belajar buat 'pc assembling' pagi ini. InsyaAllah.
Cara baru nak mengajar. Bagi pelajar tidur sebelum memulakan kelas. Ini salah satu contoh yang telah dipraktikkan di China. Ermm...lepas ini kalau bos lalu dan bertanya...bolehlah jawab yang belajar selepas melelapkan mata akan menyebabkan pelajar lebih banyak menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran.
Ok...selamat mencuba..take care
Ok...selamat mencuba..take care
Thursday, July 18, 2013
Apabila diperbesarkan 22 juta...
Hi..Salam Ramadhan ;)
Pernah terfikir rupa mata seekor nyamuk apabila dibesarkan sebanyak 22 juta pembesaran? Ok boleh lihat dibawah ini.
Wahhhh.....apa yang anda fikirkan sebenarnya?
Wednesday, July 17, 2013
Sekolah ganti yang penuh spekulasi, tunggu dan lihat bagaimana akan terjadi dan apa yang perlu diatasi.
Hi....Assalamualaikum, Salam Ramadhan.
Alhamdulillah, genap sudah seminggu kita menyambut Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu kan.
Tajuk hari ini sengaja dipanjang-panjangkan. Dah nama pun spekulasi, memang kalau ayat panjang dan ada tokok tambah tentu lagi seronok kan. Yee kot...
Isunya di sekolah semalam dan hari ini tentang sekolah ganti. Oleh kerana kelas hari selasa hingga khamis sangat penuh, memang hal sekolah saya malas nak ambil tahu. Yang penting dalam kepala kena masuk kelas, kena jaga waktu dan yang sangat penting kena kerja lebih untuk mengajar apa sepanjang 3 hari tersebut.
Hari ini, dikelas 5 Gemilang. Seorang pelajar bertanya lagi. Maksudnya ini pertanyaan kali kedua dan pada pertanyaan yang pertama saya berjanji untuk memberi tahu kebenarannya.
Pelajar : cikgu..hari sabtu macam mana...jadi sekolah ganti ka?
Saya : oh ye....saya lupa nak tanya pejabat la...tadi pagi waktu perhimpunan tiada pengumuman ke?
Pelajar tersebut dan rakan-rakannya mengelengkan kepala.
Saya : sebenarnya masa meeting guru minggu lepas, Pk HEM ada bagitahu tentang sekolah ganti. Tapi saya tak pasti sama ada saya salah dengar atau Pk HEM salah bagitahu maklumat. Ok...awak dengar betul2 ayat dia ea....
" sekolah ganti akan diadakan pada dua puluh tujuh nanti "
Sekarang konfius, sama ada dia sebut 20.7 atau 27. Sebab dua-dua hari sabtu kan.
Pelajar dan rakan tergelak besar. Saya senyum sahaja.
Saya : tunggu esok la...mesti ada pengumuman. Datang sekolah saja....bukan buat apa pun kat rumah kan.
Pelajar : penat la cikgu...nak rehat...ermmmmmmm
Pelajar penat. Cikgu pun penat. Tapi kami menurut perintah sahaja. Kalau melanggar titah kena buat surat tunjuk sebab pula.
Kemudian, sampai sahaja dirumah. Kawan serumah yang bekerja dibawah bumbung yang sama tapi sangat susah nak bertemu apatah lagi bertembung, terus menyampaikan.
Kawan : eh.....sekolah ganti bukan 20.7 atau pun 27.
Saya : Alhamdulillah.....boleh balik jumaat nanti.
Kawan : tak boleh juga.
Saya : dah kenapa...ada LDP ke?
Kawan : tak juga...sekolah ganti tetap ada...tapi pada dua2 tarikh...20.7 dan 27.
Saya : haaaa...? Gulp!!
