Allah ada menyebut didalam naskah ajaibnya al-Quran bermaksud;
"Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)
Kejutan yang begitu mengejutkan.
Tak dinafikan, kita hanya akan lebih mengingati Allah apabila kita menerima kejutan yang menyedihkan berbanding kejutan yang mengembirakan. Kita lebih berasa insaf apabila malang menimpa kepala kita berbanding nikmat yang jatuh dari langit.
Kejutan vs Kesedihan.
Perkara yang paling menyesakkan jiwa, hati dan perasaan adalah apabila kita berhadapan dengan perkara yang kurang kita senangi. Apabila diri kita diuji dengan perkara yang kita belum bersedia untuk hadapi atau tidak mahu perkara itu berlaku lagi. Barangkali keimanan yang tinggi dengan kepercayaan kekuasaan dan kasih sayang Allah jua perkara itu berlaku, percaya semua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Perkongsian kesedihan yang dihadapi dikongsikan dengan orang lain. Bukan hanya sebagai pedoman bagi mereka yang belum sedar, tapi sekurang-kurangnya dapat mengendurkan ketegangan yang dirasai.
Sekurang-kurangnya dapat juga menarik mereka yang lupa nikmat Allah supaya beringat-ingat sentiasa yang langit tak selamanya cerah.
Kejutan vs Kegembiraan.
Tiap kali kita berbuat sesuatu, pastinya kita berharapkan sesuatu yang 'lebih' sebagai habuan kepada usaha yang telah dilakukan. Manusia, sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada didalam gengaman. Sampaikan yang berada dalam dakapan orang lain pun seboleh mungkin kita usahakan menjadi hak kita. Kita akan bertambah gembira andai habuan yang kita terima itu melebihi dari orang lain. Manusia yang tidak/kurang bersyukur. Astagfirullahalazim.
Kadang-kala kegembiraan diterima terlalu digembar-gemburkan. Seolah-olah dia insan yang paling bahagia didunia. Sehinggakan pangkat kerja, nilai gaji dan barangan mewah yang dimilikki perlu dikongsikan secara terbuka kepada awam.
Malah momen indah sehari-hari juga turut diselitkan dan dipaparkan dilaman maya. Tujuan apakah bertindak sedemikian? Saya sering tertanya-tanya didalam diri. Benarkah untuk dikongsikan dengan rakan dan taulan semata-mata atau ada muslihat tersembunyi. Mungkin turut terselit rasa megah dan bangga turut hadir semasa perkongsian tersebut dipaparkan. Wallahua'alam.
Syukur.
Walaubagaimanapun kejutan yang kita terima, sama ada berbau kesedihan atau kegembiraan. Semua ini hanyalah dugaan semata-mata. Kesedihan itu dugaan. Kegembiraan itu juga dugaan. Kedua-duanya memerlukan rasa syukur yang tinggi dalam diri umat Islam masing-masing.
Harta yang sedikit atau banyak, kedua-duanya nikmat Allah. Rezeki Allah bagi bukan hanya milik kita, tapi perlu kita agihkan sebaiknya. Bukan untuk kegunaan diri kita, ingat-ingatlah mereka yang susah dan lebih susah dari diri kita sendiri.
Banyak memberi, banyaklah yang kita terima.
Tangan kanan buat kebaikan, jangan sampai tangan kiri mendapat tahu.
Bukan peha kanan kena cubit, peha kiri rasa sakitnya pula.
Sekian.
Selamat beringat.
May Allah bless u.....
*********************************************************
No comments:
Post a Comment