Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Tuesday, October 07, 2014

Imbasan kenangan 2013.


Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil-Adha.

Hari ini muncul pula kekuatan untuk menaip kenangan ataupun pengalaman yang telah dilalui sepanjang tahun 2013. Tujuan menaip? Untuk pembacaan sendiri supaya tidak lupa. Selain itu, untuk panduan jika membawa kebaikkan kepada mereka yang mencarinya dalam laman maya.


Kelantan TRIP : Tahun Baru Cina
Bermula dengan angan-angan. Proses perancangan yang berlaku dihujung waktu. Kerana nak dapatkan persetujuan Mak dan Abah. Memang semua adik beradik sedia maklum yang Abah tak mungkin akan meninggalkan segala 'belaan' dalam satu tempoh yang lama. Akhirnya bersetuju untuk mengikuti jalan-jalan ke Kelantan.

Memandu bersendirian dengan mengikuti secara dekat kereta famili angah. Kemudian penempahan rumah tumpangan yang kurang memuaskan, tapi masih boleh didiami selama 4 malam. Hampir semua tempat membeli-belah di pelusuk Kelantan sudah kami redah. Dalam keadaan cuaca yang gerimis dan mendung kami selamat mengikuti trip selama 5 hari.

Keseluruhannya, semua bahagian daerah Kelantan mudah dicari. Jalannya dan papan tanda senang nak faham. Kalau dapat pergi lagi mungkin bukanlah dimusim cuti sekolah. Sebab? Kelantan sesak sangat!

Ada beberapa cerita telah dikongsikan di sini. TRIP 1. TRIP 2. TRIP 3. TRIP 4. TRIP 5.


PRU-13 : 3 Mei
Bersedia menjadi Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk saluran ke 3 dari 6 saluran di pusat pengundian SMK Permas Jaya merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sehingga hari ini masih lagi bagaikan mimpi dapat berhadapan dengan komuniti yang berbeza pahaman politik. Apatah lagi berhadapan dengan ejen parti yang dilantik. Darah sentiasa berderau. Waktu bersenggang dan nak melepak juga belum dapat meredakan hati yang sentiasa berdebar-debar. Manalah tahu ada kemungkinan diluar jangkaan kita.

Dengan adanya pengalaman ini, rasanya mahu menjadi KTM untuk PRU akan datang. Masih berpeluang lagikah?

Ramai tak percaya saya adalah KTM. Tapi polis penggiring, ejen parti dan pengundi panggil saya PUAN. Mereka menghormati saya walaupun saya kecil orangnya. Heh.


Saya kurang pasti adakah pengalaman dan kenangan PRU-13 sudah ditulis dalam blog atau tidak. Tapi hanya jumpa ceritanya disini. PRU-13.


Lawatan Sekolah : Mei-Jun
Memasukki tahun ketiga mengikuti rombongan Persatuan Sains dan Matematik. Bagaimanapun fasa tahun ini berubah pula. Tiada lagi memasukki Sunway Laggoon. Bertukarkan kepada Ice-skating di Sunway Piramid. Pertama kali. Wow.


Rombongan kali ini memang banyak tempat dilawati. Bermula KLCC dengan Sunway Piramid. Kemudian esoknya ke tempat paling wajib untuk dilawati iaitu Genting Highland. Balik esoknya bergerak ke Pusat Sains Negara.



Merisik : 4 November.
Alhamdulillah. Selamat  dirisik pada tanggal 4 November 2914 bersamaan 1 Muharram 1434 H. Memang belum pernah ditulis tentang peristiwa penting ini dimana-mana. Bukan bermaksud tidak menghargai momen indah ini, tapi ada banyak perkara yang harus dijaga sehingga tarikh kami rasmi dengan akad nikah. Kecenderungan peristiwa ini dirahsiakan. banyak baiknya. Maka teruslah disimpan sehinggalah saya bocorkan saat ini.

Gambar? Entah ada disimpan atau memang tiada? Biarlah rahsia kot. Heh.



Dipinang : 25 Disember.
Sepertimana peristiwa merisik, begitulah juga bertunang. Kecenderungan dirahsiakan banyak baiknya, maka teruslah tersimpan secara rahsia. Gambar pun hanya dipaparkan pada posting tarikh nikah kami.


