Bila muncul bulan-bulan penghujung tahun, selain kita fikirkan tentang cuti sekolah yang memanjang dekat 50 hari itu, jangan kita lupa musim tengkujuh yang sudah pun menjelma.
Cuti sekolah panjang bukan bermakna cikgu-cikgi tiada kerja, mungkin semasa saya menaip ini ada yang sedang bersengkang mata menunggu mengisi markah secara online dengan sistem yang macam siput itu. Atau mungkin juga, sedang menyiapkan analisis Peperiksaan Akhir Tahun yang baru sahaja berlalu. Mungkin juga sedang menyiapkan laporan Panitia Matapelajaran masing-masing. Menyiapkan Pelan Tindakan tahun hadapan. Menyiapkan Buku Pengurusan tahun depan. Mengemaskini fail-fail pelajar. Juga yang sedang berkhidmat untuk negara dengan menjaga peperiksaan awam yang sedang dijalankan. Rutin tahunan sepanjang tahun yang sentiasa tiada kesudahan.
Walaupun ramai yang fikir, cikgu-cikgi tiada kerja dua bulan bercuti dirumah, abaikan tohmahan mereka. Sejarah, kehidupan dan kejayaan mereka hari ini pun semuanya pastinya dan semestinya bermula dengan SEKOLAH dan GURU.
Eh, termelangut pulak. Hari ini saya cuba mencari-cari tips memandu semasa hujan. Sebab saya seorang yang rasa kurang confident bila memandu tetiba hujan. Lagilah rasa bimbang...bila hujan yang sangat lebat dan malam.
Bukan bermaksud sangat 'expert' memandu sampai nak berkongsi bagai. Tapi sebagai panduan saya sendiri dan pemandu baru dijalan-raya. Antara tips yang saya sempat di'google' dan boleh saya aplikasi serta kongsikan seperti dibawah;
Wiper :
Pastikan wiper berfungsi dengan baik. (rutinkan hari siang, angkat wiper supaya getah pada wiper tidak haus)
Minyak :
Tak pastilah nak panggil apa cecair yang dijual dikedai untuk membantu pemglihatan cermin hadapan semasa hujan. Saya fikir ianya sejenis cecair, sebab bahan ini akan menjadikan titisan hujan seperti butiran mutiara apabila jatuh ke cermin kereta. Tugas wiper pun menjadi mudah.
Tayar :
Pastikan tayar dalam keadaan baik. Tukar tayar jika sudah hilang corak bunga tayar.
Brek :
Elakkan menggunakan brek secara kerap kerana boleh menyebabkan kegelinciran dijalan raya. Apabila melalui/melanggar lopak air, elakkan pemanduan laju kerana brek dah basah, kurang efision. http://mr.muhaim.in/2011/05/tips-memandu-ketika-hujan/
Lampu :
Gunakan lampu rendah/kecil jika hujan lebat yang biasa, sebagai memberitahu pemandu kenderaan depan dan belakang dengan kehadiran kita. Gunakan lampu biasa apabila hujan tersangat lebat.
Kelajuan :
Pandu kereta dengan kelajuan rendah. Biasa saya bawa 60km/j. Tapi kalau hujan tersangat lebat, saya hanya memandu sekitar 30-40 km/j...hihi, siput pun kalah.
Jarak :
Pastikan jarak anda dengan kereta hadapan sejarak mungkin. Mungkin sejauh sebiji kereta. Ini untuk mengelakkan kalau0kalau tetiba kereta hadapan membrek, kan naya je kita kan.
Penghawa Dingin :
Memang sejuk suasana hujan lebat. Tapi jangan pula anda matikan air-cond. Sebab kereta akan mengalami mengeluwapan dan cermin menjadi kabus. Sejuk pun tutup je lubang air-cond.
Hazard :
Ada kawan saya suka gunakan Hazard bila hujan tersangat lebat. Saya rasa tindakan salah, sebab Hazard untuk kecemasan sahaja. Bimbang pemandu kenderaan lain tertanya-tanya apa yang berlaku kepada anda didalam kereta. (nak terberanak ke apa...hihi)
Line Putih :
Ini pun antara perkara yang baik untuk mengawal pemaduan kita dalam hujan tersangat lebat sehingga tak nampak kenderaan depan dan belakang. Jadikan line putih sebelah KIRI sebagai guide line kita supaya tak termasuk line orang lain.
Cermin Mata Hitam :
Saya ada terbaca tentang ini. Kununnya dia berfungsi sebagai stroboskop dalam makmal Fizik. Eh, tau ke? Maksudnya, akan memperlahankan suasana hujan dan kenderaan lain. Entah, tak pernah cuba lagi.
Dari blog ini - http://kutulisnotadiri.blogspot.com/2009/11/pakailah-spek-itam-mase-memandu-dalam.html
Teruskan membaca blog ini http://sitik.wordpress.com/2010/06/26/tips-memandu-kereta-semasa-hujan/
Rasanya dah habis tips memandu semasa hujan. Hari ini hari terakhir Tahun 1433H. Jangan lupa baca yasin 3 kali dan doa akhir tahun. Selamat berpuasa bagi mereka yang berkuasa...hihi ^^
Selamat mencuba.
Sama-sama kita berhati-hati dijalan-raya yea.
Untuk keselamatan bersama :)
**********************************
2 comments:
Post a Comment