Monday, March 06, 2017

Gandos.


Sebelum ini ada niat nak kongsi satu resepi makanan orang jawa. Resepi kuih ini yang mak saya belum pernah buat sepanjang 30 tahun saya hidup. 

Apabila saya tunjukkan gambar dalam group whatapps famili. Pak usu saya berikan respon pernah makan. Rupanya nenek saya pernah buat, cumanya acuan loyang tak tahu hilang dimana. Kesudahannya anak cucu cicit terus tak pernah menikmati makanan hebat ini.


Resepi bahan kuih Gandos sama macam buat lempeng kelapa. Tapi menurut ibu mentua saya, lebih sedap kalau gunakan kelapa yang lebih muda sebab isinya manis dan lembut. Sedap dimakan dengan cicah sambal tumis ikan bilis ranggup. Kalau ikut selera saya, makan begitu sahaja juga cukup nikmat. Yummy....


Selain dari kuih Gandos. Ibu mentua ada juga tunjukkan bakat beliau membuat roti Naik. Sekarang kalau orang sibuk dan bangga dengan roti sarang lebah, roti keju dan macam-macam jenis roti. Saya juga bangga dan kagum sebab ibu mentua rupanya ada skill membuat roti tanpa perlu memhempas pulas menguli tepung. Hebat tak?

Malam sebelum tidur, ibu mentua akan mula mengadun tepung gandum, gula, yis dan majerin. Apabila sebati. Tutup dengan kain. Esok paginya sebelum solat subuh, beliau akan menguli sekejap unyuk bagi angin keluar. Selepas itu dibiarkan sehingga lepas waktu subuh, barulah dibentuk kecil dan disusun di dalam loyang pembakar. Dibakar pula dengan suhu agak-agak dan masa agak-agak juga. Sekadar pemerhatian permukaan roti telah keperangan. Apabila diangkat, terus disapu dengan majerin dipermukaan roti untuk nampak berkilat dan tahan lembut lama sedikit. 

Senang kan? Mudah sangat. Air tangan seorang ibu. Goyang sedikit je tangan, terus jadi makanan sedap. 

Semoga suatu hari nanti...saya akan mencontohi kerajinan ibu saya dan ibu suami saya untuk berada di dapur dan melahirkan resepi makanan yang menakjubkan...hihi...Amin.


No comments: