Friday, November 30, 2012

Kisah Pensel dan Pemadam


Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Kenapa? Awak tak buat salah apa pun dengan saya.

Pensel : Saya minta maaf, disebabkan saya...awak selalu cedera. Setiap kali saya buat silap, awak sentiasa ada membetulkan kesilapan yang telah saya lakukan. Sehingga awak tidak sedar yang awak sebenarnya mengorbankan diri sendiri dan cedera.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tidak kisah langsung tentangnya. Sebab saya berada disisi awak memang untuk membantu awak memperbaikki kesilapan yang telah awak lakukan. Walaupun saya tahu, suatu masa nanti saya akan hilang, tapi saya berbangga dapat membantu awak. Jadi, janganlah berasa risau. Saya benci melihat awak bersedih :'(




Pernah terbaca kisah pensel dan pemadam?
Saya pernah terbaca suatu masa dulu. Kebetulan ada kawan berkongsikan di'muka-buku' sebentar tadi. Mengingatkan saya tentang dua perkara. Saya dan Kawan. Saya dan Ibu Bapa.

Saya dan Kawan.
Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa hadir membantu dan menegur kesilapan kita. Walaupun pahit mungkin untuk menerima teguran. Tidak salah kita cuba muhasabah diri mencari dan memperbaikki kesilapan diri. 

"Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi. Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya"

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Mas'ud r.a.

Saya dan Ibu Bapa.
Ibu bapa kita sentiasa ada disisi kita walaupun pelbagai kesilapan yang telah kita lakukan. Mereka sentiasa ada untuk membantu kita membaikki kesilapan kita walaupun kadang-kala mereka terluka dan berkecil hati. Walaupun kita sering lupa menghubunginya. Tetapi disaat kita kesusahan, mereka tetap ada datang membantu. 

Kita memang tidak akan terbalas jasa mereka membesarkan kita. Sementara mereka masih hidup dan masih sihat, sentiasalah berhubung dan berusaha membuat mereka gembira dan senang hati. 


Perbezaan.
Perbezaan yang saya dapati. Kawan saling berganti. Hilang seorang, sepuluh yang hadir menanti. Hilang ibu bapa, tiada gantinya...




****************************************

May Allah Bless U

Take Care ^_^


Tips Memilih Tayar Kereta.


Selalunya, hal-hal berkaitan dengan kereta, memang saya malas kurang ambil tahu. Semua hal-hal berkaitan sevis-servis, alignment dan balancing, minyak hitam dan filter aircond dan semuanya saya serah bulat-bulat kepada pusat sevis. 

Memang ada juga yang menegur, hantar pusat servis kena bayaran cas perkhidmatan tinggi dan tidak berbaloi. Tetapi untuk saya yang memang tiada ilmu tentang kereta dan tak mahu menyusahkan sesiapa. Saya percaya 100% kepada pusat servis. Saya percaya cas perkhidmatan mahal kerana servis yang diberikan adalah yang terbaik. (kalau kurang baik disebaliknya....redha je la..haha :P) 

Kebetulan semasa servis kereta hujung bulan lepas. Saya diberitahu kondisi tayar kereta saya yang telah menunjukkan kehausan. Jangkaan masa yang saya minta anggarkan kemungkinan sebulan sahaja. Bergantung dengan cara pemanduan saya. OH??

Pening kepala sekejap memikirkan keadaan tayar kereta. Saya siap bertanya kenapa pusat servis tak menyediakan perkhidmatan tukar tayar. Kelakar kan :P

Saya mula bertanya kepada Abang Long dan Pak Usu yang agak 'expert' tentang tayar kereta. Seperti biasa, (inilah sebab malas nak minta tolong orang) ayat-ayat mukadimah mestilah bebelan risau itu-ini. Saya tahankan semata-mata minta pandangan dan nak tahu kedai tayar yang biasa mereka pergi. 

Kemudian, saya bukan membuta-tuli terus datang kedai minta ditukar tayar. Saya kena buat penyiasatan dahulu. Bukan tidak percaya nasihat mereka, tapi....saya percaya dengan apa yang saya dah selidik dahulu. Kemudian buat pertimbangan barulah saya membuat keputusan.

Saya mulakan pencarian menggunakan pakcik Google yang selalunya tidak menghampakan saya. :D Beberapa laman sesawang telah saya buka dan baca. Kesimpulan yang saya buat adalah seperti perkongsian dibawah. (untuk ingatan saya juga)


Mula-mula sekali, perhatikan tayar kereta dan cari nombor bersiri yang panjang-panjang seperti gamba diatas. Ada ENAM perkara yang mesti kita kena tahu tentang tayar kereta:

1. Size Rim
Pastikan size tayar dibeli sesuai dengan size rim anda. Seperti gambar diatas, menggunakan size rim 16. Maka, beli tayar yang mempunyai size rim yang sama. Ini kerana dibimbangi kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer kereta jadi bingung sedikit dan jangka hayat absorber menurun. Paling penting bagi saya, penggunaan minyak akan meningkat. 

2. Size Lebar
Perhatikan nombor 205/65. Kelebaran tayar 205 dan peratus ketebalan dari permukaan tayar ke rim adalah 65mm. Semakin lebar tayar, semakin rendah tekanan terhadap permukaan jalan, makin stabil semasa perjalanan. Ini Fizik mudah tingkatan 4...kan kan.. :D

3. Tahun Pengilang
Kemudian, cari lagi rangkaian empat nombor pada tayar. Seperti gambar dibawah nombor 1511 menunjukkan tayar dikilangkan pada minggu ke 14(dalam bulan 4) tahun 2008. Pastikan anda pilih tayar terbaru. Sebab tayar akan menjadi keras selepas 2 tahun tidak digunakan. Jika anda ternampak promosi tayar murah, pastikan anda belek dahulu tarikh ini. Tayar keras kurang selamat digunakan kerana mudah meletup. Bahaya kan.


4. Jenis
Pelbagai jenis tayar kereta ada dipasaran. Ada yang mahal dan ada yang murah. Tayar keluaran jepun agak mahal kerana lebih lembut dan rapat bunga tayarnya. Tapi awas! Sebab lebih lembut dipermukaan dan halus bunga tayar kurang sesuai untuk jalan licin. Ini pun fizik tingkatan 4...hihi :P. Satu lagi ingatan, kita duduk Malaysia kan...selalu hujan. Fikir-fikirkanlah... ;)

5. Alignment / Balancing
Aligment dan balancing, biasanya apabila menukar tayar baru perkhidmatan ini diberi secara percuma. Selamat sikit duit poket. :D

Alingment dan balancing kena dibuat setiap 3 bulan, ataupun setelah 10000km (kalau tak silap) perjalanan. Penting untuk pemanduan yang lancar, kestabilan tayar dan ada juga yang kata boleh menambahkan penggunaan minyak jika diabaikan. Oh! memang kena rajinlah lepas ni...tak boleh harapkan pusat sevis. Baik!

6. Budget
Demi keselamatan diri dan penumpang kereta kita, tak salah kalau kita pastikan pemilihan tayar kereta yang terbaik kan. Pastikan juga jenis tayar pilihan anda. Keluaran Jepun mahal tau...hikhik :P

Tips lain untuk melengkapi pemahaman anda, sila baca link dibawah;


Keperluan biasa menukar tayar kereta setiap 3 tahun, bergantung kepada cara pemanduan pengguna sendiri. Berjaga-jagalah selalu dan berbelanja secara berhemah. Mulakan proses menabung dari awal...ok.



Hati-hati di jalan raya

May Allah Bless U

Take-care
v_v


***********************************


p/s : hampir sebulan jugak belasah kereta sebelum tukar tayar, tahan telinga...haha :P

Wednesday, November 28, 2012

Batik Biskut Marie.


Teringat zaman-zaman sekolah menengah, kalau terasa dan teringin sangat nak makan Kek Batik, memang akan beli. Tempat paling sedap Kek Batik waktu zaman sekolah kat sebelah jambatan kayu kat Rengit, masa Pasar Jumaat (sejak awal tahun 2012, pasar tukar hari Ahad pulak...kenapa? rahsia :P orang Rengit je tau). 

Kalau masa bulan Ramadhan, senang nak cari sebab ada dua tiga tempat jual Kek Batik. Macam-macam versi yang ada. Tapi paling penting masa nak beli, tanya dahulu berapa harga. Seringit dapat tiga ke..dua ringgit dapat empat ke... Sebab pernah terbeli, seketul RM 2. Mahal betul!!! (mungkin dia buat pakai serbuk koko mahal tu) -.~

Dan, mak pulak tak akan buat Kek Batik semata-mata saya sorang je yang makan. Tapi yang menjadi musykil dan ajaib bila saya beli je, kejap je makhluk-makhluk asing menghabiskan....betul ke saya sorang yang makan? Takpe...saya lancarkan eksperimen peribadi...hihi ;)

Kek Batik ini pun bukanlah sesusah mana. Paling senang. Tak perlu nak pukul telur dengan gula sampai gebu, lepas tu buat magik terbalikkan mangkuk adunan pun tak jatuh. Tak payah langsung. 

