Saturday, May 11, 2013

Asalnya Kapur Sireh....


Hi, Selamat Malam.

Assalamualaikum ;)

Heeee...ada lagi benda nak ditaip lagi hari ini. Kebetulan jumpa Majalah SAJI edisi April 2013. Entah bila majalah Saji muncul dalam rumah, pun saya kurang perasan. Kebetulan mengemas apa-apa yang agak patut atas almari, bertemu dengan majalah masak-masak.

Kebetulan, muka surat 15 dikongsikan oleh penulis artikel berkenaan Kapur Sireh. Dalam kepala terus ligat berkata...'eh...betula la....memang tak tahu pun asal usul kapur sireh ni' Saya teruskan pembacaan saya. Orang kata kalau baca mungkin akan lupa. Terus saya hendak kongsikan dalam blog, mungkin memang ada yang belum tahu macam saya. Kalau dah tau pun tak mengapa, baguslah anda sememangnya lebih banyak membaca dari saya. :D

Bagi yang tidak tahu apa dia kapur sireh. Haaa...saya tunjukkan gambar yang biasa kita nampak dijual dikedai-kedai. Kadang-kadang ada juga dijual dalam plastik yang tiada label. Harganya....lupalah, lama tak beli...hihi ^_^


Kebiasaanya, orang tua makan kapur ini bersama-sama dengan sireh. Sebab itulah terus dipanggil kapur sireh. Ada juga mengenali kapur ini dengan kapur makan. Sebab boleh dibuat masak dan makan.


Proses Pembuatan

Kapur sireh berwarna putih. Warna putih yang diperolehi dari cengkerang seperti kepah, kupang, siput, lokan dan hidupan laut. Proses menghasilkan kapur sireh adalah dengan membakar cengkerang sehingga menjadi abu menggunakan kayu api. Setelah menjadi abu, ia akan ditapis untuk mengasingkan bendasing. Kemudian abu cengkerang tadi akan dicampurkan dengan air sehingga menjadi likat. Maka, terjadilah kapur sireh untuk dibungkus dan dijual dikedai. Mudah kan :)

Walaubagaimanapun, ada juga kapur sireh yang dihasilkan dengan menggunakan batu kapur. Prosesnya bagaimana? Dalam majalah tak diceritakan pula, tak mengapa nantilah ada masa saya google kan yeaa.... >,*

Manfaat

Banyak rupanya manfaat selain dibuat masak dan dimakan bersama kapur sireh. Antaranya ;

1. Menghilangkan rasa sakit akibat gigitan serangga.

2. Mengurangkan jerawat pada muka. Tapi jangan pula menyapu pada luka yang terdedah, kerana kesannya amat memudaratkan.

3. Boleh menghilangkan ruam dibadan. Caranya dengan mencampurkan sedikit dengan bedak sejuk dan disapu nipis pada badan.

4. Mengurangkan batuk. Caranya dengan menyapukan kapur sireh diluar kerongkong. 

5. Buat masak. Untuk masak lempeng, letakkan sedikit kapur sireh kerana akan membantu mengelakkan melekat pada kuali. Untuk bancuhan tepung mengoreng pisang, keledek dan sebagainya. Untuk merendam peria bagi menghilangkan pahitnya. Selain itu, digunakan untuk merendam timun, cili, dan lobak merah untuk meranggupkannya.

6. Menghilangkan bau ketiak. Caranya dengan mencampurkan kapur sireh dengan perahan air limau. Sapu pada ketiak dalam masa 5 minit dibiarkan. Amalkan selama dua minggu. Selain menghilangkan bau, juga dapat menghilangkan kesan hitam.


Oleh kerana kapur sireh dari cengkerang. Maka kapur sireh sangat kaya dengan kalsium. Bila dengar kalsium mesti teringat yang fungsinya sama seperti susu, iaitu baik untuk tulang dan gigi. Walaubagaimanapun, pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu karang dalam buah pinggang pula.


Sekian, untuk hari ini. Tata, jumpa lagi.


Semoga Allah memberkati ;)


3 comments:

Unknown said...

Kat mana ada jual kapur sirih tu... i dok ampang kg pandan... tq chek

Unknown said...

Dekat kedai2 Banyak jual. Tanya sahaja kapur makan Ada x

al-luqman said...

Kalau yg dari cengkerang tu bolehlah dimakan. Tapi yg dari batu kapur tu tak bahaya ke kalo dimakan?