Saturday, December 07, 2013

Buku kecil sebagai catatan harian.


Assalamualaikum. 

Hi semua. Semoga diberkati Allah. Hari ini saya mula membaca buku kembali. Oh...yea, sangat rindu dengan bau buku. Sangat lama ditinggalkan hobi membaca rupanya. Kurang ingat bila keadaan ini berlaku, mungkin juga sejak bulan 4 atau 5. Mungkin juga lebih awal dari itu. Terakhir diingat, ada orang pos buku...tapi maaflah masih belum sempat dibaca lagi. Eh, tapi jangan putus asa bagi buku lagi tahun depan...hihi ;)



Baru sahaja membaca. Bukan buku pilihan sebenarnya. Tapi sebagai kenangan berkursus tempoh hari di Melaka. Buku ini merupakan catatan pengalaman Dr. Maskiah semasa mengerjakan haji ke Mekah. Ingat lagi cerita tentang jam? Haa...dialah orangnya. Tambah pula, buku keagamaan kan...moleklah saya dapatkan sebuah. Lagi pula harga istimewa dan tanda tangan khas dari penulis. Bonus bertambah-tambah.

Saya terus terjah ke topik yang menarik hati dahulu. Nak cari mood membaca kan, kena mula dengan perkara yang lebih dekat dihati dahulu. Barulah seronok membaca.

Topik terakhir bertajuk "Buatlah Catatan Harian". Beliau mengalakkan kepada semua pembaca mulalah membuat catatan harian masing-masing. Catatan tersebut boleh dijadikan rujukan kita dimasa depan. Boleh dikongsikan bersama dengan orang yang dipercayai. Juga sebagai mencungkil bakat menjadi seorang penulis. Melalui buku catatan beliau, Dr Maskiah telah pun menulis cerpen dan memenangi Peraduan Menulis Cerpen Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan 2012.

Mungkin boleh mula mencari buku kecil sebagai catatan harian selepas ini. Banyak rasanya perkara nak ditulis sejak akhir-akhir ini. Tapi tak dapat ditulis dan dikongsikan. Sebelum terlupa, memang perlu ditulis dalam buku catatan.

Apabila ada buku catatan, lagi mudah nak dibaca. Perkara penting boleh ditulis untuk ingatan kita kalau terlupa. Dengan adanya buku catatan, mungkin lebih banyak ilham nak menaip blog. Lagi pula, menulis lebih cepat dan mudah kalau nak dibandingkan menaip dalam blog. Dalam blog, kena fikir banyak-banyak supaya apa yang ditaip tak menganggu emosi sesiapa.


Perkara baik kita sama berkongsi, yang kurang baik...ada baiknya kita simpan sendiri sebagai tauladan.


Wassalam. Jaga diri semua. Semoga diberkati Allah.



p/s : pening pula nak beli buku catatan, nak yang comel2...mahal macam beli buku pulak...haha :P

2 comments:

Unknown said...

Tulis dlm phone atau tab sje lah intan suryani..

Unknown said...

catit peristiwa yg berlaku ukt rekod, biar tak lupa :D