Hi, Assalamualaikum.
Masih lagi berkenaan trip ke Kukup. Ala....janganlah boring pulak. Ini yang terakhir. Sebab ini memang tak dirancang. Ini saja singgah dan kebetulan jumpa. Kami semua telah ke tempat penternakan lebah. Eh betul ke? Atau pusat pembuatan madu? Tak kisahlah macam mana...lebih kurang begitulah.
Untuk bayaran hanya RM 3 sahaja. Dapat tengok demonstrasi dan merasa madu segar lagi. Bolehlah telan kalau mampu nak makan.
Pusat ini diusahakan oleh seorang pakcik, namanya Pakcik Ahmad (eh? Ahmad?) Bukan Fahrin Ahmad yea. Dah lama juga dia buat projek iks, dan banyak juga kursus yang dia pergi. Ada juga dia bagitahu nama lebah yang dia ternak. Saya dah lupa. Biasalah banyak makan semut, beginilah jadinya.
Proses pertama, pakcik Ahmad menghidupkan unggun api menggunakan sabut kelapa. Kemudian, mengasapkan kotak ternak lebah. Tujuannya supaya lebah tidak menjadi liar sangat. Sebenarnya lebah pun macam tak kisah pun, saya dekat dengan kotak itu pun takda apa yang berlaku (belagak beranilah kononya).
Selepas buka penutup kotak, ade lapisan-lapisan rumah lebah. Pakcik Ahmad keluarkan 2 keping dan bagilah sesiapa nak cuba pegang. Semua penakut...haha. Kemudian, pakcik sapu lebah yang masuh ada pada bingkai supaya kita dapat lihat rumah sebenar lebah tersebut.
Ok, kemudian sampai ke part yang semua orang teruja. Pakcik potong rumah lebah dari bingkai dan potong macam wafer je. Semua takut nak makan. Rasanya memang lain dari madu dalam botol. Rumah lebah tu pun lembik macam gula getah je. Dua kali suap dah tepu tekak dengan madu. Pengalaman pertama nampak dan makan madu segera...hihi
Sesiapa yang belum cuba, bolehlah cuba singgah mana-mana pusat ternak lebah. Kemudian, bolehlah promote kat kawan-kawan pula. Ok semua, jaga diri yea....elok-elok kerja.... ;)
3 comments:
ni nama dia Madu 3 :p
Bukanlah....salah laaa
Post a Comment