Monday, November 18, 2013

Nampaknya kena berubah.



Assalamualaikum. 

Hi, selamat malam semua. Masih disekolah lagi hari ini, walaupun sudah maklum pelajar telah dicutikan seawal minggu lepas. Saya sendiri kurang pasti apakah matlamat dikerah bekerja lebih hari bagi tahun ini. Mungkin kelambatan pembahagian tugas perancangan dan laporan unit HEM dan KOKO salah satu faktor. Hari ini datang sekolah dapat kerja baru. Wow, seronok sangat. 

Alkisah berkongsi gambar jam diatas, disebabkan teringat kisah yang dikongsikan oleh seorang penceramah pada kursus CPD yang lepas. Dr. Miskiah seorang pensyarah di IPG Temenggung Ibrahim kampus Johor Bahru.

Seingat saya, sudah hampir dua tahun tidak memakai jam ditangan. Kurang pasti apakah sebabnya dan sejak bila mula menjadi kebiasaan tidak memakai jam tangan.

Menurut Dr. Miskiah, semasa beliau membuat sesi temuduga bagi permohonan ke bidang perguruan. Apabila berhadapan dengan markah peserta yang sama atau seri. Beliau dan rakannya biasa melihat siapakah antara keduanya yang memakai jam tangan. Ini kerana, jam tangan merupakan element penting untuk seorang guru. Seorang guru perlulah menepati masa. 

Maka, terkeluarlah soalan dari kami. Bagaimana pula jika kedua-dua peserta juga memakai jam?

Beliau menambah, jam tangan juga mempunyai gred tertentu, tapi bukanlah dinilai melalui harga dan jenama jam itu sendiri. Jam tangan besi berada pada tahap yang pertama, diikuti dengan jam tali dan seterusnya. Sempat juga beliau berjenaka, jam paling corot dan rendah nilainya adalah.....jam curi!!

Dr. Miskiah juga tidak mengalakkan guru melihat telefon didalam kelas, hatta untuk melihat masa pun. Sebab pelajar akan berfikir, guru berkomunikasi dengan orang luar dan mengabaikannya. 

Erm.....termotivasi pula untuk mencari jam tangan. Kena pakai jam untuk jaga masa. Ingatkan jam tangan perkara remeh. Sebab akan memakan masa untuk bersiap ke sekolah. 

Nampaknya kena berubah. Janji ditepati. Banyakkan memberi insyaAllah banyaklah kita menerima nanti. 
Tapi.....kurangkan memberi alasan. 

Ok, selamat malam.



2 comments:

Unknown said...

pakai jam tgn tali besi silver mcm sy ;)

Unknown said...

Hahahaha...berangan je dulu, beli tak tahu lagi..hikhik...note 3 pun macam best kan...hahaha