Tapi sebenarnya untuk tarikh 20.7 dan 27.7 masih belum dipastikan lagi. Ini kerana masih belum ada surat pemberitahuan kepada ibu bapa. Adeh! Dah hari rabu masih belum bergerak surat menyurat. Hasilnya yang pasti kedatangan pasti sangat teruk sabtu nanti. Hipotesis saya InsyaAllah menjadi kali ini...hihi (walaupun tanpa teori kinetik jirim)
Sekolah ganti yang penuh kontroversi juga semakin banyak spekulasi. Sepatutnya di bulan Ramadhan yang mulia begini, pihak pentadbir sepatutnya sensitif dengan keadaan pelajar Islam khususnya. Malah hampir 90% merupakan orang Islam. Guru pun ramai yang Islam. Walaupun pelajar Islam merupakan minoriti disekolah. Apalah salahnya kita berehat dihujung minggu, bagi mengeratkan silahturahim. Bulan Ramadhan kan bulan di mana kita mula meluangkan masa dengan keluarga dengan rakan taulan dan juga dengan Maha Pencipta.
p/s : pergi sekolah menuntut ilmu pun dapat pahala kan...ok, motiasi positif....jangan curi tulang pula yaaaa..
Tuesday, July 16, 2013
Plan beli kereta baru yang lebih fleksibel...jom!!
Hi....Salam Ramadhan....Assalamualaikum :)
Hari raya nak dekat. Baju raya semua mesti dah siap. Kalau belum ada mesti dah plan nak beli dimana pula...kan kan..
Kebetulan tengah deting dengan pakcik google tadi, saya terjumpa kereta yang sangat fleksibel. Boleh bergerak di darat maksudnya di jalan raya seperti keadaan kereta yang sekarang ini. Yang sangat terujanya sebab kereta ini juga boleh bergerak di dalam air.
Waaaaaa...kan seronok kan...kan kan..
Oleh sebab tak tahu berenang, ok jugak beli kereta ni kan. Boleh menyelam sekali. Jimat dah. Tak payah ambil lesen skuba...hihi ;)
Sunday, July 14, 2013
APA ITU ISTIDRAJ?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.
Tapi, hidup mereka biasa sahaja.
Ada yang susah juga. Kenapa?
Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!
Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.
Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.
Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.
Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.
Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.
Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.
Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.
Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.
Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.
Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.
Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.
Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.
Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.
Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.
Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj.
Jangan!
Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Belum pernah bertuah!!
Hi...Salam Ramadhan, Assalamualaikum...
Kebanyakkan masa yang saya habiskan di facebook ataupun blogspot sibuk membaca info perkongsian yang orang sambung share dari rakan mereka. Kalau saya rasa benda itu patut dikongsikan, saya akan share dalam facebook saya. Kalau biasa-biasa dan kalau ada sedikit kena mengena dengan orang sekeliling sangat, saya share pada paparan facebook kawan atau famili saya. Bimbang pula kalau saya share pada facebook saya, ada orang-orang yang terasa. Susah juga facebook laman sosial...salah berkongsi disalah tafsirkan nanti.
Tapi ada lagi satu yang saya sangat suka laman sosial macam facebook ataupun blogspot. Eh, memanb dua ini sahaja yang saya ada. Suka sangat join mana-mana contest pertandingan.
Banyak pertandingan ada, sebagai contoh minta kita kongsikan kepada rakan tentang produk mereka. Ada pula yang memang pertandingan meminta menjawab soalan. Yang sangat bertuah apabila tak masuk mana-mana pertandingan, hanya mencari orang ke 100 ribu yang 'like' page mereka. Memang rezeki betullah.
Sebagai contoh, pertandingan page yang saya telah print screen macam dibawah. Setiap minggu akan ada pemenang kalaau share produk mereka. Tapi bagaimana pemilihan memang saya tak tahu dan diberitahu. Kecewa :(
Ini pun lagi satu. LIKE page mereka sudah. SHARE pun sudah. Letak syarat supaya share diletakkan dalam kondisi PUBLIC. Tapi kemenangan dipilih secara rawak. Mana boleh letak secara rawak, sepatutnya mereka perlu lihat siapa paling ramai dapat kongsikan page mereka. Walaupun saya memang tak termasuk yang paling ramai berkongsi. Perkataan RAWAK memang untuk yang bernasib baik atau erti kata lain bertuah. Kecewa :(
Biasanya yang saya lihat, semua yang sibuk buat contest share and like memang pada page cendawan baru tumbuh. Mereka nak kita kongsikan page mereka supaya cepat tersebar dikalangan pengguna facebook.
Niat murni mereka memang saya hargai sangat. Tapi janganlah letak like and share sebagai pertandingan. Cukuplah hanya war-warkan hadiah misteri untuk yang bertuah yang dapat menyebarkan page mereka kepada rakan taulan. Hadiah misteri ok.