Majlis memang biasa sahaja. Atas permintaan saya yang tak mahu ada timbul unsur pembaziran. Seringkas mungkin seperti majlis merisik sebenarnya saya fikirkan. Sebab tak mahu menyusahkan kedua belah pihak. Tiada pelamin. Hantaran hanya barangan dan manisan yang biasa-biasa juga.

Saya tak minta dari famili yang berlebihan. Cuma saya minta dipercepatkan majlis rasmi sahaja.


Pindah : Dis
Mungkin inilah dikatakan rezeki kalau dah tertulis untuk kita, insyaAllah tak kemana. Rezeki nak kahwin agaknya. Saya dapat pindah bersama-sama kawan baik serumah saya sejak awal mengajar. Sebenarnya juga tidak berperancangan untuk pindah. Ada sebab saya diberikan kekuatan untuk mengisi eg-tukar.

1. Rezeki.
Ayat seorang rakan : " intan, ko mohonlah pindah, mana tau rezeki aku dan baby aku nak pindah ni...sebenarnya ada kat ko...kita kan selalu buat benda yang sama...ko mohonlah pindah"

Memang rezeki kita saling berkait. Kami sama-sama dapat pindah tanpa membuat rayuan jika nak dibandingkan orang lain. Siapa kata yang belum kahwin tak mungkin dapat pindah? Rezeki masing-masing kan.

2. Famili
Nyai baru sahaja meninggal bulan 4 yang lepas. Bertambah kritikal dengan masalah dalaman famili sebelah mak pula. Saya perlu ada di kampung untuk menangkis fitnah mak. Mak tak bersuara, biarlah saya bersuara. Mak adalah syurga saya. Saya perlu pertahankan syurga saya.

3. Kengkangan Kerja.
Ya. Saya sudah bosan dengan SMK Permas Jaya. Rencam. Suatu tatabahasa baru yang saya belajar dari senoir bagaimana mengelak kerja. Saya seronok bekerja. Seronok bekerja rupanya menjadi duri dalam hati mereka yang berkira-kira bekerja.

Bekerja lebih sedikit, tapi berkokok riuh sekampung. Duit gaji yang kita terima itu bukan semua milik kita, tidak takutkah nanti kalau Allah persoalkan di akhirat nanti? Biar kerja lebih dengan gaji yang biasa-biasa. Bukan kerja biasa-biasa untuk dapat gaji lebih.



4. Ubah angin.
Memang kengkangan kerja menyebabkan saya hendak berubah angin. Lagipun masa mohon eg-tukar, saya belum ada mana-mana komitmen. Belum dirisik dan belum bertunang.

Apabila saya bertanyakan perancangan masa depan ayatnya telah berubah dari "takyah la pindah, nanti kejap je lagi dah nak pindah" kepada "terpulanglah, kalau ada baiknya..pindahlah"

Masa itu, saya fikirkan memang saya perlu banyak bersabar lagi.



ALHAMDULILLAH.
Alhamdulillah. Memasukki tahun 2014 berbagai lagi kenangan dan pengalaman baru. Semua memasukki diari hidup bagaikan peluru berpandu. Mungkin ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Mungkin sesetengahnya sudah saya lupai secara sengaja ataupun tidak.

Masa berlalu dengan pantas. Saya akui, pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang dan menjadi lebih rasional dalam mengambil dan melakukan sesuatu keputusan.

Saya juga masih percaya. Andai kita berniat nekad untuk menjadi lebih baik, Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk bersama-sama kita.

Saya juga memahami konsep banyak kita memberi, insyaAllah banyaklah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Allah sentiasa bersama kita.



Semoga kita semua sentiasa dibawah keberkatan dan keredhaan Allah.

May Allah bless us.

Amin.



Friday, November 23, 2012

Ikat dan Celup.


Bagi peminat tegar biskut manis OREO, pasti tak lupa tag-line iklannya 'buka-jilat-celup'. Tapi post saya hari ini bukan berkaitan lansung dengan iklan biskut bukan kegemaran saya itu. Langsung tiada kaitan. 

Maka, apa dia 'ikat dan celup?'. Serius, pertama kali diperkenalkan dengan ikat dan celup, saya....eh bukan saya sahaja, malah kawan saya turut naik bersemangat. Rasanya hampir sebulan juga saya dan rakan-rakan alpa dan leka dengan penangan ikat dan celup ini. 

