Sunday, December 29, 2013

Jangan mudah lupa diri



Bahagianya kita hari ini 
Bukan kerana usaha keras
Kita seorang sahaja

Kayanya kita hari ini
Bukan kerana rajin
Kita seorang sahaja

Berjayanya kita hari ini
Bukan kerana doa
Kita seorang sahaja

Hakikatnya
Segalanya terjadi
Dengan bantuan orang lain
Yang Allah hantarkan kepada kita
Tanpa kita sedari

Hakikatnya
Bukan kerana doa kita dimakbulkan
Tapi kerana doa orang lain yang tidak putus mendoakan kita
Tanpa kita ketahui..




Semoga kita tergolong diantara orang-orang yang bersyukur. Semoga kita menjadi orang yang lebih menghargai orang lain. Semoga kita masih punya rendah hati dan harga diri. Semoga kita tidak melupakan mereka yang sentiasa berdiri disisi dan yang sentiasa mendoakan kita semasa waktu-waktu sukar kita... Semoga Allah redha...

Saturday, December 28, 2013

Selamat tinggal sabtu terakhir 2013.


Hi, Assalamualaikum. 

Hari sabtu kembali lagi. Sabtu terakhir tahun 2013 nampaknya. Tahun depan hari sabtu kena tidur awal sebab esoknya ahad nak bersekolah pula.

Sepanjang minggu ini proses menunggu Mr. Pou tumbuh rambut. Genap seminggu hari ini. Baru tumbuh sehelai itu pun se'coet' sahaja. Mungkin kena tunggu sabtu hadapan untuk lihat proses pertumbuhan rambutnya. Mr. Pou, saya tunggu awak. Jangan hampakan saya yea....hihi ^.^

Kemudian kembali lagi ke dapur masak-masak pula. Projek membuat Kek Batik pula. Resepi sama seperti sebelum ini. Tekan sahaja link yang saya bagi di atas tu yea. Kali ini buat dua kali acuan sebab tu nampak banyak sikit bahan-bahannya. Tambahan juga letak nestum, lebihan nestum mak entah yang zaman bila. Rasanya macam terlebih biskut resepi kali ini. Tak tahulah bagaimana resepi kedua pula. Harap maaflah kalau kurang sedap, maklumlah dah lewat malam kan..hihi

Oh yea...naik sekolah nanti dah ada jam baru. Semangat di tahun baru. Itu yang berkenan dihati dan sesuai dengan budget yang ada. Bayar guna duit elaun perjalanan semasa Kursus CPD di Melaka tempoh hari. Maklumlah dah di tegur oleh seorang penceramah Dr. Maskiah mengenai kepentingan jam kepada seorang guru...hihi. Ok Dr, saya dah beli jam ni...lawa tak... :P

Cukuplah sampai disini. Sebenarnya tak tahu juga nak taip apa. Setakat ini yang terfikir dan sesuai dikongsikan nampaknya. 


Keep smiling
May Allah bless u
>___<



* baru mengenal abc,
   menulis dengan tangan kiri,
   senyuman manis nampak gigi,
   sang pemimpi siang dan malam hari...


Saturday, December 21, 2013

Tak tahu nak bagi tajuk.


Assalamualaikum. 

Genap seminggu lagi saya menaip lagi. Minggu yang sangat banyak berjalan. Cuaca mendung dan hujan-hujan. Malas nak menaip. Letak gambar pun ok laaa...

May Allah bless u



Saturday, December 14, 2013

Kentang Putar KFC.


Assalamualaikum. 

Hi semua. Genap seminggu tak menaip. Buku yang dibaca pun tak habis lagi sebenarnya. Kali ini nak kongsi resepi. Percubaan baru dari saya membuat kentang putar seperti yang dijual oleh KFC. 

Kalau gunakan pakcik google saya, mesti berbagai resepi muncul. Kebanyakkan semua sama dan lebih kurang. Ini saya taip bukanlah bermaksud resepi saya yang paling bagus. Sekadar untuk saya gunakan dimasa depan. Resepi kentang putar begini bagus juga dimakan oleh bayi 6 bulan ke atas. Cuma kurangkan penggunaan lada hitam dan lada putih serta perasa tambahan. Bagus juga untuk orang yang malas makan sebab terpaksa kunyah makanan, macam saya..hihi ;)



Bahan-bahan seperti di atas ada kentang, 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, butter, susu, kiub ayam dan dalam bekas lada hitam dan putih yang siap dikisar. Tiada dalam gambar,  2 sudu tepung jagung dan 2 cawan air.

Mula-mula kita kupas kentang dan rebus dengan air cukup-cukup paras kentang. Gunakan api kecil dan tutup periuk. Letak secubit garam.

Sementara tunggu kentang, kupas bawang kemudian kisar (tumbuk guna lesung pun boleh). Dua sudu tepung jagung bacuhkan dengan air.

Kentang dah empuk, cucuk guna garfu untuk pastikan kentang semua sudah empuk di masak. Kalau ada air lebihan, buangkan air tersebut. Dalam keadaan kentang panas, lenyekkan kentang semua, masukkan sedikit butter untuk berikan permukaan berkilat pada kentang. Kemudian taburkan serbuk lada hitam dan putih. Kemudian masukkan susu untuk berikan kentang nampak gebu dan lembut. 

Butter,  lada hitam dan putih juga susu terpulang pada masing-masing. Nak sedap letak susu lebih sikit. Kurangkan pedas dengan kurangkan lada hitam dan lada putih. Tapi saya suka susu lebih...hihi, jangan terbanyak sangat nanti jadi berkuah pula kentang putar awak tu...


