Friday, January 19, 2018

Azam Pertama 2018. #1M1K


Bismillahirahmanirrahim..

Sudah terlambat agaknya bila baru mula menaip post pertama di tahun 2018. Hari ini sudah hari ke 18 berlalu.

Bermula 1 januari sekolah bermula, tak cukup tangan hendak menaip. Barangkali juga lupa adanya blog yang dibuka bagi mengasah bakat menulis dan berkongsi cerita. Paling utama, buntu ayat mana harus dimulakan bagi memulakan permulaan tahun baru.

Ya...masih belum bertemu impian dan harapan bagi 2018. Banyak suka dan duka silih berganti di tahun 2017, menyebabkan hati tak sanggup lagi merancang. Beratnya untuk redha dengan ketentuan Illahi yang memberi dan menarik nikmat sekelip mata. Allahuakbar!!

Bagi meningkatkan kepuasan diri. Azam pertama saya untuk tahun 2018 adalah nak tambah kemahiran membuat kuih tradisional. Maka dengan itu, kena rajin buat kuih. Kita tetapkan matlamat dengan 1 minggu 1 kuih. #1M1K



Seri muka labu.
Minggu pertama sekolah rasa nak makan seri muka. Oleh kerana pandan baru mula ditanam dan tak terfikir nak ambil lebih dari rumah mentua tempoh hari, jadi kita oleh guna labu yang dilenyek. Resepi agak-agak mengikut resepi seri muka durian. Rupa dah menarik, rasa menarik.


Kuih lapis.
Minggu kedua kita melapis kuih. Mudah juga kuih kukus. Dalam masa 1 jam dah siap. Tapi masa untuk dimakan kena tunggu sejuk baru molek untuk dipotong.


Kek kukus pisang.
Kali ini bukan minggu ketiga, tapi entah tengah gian nak mengukus. Tapi itulah, pahit pulak kek. Tak tahu maba silap. Kemungkinan besar mungkin jenis pisang kurang sesuai.


Karipap.
Mengubat kekecewaan, kita rehat sekejap menggunakan pengukus.maka muncullah air tangan kita si karipap inti kentang. Tambahan pula kita boleh sejuk bekukan dan mudah digoreng pagi untuk bento ke sekolah.


Apam gula merah.
Siapa kata dah kecewa tak boleh teruskan hidup. Kita cuba juga bercinta dengan pengukus. Sebenarnya dah lama termimpi nak buat apam. Tapi kengkangan mencari kelapa parut yang tak ketemu. Akhirnya jumpa satu kedai, tapi alahai....di parut sampai ke tempurung. Tak molek sikit warna kelapa.

Cukuplah untuk menunjukkan semangat mengobar-gobarkan impian azam tercapai. Akan datang menu minggu ke empat muncul bersama dengan resepi. InsyaAllah.

Azam pertama tahun 2018. Azam seterusnya masih dalam perancangan.

Semoga memberi manfaat.

Assalamualaikum.


Friday, December 29, 2017

Resepi Donut Gebu


Bismillahirahmanirrahim...

Hari ini jumaat terakhir tahun 2017. Hujan gerimis sejak malam hingga ke saat tulisan ini ditaip. Apabila hujan begini, macam-macam selera muncul. Kengkangan bahan dapur, jadi saya fikirkan yang paling penting mesti Al Fatih boleh makan dengan penuh selera.

Berbekalkan resepi yang sibuk viral suatu masa dulu dari Chef AZlina yang viral juga sebab berkongsikan resepi yang sepatutnya rahsia dikalangan pembuat kuih dan kek. Ramai memberi komen "pasti menjadi" jika kita ikut betul resepi beliau bagi. 

Ini saya kongsikan resepi beliau. Saya gunakan water roux. Naik gebu...yummy...


Kali kedua membuat donut. Kali pertama bancuhan yis tak kembang semangkuk begini. Mungkin yis lama..tapi yang ini menjadi, saya terus bersemangat. Gah kan.


Skill yang perlu diperbaikki di masa depan ;
1. Membulatkan doh.
2. Menjaga api semasa mengoreng.