Sebenarnya benda like and share dah lama. Sejak zaman saya mula membuka blog. Cuma masa itu takda button 'like', cuma share dan ceritakan blog mereka, nanti akan dapat hadiah.
Awal-awal suka juga nak masuk mana-mana sharing ni. Lama kelamaan saya perasan yang banyak hadiah hanya diberikan kepada Blogger yang sangat rajin mengupdate, ada nama dan glamour dikalangan kawan-kawan mereka. Maka, hadiah diberi kepada rakan sendiri. Tak best dah...kecewa :(
Memang saya belum ditakdirkan bertuah lagi. Memang bukan rezeki saya lagi. Menang kalah adat kan. Tak semua yang kita inginkan kita dapat. Bersyukur dengan apa yang ada. Allah maha Pengasih dan Penyayang kan. InsyaAllah...
Saturday, July 13, 2013
Sekolah tutup di bulan puasa? mimpi sekejap....
Hi....Assalamualaikum. ...
Hari ini sabtu. Sekolah tutup. Budak sekolah dan cikgu sekolah mungkin juga ada yang datang sekolah. Mereka rajin membuat kelas tambahan. Saya terus terang memang malas untuk hujung minggu. Kelas hanya pada hari sekolah. Ok.
Haa...biasalah cuti dan puasa. Macam lagi seronok kalaulah bulan puasa terus KPM bagi cuti sebulan. Eh, lebih sedikit untuk berhari raya pun seronok juga. Kenapa? Bila berbuka puasa dengan famili lagi rasa seronok jika dibandingkan berbuka dengan kawan. Bukan maksud tak suka kawan-kawan tau...cuma lagi seronok dengan keluarga sendiri.
Kalau nak masak-masak kat kampung. Macam-macam boleh buat. Nak cari bahan pun senang. Kedai dekat dan naik motor sahaja. Tapi dirumah sewa, kekangkan bahan nak buat pencuci mulut, buat kuih ke...biasanya memang ada tepung gandum sahaja. Kalau dapat buat, mesti kena betul budget, sebab bukan selera kawan-kawan pun kadang2. Adeh...kan lemah dah.
Ada betulnya ayat diatas kan. Kita saya kalau marah, memang semua benda yang memang nak cakap saya cakap. Hihi.. Tapi ada juga orang bagitahu, memang biasanya begitulah. Lagi kalau memang ada marah yang tak terluah.
Ada juga orang bagitahu, yang ini saya baru tahu. Benda pertama yang kita cakap itulah sebenarnya yang kita nak bagitahu. Sebagai contoh kawan nak belanja tanya kita nak makan apa? Kita jawab nak makan aiskrim Baskin. Tapi kawan tak dengar....dia minta kita ulang, dan kita cakap....apa2 je la... Nampak kan..dalam hal ini (makan) saya setuju pendapatnya. Tapi dalam hal lain yang lebih serius...saya lambat nak menjawab sebab kena banyak fikir.
Ok. Selamat berbuka. Eh? Lama lagi...hihi
Jaga diri semua. Jangan marah-marah. Ada benda tak berkenan, istigfar banyak2...orite, take care.
Friday, July 12, 2013
Masjid Biru-Ungu.
Hai....Assalamualaikum ;)
Selamat pagi Jumaat. Hari ini 3 Ramadhan. Jumaat pertama dalam bulan puasa. Semoga semua yang sedang membaca (jika ada) selamat menyambut keberkatan bersahur pagi tadi.
Semalam, Alhamdulillah pertama kali berterawih di masjid baru Permas Jaya. Masjid Al-Azim. Motif perjalanan jauh sedangkan ada 2 surau berdekatan? Sebab belum pernah menjejakkan kaki ke masjid biru-ungu yang sangat cantik sejak pembukaannya sebulan dua yang lepas. Masa majlis perasmian pun tak sempat nak datang.
Jujur saya katakan saya jarang sekali pergi terawih secara konsisten 30/29 hari puasa. Selain diberikan cuti yang memang khas untuk orang perempuan. Ada 2 perkara yang paling nak elak sekali ke Masjid/Surau.
PEREMPUAN.