Kemudian,  untuk kuahnya. Semua bawang yang dikisar ditumis dengan 2 sudu butter (agak-agak je yea..). Kemudian biarkan sampai naik bau dan warnanya keperangan. Sedap bau ni mak saya kata...hihi

Barulah masukkan air dan tepung jagung dan 2 ketul kiub ayam. Biarkan mendidih. Oh ya lupa, api semua gunakan sederhana atau kecil. Senang nak kawal sebab bimbang terhangus...hihi

Sepanjang pemerhatian saya, kentang putar ini sedap sebab ada susu dan butter. Kuahnya pula guna butter dan kiub ayam. Kalau buat kek batik pun saya guna butter dan susu sebab rasanya lebih sedap dan berlemak. Butter dan susu penting sangat. Kiub ayam saya rasa satu cukup, tapi mak saya kata ini ok daaa...mungkin lidah saya kurang suka rasa perasa terlebih. Mak suka, saya pun suka....tunggu Jannah je ni. Ini Resepi Kek Batik.

Ok..taraaaaa...hasilnya....



Rasanya? Mestilah sedap hingga menjilat jari....kurang minyak, nampak macam menu sihat kan...selamat mencuba semua.



Saturday, December 07, 2013

Buku kecil sebagai catatan harian.


Assalamualaikum. 

Hi semua. Semoga diberkati Allah. Hari ini saya mula membaca buku kembali. Oh...yea, sangat rindu dengan bau buku. Sangat lama ditinggalkan hobi membaca rupanya. Kurang ingat bila keadaan ini berlaku, mungkin juga sejak bulan 4 atau 5. Mungkin juga lebih awal dari itu. Terakhir diingat, ada orang pos buku...tapi maaflah masih belum sempat dibaca lagi. Eh, tapi jangan putus asa bagi buku lagi tahun depan...hihi ;)



Baru sahaja membaca. Bukan buku pilihan sebenarnya. Tapi sebagai kenangan berkursus tempoh hari di Melaka. Buku ini merupakan catatan pengalaman Dr. Maskiah semasa mengerjakan haji ke Mekah. Ingat lagi cerita tentang jam? Haa...dialah orangnya. Tambah pula, buku keagamaan kan...moleklah saya dapatkan sebuah. Lagi pula harga istimewa dan tanda tangan khas dari penulis. Bonus bertambah-tambah.

Saya terus terjah ke topik yang menarik hati dahulu. Nak cari mood membaca kan, kena mula dengan perkara yang lebih dekat dihati dahulu. Barulah seronok membaca.

Topik terakhir bertajuk "Buatlah Catatan Harian". Beliau mengalakkan kepada semua pembaca mulalah membuat catatan harian masing-masing. Catatan tersebut boleh dijadikan rujukan kita dimasa depan. Boleh dikongsikan bersama dengan orang yang dipercayai. Juga sebagai mencungkil bakat menjadi seorang penulis. Melalui buku catatan beliau, Dr Maskiah telah pun menulis cerpen dan memenangi Peraduan Menulis Cerpen Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan 2012.

Mungkin boleh mula mencari buku kecil sebagai catatan harian selepas ini. Banyak rasanya perkara nak ditulis sejak akhir-akhir ini. Tapi tak dapat ditulis dan dikongsikan. Sebelum terlupa, memang perlu ditulis dalam buku catatan.

Apabila ada buku catatan, lagi mudah nak dibaca. Perkara penting boleh ditulis untuk ingatan kita kalau terlupa. Dengan adanya buku catatan, mungkin lebih banyak ilham nak menaip blog. Lagi pula, menulis lebih cepat dan mudah kalau nak dibandingkan menaip dalam blog. Dalam blog, kena fikir banyak-banyak supaya apa yang ditaip tak menganggu emosi sesiapa.


Perkara baik kita sama berkongsi, yang kurang baik...ada baiknya kita simpan sendiri sebagai tauladan.


Wassalam. Jaga diri semua. Semoga diberkati Allah.



p/s : pening pula nak beli buku catatan, nak yang comel2...mahal macam beli buku pulak...haha :P

Thursday, December 05, 2013

Ahmad dan sekolah.


Assalamualaikum. 

Hi, selamat malam semua. Ini nak kongsi dua buah cerita lawak budak sekolah. Harap cerita ini boleh hiburkan hati di malam Jumaat. Jangan lupa tengok Semanis Kurma. :D


**********************
Cerita 1

Suatu petang Ahmad sedang menonton tv bersama atuknya di ruang tamu. Sedang seronok menonton drama bersiri tersebut, tiba-tiba terdengar salam dari seorang perempuan diluar rumah.

Atuk: Ahmad....cikgu kau datang tu, mesti nak tanya kenapa kau ponteng sekolah pagi tadi. Cepat menyorok kat dapur sana...

Ahmad: Atuklah ya g pergi menyorok....

Atuk: Eh, kenapa atok pula yang kena menyorok...

Ahmad: Sebab....saya bagi tahu cikgu yang atuk meninggal pagi tadi.

Atuk: *gigit telinga sendiri*

**************************

Cerita 2

Seorang guru praktikal sedang mengajar kelas pendidikan seni yang sedang cuti bersalin. Sedang dia melihat hasil kerja anak muridnya. Dia terdiam disebuah meja seorang murid kerana kertas lukisannya masih kosong. 

Guru: Siapa nama kamu?

Murid: Nama saya Ahmad cikgu.

Guru: Lukisan apa yang Ahmad lukis sebenarnya. Kenapa masih kosong? 

Murid: Saya lukis kuda sedang memakan rumput di padang.

Guru: Mana rumputnya?

Murid: Rumputnya sudah habis dimakan oleh kuda cikgu.

Guru: Jadi, mana kudanya pula?

Murid: Kudanya dah pergi ke padang lain la cikgu...sebab rumput kan sudah habis dimakan.

Guru: *gigit telinga kuda*


******************************



Ini gambar pagi tadi. Air penuh dalam sungai depan rumah. Alhamdulillah air tak naik masuk rumah. Mujur hari ini agak panas, tapi petang tadi hujan lagi.

Selamat malam semua.
Wassalam. 


Ada tujuh semuanya....


Assalamualaikum. 

Hi, selamat pagi. Kerja elok-elok semua. Jangan 'main-main dengan ular' semasa bekerja...hihi

Saya ada lagi cerita kelakar. Bolehlah buat cuci mata semua sebelum mula bekerja. Ramai kan yang selalu stress pergi kerja, balik kerja pun masih juga stress. Siap berkongsi di mukabuku betapa tertekannya kerjaya anda sekarang. Kalau stress sangat, berhentilah kerja...haha

**********************************

Seorang guru matematik ingin mengajar konsep tambah dan tolak dalam kelas 1 Intan. Guru tersebut mahu menguji tahap penguasaan pelajarnya yang bernama Ahmad. Lalu memanggil pelajar tersebut dihadapan kelas. 

Guru: Ahmad...jika cikgu beri awak arnab 2 ekor hari ini, dan 2 ekor lagi pagi esok. Berapa jumlah arnab yang awak ada dirumah?

Ahmad: Tujuh cikgu.

Guru: Apa maksud kamu dengan tujuh?

Ahmad: Tujuh ekor arnablah cikgu.

Cikgu: Kenapa pula ada tujuh?

Ahmad: Sebab saya ada 3 ekor arnab dirumah. Tambah 4 ekor cikgu bagi, jadi ada 7 ekorlah semuanya.

Cikgu: *gigit telinga arnab*



********************************


Sebelum itu, jom renung-renungkan petua untuk menjadi cenerlang.




Wednesday, December 04, 2013

Yang mana...putih atau hitam?


Assalamualaikum. 

Hari ini nak kongsi cerita lawak yang saya baca. Bolehlah hilangkan bosan bercuti dan terperap dirumah sebab hujan. Kalau belum cukup buat kamu semua tergelak. Carilah alternatif sendiri la yea...


Seorang pemuda berjalan disebuah kampung. Lalu berjumpa dengan sekumpulan biri-biri putih dan hitam. Kebetulan juga seorang pakcik berdekatan dengan biri-biri tersebut.

Pemuda: Bagus betul ternakan biri-biri pakcik ni. Boleh saya tanyakan beberapa soalan?
Pakcik: Alhamdulillah,  boleh...tanyalah nak...

Pemuda: Berapa jauh biri-biri pakcik berjalan dalam sehari?
Pakcik: Yang mana satu...hitam atau putih? 

Pemuda: Yang putih.
Pakcik: Ooo...yang putih berjalan sejauh enam kilometer sehari. 

Pemuda: Yang hitam pula?
Pakcik: Sama macam yang putih...

Pemuda: Berapa kilo rumput yang biri-biri pakcik makan dalam sehari?
Pakcik: Yang mana satu...hitam atau putih? 

Pemuda: Yang putih.
Pakcik: Ooo...yang putih makan rumput dalam empat kilo sehari. 

Pemuda: Yang hitam pula?
Pakcik: Sama macam yang putih.

Pemuda: Berapa pula bulu yang dihasilkan oleh biri-biri pakcik dalam setahun?
Pakcik: Yang mana satu...putih ke hitam?

Pemuda: Yang putih.
Pakcik: Ooo...yang putih boleh hasilkan lebih kurang enam kilo bulu dalam setahun.

Pemuda: Yang hitam pula?
Pakcik: Sama macam yang putih.

Pemuda: Kenapa pakcik suka bezakan biri-biri putih dengan yang hitam? Sedangkan jawapan pakcik untuk dua-dua biri-biri pakcik sama je...
Pakcik: Sebab yang putih tu biri-biri pakcik yang punya.

Pemuda: Ooo...patutlah, jadi biri-biri yang hitam siapa yang punya?
Pakcik: Sama macam yang putih...pakcik yang punya...hihi :D

Pemuda: *gigit telinga biri-biri*




Ok semua. 
Selamat malam. 
Wassalam. 


Tuesday, December 03, 2013

Hati-hati menjaga hati, Hati-hati untuk berkongsi.


Assalamualaikum. 

Hi semua. Selamat membaca. Agak lama juga tidak menaip di blog kesayangan. Tempat berkongsi gambar, cerita dan sedikit pembacaan. Sebagai inspirasi saya dikemudian hari dan perkongsian sihat motivasi diri sendiri dan yang sudi membaca.

Bila saya mula menaip, apabila saya baca kembali, saya rasa kurang sesuai untuk dikongsikan. Ada juga yang sesuai, tapi apabila saya ulang baca dan difikirkan kembali, mungkin bagi yang membaca akan berfikirkan yang lain pula.

Saya manusia biasa. Apabila terlihat rakan facebook berkongsikan aktiviti harian. Saya rasa seronok membacanya. Kadangkala aktiviti mereka memberi inspirasi kepada saya untuk laksanakan bersama keluarga.

Ada juga yang beberapa aktiviti mereka yang saya rasa kurang sesuai untuk dikongsikan dan saya sendiri malu membacanya. Bercuti bersama keluarga memang tak salah, tapi saya bimbangi akan mengudang masalah lain pula. Rumah ditinggalkan kosong kan sangat bahaya. Pelanduk mungkin melupakan jerat, tapi jerat tak mungkin melupakan pelanduk. Masih boleh nak berkongsi, selepas selamat bercuti, bolehlah dikongsikan. 

Ada juga berkongsi aset dunia yang dimilikki. Kereta, rumah, anak bijak bestari setiap tahun naik pentas terima anugerah. Anak yang comel setiap hari kongsi gambar. Hati-hati semua ini. Semua yang kita milikki hanya pinjaman yang Allah bagi. Allah bagi sebagai amanah untuk kita jaga dan gunakan. Bimbang ada mata-mata cemburu. Boleh mengundang jenayah pula dikemudian hari. 

Ada yang berkongsi amalan ibadat yang dilakukan. Berpuasa setiap isnin khamis, mengaji Quran 7 kali khatam, bersedekah 7 ribu, membantu nenek tua melintas jalan, belanja rakan 7 ratus dan macam lagi sentiasa ditulis dan secepat mungkin disebarkan. Gambar sedang mengaji pun turut dimuat naik? Apa motif sebenarnya berkongsi begini? Mencari bakal suami/isteri yang solehah tak perlulah promote sampai begini.... 

