Friday, May 23, 2014

Selepas 150 hari....


Alhamdulillah. 

Selepas 150 hari yang sangat panjang awalnya.
Semakin singkat dan pendek akhirnya.

Alhamdulillah,  terima kasih Ya Allah dengan kesempatan nikmat ini. Terima kasih. Alhamdulillah.

Doakan kami.



p/s: doakan juga majlis esok berjalan lancar. ;)

Sunday, May 18, 2014

Hari Raya buat Cikgu-cikgu...


Assalamualaikum, 

Semalam bukan. Dua hari lepas tarikhnya 16 mei. Tapi semalam sambutan di sekolah bersempena sekolah ganti puasa kedua. Yeehaaaa...dapat cuti puasa dua hari. Bulan Ramadhan pun hanya tinggal beberapa hari.

Mengalami sambutan hari guru di sekolah yang mempunyai dewan, suatu pengalaman baru. Majlis hari guru yang dikelolakan sepenuhnya oleh pelajar, memang rasa terbaik setakat 5 tahun mengajar. Baru lima tahun, ada orang dah dua puluh lima tahun. Hehe.... 

Hari guru temanya......


Semua dari kita adalah guru kepada rakan disekeliling kita. Kita adalah guru kepada diri kita sendiri. Cuma kita kurang menyedari. Tiada sesiapa yang dapat mengubah diri kita kecuali kita yang membenarkan. 


InsyaAllah, selamat hari guru semua :)



Thursday, May 15, 2014

Kenapa nak pisahkan.....


Assalamualaikum.

Hi semua....hampir berapa lama agaknya kurang menonton tv. Banyak juga program tv yang dulu jadi kegemaran, tapi akibat antena astro yang bermasalah. Terus tak tahu apa yang berlaku. Semua berharap pada akses internet sahaja.

Seminggu ini baru berkesempatan menonton tv. Oh ya sebenarnya antena dah dibaikki 2 minggu lepas setelah 3 bulan merajuk. Selepas maghrib, terperasaan tajuk drama yang macam sama tapi tak serupa. Dahulu ada cerita tajuknya 'sebenarnya saya...isteri dia'. Saya fikirkan sambungan agaknya drama 'aku isterinya'. Rupanya langsung tak sama, yang sama hanya heronya sahaja.

Sebelum itu, terkejut juga paparan astro dah berubah banyak sangat. Saya belek-belek rancangan tv yang ada. Eh eh dah kenapa pula tajuk drama yang ada ini. Ada pula drama 'dia suamiku'.

Laaa....suami dan isterinya kok dipisah-pisahkan..ermmmm...



Drama Malaysia asyik sama sahaja plotnya. Bosannya tengok drama sekadar suka-suka,  tak mengembangkan minda positif dan memberi impak dan pedoman pun. 

Wanita mana yang hendak ditakdirkan hidupnya menjadi isteri secara sembunyi? Oppsss....mungkin memang ada. Terlupa. Manusia macam ragam dan perangai. 

Banyak lagi isu boleh diketengahkan rasanya. Isu menangani masalah sosial remaja macam-macam jenis. Kadang yang tak saya terfikirkan pun boleh berlaku. Tak terfikir saya pelajar sekolah boleh bertindak begitu.


Ok la...semalam malam. Selamat hari guru. 

Guru pencetus kreativiti, penjana inovasi.

Thursday, May 08, 2014

sebelas yang berbeza.


Assalamualaikum. 

Lama ditenung. Lama direnung. Makin lama buat hati nak tergelak. Bimbang pula bibir tersenyum. Nanti dikatakan sedang berangan apatah.

Beza kita sebelas tahun. Siapa sangka dahulu saya adalah mereka yang berada dihadapan. Namun kini saya berada di satu meja paling besar dihadapan kelas. 

Renungan saya ditakuti (agaknya), cepat-cepat dilarikan anak mata masing-masing apabila mata bertembung. Lalu menunduk. Aha....saya tersenyum. Itulah saya suatu masa dahulu.