Setiap pagi datang sekolah, setiap kali habis waktu mengajar dan setiap kali ada masa terluang kami membuang menghabiskan masa dan berebut-rebut menghasilkan karya kreatif. Berlumba-lumba membentuk corak-corak pelik dengan gabungan warna seharmoni.

Pastinya tidak lari dari perkataan bangga diri. Sengaja mengusik rakan dan tak bermaksud apa-apa pun. Sekadar menwujudkan suasana akrab dan harmoni. Jauh sekali iri hati.

Ikat dan Celup.
Teknik paling mudah menghasilkan batik. Sebenarnya banyak cara menghasilkan batik antaranya yang saya diterangkan oleh pakar-pakar guru seni, yang biasa dan sangat femes digunakan teknik catan. Pada baju sutera yang selalunya harganya mahal-mahal, tentunya asli dari tangan yang kreatif. (memang tak mampu la makcik :P)


Disini, saya tunjukkan beberapa gambar teknik ikat dan celup secara ringkas. Memang sangat mudah dan sebab itu jugalah gambar-gambar yang disertakan juga sangat sedikit. Teknik ini tidak memerlukan anda atau sesiapa pun untuk pecah kepala nak mereka-bentuk. Tiada peraturan khas pun nak buat batik menggunakan teknik ini. 

1 : Warna
Warna batik boleh dibeli dikedai alat tulis tertentu sahaja. Kalau ikut, yang membekalkan serbuk batik dari syarikat alat tulis Rainbow. Kedai paling femes saya rasa masa belajar di UTM. Best giler masuk kedai Rainbow sebab banyak sangat alat tulis dari yang cute-mute kepada yang besar-kedabak.



2 : Ikat
Inilah dia, teknik pertama iaitu ikat. Perkara paling penting nak mengikat-ikat tentulah tali ataupun boleh mnggunakan getah tempe. Ikatlah sesuka hati nak macam mana pun. Ada yang ikat menggunakan batu. Ada yang ikat menggunakan pensel, penyepit dan sebagainya. Gambar yang saya upload hanya  menggunakan lidi sate sahaja yang dibelit-belit.


Lepas membelit dan mengikat, seterusnya bolehlah kita mulakan mewarna kain. Sebenarnya mewarnakan tak perlu berus bagai macam yang ditunjukkan. hanya celup kain kedalam warna sahaja. Tapi untuk hasil yang lebih kemas, sebab itulah berus sangat diperlukan. Eh? lupa nak bagitau jenis kain yang boleh dibuat batik. Untuk suka-suki memahirkan diri bergiat kreatif dan inovatif seperti saya. cehhh!! Bolehlah mula dengan kain belacu sebabnya....murah. Dan jangan pula beli kain ini kat kedai kain Euromoda ke Gulatis ke Nagoya ke...sah-sah memang tak jumpa. Sepertimana warnanya boleh didapati di Rainbow. Eh? promote Rainbow pulak..ada dapat komisyen ke apa? haha :P

Selesai sahaja mewarna-warna. Ikut je kata hati nak mewarna bagaimana dan apa kombinasi warna yang cantik. Sebab hasil yang kita perolehi bukan boleh terus nampak sejam dua. Sebabnya...kena tunggu semalaman, ataupun kalau sangat rajin atau tak sabar menunggu bolehlah jemur ditengah panas. ^^

Seterusnya, apabila ikatan kain telah kering(pastikan sepenuhnya). Buka ikatan tali dan buka lipatan kain yang telah diwarnakan semalam. Cakkkk...ba.....apa hasilnya? Kalau anda mempunyai imaginasi yang tinggi, maka hasilnya tentulah cantik molek seperti amna yang saya hasilkan. cehhhh!!!perasan sangat



Untuk membuang kusut masai kain selepas proses ikat, warna dan jemur bolehlah seterika sedikit. Nampak lawa kan coraknya...hihi ~~



Mungkin juga anda boleh hasilkan corak sebegini. Kalau semakin rajin, tone warna akan nampak lebih cantik jika anda ikat secara sekata.


Walaubagaimanapun, selamat mencuba. Semua cara, teknik dan pandangan saya diatas hanyalah pendapat peribadi melalui perkongsian pendapat dengan rakan dan pemerhatian saya sahaja. Tiada merujuk bahan ilmiah. 



Sekian.

May Allah Bless u.

