Thursday, November 15, 2012

Pastikan Hari Ini Yang Terbaik.


Salam Maal Hijrah 1434H. 
Selamat tinggal tahun lepas...dan selamat datang tahun baru. Selamat membina azam-azam baru yang lebih indah untuk tahun 1434H. Azam lama yang masih lagi belum tertunai bolehlah dibawa ke tahun ini. Tetapkan matlamat yang lebih jelas. Usaha berterusan, istiqamah dan redha. InsyaAllah akan dipermudahkan. (",)




Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam
Dan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini

Pepatah melayu diatas, memang selalu saya lihat. Dibahagian kulit belakang buku-buku, isi buku motivasi, blok-blok bangunan sekolah dan semestinya mungkin ada dalam perpustakan sekolah.

Hari ini lebih baik dari semalam.
Saya setuju ayat pertamanya. Kita baikki kekurangan dan kelemahan yang telah kita lakukan.  Kita belajar dari kesilapan hari lepas. Kita belajar dari mereka yang lebih arif. Kita mencuba dan mencuba. Akhirnya kita dapat membentuk cara kerja dan hasil kerja yang lebih baik dari semalam. Kesilapan lepas, sebolehnya tidak akan mungkin akan kita ulangi lagi. Kita tingkatkan usaha, istiqamah mengekalkan kebaikkan yang ada dan sentiasa mencari peluang memperbaikki jika perlu.

Kebimbangan saya adalah jika kita lihat pepatah kedua. Esok lebih baik dari hari ini. Saya bimbang...usaha hari ini untuk lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini disalahertikan. 

"Kalau hari ini dah sangat baik dari semalam, apa yang tinggal untuk hari esok? Kalau esok jadik lebih teruk..bagaimana? Jadi, hari ini usaha secara sederhana, supaya tak naik secara mendadak dan turun secara mendadak...takda rasa teruk sangat"

Lihat, usaha untuk mempertingkatkan diri telah merundum. Mereka berfikir supaya kita tidak terlampau extreem sangat menjadi lebih baik dibimbangi kita akan kecewa jika hari esok kita lebih buruk dari sebelumnya. Dan usaha-usaha yang dibina dipertingkatkan dalam bentuk sederhana sahaja dan ala kadar.

Saya fikir, pepatah lama ini perlu diperbaikki. Bukan bermaksud mempertikaikan pepatah lama, tapi untuk memastikan kita sentiasa positif meningkatkan kualiti diri.


Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam Dan Terbaik Untuk Hari Esok

Dengan pepatah baru sebegini, saya kira kita akan buat yang terbaik dari semalam dan kita pastikan hari ini juga adalah yang paling terbaik untuk kita kenang-kenangkan pada hari esok. 

Dengan motivasi kejayaan pada hari ini. Kita akan sentiasa memotivasikan diri untuk mengecapi kembali kejayaan yang telah kita bina pada hari ini. Kejayaan hari ini adalah usaha dari hari semalam dan semangat untuk hari esok.





May Allah Bless U
 ^_^

***********************************************


No comments: