Monday, July 01, 2013

Gangguan Elektrik, jom atasi!!


Hi, Assalamualaikum...

Siang tadi balik sekolah rumah sunyi sepi, memang biasa sunyi. Tapi hari ini sujyi sampai bunyi perut pun boleh dengar...haha. Sunyi disebabkan ade gangguan bekalan elektrik. 

Kesempatan ini, saya kongsikan beberapa cara mengatasi.....bukan mengatasi gangguan bekalan iaitu membaik pulih keadaan. Cara mengatasi keboringan menghadapinya.

1. BORAK
Kalau masih banyak cerita nak dikongsikan dengan kawan. Ha..inilah masanya, selalu cerita sikit-sikit sangkut sebab tengah khusyuk tengok drama filipina je kan. Tengoklah berapa banyak boleh buat skrip drama. Tapi hati-hati, salah cerita menjadi dosa mengumpat pulak.

2. MEMBACA

Kalau dah hobi membaca, mungkin ini waktu paling ideal. Boleh habiskan banyak buku rasanya. Saya? Lama dah tak membaca. Buku org bagi (dato K) pun tak mula membaca..hihi

3. BERKEBUN

Kalau dah petang, cuaca dah tedup sedikit. Bolehlah mulakan aktiviti menanam. Tapi tengahari, jangan memain panas, boleh jatuh sakit pulak.

4. TIDUR

Hehe...sesuai la masa untuk merehatkan diri. Lupakan hal kerja, hal peribadi, masalah rumah tak bertangga dan masalah yang tak patut 
masuk campur. Kita lelapkan mata sehingga elektrik selamat darigangguan. Entah gangguan sapalah..mimpi pun ok.



Cuba try test ujian dibawah. Cari perkataan pertama yang awak sekua boleh nampak. Jom try!



No comments: