Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Tuesday, October 07, 2014

Imbasan kenangan 2013.


Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil-Adha.

Hari ini muncul pula kekuatan untuk menaip kenangan ataupun pengalaman yang telah dilalui sepanjang tahun 2013. Tujuan menaip? Untuk pembacaan sendiri supaya tidak lupa. Selain itu, untuk panduan jika membawa kebaikkan kepada mereka yang mencarinya dalam laman maya.


Kelantan TRIP : Tahun Baru Cina
Bermula dengan angan-angan. Proses perancangan yang berlaku dihujung waktu. Kerana nak dapatkan persetujuan Mak dan Abah. Memang semua adik beradik sedia maklum yang Abah tak mungkin akan meninggalkan segala 'belaan' dalam satu tempoh yang lama. Akhirnya bersetuju untuk mengikuti jalan-jalan ke Kelantan.

Memandu bersendirian dengan mengikuti secara dekat kereta famili angah. Kemudian penempahan rumah tumpangan yang kurang memuaskan, tapi masih boleh didiami selama 4 malam. Hampir semua tempat membeli-belah di pelusuk Kelantan sudah kami redah. Dalam keadaan cuaca yang gerimis dan mendung kami selamat mengikuti trip selama 5 hari.

Keseluruhannya, semua bahagian daerah Kelantan mudah dicari. Jalannya dan papan tanda senang nak faham. Kalau dapat pergi lagi mungkin bukanlah dimusim cuti sekolah. Sebab? Kelantan sesak sangat!

Ada beberapa cerita telah dikongsikan di sini. TRIP 1. TRIP 2. TRIP 3. TRIP 4. TRIP 5.


PRU-13 : 3 Mei
Bersedia menjadi Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk saluran ke 3 dari 6 saluran di pusat pengundian SMK Permas Jaya merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sehingga hari ini masih lagi bagaikan mimpi dapat berhadapan dengan komuniti yang berbeza pahaman politik. Apatah lagi berhadapan dengan ejen parti yang dilantik. Darah sentiasa berderau. Waktu bersenggang dan nak melepak juga belum dapat meredakan hati yang sentiasa berdebar-debar. Manalah tahu ada kemungkinan diluar jangkaan kita.

Dengan adanya pengalaman ini, rasanya mahu menjadi KTM untuk PRU akan datang. Masih berpeluang lagikah?

Ramai tak percaya saya adalah KTM. Tapi polis penggiring, ejen parti dan pengundi panggil saya PUAN. Mereka menghormati saya walaupun saya kecil orangnya. Heh.


Saya kurang pasti adakah pengalaman dan kenangan PRU-13 sudah ditulis dalam blog atau tidak. Tapi hanya jumpa ceritanya disini. PRU-13.


Lawatan Sekolah : Mei-Jun
Memasukki tahun ketiga mengikuti rombongan Persatuan Sains dan Matematik. Bagaimanapun fasa tahun ini berubah pula. Tiada lagi memasukki Sunway Laggoon. Bertukarkan kepada Ice-skating di Sunway Piramid. Pertama kali. Wow.


Rombongan kali ini memang banyak tempat dilawati. Bermula KLCC dengan Sunway Piramid. Kemudian esoknya ke tempat paling wajib untuk dilawati iaitu Genting Highland. Balik esoknya bergerak ke Pusat Sains Negara.



Merisik : 4 November.
Alhamdulillah. Selamat  dirisik pada tanggal 4 November 2914 bersamaan 1 Muharram 1434 H. Memang belum pernah ditulis tentang peristiwa penting ini dimana-mana. Bukan bermaksud tidak menghargai momen indah ini, tapi ada banyak perkara yang harus dijaga sehingga tarikh kami rasmi dengan akad nikah. Kecenderungan peristiwa ini dirahsiakan. banyak baiknya. Maka teruslah disimpan sehinggalah saya bocorkan saat ini.

Gambar? Entah ada disimpan atau memang tiada? Biarlah rahsia kot. Heh.



Dipinang : 25 Disember.
Sepertimana peristiwa merisik, begitulah juga bertunang. Kecenderungan dirahsiakan banyak baiknya, maka teruslah tersimpan secara rahsia. Gambar pun hanya dipaparkan pada posting tarikh nikah kami.


Majlis memang biasa sahaja. Atas permintaan saya yang tak mahu ada timbul unsur pembaziran. Seringkas mungkin seperti majlis merisik sebenarnya saya fikirkan. Sebab tak mahu menyusahkan kedua belah pihak. Tiada pelamin. Hantaran hanya barangan dan manisan yang biasa-biasa juga.

Saya tak minta dari famili yang berlebihan. Cuma saya minta dipercepatkan majlis rasmi sahaja.


Pindah : Dis
Mungkin inilah dikatakan rezeki kalau dah tertulis untuk kita, insyaAllah tak kemana. Rezeki nak kahwin agaknya. Saya dapat pindah bersama-sama kawan baik serumah saya sejak awal mengajar. Sebenarnya juga tidak berperancangan untuk pindah. Ada sebab saya diberikan kekuatan untuk mengisi eg-tukar.

1. Rezeki.
Ayat seorang rakan : " intan, ko mohonlah pindah, mana tau rezeki aku dan baby aku nak pindah ni...sebenarnya ada kat ko...kita kan selalu buat benda yang sama...ko mohonlah pindah"

Memang rezeki kita saling berkait. Kami sama-sama dapat pindah tanpa membuat rayuan jika nak dibandingkan orang lain. Siapa kata yang belum kahwin tak mungkin dapat pindah? Rezeki masing-masing kan.

2. Famili
Nyai baru sahaja meninggal bulan 4 yang lepas. Bertambah kritikal dengan masalah dalaman famili sebelah mak pula. Saya perlu ada di kampung untuk menangkis fitnah mak. Mak tak bersuara, biarlah saya bersuara. Mak adalah syurga saya. Saya perlu pertahankan syurga saya.

3. Kengkangan Kerja.
Ya. Saya sudah bosan dengan SMK Permas Jaya. Rencam. Suatu tatabahasa baru yang saya belajar dari senoir bagaimana mengelak kerja. Saya seronok bekerja. Seronok bekerja rupanya menjadi duri dalam hati mereka yang berkira-kira bekerja.

Bekerja lebih sedikit, tapi berkokok riuh sekampung. Duit gaji yang kita terima itu bukan semua milik kita, tidak takutkah nanti kalau Allah persoalkan di akhirat nanti? Biar kerja lebih dengan gaji yang biasa-biasa. Bukan kerja biasa-biasa untuk dapat gaji lebih.



4. Ubah angin.
Memang kengkangan kerja menyebabkan saya hendak berubah angin. Lagipun masa mohon eg-tukar, saya belum ada mana-mana komitmen. Belum dirisik dan belum bertunang.

Apabila saya bertanyakan perancangan masa depan ayatnya telah berubah dari "takyah la pindah, nanti kejap je lagi dah nak pindah" kepada "terpulanglah, kalau ada baiknya..pindahlah"

Masa itu, saya fikirkan memang saya perlu banyak bersabar lagi.



ALHAMDULILLAH.
Alhamdulillah. Memasukki tahun 2014 berbagai lagi kenangan dan pengalaman baru. Semua memasukki diari hidup bagaikan peluru berpandu. Mungkin ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Mungkin sesetengahnya sudah saya lupai secara sengaja ataupun tidak.

Masa berlalu dengan pantas. Saya akui, pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang dan menjadi lebih rasional dalam mengambil dan melakukan sesuatu keputusan.

Saya juga masih percaya. Andai kita berniat nekad untuk menjadi lebih baik, Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk bersama-sama kita.

Saya juga memahami konsep banyak kita memberi, insyaAllah banyaklah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Allah sentiasa bersama kita.



Semoga kita semua sentiasa dibawah keberkatan dan keredhaan Allah.

May Allah bless us.

Amin.



Sunday, September 07, 2014

OUTreach


Assalammualaikum. 

Semalam dan semalam dan semalam bermalaman di katil orang. Tumpang bumbung dan tandas orang lain. Makan nasi dari air tangan entah tangan mak cik atau pun kak cik. Entahkan dicuci bersih...Ooppppss!!



Semuanya sebab nak mencari sesuatu yang diluar dari kotak fikiran, nak keluar mengapai awan nano..eh?

Sesungguhnya ilmu itu tak pernah susut dan habis selagi mana kita mahu berkongsi dengan orang lain. Semakin banyak memberi, makin banyak kita menerima. Kita tak berubah dek kerana orang lain, tapi kita yang tentukan setiap perubahan yang berlaku dalam diri kita.

Beberapa tahun lepas semasa berkhidmat di daerah Pasir Gudang, rasa diri ini bagaikan antara 'orang penting' kalau aktiviti daerah dilaksanakan. Namun, berada di 'sangkar emas' KPM, diri bagaikan semut hitam. Orang tak nampak dan perasan pun kehadiran kita. Semuanya hebat belaka dengan kepakaran masing-masing ; penanda SPM, pengubal soalan, guru cemerlang dan pengalaman yang dah lebih 10 tahun. Kerdil sungguh rasanya.

Program OUTreach begini bukan sahaja pendedahan kepada pelajar sahaja, malah untuk guru yang baru menjengah tingkap SBP sangatlah bermakna.

Kalaulah ada peluang, banyak perkara hendak dilaksanakan. Tapi, biarlah masa menentukan. Bak kata pepatah 'masuk kandang kambing kita mengembik'. Masa yang ada ini kita biarkan mata sahaja jadi pemerhati, melihat dan menilai. Mencari peluang. InsyaAllah.


Selamat sekolah semua.
Minggu ini kita sekolah sampai pengsan, minggu depan kita pergi zoo ek ek....eh eh..... :P



Friday, November 23, 2012

Ikat dan Celup.


Bagi peminat tegar biskut manis OREO, pasti tak lupa tag-line iklannya 'buka-jilat-celup'. Tapi post saya hari ini bukan berkaitan lansung dengan iklan biskut bukan kegemaran saya itu. Langsung tiada kaitan. 

Maka, apa dia 'ikat dan celup?'. Serius, pertama kali diperkenalkan dengan ikat dan celup, saya....eh bukan saya sahaja, malah kawan saya turut naik bersemangat. Rasanya hampir sebulan juga saya dan rakan-rakan alpa dan leka dengan penangan ikat dan celup ini. 

Setiap pagi datang sekolah, setiap kali habis waktu mengajar dan setiap kali ada masa terluang kami membuang menghabiskan masa dan berebut-rebut menghasilkan karya kreatif. Berlumba-lumba membentuk corak-corak pelik dengan gabungan warna seharmoni.

Pastinya tidak lari dari perkataan bangga diri. Sengaja mengusik rakan dan tak bermaksud apa-apa pun. Sekadar menwujudkan suasana akrab dan harmoni. Jauh sekali iri hati.

Ikat dan Celup.
Teknik paling mudah menghasilkan batik. Sebenarnya banyak cara menghasilkan batik antaranya yang saya diterangkan oleh pakar-pakar guru seni, yang biasa dan sangat femes digunakan teknik catan. Pada baju sutera yang selalunya harganya mahal-mahal, tentunya asli dari tangan yang kreatif. (memang tak mampu la makcik :P)


Disini, saya tunjukkan beberapa gambar teknik ikat dan celup secara ringkas. Memang sangat mudah dan sebab itu jugalah gambar-gambar yang disertakan juga sangat sedikit. Teknik ini tidak memerlukan anda atau sesiapa pun untuk pecah kepala nak mereka-bentuk. Tiada peraturan khas pun nak buat batik menggunakan teknik ini. 