Kejung tangan tak dapat nak membulatkan doh comel. Ala kadar dapat gitu je...


Bentuk rupa setelah siap digoreng. Maaflah tak pandai lagi jaga api. Gelap sikit. Suami punya nak jaga hati..."sedap juga yang gelap, rasa geseng tu cam latte". Tapi yang gelap off the picture, yang cantik sikit boleh masuk gambar.


Doh yang sama boleh buat burger Malaysia. Juga untuk pizza. Bila resepi menjadi rasa nak buat macam-macam. Hehe...yummyyyy....


Selamat mencuba. Jumpa lagi tahun depan. Tata.


Sunday, May 14, 2017

Selamat Hari Ibu



Hari ini, satu dunia mengiktiraf sebagai hari ibu.
Masih ramai yang bercanggah pendapat dan meletakkan hukum mereka yang menyambut hari ibu.
Kata mereka, ibu seharusnya dikenang sepanjang masa. Buka pada waktu tertentu dan bukan hari tertentu.

Mungkin mereka ini antara anak yang soleh dan solehah.
Sentiasa bersama ibunya. Sentiasa bertanya khabar ibunya. Sentiasa memberikan hadiah. Sentiasa menitipkan doa. Sentiasa dan sentiasa. 24 jam sehari. 7 hari seminggu dan sepanjang tahun.

Bagi kita yang kurang berkesempatan bersama ibu. Sibuk dengan tanggungjawab hakiki. Apa salahnya jika semalam kita tak sempat dengar suaranya, menatap wajahnya dan mengucapkan sayang kepada si ibu. Hari ini kita LEBIHkan sedikit masa dan ringgit untuk memberikan senyuman dibibirnya dan menyejukkan hatinya dengan memberikan hadiah dan ucapan.

Benar.
Ibu bukan meminta.

Benar.
Ibu ikhlas sayangkan kita.

Benar.
Kasih ibu sampai ke syurga.

Benar. 
Esok belum pasti ada peluang.


Selamat hari ibu.
Untuk mak kandung ; Naimah Hj Sayo
Untuk mak mentua ; Hjh Umi Kalsom Hj Jaafar

Terima kasih kerana mengasihi, menyayangi dan mendoakan kami adik beradik. Semoga Allah berikan keberkatan umur buat kalian berdua. Diberikan kesihatan dan dimakbulkan doa-doa kalian. 


Dari ibu dan al fatih.


Saturday, May 13, 2017

Nasi Ambeng pilihan kenduri


Alhamdulillah.
Tahlil arwah abah...sekali sekala kita kembalikan legasi kenduri nasi ambeng. Kami adik beradik berpakat rewang sendiri dari A sehingga Z.

Apa dia nasi ambeng?
Gabungan nasi putih, ayam masak kicap, mee goreng, urap daun ubi, sambal goreng, ikan kering, serunding dan ulam-ulaman.



Akan datang saya kongsikan cara buat serunding manis. Kalau buat manis dan kering, sangat sedap dimakan begitu sahaja. Malah tahan lebih lama.



Sunday, May 07, 2017

Al Fatihah untuk Abah


Assalamualaikum.

Lama meninggalkan blog. Dugaan yang datang di bulan April. Walaupun berat dan belum bersedia. Kita sebagai hamba, kena redha dengan ketentuan-Nya. 

Kita merancang, Dia merancang.
PerancanganNYA juga yang terbaik buat kita.
Redha dan ikhlas.

Ya Allah.
Berat hati ini. 
Saat jari ini menaip...ada air mengenang di hujung mata.

Ya Allah.
Kuatkan hati aku.
Kuatkan hati mak.
Kuatkan semangat kami adik beradik.

Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui.

Al Fatihah.
Untuk arwah abah.
7 April 1947 - 8 April 2017.



Ini abah masa melawat besannya (ayah abang ipar). Besan abah pergi selepas seminggu abah datang melawat (2 minggu sakit dihospital). Lewat 10 hari kemudian....abah menyusul rupanya. 

Ya Allah.