Monday, September 29, 2014

Mengoreng.


Hari ini Isnin. Hari kedua bersekolah kalau ikut kebiasaan. Hari ketiga persekolahan kalau dikira selepas hari bersekolah ganti Sabtu yang lepas.

Arh... tak perlu berkira-kira lagi. Sejak bercuti sekolah penggal yang lepas, rasanya belum sempat berehat. Maksud saya masa saya bersama famili telah diragut. Redha je la.

Bagaimana sibuknya disekolah ini, terus terang jauh disudut hati rasa bertuah dan bersyukur sebab mengajar opsyen sendiri dan fokus pada kepakaran masing. Tiada lagi subjek sains teras, tiada lagi sains komputer. Tiada.

Hari ini peperiksaan Amali Kertas 3. Akhirnya saya dapat lihat keupayaan pelajar saya menjalankan eksperimen sendiri. Ada yang kekok dan ada yang kaku. Hinggakan menghidupkan penunu Bunsen pun kurang tahu. Menukarkan nyalaan penunu Bunsen juga tidak reti. Kesian :P


Selepas eksperimen. Mereka dibawa ke bilik kuarantin. Hanya 30 minit sahaja.

"Cikgu...ambiklah gambar kitorang...hanpon baru kan tu....cepatlah cikgu.."
- "Ok, boleh je..." (layannnnn)


"Cikgu..gambar yang pertama tu deletlah cikgu, tak hensemlah saya
-"Sejak bila ko hensem..." (kawan gelakan)


"Cikgu memang minat Fizik eh?"
 - "tak minat pun"
"Kita main game batu api la cikgu" 
- "tak reti"
"Dulu masa kecik  cikgu main apa ek"
- "applykan Newton 1st law"

Huiyooooo..


Banyaknya soalan. Hari-hari bersedia. Kalau tak dapat menjawab kenalah juga bersedia untuk "mengoreng". Kalau mengarut punya soalan memanglah kena keluarkan banyak ajinomoto. Sebab itulah agaknya dahulu kita sangat mempercayai cikgu. Sebab diorang sentiasa ada jawapan yang munasabah dan rasional. (agaknya laaa)

Di sekolah macam-macam mulut ada soalan. Di rumah pun ada. Soalan budak kecik dari sampai kereta sampai tutup mata nak tidur.


Saturday, September 27, 2014

Tauke Lembu Yang Berjaya.


Semalam dah masuk 1 zulhijjah. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk jantung ini terus mengepam darah d terus mengalir.

Maka dengan itu, hanya tinggal 10 hari sahaja untuk menyambut Aidiladha. InsyaAllah, dua kali ahad nanti bolehlah makan-makan raya lagi.


InsyaAllah, tahun ini kami sekeluarga akan buat sedikit korban. Sebagai seorang yang sukakan haiwan (cewah), saya ikut menyibuk misi mencari barang seekor lembu yang sudi.


Entah bila agaknya daat menternak lembu sebegini banyak. Lepas pencen la agaknya..hehe. Poyo sangat ayatnya.


Sebenarnya ladang lembu yang saya tangkap gambarnya ini, sangat besar. Ada kerbau dan pelbagai jenis lembu. Kambing pun ada dibahagian atasnya. Memang kecoh la yang dinamakan kambing. Entah apa yg dibecokkan.


Ok, ini selfie syok sendiri dengan lembu. Jangan jeles 'dato', ini bakal tokey lembu yang berjaya. Mungkin 25 tahun lagi. Orite eek :P


Thursday, September 25, 2014

Boyfriend tak sihat.


Dua minggu lepas boyfriend saya tak sihat. Pada mulanya saya kurang perihatin kesihatannya. Almaklumlah, bila kita kehilangan, barulah kita menghargai betapa pentingnya dia dalam hidup kita. Kalau depan mata, kita selalu buat tak kesah. Tak jaga hati dan selalu cari gaduh. Itulah manusia. Mudah lupa.

Eh berbalik kepada boyfriend  saya itu tadi. Saya mula tersedar dari mimpi apabila sikapnya yang lambat bertindak. Setelah lima hari asyik bangun lambat. Saya mula gelabah. Alternatif terbaik, hantar ke klinik juga.

Masa yang suntuk minggu tersebut, bertambah hendak bercuti seminggu. Saya belikan juga ubat. Eh bukan ubat rasanya. Jantung mungkin. Perut kot.


Lama menunggu boyfriend berjumpa doktornya. Hampir terlelap pula kepenatan dari sekolah. Kalau tak kerana sayang, tak mungkinlah akan dilayan sebegini. Sebab sayang ok..hehe



Ini pun boyfriend juga. Ini pun sayang juga.
Harapnya boyfriend yang ini sentiasa sihat, sebab saya tak minat jumpa doktor..heh


Wednesday, September 24, 2014

Masalah.