Hati-hati menjaga hati masing-masing. 

Sebenarnya nak buat baik bukanlah untuk ditunjuk dan dipaparkan dimana-mana. Takut pula timbul riak dalam diri. Ada pepatah mengatakan, tangan kanan buat amal sedekah jangan sampai tangan kiri dapat tahu. Bukan menggunakan konsep cubit peha kanan, peha kiri pun rasa sakitnya.



Media sosial memang baik kalau kita gunakan secara baik. Berpada-pada untuk berkongsi. Orang yang bahagia, tidak akan menunjuk-nunjuk kebahagiaan mereka. Mereka bahagia kerana mereka faham, kebahagiaan mereka adalah pinjaman kasih sayang yang Allah berikan.

Maafkan saya juga kerana berkongsi perkara ini. Bimbang akan disalah tafsir. Saya faham, memang saya banyak dan terlampau banyak kekurangan. Saya berkongsi sebagai peringatan untuk saya agar tidak berbuat demikian dikemudian hari. Andai saya lupa, tolong ingatkan saya secara berhikmah. Terima kasih. Wassalam.




Wednesday, November 27, 2013

Sukalah apa yang kita buat, sukalah apa yang kita ada.

Assalamualaikum. 

Beberapa hari yang lepas, saya terbaca suatu perkongsian rakan facebook berkenaan artikel yang dikongsikan oleh seorang pensyarah gred jusa B. Bolehlah baca pandangan, rintihan dan luahan hati belaiu yang sudah berkhidmat 25 tahun dalam bidangnya. Baca disini.


Saya tak berminat memberikan komen berkaitan dengan tugas pensyarah yang lebih berat dari tugas seorang guru. Sebab saya kurang arif berkaitan dengan hal tersebut. 

Tapi muncul kemusykilan saya kenapa agaknya hanya tugas guru yang menjadi perbandingannya. Oh, mungkin sebab guru dan pensyarah berada ditrek yang sama iaitu mengajar.

Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa isu utama yang diutarakan oleh beliau berkisar tentang gaji.


Kenapalah kita berkira-kira dengan gaji semasa bekerja. Kalau asyik berkira, semua kerja tak jadi. Kerja kenalah ikhlas. Bagi saya semua kerja ada susah dan senangnya. Semua kerja dibayar dengan gaji yang bersesuaian dengan skop tugasnya. 

Sekarang pun gaji guru pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah pada gred yang sama menerima gred gaji yang sama. Bidang tugas masing-masing berbeza. Wajarkah guru sekolah menengah mengeluh tugasnya lebih berat dibandingkan dengan guru pra-sekolah? Sebagai seorang yang berada pada bidang yang sama, wajarlah kita berfikiran rasional dan positif. 

Apatah lagi bagi yang beragama Islam. Masih ingat tiga perkara yang kita tinggalkan yang pahalanya masih berterusan walaupun setelah kita tiada. Yang pertama doa anak yang soleh, kedua sedekah yang ikhlas dan yang ketiga ilmu yang disampaikan dan masih diamalkan.

Sementara masih hidup, ilmu yang kita ada ini adalah milik Allah, kita kongsikan dan sebarkan. Semakin banyak kita sampaikan, semakin bertambah ilmu yang ada. Sebenarnya kerana ilmu ini hanya pinjaman Allah, saya tidak berani membuat mana-mana kelas tambahan berbayar. Walaupun boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan, tak mengapalah jika bayaran tersebut sebagai bekalan di akhirat nanti. Nak sedekah duit pun kadang-kadang...hihi




Saya masih ingat lagi tips yang dikongsikan oleh seorang penceramah semasa kursus induksi (KISSM) dua tahun lepas. Apabila duit gaji keluar, benda pertama kena buat pastikan sekurangnya 10% duit tersebut diberikan kepada ibu atau ayah. Walaupun mungkin mereka tidak memerlukannya ataupun telah bekerja sendiri. Kita sebagai anak, WAJIB beri. Kemudian 10% sekurangnya untuk simpanan. Kemudian dahulukan hutang piutang dan lepas itu nak poye-poye ikut sukalah. 

Ingatlah mana-mana pekerjaan tetap ada susah dan senangnya. Takda kerja yang mudah dan senang dalam dunia. Apabila kita mencintai kerja yang kita lakukan, maka akan berkuranglah rungutan yang kita lemparkan. Kalau tak suka ada baiknya berhenti. Kalau bekerja asyik nak memaki orang atasan dan orang bawahan. Dimana keberkatan rezeki kita? Fikirkanlah.



Sesuatu perkara yang dahulunya kita fikirkan menyusahkan kita, tapi itulah yang akan kita rindukan suatu hari nanti. Sementara belum terlambat, nikmati dan hargailah ia sebelum hilang depan mata.


Yang baik datangnya dari Allah. Yang sentiasa dalam kekurangan tentunya dari diri saya sendiri. 

Sekian untuk malam ini. Wassalam. 



Saturday, November 23, 2013

Hidayah untuk Berubah


Beberapa hari ini, saya belajar suatu perkara. Betul rupanya. Kalau hendak seseorang itu berubah, bukanlah boleh dipaksa. 

Rahmat hidayah Allah yang berikan. 
Pada insan yang dikehendaki. 

Tapi adakah salah Allah kalau seseorang itu masih ditempat yang sama, tanpa ada hati untuk berubah? Adakah kerana mereka belum dirahmati untuk mendapat hidayah?

Allah tak salah. Tapi kita yang salah. Tak berusaha untuk berubah. Hendak berubah, kita perlu ada matlamat. Perlu ada kesederhanaan dan istiqamah.

Ada yang berubah. Pada luarannya nampak berubah, berkata yang baik-baik dan nampak baik. Memang banyak yang begini. Tapi sebenarnya hanya lakonan semata. Sebabnya? Kerana dalam hati tidak ada perkataan IKHLAS. Bercakap banyak tapi hanya tin kosong.