Apa kaitan perempuan? Entah kenapa saya jadi sakit jiwa bila melihat orang perempuan masuk masjid dengan pakaian tak menutup aurata sebaiknya. Dengan baju yang berlengan pendek dan berkaki ayam (saya harap faham maksud kaki ayam:nampak kulit). Memang ada yang siap juga bertelekung, tapi kaki ayam lagi. Mungkin saya sahaja yang gatal mata nak tengok semua itu. Tapi lelaki bagaimana yea?
Kenapa saya sakit jiwa? Sebab keadaan ini menyebabkan hati saya suka berprasangka buruk. Niat diorang baik datang masjid. Tapi saya yang fikir tak baik.
KENAL.
Saya kurang suka kalau ada sesiapa nampak saya di masjid, surau, mall, kedai, jumpa boyfriend, jumpa girlfriend, beli itu ini dan macam-macam lagi. Waktu kejadian tak pula nak tegur. Kemudian mereka-mereka jumpa saya dimana-mana semasa saya bersama kawan yang tak tahu akan aktiviti saya. Maka mulalah penceritaan mereka didepan kawan-kawan yang tak tahu apa pun.
Entah, saya tak berminat pula nak ingat balik benda lama. Tak minat juga kalau kawan tahu apa saya buat. Tak semua perkara yang kita lakukan perlu dikongsikan dengan semua orang kan. Errrmmmm...
Eh..ini dikira mengumpat ke? Eh..eh...tak kan, saja memberi pendapat. Yang wajib puasa dan solat. Lagipun solat terawih hanya sunat di bulan puasa. Solat terawih pun boleh dibuat dirumah dan dimana-mana pun. Ramai orang silap. Mungkin juga saya silap. Mohon maaf zahir dan batin.
Wednesday, July 10, 2013
Bukan sekadar berlapar dahaga.
Hai, Assalamualaikum....
Salam 1 Ramadhan semua. Jam 4 menghampiri 5 petang. Lebih kurang 2 jam lebih akan berbuka puasa. Ramailah yang sudah berstatus isteri, ibu dan emak, umi pun ada, memulakan langkah bersilat di dapur. Memastikan dapur terus berasap dengan menu pilihan..hihi. Yang tak berkaitan, tengoklah tahap kerajinan, atau mungkin sudah menjelma kedai makan dan menunpilihan di Bazar Ramadhan kan..
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan yang puasa bukan setakat memikirkan menu berbuka dan bersahur. Bukan juga memeningkan kepala dengan persiapan nak berhari raya.
Puasa dalam semua segi. Makan dan minum tentulah diharamkan diwaktu siang. Solat jangan lupa. Mata pun jaga selalu. Hati dan kepala jangan fikir perkara tak elok. Kerja jangan mengular. Mulut dan telinga dikawal, sama ada masuk dannkeluar benda tak elok. JAGA TINGKAH-LAKU. Hanya kita sendiri yang kawal diri kita sendiri.
Jangan salahkan orang lain. Jangan ikut orang laij. Dan yang paling penting, jangan salahkan takdir. Memang Allah yang menentukan. Tapi Allah tak mengubah nasib kita sebagaimana kita usaha nak mengubahnya.
Matlamat saya Ramadhan kali ini. Nak kurangkan tengok blog pakcik beautifulnara. Kadang saya tak pasti sama ada suka baca gosip atau gaya penulisan pakcik nara ni.... Hihi.....apa pun memang kena kurangkan. InsyaAllah.
p/s : putih-putih melati, merah-merah delima...baik-baik jaga diri, semoga segala amalan Allah terima.... :)
Tuesday, July 09, 2013
Lepas ni berRamadhan la...
Hi, Assalamualaikum...
Pagi selasa cuaca mendung dan hujan gerimis. Mungkin menyambut kedatangan Ramadhan maghrib nanti. Esok pagi kita bersahur, malam ini kita mula terawih.
Mudah-mudahan apa yang kita rencanakan untuk Ramadhan dipermudahkan. Tingkatkan apa yang kurang, lipat gandakan amalan. InsyaAllah..
Esok cuti sempena awal Ramadhan. Yuhuuuu.....tak sabar nak cuti lagi..hihi
Sunday, July 07, 2013
Selepas dua bulan baru dibuka?
Hi, Assalamualaikum.
