Hi semua, Assalamualaikum :)
Hendaknya sentiasa ceria dan bersemangat ke tempat kerja masing-masing. Mungkin masih ada yang menyambung cuti hari ini. Memang ada sebilangan kecil yang belum dapat hadir ke sekolah pagi selasa hari ini. Walaubagaimanapun sesi persekolahan tetap diteruskan.
Siapa menang dan siapa kalah memang adat bertanding. Kita yang tidak tahu kedudukan sebenar siapa yang salah dan siapa yang benar, jangan sesekali menyebarkan berita yang tidak pasti kedudukannya. Ramai dan banyak yang terpapar di ruangan muka buku 'facebook' , khabar-khabar angin mengenai PRU-13.
Kebiasaanya mereka yang mendapat kuasa selalunya akan menyalah-gunakan kuasanya. Semoga mereka yang berkuasa sentiasa beringat dan bersabar dengan dugaan yang diberikan. Mendapat kuasa pun boleh dikira suatu dugaan kan. Bukan mereka yang miskin yang perlu bersabar dengan dugaan yang mereka dapat. Mereka yang diberikan kekayaan pun sebenarnya dugaan buat mereka. Hanya mereka yang faham yang lebih mengerti.
Semalam hari yang paling sunyi sepanjang 4 tahun mengajar di Permas Jaya. Sangat sunyi seperti tak dapat dijangka kan sebelum ini. Sepatutnya semalam nak kongsikan disini. Tapi badan penat, kepala penat. Tapi sekolah tetap sekolah...haha *sebenarnya saya pun berharap diberikan cuti :P
Tahniah yang hadir.
Terima Kasih kepada yang mendoakan saya agar perjalanan PRU-13 berjalan lancar.
Terima kasih yang memberikan kata-kata semangat.
Sakit bahu sakit badan,
insyaAllah jumpa lagi akan datang...
May Allah Bless
*******************************************
2 comments:
2 ayat terakhir tu pantun ke apa, cam tak kena je rimanya :P
biar laaaa...suka hati laa, penat nak pk, tak boleh menjadi pulak pantunnya...haha
Post a Comment