Selalunya, hal-hal berkaitan dengan kereta, memang saya malas kurang ambil tahu. Semua hal-hal berkaitan sevis-servis, alignment dan balancing, minyak hitam dan filter aircond dan semuanya saya serah bulat-bulat kepada pusat sevis.
Memang ada juga yang menegur, hantar pusat servis kena bayaran cas perkhidmatan tinggi dan tidak berbaloi. Tetapi untuk saya yang memang tiada ilmu tentang kereta dan tak mahu menyusahkan sesiapa. Saya percaya 100% kepada pusat servis. Saya percaya cas perkhidmatan mahal kerana servis yang diberikan adalah yang terbaik. (kalau kurang baik disebaliknya....redha je la..haha :P)
Kebetulan semasa servis kereta hujung bulan lepas. Saya diberitahu kondisi tayar kereta saya yang telah menunjukkan kehausan. Jangkaan masa yang saya minta anggarkan kemungkinan sebulan sahaja. Bergantung dengan cara pemanduan saya. OH??
Pening kepala sekejap memikirkan keadaan tayar kereta. Saya siap bertanya kenapa pusat servis tak menyediakan perkhidmatan tukar tayar. Kelakar kan :P
Saya mula bertanya kepada Abang Long dan Pak Usu yang agak 'expert' tentang tayar kereta. Seperti biasa, (inilah sebab malas nak minta tolong orang) ayat-ayat mukadimah mestilah bebelan risau itu-ini. Saya tahankan semata-mata minta pandangan dan nak tahu kedai tayar yang biasa mereka pergi.
Kemudian, saya bukan membuta-tuli terus datang kedai minta ditukar tayar. Saya kena buat penyiasatan dahulu. Bukan tidak percaya nasihat mereka, tapi....saya percaya dengan apa yang saya dah selidik dahulu. Kemudian buat pertimbangan barulah saya membuat keputusan.
Saya mulakan pencarian menggunakan pakcik Google yang selalunya tidak menghampakan saya. :D Beberapa laman sesawang telah saya buka dan baca. Kesimpulan yang saya buat adalah seperti perkongsian dibawah. (untuk ingatan saya juga)
Mula-mula sekali, perhatikan tayar kereta dan cari nombor bersiri yang panjang-panjang seperti gamba diatas. Ada ENAM perkara yang mesti kita kena tahu tentang tayar kereta:
1. Size Rim
Pastikan size tayar dibeli sesuai dengan size rim anda. Seperti gambar diatas, menggunakan size rim 16. Maka, beli tayar yang mempunyai size rim yang sama. Ini kerana dibimbangi kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer kereta jadi bingung sedikit dan jangka hayat absorber menurun. Paling penting bagi saya, penggunaan minyak akan meningkat.
2. Size Lebar
Perhatikan nombor 205/65. Kelebaran tayar 205 dan peratus ketebalan dari permukaan tayar ke rim adalah 65mm. Semakin lebar tayar, semakin rendah tekanan terhadap permukaan jalan, makin stabil semasa perjalanan. Ini Fizik mudah tingkatan 4...kan kan.. :D
3. Tahun Pengilang
Kemudian, cari lagi rangkaian empat nombor pada tayar. Seperti gambar dibawah nombor 1511 menunjukkan tayar dikilangkan pada minggu ke 14(dalam bulan 4) tahun 2008. Pastikan anda pilih tayar terbaru. Sebab tayar akan menjadi keras selepas 2 tahun tidak digunakan. Jika anda ternampak promosi tayar murah, pastikan anda belek dahulu tarikh ini. Tayar keras kurang selamat digunakan kerana mudah meletup. Bahaya kan.
4. Jenis
Pelbagai jenis tayar kereta ada dipasaran. Ada yang mahal dan ada yang murah. Tayar keluaran jepun agak mahal kerana lebih lembut dan rapat bunga tayarnya. Tapi awas! Sebab lebih lembut dipermukaan dan halus bunga tayar kurang sesuai untuk jalan licin. Ini pun fizik tingkatan 4...hihi :P. Satu lagi ingatan, kita duduk Malaysia kan...selalu hujan. Fikir-fikirkanlah... ;)
5. Alignment / Balancing
Aligment dan balancing, biasanya apabila menukar tayar baru perkhidmatan ini diberi secara percuma. Selamat sikit duit poket. :D
Alingment dan balancing kena dibuat setiap 3 bulan, ataupun setelah 10000km (kalau tak silap) perjalanan. Penting untuk pemanduan yang lancar, kestabilan tayar dan ada juga yang kata boleh menambahkan penggunaan minyak jika diabaikan. Oh! memang kena rajinlah lepas ni...tak boleh harapkan pusat sevis. Baik!
6. Budget
Demi keselamatan diri dan penumpang kereta kita, tak salah kalau kita pastikan pemilihan tayar kereta yang terbaik kan. Pastikan juga jenis tayar pilihan anda. Keluaran Jepun mahal tau...hikhik :P
Tips lain untuk melengkapi pemahaman anda, sila baca link dibawah;
Keperluan biasa menukar tayar kereta setiap 3 tahun, bergantung kepada cara pemanduan pengguna sendiri. Berjaga-jagalah selalu dan berbelanja secara berhemah. Mulakan proses menabung dari awal...ok.
Hati-hati di jalan raya
May Allah Bless U
Take-care
v_v
***********************************
p/s : hampir sebulan jugak belasah kereta sebelum tukar tayar, tahan telinga...haha :P
No comments:
Post a Comment