Ada yang berubah. Merapati orang yang baik-baik. Belajar membaikki perkara yang dianggap kecil dan istiqamah. Mereka ini sentiasa berusaha untuk memperbaikki diri. Mereka IKHLAS, tanpa perlu dipaksa, tanpa perlu menonjolkan penghijrahan mereka. Orang yang disekelilingnya yang akan menyedari.

Indah rasanya bila kita juga turut menarik orang untuk sama-sama berhijrah. Tanpa paksaan. Hati yang bersih akan mudah mengikut perkara yang baik. Terima kasih Allah. Berikan segenap rakan-rakan yang baik dan kondusif untuk mendekati-Mu. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati kita semua.





Friday, November 22, 2013

Pantai Punggor : Cuti 2013


Assalamualaikum. 

Hi semua. Selamat petang Jumaat. Petang ini hanya hendak berkongsikan gambar jalan-jalan bersama anak buah. Jalan tak jauh pun, dekat Pantai Punggor, menghadap selat Melaka. Tentulah tak boleh nak dibandingkan dengan Pantai yang menghadap selat China Selatan. Bagai langit dengan bumi.


Kesinambungan gambar yang dimuat naik rabu lepas. Agak jakun semua orang bila terjumpa kulit kepah ke kerang berwarna ungu. Kali pertama tengok...hikhik. .


Itu baru kulit kepah warna ungu. Tiba-tiba anak buah jumpa seekor ikan. Eh? Mana munculnya? Pelik ni...air dah surut. Ada ikan gelama pulak. Kalau ikan belacak masih boleh diterima. Dulu zaman saya sekolah ikan belacak masih ada lagi.


Anak buah sibuk berusaha mengumpulkan kulit kerang, siput, kupang. Masing-masing nak tunjukkan keunikan dan kepelikan hasil tangkapan mereka. Balik semua bau masam dah.


Itu sahaja bahagian 1 untuk cuti sekolah tahun 2013. InsyaAllah,  panjang umur boleh jalan pantai lain pula. 



Monday, November 18, 2013

Nampaknya kena berubah.



Assalamualaikum. 

Hi, selamat malam semua. Masih disekolah lagi hari ini, walaupun sudah maklum pelajar telah dicutikan seawal minggu lepas. Saya sendiri kurang pasti apakah matlamat dikerah bekerja lebih hari bagi tahun ini. Mungkin kelambatan pembahagian tugas perancangan dan laporan unit HEM dan KOKO salah satu faktor. Hari ini datang sekolah dapat kerja baru. Wow, seronok sangat. 

Alkisah berkongsi gambar jam diatas, disebabkan teringat kisah yang dikongsikan oleh seorang penceramah pada kursus CPD yang lepas. Dr. Miskiah seorang pensyarah di IPG Temenggung Ibrahim kampus Johor Bahru.

Seingat saya, sudah hampir dua tahun tidak memakai jam ditangan. Kurang pasti apakah sebabnya dan sejak bila mula menjadi kebiasaan tidak memakai jam tangan.

Menurut Dr. Miskiah, semasa beliau membuat sesi temuduga bagi permohonan ke bidang perguruan. Apabila berhadapan dengan markah peserta yang sama atau seri. Beliau dan rakannya biasa melihat siapakah antara keduanya yang memakai jam tangan. Ini kerana, jam tangan merupakan element penting untuk seorang guru. Seorang guru perlulah menepati masa. 

Maka, terkeluarlah soalan dari kami. Bagaimana pula jika kedua-dua peserta juga memakai jam?

Beliau menambah, jam tangan juga mempunyai gred tertentu, tapi bukanlah dinilai melalui harga dan jenama jam itu sendiri. Jam tangan besi berada pada tahap yang pertama, diikuti dengan jam tali dan seterusnya. Sempat juga beliau berjenaka, jam paling corot dan rendah nilainya adalah.....jam curi!!

Dr. Miskiah juga tidak mengalakkan guru melihat telefon didalam kelas, hatta untuk melihat masa pun. Sebab pelajar akan berfikir, guru berkomunikasi dengan orang luar dan mengabaikannya. 

Erm.....termotivasi pula untuk mencari jam tangan. Kena pakai jam untuk jaga masa. Ingatkan jam tangan perkara remeh. Sebab akan memakan masa untuk bersiap ke sekolah. 

Nampaknya kena berubah. Janji ditepati. Banyakkan memberi insyaAllah banyaklah kita menerima nanti. 
Tapi.....kurangkan memberi alasan. 

Ok, selamat malam.



Sunday, November 17, 2013

Selangkah Ke Hadapan.


Assalamualaikum. 

Hi semua. Sihat hendaknya. Alhamdulillah, hari ini dapat berehat dan selamat mengakhiri kursus 5 hari 4 malam di Hang Tuah  World Heritage Hotel, Melaka. Kursus Pembangunan Professional Berterusan (Continuing Profesionalisme Development) ataupun lebih mudah disebut kursus CPD ini merupakan wajib dalam perkhidmatan bagi sesiapa yang berada dalam bidang perguruan yang telah berkhidmat dalam tempoh 3 hingga 4 tahun. 

Bukan senang nak menjadi guru. Walaupun nampak mudah bagi mereka yang hanya bergelar guru ganti ataupun guru sandaran yang hanya berkhidmat selama 3 bulan mungkin. Maaflah kalau saya berkata, yang menjadi guru ganti dan guru sandaran kebanyakkanya sebab dah tak mampu mencari kerja lain dan mengambil jalan mudah. Tolonglah cari kerja yang bersesuaian dengan degree yang diambil. Tapi kalau betul berminat, guna cara yang betul ambil kurus perguruan ataupun diploma perguruan. Bidang pendidikan bukan semudah abc yang boleh sesiapa jadi bidan terjun. 




Inferens awal berdasarkan pengalaman kawan-kawan. Banyak berkata, sangat boring kursus ini kerana terlampau lama tempohnya. 

Sepanjang kurus ini jumpa ramai cikgu dari daerah Batu Pahat, Pasir Gudang, Kota tinggi, Johor Bahru dan Kulai. Dalam kumpulan sepatutnya ada 10 orang. Tapi maklumlah, masing-masing ada kengkangan. Dibahagikan dalam kumpulan beberapa kali, mulanya ikut bulan dilahirkan . Kemudian warna kegemaran dan makanan kesukaan. Akhirnya dibuat secara rawak dengan sebut nombor ulangan. 

Alhamdulillah, mungkin rezeki kami. Menang tempat kedua keseluruhan bagi kerjasama, hasil kerja dan pembentangan. Memang tak sangka sebab ada dua kumpulan lagi yang memang hebat belaka. Tahniah juga kepada pembentang utama kami ustazah Siti Aishah yang berjaya merangkul panel forum terbaik.


Dalam slot pertama terus dikerah mencari nama kumpulan. Pelan sekolah Bestari wawasan yang kumpulan kami harapkan dan idamkan. Kemudian membuat misi dan visi sekolah. Merancang pembangunan sekolah. Dalam masa 10 minit memikir dan bentangkan dihadapan dewan dalam masa 3 minit. Gambar diatas antara hasil kerja kami dalam kumpulan.

Kesimpulan akhir bagi saya. Sama ada kursus ini seronok atau tidak semua bergantung kepada penceramah yang kita dapat. Selain itu, bergantung kepada kesediaan kita untuk menerima input secara positif untuk diterapkan dalam PdP dalam kelas.

Berburu ke padang datar,
Dapat kuda berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Friday, November 15, 2013

Saturday, November 09, 2013

Kecil.....harap lebih bermakna...


Assalamualaikum. 

Hi semua. Selamat berhujung minggu, dan manfaatkan masa yang ada bersama orang tersayang, sebelum kita sendiri terkilan dikemudian hari. Walaupun hujung minggu terlampau singkat masanya jika dibandingkan masa kita sibuk bekerja. Masa yang singkat dan pendek andai digunakan sebaiknya, insyaAllah akan mengembirakan orang tersayang.

Kita selalu meremehkan perkara kecil. Contohnya, kita nampak sampah terkeluar dari tong sampah. Apalah salahnya kalau ringgankan tangan ambil sampah dan masukkan dalam tong. Contoh kedua, kita nampak lampu di tepi blok belum dimatikan suisnya. Tak salah kalau kita ringgankan tangan cari suis untuk matikan lampu tersebut kan. 

Tapi kita terus sahaja membiarkan sampah dan lampu tersebut. Dengan alasan ada tukang kebun dan ada makcik tukang cuci.
"Itukan kerja diorang"


Kita mungkin terlupa, usaha kecil begini juga ada pahalanya.


Kita sering berkira melaksanakan sesuatu yang bukan dibawah kuasa kita. Sebagai contoh, seorang rakan sekerja mengalami masalah secara tiba-tiba dan tidak dapat melaksanakan tugasnya. Apabila ketua memberi arahan untuk kita ambil alih, tentu sedikit sebanyak dan selalunya banyak rasanya masa kita merungut. 

Kenapa kita tidak meletakkan diri kita ditempat rakan yang dalam kesusahan. Apalah salahnya kita dengan rela hati membantu.

Biarlah usaha kita kecil, tapi ikhlas dan redha. InsyaAllah, Allah akan berikan gantian yang lebih bermakna.

Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukannya. 
Hari ini kita bantu orang yang susah, suatu masa nanti orang lain akan bantu kita yang susah. 



Thursday, November 07, 2013

Lega Tak Bersalah Sangat....


Assalamualaikum..

Hi, semoga semua sihat walafiat. Minggu ini rasa pelik datang sekolah sebab ramai cikgu dibilik guru. Semua sedang gigih menyiapkan laporan untuk perancangan tahun 2012, buat perancangan tahun 2013. Kemudian mengisi markah dalam sistem on9. Kemudian tutup buku kedatangan. Kemudian tansa kertas periksa. Kemudian isi evidence untuk pbs ke dalam bilik pbs. Kemudian buat simulasi e-prestasi. Kemudian....entah penat nak fikir semua ini. Semua sibuk menrunggut. Tapi semuanya masih boleh tersenyum, gelak dan ketawa. Biasalah.....merungut macam mana pun, akan tetap wajib buat...oh yeahhhh!!! Gembira :)

Kemudian....eh tak nak guna perkataan kemudian.

Baru-baru ini ada terjumpa status Fedtri Yahya, pengacara tv3 yang pandai bercakap yang dia mempunyai lebih 200 buku yang belum dibaca dirumah.



Wahhh...rupanya ada juga spesis yang sama macam saya pulak kan. Takdalah rasa bersalah sangat sebab saya hanya ada lebih kurang 20 buah buku sahaja tak sempat dibaca.

Tapi hobi membeli buku saya berhentikan dahulu. Sebab tak tahu nak simpan mana lagi semua buku. Buku rujukan mengajar Fizik, dah saya 'akikah' kepada pelajar. Tinggal buku kesayangan yang tak sanggup nak bagi kat orang.

Tapi......sekarang dah ada hobi baru sudah....hahaha, tapi masih lagi hobi menghabiskan duit juga. Urm..... :/

Mudah-mudahan berbaloi la untuk masa depan....hihi ;)





Tuesday, November 05, 2013

Biar Kecil Asalkan Bermakna....


Assalamualaikum..

Hi, salam Maal-Hijrah. Bercuti lima hari dah berakhir pun. Esok mula sekolah. Eh esok SPM dah bermula, kertas Bahasa Melayu. Semoga semua anak pelajar dapat menjawab dengan baik dan diberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh SPM.

Macam mana tahun baru, dah buat azam baru? Masih meneruskan azam lama? Atau masih berdiri di tempat yang sama?

Terpulang pada masing-masing. Mana yang baik, walaupun kecil dan sedikit kita terus istiqamah. Contohnya jangan pula sibuk mengejar solat sunat itu ini, tapi yang asasnya seperti solat fardu kita lengahkan waktunya. Ataupun sibuk menghafal Surah Yasin dan membanggakannya, sedangkan Al-Quran sekali pun belum pernah habis baca.

Tak mengapa berazam benda kecil dan sedikit. Asalkan kita istiqamah. Jangan pula azam besar tapi belum tentu kita mampu laksanakan. Biar kecil asalkan bermakna dan bermanfaat. 

Memang sukar hendak berubah, apatah lagi bila kita terikat dengan sesuatu ketakutan dalam diri untuk mengubah dan terlampau memikirkan pandangan dan kata-kata orang luar.

Lupakan ketakutan, pandang masa depan dengan optimis. Masa lalu kita simpan jauh-jauh, simpan dan bukan buang. Sebab kalau buang kita lupa, kita simpan supaya kita sentiasa munasabah diri supaya tidak terjatuh lagi. Jauh dan elakkan orang-orang dari masa lalu andai mereka tidak kondusif untuk perubahan kita. Kita perlukan orang positif untuk lebih positif.

Doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan orang disekeliling kita. Banyakkan doa untuk orang lain, insyaAllah kita lebih diberkati... :)

"Semua orang berhak untuk terus tersenyum dan rasa bahagia"







p/s: terima kasih Allah, jumpakan saya dengan orang yang buat saya terus tersenyum... :)



Friday, November 01, 2013

Hi...November dah...


Assalamualaikum....

Hi....November dah sampai. Ya Allah,  tinggal 5 hari sahaja nak SPM. Banyak belum 'study' lagi....'past year' belum jawab lagi...arggghhhh.....stressss!!! 

Haha....takda maknanya. Sekolah dah dipenghujung tahun. Banyak benda nak dibuat, banyak perkara perlu diselesaikan. Semalam khamis selamat buat 2 dalam 1 majlis. Majlis anugerah cemerlang koko dan majlis restu ilmu pelajar spm. Selamat menghadapi spm anak-anak(cewah...beza umur dalam 10 tahun je) muridku...semoga dipermudahkan menjawab. Salah silap kalian tidak disimpan dalam hati. Salah silap dan terkurang cikgu mohon juga dimaafkan.


Gembira sungguh kamu semua yeaaa.....macam hari terakhir jawab spm eaaaa.....hahaha, takpa...asalkan semua gembira. Buat terbaik untuk diri sendiri dan sekolah.


Alhamdulillah....tugas mengajar selamat sudah untuk tahun ini. Harap semua dalam keadaan baik-baik dan sihat-sihat belaka sepanjang tempoh spm ini. Selepas ini fokus kepada sesi tutup fail dan rancangan program tahun hadapan. 

Tinggal 3 hari lagi...sabtu, ahad dan isnin...kemudian selasa masuk tahun baru Muharam. Petang isnin jangan lupa baca doa akhir tahun kemudian lepas maghrib baca doa awal tahun. Sambil-sambil 'poya-poya' kat blog saya dan mukabuku...bolehlah fikirkan azam tahun baru..hihi...




Sebelum itu, ada berita baik dari KPM. Bolehlah istilahkan berita baik. Sebab sppbs ditutup sepanjang cuti ini. Sebab server down aje.....gembira bagi pihak cikhu-cikgu yang belum berkesempatan untuk masukkan data....lalalala~


Monday, October 28, 2013

Apabila hujan turun, pulun doa banyak-banyak.



Hujan turun. Lebat seperti semalam. Lama dan panjang. Juga seperti semalam. Jangan jadi manusia ego. Ambil kesempatan. Perbanyakkan berdoa. Waktu hujan turun, adalah waktu mustajab kita berdoa. 

Teruskan usaha. Teruskan berdoa.

Kesenangan dan kejayaan tidak datang bergolek. Rezeki orang masing-masing. Ada yang usaha sedikit, tapi mendapat rezeki yang melimpah ruah. Ada yang usaha banyak-banyak, tapi sedikit pun belum menunjukkan hasil. Jangan sedih, rezeki Allah berikan bersesuaian dengan keperluan kita dan dapat pada masa yang sesuai. Yang penting kita ikhlas dan kerana Allah kita laksanakan tanggungjawab kita. 




p/s: saya ada banyak payung, meh la pinjam kalau sudi :P


Sunday, October 27, 2013

Ponteng.



Ponteng perkara biasa kalau sudah terbiasa. 
Cikgu pening hari-hari buat kira-kita. 
Cukup hari cikgu hantar surat 'cinta'.
Tapi ibu bapa ada buat tak apa. 


Sementara menunggu kereta yang dah dekat 3 bulan tidak dicuci...hihi. Musim hujan pula, tapi kereta dah semakin berdebu. Hari ini dan esok nak guna buat jalan jauh.

Tunggu.



Saturday, October 26, 2013

Baru Empat Sahaja.


Assalamualaikum.

Hari ini 26 oktober. Kelihatan tiada apa-apa. Sekadar hari ini hari sabtu, cuti hujung minggu. Ada juga majlis kahwin dihujung kampung bertemakan merah dan putih. Cantik. Mak dan abah tentulah rewang. Hari ini memang tiada apa, sekadar rutin menonton tv.

Hari ini 26 oktober. Hampir saya terlupa pentingnya tarikh ini. Sempat saya lihat status rakan di mukabuku. Juga tiada apa. Namun beberapa minit kemudian, saya jumpa juga. Hanya seorang dan dua sahaja. Semua barangkali terlupa. Seperti saya.

26 oktober tarikh diberikan penempatan ke sekolah. Hari pertama pada tahun 2009. Sekarang genap 4 tahun. Baru sahaja empat, mungkin tiada apa-apa bagi mereka yang telah terlebih makan garam. Masih banyak yang perlu dipelajari. Masih banyak yang perlu dibaikki. Masih banyak lagi yang kena ditempuhi. Semuanya perlukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Keikhlasan yang tidak berbelah bagi. Semoga Allah redha.





