Monday, March 27, 2017

Homestay moden di Cyberjaya.


Assalamualaikum.

Hai...pernah terfikir untuk menikmati keindahan alam di Cyberjaya? 

Sengaja kami bermalam di Cyberjaya beberapa hari yang lepas. Tapi tak mahu menetap aka menyusahkan famili kak ngah yang menetap di Cyberjaya. Dengan konsep seperti ala homestay dengan lengkap serba serbi serendah RM 130 semalam, maka sesuailah dengan percutian dalam budget. 

Pemandangan memang lawa, walaupun bilik kami menghadap projek pembangunan lagi. Tapi apabila turun ke tingkat 8 rasa teruja pula tengok kolam renang yang kosong. Hanya ada sefamili warga asing dan famili india. Tapi rasa segan pula, kami bantutkan hasrat untul berendam...hahaha. Kesian Al Fatih.


Lawa kan. Rasa damai sahaja. Padahal taman cantik begini ciptaan manusia. 

Ini naik ke bumbung. Terkejut kami sebab ada tiga empat orang pekerja sedang lepak pula. Tempat yang best untuk lepak....tapi kena naik ramai sikitlah sebab rasa tak selamat pula.


Dimana lokasi?
Hanya di Solstice, Cyberjaya. Ada juga unit kosong yang belum berpenghuni. Rupanya kalau nak beli, bukan setakat tak perlu fikirkan perabot. Malah siap dengan peti sejuk, mesin basuh dan dapur. Macam best kan....hehe



Sunday, March 26, 2017

QQ Baby Shop.


Hai..hari ini nak kongsikan satu kedai barangan bayi.
Kebanyakkan barang bayi memang saya banyak beli secara dalam talian. Sejak bayi masih dalam perut sampailah dah boleh berlari sendiri.

Antara faktor yang menyebabkan saya dan orang sekarang memilih membeli secara talian.

1. Kekangan masa.
Apabila masuk kerja jam 7 pagi dan kadang terlajak jugak ke 7 malam. Itu belum masuk jumaat dan sabtu yang ada eklas tambahan atau pun program khas dalam takwim sekolah.

2. Malas memandu.
Kedai yang menjual barang bayi agak terhad. Ada yang dekat tapi menawarkan harga yang agak mahal. Ada pula pilihan barangan yang kurang kualiti dan kurang berbaloi dengan harga. Pilihan lain kedai agak jauh. Makanya, berbalik kepada masa...terus malas nak membeli secara realiti empat mata.

3. Harga.
Harga beli secara dalam talian dengan beli di kedai pun tidak jauh sangat beza harga. Kalau mahal, kita cari kedai maya yang lain. Ataupun kita boleh tunggu semasa jualan murah. Contohnya macam LAZADA sale beberapa hari yang lepas. 

Belakang rumah atuk ada taman permainan. 
Untunglah nak....

Walaubagaimanapun kita juga perlulah mengakui bahawa membeli secara realiti itu lebih mengeratkan silahturahim di antara ibu ayah dan anak. 

Selain itu, ada juga beberapa barang bayi yang kadang kala susah nak dibeli secara maya. Sebagai contoh minggu lepas saya penat berpusing kedai di Muar, Johor sebab hendak mencarikan basikal untuk si Al Fatih.

Orang kata sambil menyelam, sambil minum air. Basikal belum jumpa, tapi ibu dah jumpa sesuatu pula. Nampak baju cantim di kedai QQ BABY SHOP. Kedai yang selama ini di'skodeng' secara maya. Wow.....teruja sangat. 

Tidak melepaskan peluang. Sempatlah merembat 2 pasang baju. Seronok dan teruja sebab dapat pilih baju yang sesuai untuk Al Fatih. Sebenarnya sebelum ini beli baju Al Fatih secara maya, tapi besar sangat. Masih disimpan dalam almari. Tunggu genap 2 tahun rasanya baru sesuai dipakai. 

My SuperKid Boy

Selepas ini rasanya boleh sangat datang lagi. Macam best pulakk....hehe. Kawan semua bolehlah datang. Banyak cawangan di seluruh Malaysia. Rajinkanlah mengoogle yee...