Semua orang ada masalah. Tapi bukan semua meluahkan masalah. Dan bukan semua suka berkongsi sampai ke laman sosial.

Pelbagai kata nasihat dan tak kurang juga yang mula menyibuk muncul diruangan komen.

Masalah akan tetap jadi masalah kalau kita tak cuba nak selesaikan. Berfikirlah secara matang. Tulisan dan kata-kata kita adalah cerminan diri. 

Tuesday, September 23, 2014

22 september yang diulang.




Alhamdulillah.
Selamat hari dilahirkan MAK.
Semoga dipermurahkan rezeki.

Setiap 22 september tiba dalam kalendar. Sehabis baik cuba untuk kumpul bersama. Sama ada berkongsi juadah ataupun sponsor peribadi. Yang penting tujuan utama nak emak hepi.

Kebetulan, tarikh dikongsi dengan seorang teman. Saya menulis sesuatu sempena besday seorang kawan dalam laman sosialnya. Seseorang teman lain mencelah dan terkejut teman saya itu benarkah akan ke jinjang pelamin?

Kenapa perlu terkejut?

Saya pun terkejut. Juga beremosi.
Semua orang insyaAllah akan berkahwin suatu hari nanti. Apa salahnya kita doakan kawan kita mendapatkan bahagianya.

Rezeki Allah kan masing-masing. 
Bahagia itu banyak ertinya.
Tiada siapa di dunia ini yang terasing.
Semua ada haknya.


Friday, September 19, 2014

Review: Cinta Suci Zahrana



Cinta Suci Zahrana.

Memang trend kalau kita baca dan ikuti cerita karangan Habiburrahman El Shirazy (HES) mesti tak lari dari pengisian pencarian ilmu. Sama ada latar belakang berkisar di universiti ataupun pesantren. 

Dalam buku ini, banyak konflik tertumpu pada seorang pensyarah perempuan muda yang memegang ijazah S2 (ijazah master kalau di Malaysia) dan sering mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui penulisan ilmiahnya yang bernama Zahrana.

Malangnya kejayaan demi kejayaan. Pujian demi pujian yg diterima oleh Zahrana menjadi luka berdarah dalam hati kedua orang tuanya. Maklumlah perempuan kalau berkahwin lewat memang menjadi buah mulut orang.

Maka, misi Zahrana untuk melanjutkan ke peringkat S3 (PHD) terpaksa dilupakan sementara walaupun telah mendapat penempatan beserta biasiswa dari universiti di China.

Bagi mengembirakan hati orang tuanya, maka Zahrana cuma ikhlaskan hati menerima mana-mana lelaki asalkan boleh menjadi imam solatnya. Zahrana juga terpaksa merendahkan pilihan yang sama taraf pendidikan dan umur yang sebaya atau lebih tua disebabkan kebanyakkan lelaki ramai yang  telah berkahwin, malah mungkin juga sudah beranak dua.

Akhirnya setelah pelbagai dugaan, Zahrana telah menemui jodohnya yang dicarikan oleh Kiai disebuah pesantren. Meriahlah persiapan perkahwinannya yang merupakan anak tunggal keluarga. 

Klimaks ceritanya apabila tunangnya meninggal dilanggar keretapi malam sebelum hari perkahwinan mereka. Tragis bertambah apabila ayahnda kesayangan menutup mata keesokkan harinya disebabkan serangan jantung.

Zahrana merasakan hidupnya dirundung duka. Walaupun berjaya membina syurga di dunia, tapi dia merasakan gagal membina syurga untuk akhiratnya. Zahrana mula mempersoalkan tindak tanduknya menolak pinangan disebabka terlampau fokus dengan kuliah akademik.

Pengakhiran cerita yang semua orang tak menyangka apabila Zahrana dilamar oleh ibu kepada pelajar masternya iaitu Hassan. Pada awalnya juga tiada hint pun Hassan jatuh hati dengan Zahrana. Inilah namanya jodoh.

Panjang juga review saya taip. Ayatnya sangat tersusun cantik. Bagi mendapatkan sorotan cerita yang lebih baik bolehlah beli buku semurah RM14 dimana-mana kedai buku. Jikalau kurang suka membaca, jangan risau ada filem sudah diterbitkan. Saya pernah menontonnya di YouTube. Hampir sama dengan isi novelnya.

Itu sahaja. Selamat membaca dan menonton.


Resepi Pizza ekkkpress.


Hi, Salam Jumaat.

Genap seminggu cuti sekolah. Apa perkara yang paling best untuk tambah semangat untuk ke sekolah?

Kebetulan memang tengah mood rajin memasak melihat menu masakan. Kita nak kongsikan resepi pizza ekkkpressss. 

Caranya paling mudah dan ringkas. Anak buah darjah enam pun boleh mencuba. Pertama kena pastikan sambungan internet dirumah sentiasa lancar. Tujuannya? Mestilah mudah nak baca menu saya ini. Kalau tiada internet bagaimana nak baca menu kan kan.

Sebelum itu, buka link ini. Daftar masuk sebagai pengguna pertama kali. Kalau dah ada akaun, gunakan yang sedia ada. 

Selepas itu, pilihlah jenis pizza pilihan. Ikutkan sahaja arahan yang diberi. Jangan lupa alamat rumah...kang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Kalau rasa belum berapa pandai nak pilih, kita boleh telefon nombor 1 300 888 333. 

Ekkkpresss betul penghantaran. Susah benor nak lewat 30 minit...kalau lewat dapat piza percuma untuk pembelian akan datang...hihi...belum rezeki :P

Sememgnya Dominos pizza yang terbaik...hihi. Puji ada makna...tolonglah bagi point nuffnang. Krik...krikkk


Susah rupanya nak menaip menggunakan telefon kecil. My tab cepatlah sembuh, janganlah merajuk......kita belanja pizza ni.

Lusa sekolah dah, kita pun lapar dah.
Mana orang yang belanja air kelapa goyang (baca sebagai coconut shake) ni...panjat pokok kelapa ke agaknya.



p/s: sekarang mood membaca kembali...tunggu review. Ok :)

Saturday, September 13, 2014

rahsia.



Hari ini cuma hendak berkongsi gambar.


p/s: duit takaful ikhlas dalam entry Bukan Musim Durian dah dapat....Alhamdulillah  masuk akaun RM750. Sesiapa berminat, boleh tanya ea...bagaimana nak apply dan seterusnya dapat manfaat saguhati..hihi. Terima kasih ejen insurans Takaful Ikhlas. 

Sunday, September 07, 2014

OUTreach


Assalammualaikum. 

Semalam dan semalam dan semalam bermalaman di katil orang. Tumpang bumbung dan tandas orang lain. Makan nasi dari air tangan entah tangan mak cik atau pun kak cik. Entahkan dicuci bersih...Ooppppss!!



Semuanya sebab nak mencari sesuatu yang diluar dari kotak fikiran, nak keluar mengapai awan nano..eh?

Sesungguhnya ilmu itu tak pernah susut dan habis selagi mana kita mahu berkongsi dengan orang lain. Semakin banyak memberi, makin banyak kita menerima. Kita tak berubah dek kerana orang lain, tapi kita yang tentukan setiap perubahan yang berlaku dalam diri kita.

Beberapa tahun lepas semasa berkhidmat di daerah Pasir Gudang, rasa diri ini bagaikan antara 'orang penting' kalau aktiviti daerah dilaksanakan. Namun, berada di 'sangkar emas' KPM, diri bagaikan semut hitam. Orang tak nampak dan perasan pun kehadiran kita. Semuanya hebat belaka dengan kepakaran masing-masing ; penanda SPM, pengubal soalan, guru cemerlang dan pengalaman yang dah lebih 10 tahun. Kerdil sungguh rasanya.

Program OUTreach begini bukan sahaja pendedahan kepada pelajar sahaja, malah untuk guru yang baru menjengah tingkap SBP sangatlah bermakna.

Kalaulah ada peluang, banyak perkara hendak dilaksanakan. Tapi, biarlah masa menentukan. Bak kata pepatah 'masuk kandang kambing kita mengembik'. Masa yang ada ini kita biarkan mata sahaja jadi pemerhati, melihat dan menilai. Mencari peluang. InsyaAllah.


Selamat sekolah semua.
Minggu ini kita sekolah sampai pengsan, minggu depan kita pergi zoo ek ek....eh eh..... :P



Monday, September 01, 2014

Alhamdulillah.




Alhamdulillah.

Ya Allah, 
Terima kasih dengan kebahagiaan ini,
Terima kasih dengan kegembiraan ini,
Terima kasih dengan kasih sayang ini,
Terima kasih dengan rasa cinta ini,
Terima kasih dengan 'pinjaman' yang tak terhingga ini untuk hamba-Mu yang sentiasa berdosa.

Berikan kami kebahagiaan, kegembiraan, kasih sayang dan rasa cinta ini berpanjangan. Berikan kami kesabaran dan kematangan dalam menempuh hari-hari yang mendatang.

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penyayang dan lagi Maha Pengasih.