Bahan-bahan yang diperlukan, separuh butter, 1 cawan Milo, 2 sudu besar serbuk koko, 1 cawan susu cair, 1 cawan susu pekat dan secubit garam. Sebagai tambahan saya saja-saja je...ternampak oat Mak saya sejak bulan puasa yang lepas. Saya ambik secawan, masukkan semua dalam kuali. Macam gambar dibawah. Buka api kecil, biarkan butter mencair. 


Sementara tunggu butter mencair, elokkan kita sediakan bekas untuk letakkan Kek Batik. Saya guna bekas plastik sahaja. Sapukan butter semua. Oh ya, letakkan plastik minyak sebagai alas, mudah nak keluarkan untuk dipotong. 

Sambil-sambil menyapu butter, jeling-jeling juga apa jadi dalam kuali. Silap-silap hangus....hihi :P. Kacau-kacau isi kuali sampai sebati macam gambar dibawah. 

Jangan dilupakan, bahan utama Biskut Marie (sepeket-350g). Biskut pun kena dipecah-pecahkan dua sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Ok.


Tunggu sehingga adunan memekat sedikit. Entah, saya pun agak-agak nak tentukan memekat. Lupa nak bagi tahu. Saya cuma belajar melalui Pakcik Google je...hihi :P Mungkin nampak seperti ade letusan gunung berapi kecil-kecil dipermukaan...so, boleh padamkan api dan masukkan Biskut Marie.. :D

Gaul semua biskut sampailah sebati dengan pekatan coklat. Pastikan semua biskut dapat coklat secara saksama. Selepas itu, masukkan dalam bekas plastik. Mampatkan sehabis boleh biskut-biskut ke dalam bekas plastik macam yang saya buat dalam gambar di bawah.


Kemudian, jangan gatal-gatal nak terus makan pula yea....(kalau saya, kena sorokkan dulu sebab ada incredible hulk cuit pakai sudu pulak :P...terus tak lawa tau...) Lepas dah sejuk, boleh masukkan dalam peti ais...dua jam minimum bolehlah mula dipotong..oh yeaaah!!! :)

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Taraaaa...!!! Hasilnya, tak menghampakan kan...kan kan... :P


Macam mana? Senang kan. Main-main masak pun boleh jadik kek sudah. Tak pandai masak bukan lagi alasan yea.... :P

*

*

*

May Allah Bless U

Take Care

^_^



Sunday, November 25, 2012

Antara Lalat dan Balik Haji



Hi..kenal serangga kecil diatas? Siapalah yang masih belum kenal, sangat kesian saya ucapkan. Haha :P

Si kecil diatas, sejenis serangga exoskeleton, tidak bertulang belakang, bersayap dua dan berkaki enam. Tapi awas, si comel ini sejenis serangga pembawa penyakit. Walaupun dikejam membawa pelbagai jenis penyakit dan kuman berbahaya, ada hadis Rasullah berkenaan dengan lalat dan cara mengatasi wabak dari lalat iaitu ;


Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:
“Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.”
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320), Abu Daud (3844), Ibnu Majah (3505)] 

Info lanjut boleh laman ini, banyak info menarik berkenaan lalat dan kajian saintifiknya. Rujuk ini dan Rujuk ini.

Perkara yang menjadi musykil bagi saya sepanjang tiga hari dirumah yang ingin dikongsikan ialah rumah saya terutamanya kawasan dapur dipenuhi dengan si comel lalat ini. Serangan lalat ini seolah-olah saya sekeluarga sedang mengadakan kenduri. Sedangkan dapur dalam keadaan bersih seperti hari-hari lain. 

Bukan sahaja waktu puncak iaitu tengahari yang akan dipenuhi lalat, awal pagi dan hatta lewat malam begini...pasti akan terperasan barang lebih seekor dua diatas meja. Entah apa agaknya yang berlaku kepada ekosistem lalat agaknya kan, dilanda Taufan Sandy kah?

Saya pun mulalah membebel dengan lalat depan Mak dan Angah. Tujuannya supaya Angah tak bising-bising saya malas mengemas rumah Mak. Tapi lain pula ayat yang keluar dari mulut dia.

Saya : Mak, memang kat rumah orang lain, lalat pun banyak macam ni ke?
Mak : Sama je...aritu rumah Wak Seri kan banyak...
Saya : Itu sebab buat kenduri. Rumah Wak Aji sebelah pun macam ni jugak ke?
Mak : Iye...
Saya : Eiii....rimaslah... 

Angah : Biasalah memang lalat banyak. Kan musim orang balik Haji...
Saya : Ha? Apa kaitan?
Angah : Memang dari dulu la....orang tua-tua yang kata... Kan Mak?
Mak : Iye...memang Nyaii pun dulu cakap gitu..

Apa kaitan antara haji dan lalat? Serius, kepala pusing-pusing memikirkan hal ini. Pelik sungguh orang tua-tua membuat andaian lalat banyak sebab orang baru balik haji. Apa si lalat  ikut sekali naik kapal terbang ke? Hebat sungguh, haha :P


Tolong fikir-fikirkan yea...

May Allah bless u

o.O

**********************************************



p/s : tahi lalat atas bibir kanan...ekekeke :P



Saturday, November 24, 2012

Gulung dan Goreng


Salah satu tabiat saya dari zaman belajar dimatrikulasi sampailah sekarang, apabila membeli ROTI memang akan mengambil yang paling BESAR. Sebabnya, suka bandingkan harga roti yang kecil dan besar. Beza harga yang sangat ketara dan rasa rugi kalau beli yang kecil. Padahal..bila dah mula dekat dengan tarikh luput, rasa bersalah menyelubungi diri. Nasib baiklah sekarang setiap minggu atau dua minggu balik kampung, maka...roti yang dah nak 'expired' dapat juga diselamatkan.

Bagi sesiapa yang mengalami masalah yang sama dengan saya. Mengalami kebosanan menelan roti tawar atau roti cecah milo atau roti bakar atau dan sebagainya (apa jenis ayat ni ek :P). Bolehlah mengaplikasikan resepi kedua dari saya yang menggunakan bahan utamanya ROTI.

Jangan risau jikalau roti anda telah sampai tarikh luputnya atau telah terlepas. Roti anda masih bermakna sebelum mata anda dapat mengenalpasti wujudnya microorganisma. Mata anda. Bukan menggunakan microscope yea. InsyaAllah, belum pernah saya mengalami sakit perut makan resepi roti tamat tempoh. ^^

Sebelum ini, pernah kongsikan Resepi Puding Roti Berkaramel. Rujuk sini.

Resepi kali ini sangat la mudah. Hanya roti dan sardin kecil. Mula-mula hancurkan sardin. Tumis bawang dan lada dan masukkan sardin hancur. Ala-kadar sahaja, asalkan ada naik bau-bau wangi sardin. Kira dah ok la tu. :P

Sementara tunggu sardin sejuk. Ambil roti dan giling roti menggunakan gelas/cawan menjadi nipis sedikit  dan sekata seperti gambar dibawah ini yea.



Kemudian, ambil sedikit sardin yang telah disejukkan dan ratakan diatas roti sedia digiling tadi. Letakkan sardin sebahagian dari roti sahaja dan tak perlu tebal sangat isi sardin.


Selepas itu, bolehlah kita 'rolll....'  gulungkan roti semampat mungkin supaya gulungan roti menjadi comel-molek seperti yang saya buat ini. :D Pastikan gulungan roti betul-betul mampat supaya tak pecah apabila digoreng. Lekatkan hujung roti menggunakan bancuhan tepung (macam buat popiah).


Tarraaa...... ^^ Selesai sudah gulungan roti saya. Untuk hasil yang lebih baik, bolehlah simpan sebentar roti didalam peti ais. Untuk apa? Entah...saya tak pasti..tapi senang digoreng :P


Masa untuk mengoreng... :D Pecahkan sebiji telur dan taburkan sedikit garam, kemudian...kacau sehingga sebati. Golek-golekkan roti gulung sardin yang telah disejukkan, kemudian masukkan ke dalam kuali yang telahpun panas minyaknya. Sama sahaja cara menggoreng roti dengan menggoreng pisang ke, tempe ke...apa2 pun la.... Asalkan nampak keperang-perangan, bolehlah mula diangkat roti tadi.


Ini roti yang telah selamat dimandikan minyak panas. Amacam?


Untuk hiasan, bolehlah potong-pontong seperti sushi. Yes! Sushi Malaysia... :D


Rasanya? Tentulah sedap..ekekeeee :P Ini kes masuk bakul angakat sendiri. Tak mengapa, sebab saya ringgan sedikit dari orang tu...... >,<




Selamat Mencuba

May Allah Bless u

^_^


****************************