Tuesday, March 14, 2017

Genap 17 bulan.


Pengalaman yang paling indah bagi seorang ibu adalah melihat anaknya makan dengan banyak.
Ada masanya Al Fatih memang akan makan apa sahaja jenis makanan yang diberikan kepadanya. Siap ada ayat 'seisei' yang bermaksud sama-sama. Tapi ada masanya juga yang dia tak mahu menerima apa-apa pun makanan termasuklah makanan 'feberet' iaitu pisang.

Al Fatih genap 17 bulan. Alhamdulillah. Semoga menjadi tahfiz al-Quran sayang. Ibu kata jadi ustaz, tapi papa kata jadi ulama. InsyaAllah sayang. Menjadi anak yang soleh dan baik dengan orang tua pun sudah cukup mengembirakan hari ibu dan papa.

Sekadar perkongsian tentang menu dan makanan untuk anak berumur 12 bulan ke atas.

Bagaimana nak tahu anak jemu?
Tanda yang paling utama, dia campak makanan yang ada dalam tangannya. Ataupun, dia akan mengumpal makanan dalam pinggannya.

Cara mengatasi?
Pelbagaikan menu. Bagaimana?
Kenal pasti makanan yang yang kerap dimasak dan diberikan makan sepanjang dua tiga hari. Kemudian tukarkan ke menu lain. Kadang memang kena cuba dan jaya juga. Banyak kali juga saya kena banyak mencuba.

Contohnya sebelum ini dah makan ayam. Saya cuba masakkan ikan pula. Tapi masih tak mahu makan. Tukar buat sup daging. Akhirnya saya juga yang makan. Rupanya diberikan telur dadar pula berselera.

Cara saya apabila menyediakan menu Al Fatih. Saya akan bahagikan menu kepada beberapa bahagian. Ini saya taip kemudianlah ye.....banyak nak taip...hehe


Ibu puasa. Al Fatih makan spageti sambil tengok tv. 

Seronok tengok Al Fatih makan penuh berselera. Separuh pinggan pun boleh habis kalau dia memang suka makanan yang kita bagi. Kadang siap nak bertambah bila dia sebut 'nak-nak'.

Garam dan gula.
Memang ada ibu bapa yang sangat spektikal dengan penggunaan garam dan gula kepada bayi kurang 2 tahun. Sampai ada kes luahan hati sebab tak puas hati dengan keluarga mentua, akak ipar dan sedara-mara sebab begang dan marah sesuka hati bagi bayinya makan.

Jangan dimarah atau dikeluh. Kenangkanlah yang diumpat itu sedara sendiri, darah daging suami. Darah yang sama mengalir di tubuh bayi awak juga. Dahulu zaman kita pun mak bukan sahaja tak menyusukan kita penuh 2 tahun, malah bagi makan bubur air nasi seawal 3 bulan. Alhamdulillah kita sihat walafiat sehingga sekarang. Mak kita pun sihat. Malah ada yang lebih sihat berbandingkan kita yang muda begini pun semasa mengandung ada kes diabetes kan.

Kita hidup perlu berserdahana.
Jangan terlampau taksub.

Ada orang kata, minum air masak 3L. Air elok untuk sistem bendalir badan. Tapi hakikatnya air yang kita minum ada hadnya. Bila terlebih air ada kesan kepada buah pinggang.

Sekarang kita ubahlah mentaliti kita yang suka mengecam orang.
Merendahkan pendapat orang. Menyangkal tindakan orang. Kita pun bukanlah sempurna. Jika kita lihat kelemahan orang, kita reflek dengan diri sendiri. Kita ambil yang elok, dan buang yang tak elok dan jangan kita buat benda tak elok tersebut.

Jangan sesekali membuka aib orang. Kalau betul tidak suka, tegurlah secara berhemah.

Kita hidup saling melengkapi.
Saling mengingatkan antara satu sama lain.


Semoga penulisan ini menjadi iktibar buat saya juga yang begitu banyak kelemahan.






No comments: