Tuesday, March 12, 2013

Sakit dan Panadol


"mata sakit la...pedih..."

"telanlah panadol..."

"ha? apa kaitan?"

"sakit mata tu...tarik ke kepala kan..makan panadol nak redakan sakit.."

"erkkkk....."


Sakit mata pun kena makan panadol? Pelik.. >,~ Pernah terbaca sedikit info tentang panadol dan bahayanya kalau diambil tanpa kawalan. 

"Panadol akan berada di dalam badan selama 5 tahun. Jika diambil secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan seperti kerosakkan buah pinggang. Panadol seperti pain killer, iaitu semakin lama diambil semakin kurang berkesan. Bermaksud, semakin kerap kita ambil...semakin bertambah dos pengambilannya. Lama-kelamaan, jika kita menghadapi pembedahan...mungkin kita memerlukan ubat dengan dos yang tinggi untuk menahan sakit seperti morfin"

Sejak terbaca info ini, sendiri mengakui pengambilan dos semasa zaman sekolah menengah dan semasa zaman kampus memang berlainan. Dulu makan sebiji panadol, sudah berkesan. Tapi semasa zaman kampus mula mengambil 2 biji pula. 

Alternatif untuk mengelakkan pengambilan panadol semasa deman atau sakit. Ini bagi mereka yang kurang suka menjejakkan kaki ke klinik dan hospital.

1. Air Isotonik
Boleh mengambil air isotonik seperti 100plus. Dengan bancuhan nisbah 1:2 iaitu 1 cawan isotonik dengan 2 cawan air. InsyaAllah akan reda sedikit rasa demam nanti.

2. Rendam Kaki
Merendam kaki kedalam air suam akan merendahkan tekanan kepala. Ada juga petua yang memberikan cadangan meletakkan sedikit garam bukit kedalam air suam tadi. Sebab garam penuh dengan ion negatif yang boleh menstabilkan ketakstabilan ion dalam otak.

3. Fikir Positif
Rasa sakit sebenarnya mungkin hanya dalam fikiran kita sahaja. Bila badan kurang sihat dan kita fikir kita sakit, ha...tu yang kita memang sah-sah dapat sakit. So..bila sakit, kita fikirkan yang kita sihat...cuma kurang rehat.

4. Rehat
Banyakkan rehat, supaya badan dapat relaks. Bukan untuk rehatkan badan, tapi juga fikiran. Buat perkara yang kita rasa suka nak buat, supaya kita tak fikirkan badan sakit. 

5. Berpeluh
Kalau berehat kurang berkesan. Mungkin membuat diri berpeluh adalah langkah yang baik. Bila badan berpeluh orang kata itu maksudnya badan kita sihat. Toksik telahpun dikeluarkan melalui rembesan peluh. Kan bagus kan...hihi, bersenam la lepas ni... >,<



“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


....May Allah Bless....


2 comments:

Unknown said...

Teringat pulak dlu awk asik larang sy mkn panadol..awk demam pun tamau makan panadol..teringat masa awk sakit perut teruk, masih tamau amik panadol..pastu send mms minum vitagen ke ape ntah..vitagen x letak ke lam ni :P

Unknown said...

sakit mata tampal koyok...