^^

**************************



Tuesday, November 13, 2012

Saya vs Aiskrim


Siapa suka aiskrim?
Sila angkat tangan tinggi2...ok turun je tangan tu sebab saya tak nampak pun barangsiapa yang angkat tangan..haha.... Abaikan tangan-tangan, teruskan membaca komen dan pandangan saya mengenai aiskrim.

Makan aiskrim dan benda-benda ais dan sejuk mungkin diperturunkan melalui gen Abah. Peti ais dirumah kalau tiada ais membeku memang tidak lengkap rasanya. Bila dah meningkat dewasa, barulah muncul kesedaran mengurangkan minum ais sebab baru rasa betapa betulnya fakta-fakta tentang tak elok minum ais. Walaupun sudah mengurangkan pengambilan ais, keterujaan terhadap aiskrim tetap tak lekang ok. Tapi bukanlah saya sangat exited nampak aiskrim je nak makan. Tapi bila tiba waktu nak makan, malam buta pun boleh jadik...hihi ^^


Aiskrim vs Tutti Frutti.


Masa ini makan lepas balik sekolah. Entah kenapa tetiba terasa nak menelan Tutti Frutti tengahari tu. Sengaja membawa pakej makan-makan saya. Tudung merah sila kenal sebagai Cik Siti Wan Kembang. Eh, bukan rupanya...Siti Rozieana, manakala si tudung dot dot tu....Doy aka housemate atau ex-housemate. Tapi hanya tinggal kenangan pakej makan-makan saya ini. Sebab cik siti telah pun berpindah memenuhi keperluan isteri disisi suami. Dengar cerita sudah berbadan dua...Alhamdulillah. Syukur ^,^


Ini pula, pakej makan-makan terbaru saya. Sila kenal sebagai Doyah aka housemate aka ex-housemate. Telah berjaya permohonan pindahnya untuk memenuhi keperluan isteri disisi suami. Tahniah mate!! Bila saya ajak dia dan Doy lepas makan malam pekena Tutti Frutti. Dia kata saya buang tebiat aka gila sebab makan aiskrim dah dekat jam 10 malam. Memang gila pun dah. Sebab saya rasa tertekan sekolah dah nak habis, tapi pemyempurnaan kerja tak dapat saya gerakkan langsung waktu itu.



Komen saya tentang Tutti Frutti. Rasa dan tekstur aiskrim seperti yogurt. BIla suap je dalam mulut, rasa menyumbatkan sesuatu yang berkhasiat je...ekekeke.... Banyak pilihan perasa yang boleh kita tambah-tambah dan picit-picit. Pilihan aksesori buah-buahan, kekacang dan coklat rise pun banyak sangat. Sebab saya jarang juga kesini sebab ikut mood dan selera gila nak makan sahaja baru terasa perlu menjengah, aiskrim Tutti Frutti ini pun akan bertukar perisa. Harganya pun ok2 je la...semangkuk hijau tu tentu cecah RM 10. Kalau zaman studi, memang takda la nak pandang Tutti Frutti ni. Baik simpan buat makan je.. :P


Aiskrim vs Baskin Robbin.

Ini ditaja khas oleh Puan Doy. Saya pun kurang pasti sebab apa dia belanja, mungkin juga dia tengah terlalu banyak duit dan tak tahu nak kemana...so laburlah ke perut saya. Terima kasih belanja aiskrim MAHAL ni oooo.....hihi ^^



Komen saya tentang Baskin Robbin. Memang sangat AWESOME aiskrimnya. Tekstur dan rasa yang betul-betul aiskrim asli. Ada ke yang tak ori? Teksturnya mantap dan kental. Perasanya pula ada macam-macam sangat. Tunjuk je mana-mana berkenan, boleh rasa dulu sebelum di'scoop' ke dalam cawan (baca cup). Harganya memang la sesuai dengan kualiti aiskrim yang dihidangkan oleh Baskin Robbin ni. Secawan yang dalam gambar diatas tu.....cuba teka berapa...Rm 20 yea, memang orang kaya je yang belanja yea...untung kawan dengan Puan Doy...dia kaya...lalalala~



Kalaulah depan rumah ade Tutti Frutti...senang nak release tensen kan...lalalala


************************************

p/s: bila la orang lain nak belanja Tutti Frutti ni...ekekekeke :P

Monday, November 12, 2012

Makan-makan perpindahan Doyah ^_^


Malam khamis lepas, buat pertama kalinya Dayah aka housemate saya belanja makan mahal-mahal. Ceh!! mahal la kununnya. Tak mengapa, bukan mahal hendak dikongsikan. Tapi tempat baru yang saya, Doy terjah malam itu. Yeahhh!!!