Ada juga yang berani. Saya renung, dia pun tenung. Saya besarkan biji mata, dia tersenyum. Eh budak ini. Saya naikkan kepala, seolah memberi isyarat 'nak apa?'. Dia geleng kepala dan buat isyarat 'peace' ditangan kanannya. Saya geleng kepala dan bibir tersenyum.

Kelakar hidup dikelilinggi mereka dihadapan. Seorang ibu dirumah mungkin menguruskan lima hingga sepuluh orang anak. Tapi belum tentu ada masa bermain mata seperti saya. Hidupnya hampir 24 jam sehari disekolah. Sememangnya yang dihadapan ini lebih mengerti gelodak emosi mereka yang meningkat naik. Hati remaja.



Selalu juga mereka berpesta pendapat. Ada yang menang dan ada yang merajuk. Malas masuk campur, saya cuma tersenyum. Menunggu waktu dan ketika jika itu diperlukan.

Sebaiknya apabila berlaku ketidak-sefahaman. Memang komunikasi sangat penting. Tapi barangkali mencari sedikit jarak dan mengambil masa untuk proses muhasabah diri juga antara langkah terbaik. 

Bagi saya, yang terbaik adalah tolak ansur dan saling menghormati. Hilang hormat, hilanglah kepercayaan. 

Suatu masa nanti, mereka tentu merindui saat ini. Sementara berada disini. Haruslah nikmati momen indah setiap hari.

Sepertimana yang berada di hadapan mereka ini. Seboleh-boleh rasa nak berada seperti mereka. Sebab dunia pekerjaan penuh dengan lebih banyak emosi. Dush..... :/

p/s: hanya yang mengerti lebih memahami. 


Wednesday, May 07, 2014

Kalau jujur...jawablah sebaiknya...


Hi, Assalamualaikum. 

Hari ini bermula peperiksaan pertengahan tahun 2014. Musim yang ditunggu oleh saya. Sapat sedikit berehat untuk berfikir dengan pantas dan bergerak secara cepat untuk membuat perancangan mengajar harian. Sedikit cuma rehatnya. Sebelum sampai musim ini, perlu bekerja sekali dua ganda untuk buat soalan peperiksaan. Selepas peperiksaan pula bekerja entah berapa kali lipat ganda untuk memegang pen merah.



Hehe....yeke ni. Entahlah, meniru semasa peperiksaan sangatlah salah. Kalau meniru tugasan dan kerja rumah saya rasa semua pernah lakukan. Saya juga menerapkan dan mengalakkan pelajar saya meniru jawapan soalan semasa menjawab soalan. Sebabnya nak biasakan mereka dengan teknik menjawab seperti yang dikehendaki oleh pemeriksa jawapa .

Meniru yang baik tak mengapa. Meniru yang kurang baik yang kena elakkan. 

Menipu? 


p/s: pelajar kat belakang macam menirulah....adoi....malas nak tegur...kalau tak tegur karang esok dia jadik engineer yang malas, buat bangunan salah...habis roboh...cikgu ke dapat dosa sebab tak halang dia meniru?..


Rezeki masing-masing la...


Betul la juga ayat salah seorang rakan saya ni. 


Bukan mudah. Kalau yang kita kenal sendiri pun belum tentunya pasti itu adalah jodoh, apatah lagi orang lain yang kenalkan. Walaubagaimanapun percaya dengan ikstiharah dan yakin dengan keputusan yang dibuat. 

Sebenarnya, saya sangat hormati mereka yang lambat bertemu jodoh tetapi membina kehidupan masing-masing dengan baik. Bukan tak bertemu jodoh bermaksud hilang nikmat dan bahagia di dunia. Mereka ada yang sambung belajar sehingga ke peringkat phd. Ada juga yang memilih menambah aset peribadi. Tak kurang juga meluangkan masa bersama keluarga sehingga mampu membawa kedua orang tua ke Mekah dengan duit poket sendiri. Huiii...baiknya dia sebagai seorang anak kan.



Masing-masing ada rezeki masing-masing. 

Yang sudah bertemu jodoh, jaga anugerah yang Allah berikan sebaiknya. 

Yang dalam proses bertemu jodoh...jangan nak kecoh sangat-sangat....semua persiapan dan proses nak berkahwin pun nak kecoh satu dunia. Orang lain pun bertunang juga....buat persiapan juga...memang la macam-macam dugaan. Tapi tak perlulah nak maki-maki orang setiap hari. Merungut itu dan ini....adoi....kepochi laaaaa....

Yang masih belum bertemu sesiapa. Bina hidup anda lebih baik. InsyaAllah rezeki jodoh akan menyusul kemudian....



p/s: rezeki masing-masing...




Tuesday, May 06, 2014

GST!! sokong ke tak sokong?


Assalamualaikum,  hi semuhihi.

GST. Gambar Sendiri Tangkap.

Semakin ramai pengguna facebook yang bersakan bergambar dengan muka sebesar ruang pixel gambar. Dengan aplikasi kamera 360, muka kurang cun pun boleh jadi cun sangat. Rasanya semakin ramai yang menipu terutamanya yang menjual produk kecantikan. Ramai juga yang tertipu.

Banyak maklumat telah diberikan. Banyak juga yang terpedaya. Jika tiada kelulusan pihak KKM. Jangan sesekali berani mencuba. 

Apabila penipuan menjadi sebahagian punca pendapatan, dimanakah keberkatan rezeki agaknya. Astagfirullah....maafkan saya berburuk sangka. Semoga saya tak tergolong dalam perbuatan menipu tersebut.

Malas nak ulas panjang. Cuma nak bagitahu yang.....saya sokong GST saranan kerajaan. Tapi bukan GST: gambar sendiri tangkap....hihi...tapi nak cuba juga GST. Inilah yang mampu....




p/s: saya pengguna Shaklee...juga pengedar, jom dapatkan Shaklee...tanpa GST...hihi...

Monday, May 05, 2014

5 mei 2014...setahun sudah.


Hi, Assalamualaikum. 

Setahun sudah kan. Awal-awal baca post ini terfikirkan apa agaknya? Jam 9.40 malam setahun yang lepas sedang bertungkus lumus bersama geng pusat mengundi mengira jumlah undi. Badan rasa nak pengsan, itupun kalau bolehlah....depan agen parti yang macam bagus dan berpengalaman. Mujurlah semua menghormati, tolak ansur dan sama fahaman menentukan undi rosak. 

Tapi paling rasa tak sangka, semua panggil ketua pusat mengundi dengan panggilan 'puan'. Apa semua yang layak jadik ketua pusat mengundi orang yang dah berkahwin je ke..., iskkk...dengan polis pengiring pun main panggil puan. Takpa la....bagus juga, hormat ketua kan...hihi. Padahal dalam hati sendiri, takut gila nak cakap dengan polis pengiring....hihi..nasib tak hensem sangat..lagi susah nak cakap rasanya...hahahha



 p/s: sedia berkhidmat untuk PRU akan datang...hihi, insyaAllah 

Thursday, May 01, 2014

1 Rejab.


Hai, Assalamualaikum. 

Hari ini 1 Mei. Hari ini juga masuk 1 Rejab. Hari ini hari berehat sedunia sempena nak menyambut ulang tahun kelahiran saya hujung bulan nanti..hehe, takda kaitan pun. :P

Masa berlalu sangat cepat. Walaupun sebenarnya awalnya saya rasa terlampau lama. Sedikit masa dulu, rasa penat juga menunggu. Namun sekarang,  rasa terlampau singkat dan tak cukup masa. Dengan masuknya 1 rejab, maka tinggal dua bulan menjelang Ramadhan.

Nantikan juga karangan panjang dari saya. Tulisan yang ditaip untuk berkongsi cerita peristiwa sepanjang tahun 2013. InsyaAllah.