Tuesday, March 21, 2017

Sekeping gambar yang penuh kontroversi.


Alhamdulillah.

Selamat sampai ke bumi Cik Siti Wan Kembang. Beberapa hari sahaja, kemudian akan bernomad ke 'key elllll' untuk melengkapkan cuti-cuti Malaysia. Yeahhhh...



Sementara papa ada kerja yang kena dibuat. Kita berdua hanya terperap dibawah bumbung. Habis bosan dan boring si Al Fatih dan tak dapat menerima kenyataan...haha. Tiada kucing dan tiada ayam...apatah lagi nak keluar tengok luar. Semua tingkap. Tiada pintu gelincir. Siaran tv terhad pula. Memang kita banyak melayan 'Go Shop'.

Kadang bila sampai mood pelik. Tiba-tiba menjerit tanpa sebab. Lepas jerit terus ketawa. Memang sengaja....haha.

Tengoklah gambar buat muka kempot. Kononya gigi ompong. Ketawa sampai meleleh air liur.



Pernah saya saja memancing kawan lama untuk buat reunion. Untuk buat lebih 'rare' kita travel kat Tasik Kenyir. Kebtulan lalu dan singgah rnr baru di kawasan Tasik Temenggor, nampaklah boathouse. Besar dan siap ada aircond lagi. Teruja terus minta suami ambil gambar. 

Apabila selesai dikongsi. Bukan pasal boathouse yang dijadikan perbincangan. Tapi diri sendiri yang nampak kembang semangkuk menjadi kontroversi. Wahhhhh......

Awalnya saya gelak sahaja. Tapi bila ayat insyaAllah terus dianggap ayat positif. Terus saya kongsikan gambar bersama anak murid pada khamis lepas sempena pengumuman SPM.

Nampak? Kurus lagi kan. Tinggi yang tidak berubah, 153.5 cm dan berjisim 48 kg. Cehhh....kurusssss


Gambar ini memberikan satu kenangan untuk saya. Sebab tahun lepas sengaja minta kelas hujung sedikit. Target 3 orang dapat A+. Tapi hanya dua yang punya rezeki. Baju putih dapat penuh A. Berbaju hitam near miss kat subjek bahasa inggeris. Seorang lagi? Tak dapat A+ fizik, lambat tunjuk muka...pun near miss. Semoga terus cemerlang dan menjadi lelaki yang soleh.


Tuesday, March 14, 2017

Genap 17 bulan.


Pengalaman yang paling indah bagi seorang ibu adalah melihat anaknya makan dengan banyak.
Ada masanya Al Fatih memang akan makan apa sahaja jenis makanan yang diberikan kepadanya. Siap ada ayat 'seisei' yang bermaksud sama-sama. Tapi ada masanya juga yang dia tak mahu menerima apa-apa pun makanan termasuklah makanan 'feberet' iaitu pisang.

Al Fatih genap 17 bulan. Alhamdulillah. Semoga menjadi tahfiz al-Quran sayang. Ibu kata jadi ustaz, tapi papa kata jadi ulama. InsyaAllah sayang. Menjadi anak yang soleh dan baik dengan orang tua pun sudah cukup mengembirakan hari ibu dan papa.

Sekadar perkongsian tentang menu dan makanan untuk anak berumur 12 bulan ke atas.

Bagaimana nak tahu anak jemu?
Tanda yang paling utama, dia campak makanan yang ada dalam tangannya. Ataupun, dia akan mengumpal makanan dalam pinggannya.

Cara mengatasi?
Pelbagaikan menu. Bagaimana?
Kenal pasti makanan yang yang kerap dimasak dan diberikan makan sepanjang dua tiga hari. Kemudian tukarkan ke menu lain. Kadang memang kena cuba dan jaya juga. Banyak kali juga saya kena banyak mencuba.

Contohnya sebelum ini dah makan ayam. Saya cuba masakkan ikan pula. Tapi masih tak mahu makan. Tukar buat sup daging. Akhirnya saya juga yang makan. Rupanya diberikan telur dadar pula berselera.

