Kecilnya Al Fatih masuk bulan ke empat rasanya mula tak membela kucing. Abah kata banyak bulu dan dah mula mengatal kucing jantan kesayangan mak. Kalau sekadar gatal diluar rumah, tak mengapa. Tapi sampai tak reti jaga kebersihan dalam rumah. Itu yang naik angin mak nak mencuci. Akhirnya abah sekolahkan kucing tersebut.
Maksudnya dah lebih setahun tak membela kucing. Tiap kali datang rumah orang, nampak kucing dan berhajat nak seekor buat teman Al Fatih. Tapi tiap kali itu juga, seekor pun tak mendapat.
Alahaiiii....kucing kampung je kot....bukan kucing berbengal-bengal atau berbulu panjang. Begitulah kalau orang dah sayang kucing, beli kucing kampung tak bercorak atau berbulu panjang pun dah sayang sangat. Padahal asal susul kucingnya dari pasar ikan siap dengan pakej kutu dan cirit birit lagi.
Sejak balik dari Muar, sabtu petang dah menjelang Maghrib sampai rumah Rengit. Dah nampak ada sesuatu yang menyapa kami balik. Eh kucing putih. Mulut bising. Lapar agaknya.
Bagi tahu mak ada kucing mata biru datang. Bulu macam panjang juga. Ekornya panjang. Tapi telinga berkutu pula. Pulak tu jantinan betina.
Oleh kerana Al Fatih suka kucing. Suka nak berkawan dengan kucing. Mak mandikan siap wangi lagi. Ibu Al Fatih bagi nama Nora.
Kenapa Nora? Sebab putih....macam kacukan, walaupun tak seberapa sangat. Lebih kurang macam Nora Danish....wow
No comments:
Post a Comment