Selamat pagi ahad semua. Ahad terakhir di bulan Sya'ban. Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum menyambut Ramadhan. Ingat lagi tak sebelum ini saya kongsikan perlunya Ramadhan kita tunggu dan sambut seperti mana menyambat kedatangan syawal. Persediaan dan proses mengemas rumah dilakukan di bulan Sya'ban untuk mengurangkan keletihan di hujung Ramadhan.
Semasa proses mengemas bilik tempoh hari, ada beberapa barang yang tidak perlu dibakul-sampahkan. Ada juga yang sepatutnya berada dalam kotak tetapi entah bila dikeluarkan, jadi kena susun balik dalam kotak. Dalam banyak beg tersembunyi merata dalam bilik, saya terjumpakan beberapa kotak hadiah pemberian pelajar saya. Eh? Saya tak sempat buka pun.
Selepas dua bulan sambutan hari guru. Terakhir tentang kek di hari guru. Saya fikirkan hari tersebut hanya kek dan coklat sahaja saya terima. Tapi pelajar bagi selepas sehari dan seminggu hari guru. Maka saya simpan dan kumpul dalam satu beg di dalam kereta dan beg tersebut dah sampai dalam bilik pula.
Kalau saya tak buka langsung semua hadiah ini. Memanglah teruk rasanya. Dan yang paling pening bila saya sendiri lupa siapa yang bagi. Rasanya bekas air panas dari Rubahasan, Frame gambar dari Suaidi, Jag air syafiqah kot. Bekas pensel?
Terima kasih bebanyak dengan hadiah ini. Hadiah paling bernilai bila awak semua menghormati orang lain dan berusaha sehingga berjaya sepertimana yang awak inginkan.
Saturday, July 06, 2013
Hari Sukan : Masa eratkan silahturrahim di sekolah.
Hi... Assalamualaikum.. ;)
Selamat hari sabtu, selamat berehat semua. Semalam penat bersukan. Walaupun jumaat merupakan hari yang pendek, Alhamdulillah....hari sukan berjalan dengan baik walaupun terdapat beberapa spekulasi dan ketidakpuashati pihak lain.
Tahun ini sekali lagi tugas lain yang dibimbing. Bukan lagi emcee pengacara majlis. Tahun lepas yang tugas atas kertas, tahun ini saya buktikan tugas baru lebih baik dan tiada spekulasi lagi.
Dibelakang tabir, saya bersama pelajar bekerja santai menyiapkan Papan Markah. InsyaAllah....berharap hari majlis semua akan berpuas hati.
Retetan majlis tengoklah gambar. Tak tahu nak cerita apa. Keseluruhan majlis di hari jumaat yang pendek berjalan lancar. Walaupun banyak sangat kekurangan. Alhamdulillah, berharap lebih baik di tahun hadapan.
Terima kasih kepada pelajar yang rajin sangat menolong dan tahan telinga kena marah. Walaupun memang kurang meriah dengan ketiadaan pelajar senior tingkatan enam. Majlis hari sukan tetap akan berlaku menjadi majlis wajib setiap tahun.
Memang tak semua yang kita inginkan dapat memenuhi kepuasan hati orang lain. Toleransi dan bertolak ansur perkara paling genting penting dalam memastikan sesuatu perkara dapat memenuhi impian kedua-dua pihak.
Thursday, July 04, 2013
Apabila kucing merajuk...
Hi..Assalamualaikum,
Selamat pagi semua. Mimpi dah sampai ke Jepun semua...hihi. Terasa lama pula tak balik kampung. Padahal baru hujung minggu lepas tak balik sebab kononnya nak rehat selepas Hari Koko sekolah. Hampeh tak rehat pun, sebab ahadnya jalan-jalan tengok ekspo beby.
Rindu pula nak tengok si kecik. Cukup makan ke tak kat kampung. Dah besar ke belum. Tidur malam dengan siapa. Kena gaduh dengan kucing jiran tak. Si kuning buli dia teruk sangat ke tak. Macam-macam fikir. Apa dia buat. Harap-harap masih buncit perut dia macam sebelum ditinggalkan di rumah pengasuh kampung. :P
Kebetulan rajin sangat tengok facebook ternampak gambar ini. Cara memujuk kucing apabila merajuk. Selalu juga mengamuk kat si kuning gan si kecik. Lagi bertambah extrem bila diorang?mereka berdua?...eh bukan..apa istilah yang sesuai ea..budak dua ekor kot lebih baik. Haaa...sambung bila budak dua ekor tu tengah sibuk nak makan yang diluar waktu makan. Memang rasa nak belasah je. Macam tak faham-faham, waktu makan pagi, tengahari dan malam. Takda makan petang. Nasib baik diorang budak dua ini ada ekor. Memang tak akan faham.