Cara saya apabila menyediakan menu Al Fatih. Saya akan bahagikan menu kepada beberapa bahagian. Ini saya taip kemudianlah ye.....banyak nak taip...hehe


Ibu puasa. Al Fatih makan spageti sambil tengok tv. 

Seronok tengok Al Fatih makan penuh berselera. Separuh pinggan pun boleh habis kalau dia memang suka makanan yang kita bagi. Kadang siap nak bertambah bila dia sebut 'nak-nak'.

Garam dan gula.
Memang ada ibu bapa yang sangat spektikal dengan penggunaan garam dan gula kepada bayi kurang 2 tahun. Sampai ada kes luahan hati sebab tak puas hati dengan keluarga mentua, akak ipar dan sedara-mara sebab begang dan marah sesuka hati bagi bayinya makan.

Jangan dimarah atau dikeluh. Kenangkanlah yang diumpat itu sedara sendiri, darah daging suami. Darah yang sama mengalir di tubuh bayi awak juga. Dahulu zaman kita pun mak bukan sahaja tak menyusukan kita penuh 2 tahun, malah bagi makan bubur air nasi seawal 3 bulan. Alhamdulillah kita sihat walafiat sehingga sekarang. Mak kita pun sihat. Malah ada yang lebih sihat berbandingkan kita yang muda begini pun semasa mengandung ada kes diabetes kan.

Kita hidup perlu berserdahana.
Jangan terlampau taksub.

Ada orang kata, minum air masak 3L. Air elok untuk sistem bendalir badan. Tapi hakikatnya air yang kita minum ada hadnya. Bila terlebih air ada kesan kepada buah pinggang.

Sekarang kita ubahlah mentaliti kita yang suka mengecam orang.
Merendahkan pendapat orang. Menyangkal tindakan orang. Kita pun bukanlah sempurna. Jika kita lihat kelemahan orang, kita reflek dengan diri sendiri. Kita ambil yang elok, dan buang yang tak elok dan jangan kita buat benda tak elok tersebut.

Jangan sesekali membuka aib orang. Kalau betul tidak suka, tegurlah secara berhemah.

Kita hidup saling melengkapi.
Saling mengingatkan antara satu sama lain.


Semoga penulisan ini menjadi iktibar buat saya juga yang begitu banyak kelemahan.






Monday, March 13, 2017

Nora Danish datang...oh maiiiii


Kecilnya Al Fatih masuk bulan ke empat rasanya mula tak membela kucing. Abah kata banyak bulu dan dah mula mengatal kucing jantan kesayangan mak. Kalau sekadar gatal diluar rumah, tak mengapa. Tapi sampai tak reti jaga kebersihan dalam rumah. Itu yang naik angin mak nak mencuci. Akhirnya abah sekolahkan kucing tersebut. 

Maksudnya dah lebih setahun tak membela kucing. Tiap kali datang rumah orang, nampak kucing dan berhajat nak seekor buat teman Al Fatih. Tapi tiap kali itu juga, seekor pun tak mendapat. 

Alahaiiii....kucing kampung je kot....bukan kucing berbengal-bengal atau berbulu panjang. Begitulah kalau orang dah sayang kucing, beli kucing kampung tak bercorak atau berbulu panjang pun dah sayang sangat. Padahal asal susul kucingnya dari pasar ikan siap dengan pakej kutu dan cirit birit lagi.

Sejak balik dari Muar, sabtu petang dah menjelang Maghrib sampai rumah Rengit. Dah nampak ada sesuatu yang menyapa kami balik. Eh kucing putih. Mulut bising. Lapar agaknya.




Bagi tahu mak ada kucing mata biru datang. Bulu macam panjang juga. Ekornya panjang. Tapi telinga berkutu pula. Pulak tu jantinan betina.

Oleh kerana Al Fatih suka kucing. Suka nak berkawan dengan kucing. Mak mandikan siap wangi lagi. Ibu Al Fatih bagi nama Nora. 