Petang sebelum pergi, Doy sibuk meng'google' tempat makan yang best kat JB. Akhirnya, dia termakan juga cara saya kalau nak cari sesuatu info secara lebih baik. Iaitu 'GOOGLE'...haha. Walaubagaimanapun, melalui info seorang kawan yang telah menunjukkan jalan, tapi saya masih lagi was-was dengan tempat tersebut. Al-maklumlah dibimbangi ianya hanya 'indah khabar dari rupa', sebab pernah terkena dengan kawan ini juga. Bukan salah kawan, tapi salah/terlupa selera kami yang mungkin berbeza, kerana dilahirkan dinegeri berbeza.


Keputusan terakhir. Kami jejakkan kaki ke....... Restoran Singgah Selalu, Danga Bay. Parking pun senang je dapat, depan-depan je. Betul=betul belakang sign-board restoran tu. Alhamdulillah dipermudahkan. Menurut laluan yang kawan beritahu, restoran ni ada dihadapan Menara Maxis Danga Bay, tapi dalam hati saya memang dah tertanya-tanya ada ke restoran besar depan Menara Maxis tu. Tapi digagahkan juga jadik 'driver' untuk kawan berdua ni (sebelum gerak tu dah tertidur dekat 10-15 minit jugaklah). 


Kita bergambar dihadapan Restoran Singgah Selalu, Danga Bay. Bukan depan Menara Maxis, tapi 'berhadapan' Menara Maxis. Maksudnya.......berada diseberang jalan highway Danga Bay tu. Jauh jugaklah nak mencari pusingan-U. Bimbang jugaklah dengan jalan JB yang telah bersimpang-siur tu. Dengan pusingan yang boleh buat kita pening membaca sign-board.


Entah kenapa yea, menu Banana Split ini terlalu dekat untuk saya dan Doy. Mungkin mengingatkan saya kawan yang sangat suka makan yang telah berpindah sebelum ini. Takpa, nanti saya ceritakan dia belanja kami Banan Split di Secret Recipe.



Ini menu pilihan kami bertiga. Oh Yeah!!! Saya ambil (atas pilihan Doy sebenarnya) Lamb Chop, Doy: Chicken Chop dan Doyah:Beef Chop. Cantik jugalah decoration makanan kan. Penting bagi saya tu, sebab itulah faktor terpenting nak buat saya berselera makan.


Komen saya? Tentulah sangat suka!!! Orang belanja kan. Tentulah sangat sedap. Serius saya suka sebab saya hampir je abis makan. Tapi termakan lemak kambing, tekak jadi loya sedikit. Cuma saya selalu tertanya-tanya kenapakah sayur mentah itu harus berada dalam pinggan saya kan. Saya belum jadi kura-kura lagi. >,<


Restoran Singgah Selalu ini ada banyak menu. Pelbagai jenis makanan boleh kita pesan. Saya ada terperasan satu menu yang sangat saya terkejut juga, Sup Sirip Ikan Yu:Rm 88. Wow2!!! takutnya.... Ada kiosk so-yogurt, ada sisha(betul ke ejaan ini?), ramai pelancong, ada live band dan macam-macam la. Datang je. Anda pasti teruja. Tapi ingat hanya ada di Restoran Singgah Selalu, Danga Bay....~




*****************************************






Wednesday, November 07, 2012

Direbut Orang...?





Sekolah oh sekolah. Kerusi dan meja. Baru sahaja saya meninggalkan awak berdua enam hari. Awak berdua telah menjadi perhatian ramai nampaknya. Saya belum cukup merasai kerinduan dengan jangka masa pendek begini. Tapi tidak disangka, semakin goyang hubungan kita ini yea...


Mujurlah awak berdua berhati batu. 
Mujurlah juga anda hanya duduk kaku. 
Mujurlah juga tidak terdetik kamu untuk curang dengan daku.


Usahlah anda berasa risau dan curiga. Sepeninggalan saya hanya sementara. Bersabar dan tetaplah kaku disana. Khidmatmu masih aku perlukan. Terima kasih dengan baktimu. 




***********************************

p/s : Kes mejaku hampir diambil orang...lalala