Hi..kenal serangga kecil diatas? Siapalah yang masih belum kenal, sangat kesian saya ucapkan. Haha :P
Si kecil diatas, sejenis serangga exoskeleton, tidak bertulang belakang, bersayap dua dan berkaki enam. Tapi awas, si comel ini sejenis serangga pembawa penyakit. Walaupun dikejam membawa pelbagai jenis penyakit dan kuman berbahaya, ada hadis Rasullah berkenaan dengan lalat dan cara mengatasi wabak dari lalat iaitu ;
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:
“Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.”
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320), Abu Daud (3844), Ibnu Majah (3505)] Info lanjut boleh laman ini, banyak info menarik berkenaan lalat dan kajian saintifiknya. Rujuk ini dan Rujuk ini.
Perkara yang menjadi musykil bagi saya sepanjang tiga hari dirumah yang ingin dikongsikan ialah rumah saya terutamanya kawasan dapur dipenuhi dengan si comel lalat ini. Serangan lalat ini seolah-olah saya sekeluarga sedang mengadakan kenduri. Sedangkan dapur dalam keadaan bersih seperti hari-hari lain.
Bukan sahaja waktu puncak iaitu tengahari yang akan dipenuhi lalat, awal pagi dan hatta lewat malam begini...pasti akan terperasan barang lebih seekor dua diatas meja. Entah apa agaknya yang berlaku kepada ekosistem lalat agaknya kan, dilanda Taufan Sandy kah?
Saya pun mulalah membebel dengan lalat depan Mak dan Angah. Tujuannya supaya Angah tak bising-bising saya malas mengemas rumah Mak. Tapi lain pula ayat yang keluar dari mulut dia.
Saya : Mak, memang kat rumah orang lain, lalat pun banyak macam ni ke?
Mak : Sama je...aritu rumah Wak Seri kan banyak...
Saya : Itu sebab buat kenduri. Rumah Wak Aji sebelah pun macam ni jugak ke?
Mak : Iye...
Saya : Eiii....rimaslah...
Angah : Biasalah memang lalat banyak. Kan musim orang balik Haji...
Saya : Ha? Apa kaitan?
Angah : Memang dari dulu la....orang tua-tua yang kata... Kan Mak?
Mak : Iye...memang Nyaii pun dulu cakap gitu..
Apa kaitan antara haji dan lalat? Serius, kepala pusing-pusing memikirkan hal ini. Pelik sungguh orang tua-tua membuat andaian lalat banyak sebab orang baru balik haji. Apa si lalat ikut sekali naik kapal terbang ke? Hebat sungguh, haha :P
Tolong fikir-fikirkan yea...
May Allah bless u
o.O
**********************************************
p/s : tahi lalat atas bibir kanan...ekekeke :P
No comments:
Post a Comment