Tuesday, November 06, 2012

Produk untuk Cantik?




Seorang perempuan sememangnya tidak lari dari pengurusan kecantikan, kebersihan dan kesihatan diri. Bohong, jika anda seorang perempuan tanpa pencuci muka. Betul kan? Islam pun tidak melarang sama sekali, malah menitik beratkan pengurusan kecantikan, kebersihan dan kesihatan diri. 


Kecantikan.
Cantik itu subjektif. Ayat klise yang selalu dipropagandakan oleh kita sendiri. Jika kita hendak menilai cantik itu pun sebenarnya semuanya bergantung pada perspektif dan had yang telah masyarakat tentukan. 




Contoh, 
"Fahrin Ahmad cantik.."

 Betul ke ayat ni? 

Salah bukan. Tapi kalau saya gunakan, 
"Tiz Zakiah cantik pakai gaun malam tu kan..."

Nampak tak? Kita melabelkan perempuan itu cantik. Sebab kita yang dah propagandakan cantik itu untuk perempuan. Cantik itu untuk bunga. Cantik itu untuk baju dan sebagainya. Jikalaulah dari dulu kita menilai cantik itu untuk lelaki. Tentulah ayat tentang Fahrin Ahmad sangat benar digunakan sekarang ini. ^^


Kebersihan.
Saya imbau kembali zaman saya bersekolah agama. Surau saya ada tertulis didinding "Kebersihan itu sebahagian dari iman". Besar kan tanggungjawab kita dalam menjaga kebersihan. Sebab ianya telah termasuk dalam iman kita. Kalau kita jaga kebersihan, maksudnya kita menjaga iman kita. 


Kesihatan.
Isu kesihatan juga tak boleh kita ambil ringgan. Sebabnya saya ada terbaca kalau kita tidak menjaga kesihatan, ia seolah-olah kita menganiaya diri sendiri. Apa yang dikaitan dengan penganiyaan? Kita seolah-olah sengaja membiarkan diri sakit, seperti membunuh diri secara terhormat dan perlahan.


Kesihatan ini meliputi, menjaga diri dari masalah kesihatan, pemakanan yang sihat, cara hidup yang sihat dan menghindar diri dari perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan kita.


Kecantikan. Kebersihan dan Kesihatan.
Tiga elemen ini sangat penting dan saling berkaitan. 
Contoh; kita bangun pagi. Mengosok gigi. Mencuci muka. Memberus badan. Menyiram air ke badan. Mengelap badan selepas mandi. Memakai pakaian baru. Menitipkan sedikit bedak dimuka. Memakai wangian. Mengambil sarapan. Berjalan ke tempat kerja.  

Kombinasi kecantikan, kebersihan dan kesihatan ada dalam langkah-langkah kita bersiap ke tempat kerja. Sangat kebudak-budakan jika seorang perempuan mengatakan;

"Saya cantik semulajadi, tak pakai bedak pun pergi keje...suka produk ini"
"Produk ini bagus, saya tak sarapan waktu pagi...dan kenyang sepanjang hari"
"Saya makan ini, saya sentiasa cergas ditempat kerja"
"Saya turun 5kg dalam masa 10hari sebab produk ini"


Haha...sangat lawak ayat begini. Kalau hanya bergantung pada sesuatu produk, tanpa anda memang selamanya tidak akan cantik, sihat dan cergas. Sementara setahun dua ini anda boleh maintain sihat, tapi lihatlah bagaimana 5 tahun lagi andai anda boleh banggakan kecantikan dan kesihatan.


Tiada mana yang salah kalau anda makan mana-mana produk kesihatan. Tapi suatu nasihat saya, jangan tinggalkan gaya hidup sihat anda seharian. Makanan kesihatan anda hanya sebagai tambahan untuk menutupi kekurangan dalam mana-mana gaya hidup sihat anda. Bukan tempat anda sandarkan semata-mata untuk cantik dan sihat.

Jika anda ingin menjadi seorang pengedar sekalipun, saya mohon belajar cara-cara berucap dengan lebih baik tanpa menyentuh sensitiviti bakal-bakal pelanggan anda. Jangan berikan contoh bakal pelanggan anda disebabkan bakal pelanggan anda tidak mengambil produk anda. Jika anda yakin sangat dengan produk anda. 


Satu sahaja cara paling berkesan, berikan secara percuma. 


Anda sanggup?



Tepuk dada, tanya selera. Bukan..tepuk perut, tanya lapar ke tak...jom MILO ^^








********************************






No comments: