Saturday, May 18, 2013

Jumpa lagi Kelantan... (Hari ke 5)


Hi, Assalamualaikum :)

Sampai juga akhirnya bahagian ke lima perjalanan cuti-cuti Malaysia ke Kelantan. Mungkin ini yang terakhir, lepas tamat bahagian ke lima mungkin tiada apa idea untuk menaip..hihi ^_^

Sebenarnya saya suka menjejakkan kaki ke pantai. Kalau di kampung, pantai paling dekat Pantai Punggor. Memang tak segah mana pun Pantai Punggor. Apatah lagi warna airnya yang agak tercemar sebab menyusur ke Selat Melaka. Setakat melepaskan keboringan petang hari, boleh la kan. Paling seronok, walaupun memang takda manusia pun yang akan mandi, mak tetap terjerit takut tengok kitorang jalan sepanjang gigi pantai. Mak tetap macam dulu. Bimbang kena tarik hantu air..haha :P 

Melalut pula, selain suka ke pantai, saya perasan yang saya juga suka melihat sawah padi. Banyak gambar di kelantan semuanya pemandangan pantai dan padi yang hijau. Ada sekali masa tersesat cari rumah abang ipar, kami lepas kejap tepi Petronas yang kebetulan sebelahnya sawah padi. 


Mesti seronok rumah ditengah sawah padi. Angin yang bertiup mesti sangat mendamaikan macam di pantai kan. Kata orang nak elokkan mata yang rabun, kena rajin tengok benda hijau. Jadi, kalau saya duduk sebulan kat rumah begini, tentu dah baik rabun saya kan..hihi ^_^ Berangan kejap..lala~

Berbalik hari terakhir di Kelantan. Perancangan memang nak balik seawal subuh. Tapi keluarga abang ipar bukan main rajin nak masak itu ini. Sarapan pagi penuh dengan lauk macam makan tengahari. Bertolak jam 9 pagi. Dan mengadanya saya siap menghasut abah suruh abang ipar lalu jalan pantai sebab nak tengok pantai...hihi ^_^ Menjadi tau.

Bukan saya saja yang beria nak lalu jalan pantai. Rupanya abah plan lagi banyak. Nak singgah masjid terapung, masjid kristal, pasar payang. Banyak betul nak singgah. Tapi cuma pergi masjid terapung, sebab abah nak tengok betul ke terapung. Mesti terfikir terapung macam dalam kapal, bergerak-gerak..hihi



Seronok korang ye budak-budak. Memang masa lari jauh sebab singgah situ sini. Lama juga menyinggah, sebab beli-beli t-shirt lagi. 


Dan yang terakhir disinggah di Terengganu...Pasar Payang. Penat dah budak kat bawah ni. Tapi senyum lagi sebab memang suka berjalan. Cuma pusing-pusing kat sini. Sebab semuanya sama macam di Kelantan. Panas pula kat sini. Mungkin sebab dekat dengan laut kan. Saya pun rasa macam gelap cuti kali ni...haha


Perjalanan sangat panjang. Baru penat terasa sebab sampai rumah jam 11 malam. Rehat makan di Gambang. Itupun malas nak mandi. Sebab rasa nak cepat sampai Johor. Tapi ralat juga tak singgah mana-mana pantai di Terengganu. Tengok dari jauh macam teruja pun ada sebab ombak lagi tinggi. Warna air biru-hijau. Lawa betullah. O.O


InsyaAllah, kalau panjang umur sampailah lagi. Tata~





1 comment:

Unknown said...

fakta menarik..ada seseorang yg kehangusan dalam salah satu gambar di atas..selamat meneka :)