Ada 33 tahun lagi....

Friday, October 25, 2013

Ya Allah, berikan kesenangan dihati ibu ini.



Petang tadi, berkesempatan melawat seorang ibu kepada seorang kawan. Ibu ini menderita sakit kanser payu dara tahap empat dan angin ahmar. Dan baru-baru ini, mengalami komplikasi sehingga mengorbankan tangan kanannya. 

Ya Allah....Tidak dapat dibayangkan perasaan apabila melihatnya terlantar keseorangan....

Ya Allah, ringgankanlah beban ibu ini. 
Ya Allah, berikanlah kesenangan dihatinya.

Ya Allah, berikan kesempatan dan kelapangan kepada anak-anaknya untuk bersamanya.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pengasih dan penyayang.

Ya Allah,  berikan kesenangan dihati ibu ini.
Ya Allah,  berikan kesenangan dihati ibu ini.





p/s : hanya gambar hiasan....



Monday, October 21, 2013

KUKUP : Ternak Lebah.


Hi, Assalamualaikum.

Masih lagi berkenaan trip ke Kukup.  Ala....janganlah boring pulak. Ini yang terakhir. Sebab ini memang tak dirancang. Ini saja singgah dan kebetulan jumpa. Kami semua telah ke tempat penternakan lebah. Eh betul ke? Atau pusat pembuatan madu? Tak kisahlah macam mana...lebih kurang begitulah.

Untuk bayaran hanya RM 3 sahaja. Dapat tengok demonstrasi dan merasa madu segar lagi. Bolehlah telan kalau mampu nak makan.

Pusat ini diusahakan oleh seorang pakcik, namanya Pakcik Ahmad (eh? Ahmad?) Bukan Fahrin Ahmad yea. Dah lama juga dia buat projek iks, dan banyak juga kursus yang dia pergi. Ada juga dia bagitahu nama lebah yang dia ternak. Saya dah lupa. Biasalah banyak makan semut, beginilah jadinya.



Proses pertama, pakcik Ahmad menghidupkan unggun api menggunakan sabut kelapa. Kemudian, mengasapkan kotak ternak lebah. Tujuannya supaya lebah tidak menjadi liar sangat. Sebenarnya lebah pun macam tak kisah pun, saya dekat dengan kotak itu pun takda apa yang berlaku (belagak beranilah kononya).




Selepas buka penutup kotak, ade lapisan-lapisan rumah lebah. Pakcik Ahmad keluarkan 2 keping dan bagilah sesiapa nak cuba pegang. Semua penakut...haha. Kemudian, pakcik sapu lebah yang masuh ada pada bingkai supaya kita dapat lihat rumah sebenar lebah tersebut.


Ok, kemudian sampai ke part yang semua orang teruja. Pakcik potong rumah lebah dari bingkai dan potong macam wafer je. Semua takut nak makan. Rasanya memang lain dari madu dalam botol. Rumah lebah tu pun lembik macam gula getah je. Dua kali suap dah tepu tekak dengan madu. Pengalaman pertama nampak dan makan madu segera...hihi



Sesiapa yang belum cuba, bolehlah cuba singgah mana-mana pusat ternak lebah. Kemudian, bolehlah promote kat kawan-kawan pula. Ok semua, jaga diri yea....elok-elok kerja.... ;)



Sunday, October 20, 2013

KUKUP : Ke Penghujung Benua Asia.


Assalamualaikum.

Hi, selamat malam. Hujan gerimis malam ini. Esok pagi baru gerak ke sekolah. Esok pagi baru fikir hal sekolah. Tapi ini pun sedikit cerita hal sekolah...hahaha, mungkin dah boring baca semua hal sekolah. Nasiblah labu, ada mungkin 33 tahun lagi nak menghadap cerita sekolah..hihi

Selepas bergerak balik dari homestay di Kukup. Kami semua bergerak ke Tanjung Piai. Tanjung Piai adalah penghujung benua asia. Semua pelajar teruja nak bergerak ke sana. Tapi air pasang dah naik pula, saya bantutkan sahaja niat sebab taknak berbasah-basah. Tambahan saya sudah pun menapak ke dataran penghujung benua asia. Biarlah budak-budak mencipta rekod masing-masing.




Sebelum masuk ke kaunter ini. Perlulah beli tiket di kaunter pintu masuk. Ramai juga saya lihat tak tahu kaunter depan untuk beli tiket. Maka, terpaksalah patah balik ke kaunter hadapan beli tiket. Patutnya letaklah papan tanda besar. 




Batu besar tempat paling banyak tumpuan. Ramailah beratur mengambil gambar. Cuaca pun sangat panas masa ini. Satu perkara yang saya agak kecewa dengan perkhidmatan Tanjung Piai. Pekerja wanita sangatlah sombong dan tidak mesra dengan pelanggan. Saya dan kawan berminat dan bertanya tentang baju tshirt yang digantung. Jawapan yang diberikan berbunyi begini.

"Harga ada ditulis kat baju tu"
"Design sama semua"

Wahhhh.....memanglah saya nampak harga dan design baju. Dengan tak sedikit pun turunkan baju tersebut untuk ditunjukkan kepada kami. Oklah....



Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke dataran tanjung piai, penhujung benua asia. Semua pengunjung perlu berjalan sejauh 653 m ke arah pantai. Dalam perjalanan nanti nampak lagi pokok bakau dan beberapa keta, dan siput berongan. 



Sebagai ingatan kepada semua pengunjung,  jangan buang sampah merata. Sebab? Banyak monyet dan lotong disana. Silap hari bulan mungkin anda menjadi mangsa mereka. Jangan bawa makanan. Berhati-hati semua.

Sebelum balik. Boleh dapatkan sijil pengunjung anda seelah menjejakkan kaki ke penghujung benua asia. Rm 5 sahaja.

Selamat bercuti. Jaga diri semua.

Wassalam.