1 : Warna
Warna batik boleh dibeli dikedai alat tulis tertentu sahaja. Kalau ikut, yang membekalkan serbuk batik dari syarikat alat tulis Rainbow. Kedai paling femes saya rasa masa belajar di UTM. Best giler masuk kedai Rainbow sebab banyak sangat alat tulis dari yang cute-mute kepada yang besar-kedabak.



2 : Ikat
Inilah dia, teknik pertama iaitu ikat. Perkara paling penting nak mengikat-ikat tentulah tali ataupun boleh mnggunakan getah tempe. Ikatlah sesuka hati nak macam mana pun. Ada yang ikat menggunakan batu. Ada yang ikat menggunakan pensel, penyepit dan sebagainya. Gambar yang saya upload hanya  menggunakan lidi sate sahaja yang dibelit-belit.


Lepas membelit dan mengikat, seterusnya bolehlah kita mulakan mewarna kain. Sebenarnya mewarnakan tak perlu berus bagai macam yang ditunjukkan. hanya celup kain kedalam warna sahaja. Tapi untuk hasil yang lebih kemas, sebab itulah berus sangat diperlukan. Eh? lupa nak bagitau jenis kain yang boleh dibuat batik. Untuk suka-suki memahirkan diri bergiat kreatif dan inovatif seperti saya. cehhh!! Bolehlah mula dengan kain belacu sebabnya....murah. Dan jangan pula beli kain ini kat kedai kain Euromoda ke Gulatis ke Nagoya ke...sah-sah memang tak jumpa. Sepertimana warnanya boleh didapati di Rainbow. Eh? promote Rainbow pulak..ada dapat komisyen ke apa? haha :P

Selesai sahaja mewarna-warna. Ikut je kata hati nak mewarna bagaimana dan apa kombinasi warna yang cantik. Sebab hasil yang kita perolehi bukan boleh terus nampak sejam dua. Sebabnya...kena tunggu semalaman, ataupun kalau sangat rajin atau tak sabar menunggu bolehlah jemur ditengah panas. ^^

Seterusnya, apabila ikatan kain telah kering(pastikan sepenuhnya). Buka ikatan tali dan buka lipatan kain yang telah diwarnakan semalam. Cakkkk...ba.....apa hasilnya? Kalau anda mempunyai imaginasi yang tinggi, maka hasilnya tentulah cantik molek seperti amna yang saya hasilkan. cehhhh!!!perasan sangat



Untuk membuang kusut masai kain selepas proses ikat, warna dan jemur bolehlah seterika sedikit. Nampak lawa kan coraknya...hihi ~~



Mungkin juga anda boleh hasilkan corak sebegini. Kalau semakin rajin, tone warna akan nampak lebih cantik jika anda ikat secara sekata.


Walaubagaimanapun, selamat mencuba. Semua cara, teknik dan pandangan saya diatas hanyalah pendapat peribadi melalui perkongsian pendapat dengan rakan dan pemerhatian saya sahaja. Tiada merujuk bahan ilmiah. 



Sekian.

May Allah Bless u.

^^

**************************



Wednesday, November 07, 2012

Direbut Orang...?





Sekolah oh sekolah. Kerusi dan meja. Baru sahaja saya meninggalkan awak berdua enam hari. Awak berdua telah menjadi perhatian ramai nampaknya. Saya belum cukup merasai kerinduan dengan jangka masa pendek begini. Tapi tidak disangka, semakin goyang hubungan kita ini yea...


Mujurlah awak berdua berhati batu. 
Mujurlah juga anda hanya duduk kaku. 
Mujurlah juga tidak terdetik kamu untuk curang dengan daku.


Usahlah anda berasa risau dan curiga. Sepeninggalan saya hanya sementara. Bersabar dan tetaplah kaku disana. Khidmatmu masih aku perlukan. Terima kasih dengan baktimu. 




***********************************

p/s : Kes mejaku hampir diambil orang...lalala