Wednesday, November 27, 2013

Sukalah apa yang kita buat, sukalah apa yang kita ada.

Assalamualaikum. 

Beberapa hari yang lepas, saya terbaca suatu perkongsian rakan facebook berkenaan artikel yang dikongsikan oleh seorang pensyarah gred jusa B. Bolehlah baca pandangan, rintihan dan luahan hati belaiu yang sudah berkhidmat 25 tahun dalam bidangnya. Baca disini.


Saya tak berminat memberikan komen berkaitan dengan tugas pensyarah yang lebih berat dari tugas seorang guru. Sebab saya kurang arif berkaitan dengan hal tersebut. 

Tapi muncul kemusykilan saya kenapa agaknya hanya tugas guru yang menjadi perbandingannya. Oh, mungkin sebab guru dan pensyarah berada ditrek yang sama iaitu mengajar.

Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa isu utama yang diutarakan oleh beliau berkisar tentang gaji.


Kenapalah kita berkira-kira dengan gaji semasa bekerja. Kalau asyik berkira, semua kerja tak jadi. Kerja kenalah ikhlas. Bagi saya semua kerja ada susah dan senangnya. Semua kerja dibayar dengan gaji yang bersesuaian dengan skop tugasnya. 

Sekarang pun gaji guru pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah pada gred yang sama menerima gred gaji yang sama. Bidang tugas masing-masing berbeza. Wajarkah guru sekolah menengah mengeluh tugasnya lebih berat dibandingkan dengan guru pra-sekolah? Sebagai seorang yang berada pada bidang yang sama, wajarlah kita berfikiran rasional dan positif. 

Apatah lagi bagi yang beragama Islam. Masih ingat tiga perkara yang kita tinggalkan yang pahalanya masih berterusan walaupun setelah kita tiada. Yang pertama doa anak yang soleh, kedua sedekah yang ikhlas dan yang ketiga ilmu yang disampaikan dan masih diamalkan.

Sementara masih hidup, ilmu yang kita ada ini adalah milik Allah, kita kongsikan dan sebarkan. Semakin banyak kita sampaikan, semakin bertambah ilmu yang ada. Sebenarnya kerana ilmu ini hanya pinjaman Allah, saya tidak berani membuat mana-mana kelas tambahan berbayar. Walaupun boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan, tak mengapalah jika bayaran tersebut sebagai bekalan di akhirat nanti. Nak sedekah duit pun kadang-kadang...hihi




Saya masih ingat lagi tips yang dikongsikan oleh seorang penceramah semasa kursus induksi (KISSM) dua tahun lepas. Apabila duit gaji keluar, benda pertama kena buat pastikan sekurangnya 10% duit tersebut diberikan kepada ibu atau ayah. Walaupun mungkin mereka tidak memerlukannya ataupun telah bekerja sendiri. Kita sebagai anak, WAJIB beri. Kemudian 10% sekurangnya untuk simpanan. Kemudian dahulukan hutang piutang dan lepas itu nak poye-poye ikut sukalah. 

Ingatlah mana-mana pekerjaan tetap ada susah dan senangnya. Takda kerja yang mudah dan senang dalam dunia. Apabila kita mencintai kerja yang kita lakukan, maka akan berkuranglah rungutan yang kita lemparkan. Kalau tak suka ada baiknya berhenti. Kalau bekerja asyik nak memaki orang atasan dan orang bawahan. Dimana keberkatan rezeki kita? Fikirkanlah.



Sesuatu perkara yang dahulunya kita fikirkan menyusahkan kita, tapi itulah yang akan kita rindukan suatu hari nanti. Sementara belum terlambat, nikmati dan hargailah ia sebelum hilang depan mata.


Yang baik datangnya dari Allah. Yang sentiasa dalam kekurangan tentunya dari diri saya sendiri. 

Sekian untuk malam ini. Wassalam. 



2 comments:

Unknown said...

"Semua kerja dibayar dengan gaji yang bersesuaian dengan skop tugasnya."

tula yang dimaksudkan prof ni, skim gaji pensyarah sekarang kurang sesuai dgn tugasnya. :)

Unknown said...

Berapa gaji pensyarah? Semua kereta besar2 belaka...tak kan gaji macam cikgu kot...hahaha