Isu pagi hari ini agak sensitif bagi saya. Mungkin juga untuk saya sahaja, bukan untuk pembaca. Eh? ada ke yang baca? Wauluhu'alam.
Dialog 1 : Eh...pakai beg baru ea, lawa ni...jenama apa ni...
Dialog 2 : Wah....cantiknya design kasut, jenama apa ni...harga mesti mahal...
Dialog 3 : Eh, banyaknya batu kat baju awak ni...Eh? Sutera asli dari Terengganu ni...
Dialog 4 : Patut la mata ni bersilau je, jam baru....Jenama Bonia lagi tu...
Dialog-dialog diatas sudah sangat sebati masuk ke lubang telinga saya semenjak saya bekerja. Terutamanya dikalangan rakan sekerja perempuan. Memang mata telinga orang perempuan sangat sensitif dengan isu-isu kecantikan dan penampilan diri. Pantang ada rakan memakai baju, kasut, tudung, jam, bag, rantai tangan dan sebagainya. Mulalah mulut mencicit keluar ayat-ayat yang bunyinya seperti memuji tapi berbau sinis dan perli.
Sangat berdukacitalah anda jika memakai barangan perhiasan baru. Barang anda akan dibelek, ditelek dan dicuba-cuba (mungkin) di badan rakan-rakan anda. Tidak mengapa jika sekadar membelek, menelek dan mencuba.
SINIS.
Tapi saya kira agak parah jika mimik muka mereka setelah mengetahui jenama barangan anda sangat kurang 'famous' dihati mereka. Sangat SINIS muka mereka. Muka mereka seolah-olah berkata "Ala...jenama murah sebenarnya...tak minat la"
Malah jika jenama anda pilih sekalipun menepati hati mereka, keSINISan masih jelas kelihatan. Seolah-olah muka mereka berkata..."Mahal ni...mampu pulak dia pakai..nak menunjuk la tu"
Jenama vs Keperluan.
Persepsi masyarakat sekarang sangat mementingkan jenama dan bukan lagi kualiti dan keperluan diri. Sehingga sanggup berhutang untuk nampak elegan dimata masyarakat. Mungkin tidak berhutang, saya khilaf mungkin...tapi dimanakah nilai-nilai pengawalan kewangan. Sanggup bergaya dengan jenama sehingga tiada saku penyimpanan.
Ukur Baju.
Lihat saiz poket anda, ukur baju dibadan sendiri sebelum berbelanja. Mungkin kita menggunakan barangan tidak berjenama. Tapi fungsi barang tadi sama dengan barangan jenama. Kenapa perlu menghabiskan duit untuk membayar suatu label yang telah dipropagankan oleh masyarakat. Pelik.
Simpanan.
Terlampau mengikut peredaran masa sehingga kita terlupa simpanan dihari tua. Terlupa yang mentari tak selamanya cerah, kadangkala siapa tahu Allah nak turunkan hujan ditengahari.
Siapa pun anda saat ini. Berjuta mana pun duit gaji anda masuk. Tiada maknanya jika kita menyalah-gunakan kurniaan gaji kita. Duit gaji itu bukan sebab kita berkerja dnegan majikan, tapi bekerja kerana Allah. Maka, jangan lupa mereka yang susah....sekali sekala penat mendongak langit, jangan lupa rumput dibumi.
Sekadar renungan.
Selamat pagi.
Ikhlas kerja kerana Allah....^^
****************************************************
No comments:
Post a Comment