Pagi tadi, insyaAllah...sambutan Hari Guru seluruh Malaysia. Mungkin juga ada sekolah yang menangguhkan sambutan hari guru bagi memberi laluan, eh kurang tepat rasanya. Melunaskan tanggungjawab meneruskan musim peperiksaan pertengahan tahun.
Tak mengapa. Bagaimana, dimana dan bila pun disambut bukanlah perkara penting. Walaupun sedikit jeles cemburu dengan beberapa rakan yang berkongsikan kemeriahan sambutan sekolah masing-masing. Semuanya rezeki, komitmen dan kerjasama yang padu bersama guru di sekolah masing-masing.
Bagi saya, sambutan bukanlah perkara penting. Pemberian hadiah juga bukanlah perkara besar jika tiada. Ucapan juga begitu. Rasa hormat pelajar/murid terhadap guru yang paling dinantikan. Guru yang sentiasa mencari peluang mengajar, mendidik, membantu, mempermudah dan sebagainya bagi memastikan pelajar/anak murid terus maju ke hadapan.
Bagi saya cukup rasa hormat. Bila ada hormat, ada tolak ansur. Ada tolak ansur, wujud kasih sayang. Bila ada kasih sayang, barulah kemesraan wujud dan proses komunikasi menjadi lebih baik dan mudah. Dalam mana-mana perhubungan pun begitu. Segalanya bermula dengan rasa hormat. Hilang hormat, hilang kepercayaan.
Cukup satu gambar dahulu untuk sambutan hari guru bahagian satu. Acara potong kek sempena mereka yang lahir dalam bulan Mei. Cikgu baju kelabu lelaki dan perempuan warna hijau kebetulan memang dilahirkan untuk jadi seorang guru. Seronok dapat 'double' hadiah kan.
Eheheeeeee....semangat kononya nak buat bahagian kedua. Tak mengapa. Niat dahulu pun ok juga. Selamat Hari Guru buat mereka yang pernah hadir dalam hidup ini sebagai guru kepada saya. Boleh jadi 'dia' adalah guru disekolah, mak dan abah, guru mengaji, rakan-rakan seperjuangan dan boleh jadi murid-murid ku juga. Setiap hari kita adalah guru dan murid kepada orang lain. May Allah Bless. Tata~
*************************************************
p/s: tunggu juga sesiapa yang sudi bagi hadiah. Kalau paling besar...cukuplah TV Plasma, tapi tak mengapa kalau kecik pun...Iphone5 pun ok. Kecik besar dua-dua saya OK. ^_^
1 comment:
amboi demandnya dia..bagi plasma darah dengan yourphone jela ;)
Post a Comment