Kenapa Nora? Sebab putih....macam kacukan, walaupun tak seberapa sangat. Lebih kurang macam Nora Danish....wow 







Sunday, March 12, 2017

Basikal nyaie




Zaman sekolah rendah, memang ramai kawan pergi sekolah naik basikal. Saya mula naik basikal masa darjah 1 lagi. Tapi sekadar jadi pembonceng sahaja. Angah masa itu darjah 6. Kebanyakkan masa darjah 1, abah hantar ke sekolah sebab jadual balik sekolah tak sama dengan pelajar upsr.

Bila masuk darjah 3 ke 4, barulah pergi sekolah dapat naik basikal. Sebab ada adik lelaki yang sama-sama boleh merempit...hehe

Macam-macam jenis basikal pernah ada. Tapi semuanya basikal bekas orang punya. Abah beli murah kat pasar 'kuala'. Kalau sekarang nama glamornya pasar karat. 

Basikal besar sebiji macam dalam gambar biasanya orang tua yang gunakan. Atuk perempuan aka nyaie biasa guna basikal kalau pergi kedai atau pergi kebun. Kebergantungan dengan basikal memang kuat masa itu. Lain dengan zaman 2020 sekarang ni...

Apabila nyaie mula tak kuat nak mengayuh basikal. Basikal digantung belakang rumah. Ada ura-ura mak nak mengecek basikal nyaie untuk bagi saya dan adik-adik pakai untuk pergi sekolah atau pergi mengaji. Saya ingat lagi peristiwa tersebut. Nyaie datang bagi mak duit. Pelik saya tak faham. Masa kecil lagi saya kurang faham bahasa jawa mak dengan nyaie. Kemudian, barulah saya faham yang basikal nyaie dah diambil orang lain. Makcik sendiri yang ambil, ipar kepada emak. Entah apa tujuan dia nak ambil, saya kurang faham....tapi yang saya faham anaknya semua masuk asrama. Kepenggunaan basikal memang tiada langsung. Manusia....huhu

Sedih.....kalau mak takda ura-ura nak basikal nyaie, mesti masih dapat gunakan lagi. Walaupun sekadar untuk bermain. Tapi sejak itu, terus tidak merasai basikal tua nyaie. Al Fatihah untuk Hajah Marpoah binti Hj Abdul Ghani. Semoga tenang disana.



Tuesday, March 07, 2017

Kurung.


Baju dan baju.
Memang tak dapat dipisahkan dengan orang perempuan. Kegemaran saya tentulah baju kurung. Baju kurung dan berwarna kosong. Maksudnya baju plain tanpa corak. Begitu juga tudung. Tudung plain tanpa corak. 

Koleksi baju.
Memegang gelaran guru menyebabkan koleksi baju kurung saya terlajak banyak. Kalau koleksi saya sudah cukup banyak, cuba bayangkan rakan-rakan guru yang lain yang menetapkan target bulanan sekurangnya sepasang baju baru.

Oleh kerana kami berdepan dengan pelajar yang sangat teliti memerhati guru mereka. Sekurangnya kami mesti ada 30 pasang baju yang dipakai setiap bulan. Masuk bulan baru kalau mengulang kembali baju pun pelajar tidaklah berasa jemu. Normal kita manusia biasa nak kelihatan lawa dan melihat yang lawa sahaja.


Entah kenapa tergoda pula dengan koleksi terbaru bySarahAhmad. Tak sampai 10 minit membelek, terus pm dan terus bayar. Dua hari kemudian sampai. Terus bagitahu suami untuk menggunakan kuasa veto bagi warna baju hari raya nanti...ekekeke...

Impian.
Saya punya impian. Untuk mengumpul koleksi baju batik. Untuk dipakai dihari Ahad semasa perhimpunan mingguan. Impian sangat. Setakat masuk tahun ke lapan bekerja. Baru ada dua koleksi sahaja. Itupun sebab sekolah wajibkan beli. Kalaulah saya bermula sejak tahun pertama bekerja, mesti sudah lapan koleksi kan. Impian terus diimpikan. 

Alahai...
Walaupun dah agak lama tiada baju baru. Rupanya malam ini terjumpa baju yang dibeli dan belum sempat dipakai. Ohmaiii.....esok bolehlah melaram...hihi

Selamat malam semua.

Fenomena MK


Fenomena kan?

Dua tahun kebelakang, saya lihat dan perhatikan Beauty Consultant Mary Kay sangat bekerja keras bagi menaikkan nama jenama Mary Kay dikalangan pengguna wanita.

Kuasa iklan dan pelbagai promosi juga meranapkan isu normal iaitu 'mahal' dan harga 'tak logik' serta istilah 'tidak mampu' dibibir pengguna wanita. Semua rasanya mudah terpengaruh. Termasuk saya...erm...


Sejarah awalnya bermula dengan lipstik MK. Memang terbaik hasilnya sebab bibir tidak lagi mengelupas dan berdarah. Rasa jatuh cinta sangat.


Oleh kerana asyik dikejar oleh BC. Saya mencuba jugalah pencuci dan scrub muka. Tapi saya beli secara dalam talian. 
Ya Allah, harga beza sangat dengan harga BC. Maaf ye BC saya tak membeli dengan awak...huhu, zaman gawat deh.



Pendapat saya?

Sejauh mana kita nak nampak cantik? Selama mana istilah kulit sihat kita perolehi? Adakah sampai umur 60 tahun kita kekal awet muda dengan rupa 30 tahun kehadapan? Isu paling penting bagi saya adalah jaga pemakanan. Sebab sumber kesihatan yang baik bermula dengan apa yang kita makan. 

Saya cuba juga. 

Terpengaruh dan mahu merasai kelebihan Mary Kay yang sibuk diwarkan. Apa pendapat saya? Pencuci muka cair yang amat. Tiada buih dengan alasan ianya organik. Tapi cair dan boleh habis dalam masa tak sampai 6 bulan kot.

Tapi untuk scrub muka, terbaik juga. Rasa macam scrub jenama biasa yang saya pakai....hehe, nanti BC marah pula pada saya sebab saya pakai tak konsisten, sebab itulah result saya dapat tak berkesan...hehe

Walaubagaimanapun, saya bagi 10 bintang untuk lipstik terbaru MK. Seperti bertemu dengan kekasih hati, sebab kulit bibir saya tidak lagi kering dan mengelupas. Alhamdulillah memang saya terjatuh cinta dengan sengaja. 

Rasanya untuk kali kedua membeli pencuci mungkin tidak. Baik saya teruskan dengan pencuci muka Shaklee yang vitamin C. Cecairnya lebih pekat dan saiznya lebih besar. Beza harga dalam RM 10 sahaja. Boleh tahan sehingga 15 bulan....lagi jimat...ekekekke




Monday, March 06, 2017

Gandos.


Sebelum ini ada niat nak kongsi satu resepi makanan orang jawa. Resepi kuih ini yang mak saya belum pernah buat sepanjang 30 tahun saya hidup. 

Apabila saya tunjukkan gambar dalam group whatapps famili. Pak usu saya berikan respon pernah makan. Rupanya nenek saya pernah buat, cumanya acuan loyang tak tahu hilang dimana. Kesudahannya anak cucu cicit terus tak pernah menikmati makanan hebat ini.


Resepi bahan kuih Gandos sama macam buat lempeng kelapa. Tapi menurut ibu mentua saya, lebih sedap kalau gunakan kelapa yang lebih muda sebab isinya manis dan lembut. Sedap dimakan dengan cicah sambal tumis ikan bilis ranggup. Kalau ikut selera saya, makan begitu sahaja juga cukup nikmat. Yummy....


Selain dari kuih Gandos. Ibu mentua ada juga tunjukkan bakat beliau membuat roti Naik. Sekarang kalau orang sibuk dan bangga dengan roti sarang lebah, roti keju dan macam-macam jenis roti. Saya juga bangga dan kagum sebab ibu mentua rupanya ada skill membuat roti tanpa perlu memhempas pulas menguli tepung. Hebat tak?