Cute pula gambar ini kan. Nak praktiskan? Memang tak laaa... makin bertompok-tompok kaki dia kat lantai tu mungkinlah.
Gambar pujuk memujuk mengingatkan saya proses memujuk anak buah kak ngah. Budak tu kecik je lagi. Tapi faham dah yang kakak sepupunya merajuk. Pandai pulak dia mengayakan nak pujuk sepupunya. Nak tengok gambar tak?
Sangat terharu tengok situasi ini. Kalau dengar apa budak baju belang tu cakap lagilah rasa nak sedih.
" ainul...kenapa ni..."
" ainul... nyai ade tu...."
" ainul.....kenapa senyap ni..."
Mak usu gan Mak uda ada. Tergelak-gelak tengok Jannah pujuk , sambil minum air sejuk sebab cuaca panas sangat. Si akak nak protes la tu...faham sangat, malas nak pujuk, sebab...nak ajar supaya si akak belajar bersabar...hihi ^,^
Mutiara kata untuk direnungkan bersama. Mulakan hari khamis dengan senyuman. Ikhlaskan diri bekerja. InsyaAllah, bertambah berkat.
Wednesday, July 03, 2013
Persiapan menyambut Ramadhan.
Hi semua, Assalamualaikum...
Minggu hadapan hari rabu, InsyaAllah.. Kita sama-sama akan menyambut Ramadhan. Sempena nak menyambut bulan puasa, saya kira ramai yang dah menghantar baju raya untuk ditempah. Malah ada juga yang dah selamat siap baju raya. Adeh! Puasa belum pun bermula.
Kebiasaanya, mak-mak sibuk buat persiapan mengemas rumah dah dekat seminggu nak raya kan. Tiap kali nak raya, memang nak patah pinggang dengan misi mengemas rumah, lap tingkap, buang habuk sana sini, lap yang patut, pasang langsir, pasang sarung bantal, masak untuk mengunjung lagi...itu belum masuk misi mengada-gada mengecat rumah. Haa....lagi satu misi membuat kuih raya. Tapi yang ini tak mengapa, sebab buat kuih dapat makan...bukan maksudnya tak puasa eh, maksudnya ada nilai tersendiri kepuasan membuat kuih. Mungkin sebab setahun sekali buat kuih raya kan.
Sebagai cadangan saya untuk tahun ini, mak-mak dan sesiapa sahaja yang masih berfikiran lama. Bolehlah mengubat sedikit proses persiapan mengemas rumah. Sementara seminggu sahaja nak puasa, eloklah proses mengemas dan menyental bermula sekarang.
Jangan dibazirkan nikmat pahala berlipat ganda di bulan Ramadhan semata-mata untuk keindahan dunia. Sekadar menjadi tatapan dan pujian manusia. Yang perlu dilipat gandakan usaha sampai nak patah pinggang dengan banyakkan amalan sunat seperti mengaji sampai khatam Quran.
Malahan ada baiknya dilakukan sebelum Ramadhan, supaya rumah nampak lebih selesa dan aman untuk menyambut Ramadhan. Lagipun, setakat sebulan sahaja nak raya, belum lagi habuk dan debu nak melekat sangat. Tambahan belum puasa lagi, bolehlah melantak makan minum banyak-banyak kalau penat...hahaha
Andai belum mampu nak khatam Quran, baca ayat-ayat lazim, surah yasin pun elok. Dan kalau memang takda masa langsung, sambil-sambil mengunyah membuat kerja, perjalanan pergi balik rumah bolehlah perbanyakkan istighfar. Kurangkan memberi alasan, kalau tak mampu lakukan mana-mana, tak mengapa cukuplah berdiam diri dan banyakkanlah mengingati Allah.
p/s: seronoknya dengan suasana baru deco bilik sendiri sempena menyambut Ramadhan...hihi ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)