Hi semua, Assalamualaikum...
Minggu hadapan hari rabu, InsyaAllah.. Kita sama-sama akan menyambut Ramadhan. Sempena nak menyambut bulan puasa, saya kira ramai yang dah menghantar baju raya untuk ditempah. Malah ada juga yang dah selamat siap baju raya. Adeh! Puasa belum pun bermula.
Kebiasaanya, mak-mak sibuk buat persiapan mengemas rumah dah dekat seminggu nak raya kan. Tiap kali nak raya, memang nak patah pinggang dengan misi mengemas rumah, lap tingkap, buang habuk sana sini, lap yang patut, pasang langsir, pasang sarung bantal, masak untuk mengunjung lagi...itu belum masuk misi mengada-gada mengecat rumah. Haa....lagi satu misi membuat kuih raya. Tapi yang ini tak mengapa, sebab buat kuih dapat makan...bukan maksudnya tak puasa eh, maksudnya ada nilai tersendiri kepuasan membuat kuih. Mungkin sebab setahun sekali buat kuih raya kan.
Sebagai cadangan saya untuk tahun ini, mak-mak dan sesiapa sahaja yang masih berfikiran lama. Bolehlah mengubat sedikit proses persiapan mengemas rumah. Sementara seminggu sahaja nak puasa, eloklah proses mengemas dan menyental bermula sekarang.
Jangan dibazirkan nikmat pahala berlipat ganda di bulan Ramadhan semata-mata untuk keindahan dunia. Sekadar menjadi tatapan dan pujian manusia. Yang perlu dilipat gandakan usaha sampai nak patah pinggang dengan banyakkan amalan sunat seperti mengaji sampai khatam Quran.
Malahan ada baiknya dilakukan sebelum Ramadhan, supaya rumah nampak lebih selesa dan aman untuk menyambut Ramadhan. Lagipun, setakat sebulan sahaja nak raya, belum lagi habuk dan debu nak melekat sangat. Tambahan belum puasa lagi, bolehlah melantak makan minum banyak-banyak kalau penat...hahaha
Andai belum mampu nak khatam Quran, baca ayat-ayat lazim, surah yasin pun elok. Dan kalau memang takda masa langsung, sambil-sambil mengunyah membuat kerja, perjalanan pergi balik rumah bolehlah perbanyakkan istighfar. Kurangkan memberi alasan, kalau tak mampu lakukan mana-mana, tak mengapa cukuplah berdiam diri dan banyakkanlah mengingati Allah.
p/s: seronoknya dengan suasana baru deco bilik sendiri sempena menyambut Ramadhan...hihi ^^
No comments:
Post a Comment