Malam sebelum tidur, ibu mentua akan mula mengadun tepung gandum, gula, yis dan majerin. Apabila sebati. Tutup dengan kain. Esok paginya sebelum solat subuh, beliau akan menguli sekejap unyuk bagi angin keluar. Selepas itu dibiarkan sehingga lepas waktu subuh, barulah dibentuk kecil dan disusun di dalam loyang pembakar. Dibakar pula dengan suhu agak-agak dan masa agak-agak juga. Sekadar pemerhatian permukaan roti telah keperangan. Apabila diangkat, terus disapu dengan majerin dipermukaan roti untuk nampak berkilat dan tahan lembut lama sedikit. 

Senang kan? Mudah sangat. Air tangan seorang ibu. Goyang sedikit je tangan, terus jadi makanan sedap. 

Semoga suatu hari nanti...saya akan mencontohi kerajinan ibu saya dan ibu suami saya untuk berada di dapur dan melahirkan resepi makanan yang menakjubkan...hihi...Amin.


Sunday, March 05, 2017

Hantu Laksa.


Ada satu perangai pelik saya tentang makanan.
Kalau meminati sesuatu makanan, saya akan makan sepuasnya sehingga saya jemu. Kalau setiap hari makan, selagi ada saya akan makan sehingga tahap jemu dan bosan.

Contohnya semasa di UTM Skudai. Ada satu kedai yang jual makanan yang berasaskan sup aka kuah soto. Kalau sebelum ini, saya hanya mengenali soto dimakan bersama nasi impit. Tapi di kedai ini, soto boleh dipasangkan dengan pilihan sendiri sama ada bihun, mee kuning, kuetiaw ataupun nasi kosong. Salah satu sebab kenapa saya menjadi pelanggan tetap sebab makan soto ni merupakan menu mudah. Mudah dihadam. Juga harganya yang masih dibawah budget. Senang cerita lebih murah berbanding makan nasi goreng pataya.

Itu cerita zaman dahulu. Sekarang seja dah pandai menggunakan sudip dan kuali. Saya dah meningkatkan skill memasak menu lain pula. Saya berjinak memasak laksa penang dan seterusnya laksa johor. 

Bagaimana boleh terjebak?
Semuanya bermula apabila bulan Ramadhan, di bazar Ramadhan banyak orang jual laksa. Tapi kualitinya sekadar bersesuaian dengan harga budget.


Oleh kerana banyak sangat kata negatif berkenaan dengan mee laksa penang yang kononya boleh mengembangkan urat dan boleh menyebabkan sakit urat apabila tua nanti. Dan ibu yang baru lepas bersalin perlu berpantang 2 tahun dari menjamu laksa. Maka, saya mencuba pula membuat laksa johor. 

Resepi? Main agak sahaja. Cara yang sama seperti laksa penang, yang berbeza saya tumiskan sekali rempah kari. Pada mulanya saya nak masukkan sedikit santan pekat. Tapi apabila melihat warna kuah dan rasanya yang kaw, saya batalkan. Sedap juga tanpa santan. 

Saya kongsikan resepi saya sendiri.

Lada kering direndam. Dikisar bersama minyak dan air dan ditumis sehingga naik minyak. Bawang besar dan 3biji bawang putih. Dikisar juga dan ditumis selepas lada kering ditumis. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan ditumis lagi sehingga naik bau n minyak. Masukkan daun kesum, serai dan bunga kantan.

Selepas itu, masukkan isi ikan yang telah dikisar lumat. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan air jika nak banyak kuah. Saya suka pekat sebab apabila digaul dengan spageti, timun, daun salad dan nenas. Kuah laksa akan berair. Yummy....

Senang proses membuat laksa. Perkara yang merumitkan mengasingkan ikan dari tulangnya dan memastikan tiada sebiji tulang pun tertinggal. Bahaya kalau ada, kang tercekik orang yang makan.


Hari ini pun makan spageti. Sebab Al Fatih pun tengah mood makan makanan berasaskan mee. Jemu makan nasi. Spageti bologness. Esok lusa mungkin cabonara pula....hihi

Maaflah banyak post pasal makanan. Mood mengantikan puasa bulan Ramadhan...hihi