Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

#Nuffnang...nasibku


Ada orang nak aktif menaip di dalam blog untuk dapatkan duit poket tambahan. Memang betul kalau serius dan ramai pengikut a.k.a followers memang banyaklah dapat point. Point dikumpul boleh jadi duit poket. Saya ada terbaca seorang blogger yang sekarang tak berapa aktif dan pernah menjadi model sambilan sebelum ini, jadi beliau telah pun memperolehi followers tersendiri semasa zaman kerajinan menaip tulisan di dalam blog. Memang ramai dan hasilnya beliau boleh bercuti ke Hong Kong bersama famili dengan duit menulis blog sahaja. Hebat kan. Saya kagum.

Menaip dalam blog pun bukanlah sekadar menaip merapu. Kalau berkaitan dengan hidup peribadi sedikit sebanyak kisahnya memberikan inspirasi kepada orang lain. Selain itu, ada blogger yang rajin memberikan pandangan, komen atau review tentang sesuatu tempat, produk ataupun makanan. Ada juga yang rajin berkongsi resepi makanan. Apa pun boleh ditaip asalkan dapat menarik orang nak baca dan seterusnya memberikan komen. Pencapaian terbaik jika penulisan mereka turut dikongsikan oleh pembaca. Maka semakin ramai yang buka dan baca blog mereka. Point juga bertambah tinggi. Point tinggi duit pun berkepuk-kepuk. Heh.

Selepas itu, bagi nak naikan rating blog, perlulah dikongsikan ke laman sosial lain seperti facebook dan twitter sebagai contoh. 

Saya adalah juga cuba meningkatkan kualiti tulisan saya dalam blog dan seterusnya meningkatkan bilangan pembaca. Tapi entah kenapa semakin banyak difikirkan semakin rasa tak perlu. Saya menulis bukan hendak mendapat pujian atau penghargaan orang. Tulisan ini untuk bacaan saya dikemudian hari. Jika sedikit memberi inspirasi kepada orang, terpulanglah. Semua ini ilmu Allah.

Pagi ini saya cuba-cuba buka akaun #Nuffnang sendiri. Itupun selepas tiga hari lepas mendapat emel dari #Nuffnang. Kandungan emelnya seperti ini. Serius malas nak baca. 


Apabila saya buka akaun #Nuffnang. Seperti sebelum ini mesti terlupa password. Makanya kena la mohon password baru. 


Terkejut juga bila ada nilai RM 0.27. Hahahahaha....nak tergelak pula saya. Entah dari mana datangnya. Alhamdulillah yang mampu saya sebut, untuk tuntut nilainya tak perlulah rasanya. Tak layak.

Bagi saya, untuk sesiapa lepasan SPM atau STPM dari membuang masa melepak dan menghabiskan duit FAMA. Sambil menikmati keindahan cuti panjang baiklah dikongsikan dengan orang luar. Belajar cara nak menulis blog dan seterusnya sehingga menarik orang lain untuk membacanya. Serius boleh menjanakan duit poket.

Maaflah #Nuffnang, tugasan yang diberi susah sangatlah. Bagilah tugasan yang mudah. Blogger lain dapat yang mudah je. Kenapa kenapa dan kenapa...hehehe

Ok la..sampai sini. Tata.


Sunday, July 14, 2013

Belum pernah bertuah!!


Hi...Salam Ramadhan, Assalamualaikum...


Kebanyakkan masa yang saya habiskan di facebook ataupun blogspot sibuk membaca info perkongsian yang orang sambung share dari rakan mereka. Kalau saya rasa benda itu patut dikongsikan, saya akan share dalam facebook saya. Kalau biasa-biasa dan kalau ada sedikit kena mengena dengan orang sekeliling sangat, saya share pada paparan facebook kawan atau famili saya. Bimbang pula kalau saya share pada facebook saya, ada orang-orang yang terasa. Susah juga facebook laman sosial...salah berkongsi disalah tafsirkan nanti.


Tapi ada lagi satu yang saya sangat suka laman sosial macam facebook ataupun blogspot. Eh, memanb dua ini sahaja yang saya ada. Suka sangat join mana-mana contest pertandingan.


Banyak pertandingan ada, sebagai contoh minta kita kongsikan kepada rakan tentang produk mereka. Ada pula yang memang pertandingan meminta menjawab soalan. Yang sangat bertuah apabila tak masuk mana-mana pertandingan, hanya mencari orang ke 100 ribu yang 'like' page mereka. Memang rezeki betullah.


Sebagai contoh, pertandingan page yang saya telah print screen macam dibawah. Setiap minggu akan ada pemenang kalaau share produk mereka. Tapi bagaimana pemilihan memang saya tak tahu dan diberitahu. Kecewa :(




Ini pun lagi satu. LIKE page mereka sudah. SHARE pun sudah. Letak syarat supaya share diletakkan dalam kondisi PUBLIC. Tapi kemenangan dipilih secara rawak. Mana boleh letak secara rawak, sepatutnya mereka perlu lihat siapa paling ramai dapat kongsikan page mereka. Walaupun saya memang tak termasuk yang paling ramai berkongsi. Perkataan RAWAK memang untuk yang bernasib baik atau erti kata lain bertuah. Kecewa :(




Biasanya yang saya lihat, semua yang sibuk buat contest share and like memang pada page cendawan baru tumbuh. Mereka nak kita kongsikan page mereka supaya cepat tersebar dikalangan pengguna facebook. 

Niat murni mereka memang saya hargai sangat. Tapi janganlah letak like and share sebagai pertandingan. Cukuplah hanya war-warkan hadiah misteri untuk yang bertuah yang dapat menyebarkan page mereka kepada rakan taulan. Hadiah misteri ok.


Sebenarnya benda like and share dah lama. Sejak zaman saya mula membuka blog. Cuma masa itu takda button 'like', cuma share dan ceritakan blog mereka, nanti akan dapat hadiah.


Awal-awal suka juga nak masuk mana-mana sharing ni. Lama kelamaan saya perasan yang banyak hadiah hanya diberikan kepada Blogger yang sangat rajin mengupdate, ada nama dan glamour dikalangan kawan-kawan mereka. Maka, hadiah diberi kepada rakan sendiri. Tak best dah...kecewa :(


Memang saya belum ditakdirkan bertuah lagi. Memang bukan rezeki saya lagi. Menang kalah adat kan. Tak semua yang kita inginkan kita dapat. Bersyukur dengan apa yang ada. Allah maha Pengasih dan Penyayang kan. InsyaAllah...