Wednesday, November 27, 2013

Sukalah apa yang kita buat, sukalah apa yang kita ada.

Assalamualaikum. 

Beberapa hari yang lepas, saya terbaca suatu perkongsian rakan facebook berkenaan artikel yang dikongsikan oleh seorang pensyarah gred jusa B. Bolehlah baca pandangan, rintihan dan luahan hati belaiu yang sudah berkhidmat 25 tahun dalam bidangnya. Baca disini.


Saya tak berminat memberikan komen berkaitan dengan tugas pensyarah yang lebih berat dari tugas seorang guru. Sebab saya kurang arif berkaitan dengan hal tersebut. 

Tapi muncul kemusykilan saya kenapa agaknya hanya tugas guru yang menjadi perbandingannya. Oh, mungkin sebab guru dan pensyarah berada ditrek yang sama iaitu mengajar.

Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa isu utama yang diutarakan oleh beliau berkisar tentang gaji.


Kenapalah kita berkira-kira dengan gaji semasa bekerja. Kalau asyik berkira, semua kerja tak jadi. Kerja kenalah ikhlas. Bagi saya semua kerja ada susah dan senangnya. Semua kerja dibayar dengan gaji yang bersesuaian dengan skop tugasnya. 

Sekarang pun gaji guru pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah pada gred yang sama menerima gred gaji yang sama. Bidang tugas masing-masing berbeza. Wajarkah guru sekolah menengah mengeluh tugasnya lebih berat dibandingkan dengan guru pra-sekolah? Sebagai seorang yang berada pada bidang yang sama, wajarlah kita berfikiran rasional dan positif. 

Apatah lagi bagi yang beragama Islam. Masih ingat tiga perkara yang kita tinggalkan yang pahalanya masih berterusan walaupun setelah kita tiada. Yang pertama doa anak yang soleh, kedua sedekah yang ikhlas dan yang ketiga ilmu yang disampaikan dan masih diamalkan.

Sementara masih hidup, ilmu yang kita ada ini adalah milik Allah, kita kongsikan dan sebarkan. Semakin banyak kita sampaikan, semakin bertambah ilmu yang ada. Sebenarnya kerana ilmu ini hanya pinjaman Allah, saya tidak berani membuat mana-mana kelas tambahan berbayar. Walaupun boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan, tak mengapalah jika bayaran tersebut sebagai bekalan di akhirat nanti. Nak sedekah duit pun kadang-kadang...hihi




Saya masih ingat lagi tips yang dikongsikan oleh seorang penceramah semasa kursus induksi (KISSM) dua tahun lepas. Apabila duit gaji keluar, benda pertama kena buat pastikan sekurangnya 10% duit tersebut diberikan kepada ibu atau ayah. Walaupun mungkin mereka tidak memerlukannya ataupun telah bekerja sendiri. Kita sebagai anak, WAJIB beri. Kemudian 10% sekurangnya untuk simpanan. Kemudian dahulukan hutang piutang dan lepas itu nak poye-poye ikut sukalah. 

Ingatlah mana-mana pekerjaan tetap ada susah dan senangnya. Takda kerja yang mudah dan senang dalam dunia. Apabila kita mencintai kerja yang kita lakukan, maka akan berkuranglah rungutan yang kita lemparkan. Kalau tak suka ada baiknya berhenti. Kalau bekerja asyik nak memaki orang atasan dan orang bawahan. Dimana keberkatan rezeki kita? Fikirkanlah.



Sesuatu perkara yang dahulunya kita fikirkan menyusahkan kita, tapi itulah yang akan kita rindukan suatu hari nanti. Sementara belum terlambat, nikmati dan hargailah ia sebelum hilang depan mata.


Yang baik datangnya dari Allah. Yang sentiasa dalam kekurangan tentunya dari diri saya sendiri. 

Sekian untuk malam ini. Wassalam. 



Saturday, November 23, 2013

Hidayah untuk Berubah


Beberapa hari ini, saya belajar suatu perkara. Betul rupanya. Kalau hendak seseorang itu berubah, bukanlah boleh dipaksa. 

Rahmat hidayah Allah yang berikan. 
Pada insan yang dikehendaki. 

Tapi adakah salah Allah kalau seseorang itu masih ditempat yang sama, tanpa ada hati untuk berubah? Adakah kerana mereka belum dirahmati untuk mendapat hidayah?

Allah tak salah. Tapi kita yang salah. Tak berusaha untuk berubah. Hendak berubah, kita perlu ada matlamat. Perlu ada kesederhanaan dan istiqamah.

Ada yang berubah. Pada luarannya nampak berubah, berkata yang baik-baik dan nampak baik. Memang banyak yang begini. Tapi sebenarnya hanya lakonan semata. Sebabnya? Kerana dalam hati tidak ada perkataan IKHLAS. Bercakap banyak tapi hanya tin kosong.

Ada yang berubah. Merapati orang yang baik-baik. Belajar membaikki perkara yang dianggap kecil dan istiqamah. Mereka ini sentiasa berusaha untuk memperbaikki diri. Mereka IKHLAS, tanpa perlu dipaksa, tanpa perlu menonjolkan penghijrahan mereka. Orang yang disekelilingnya yang akan menyedari.

Indah rasanya bila kita juga turut menarik orang untuk sama-sama berhijrah. Tanpa paksaan. Hati yang bersih akan mudah mengikut perkara yang baik. Terima kasih Allah. Berikan segenap rakan-rakan yang baik dan kondusif untuk mendekati-Mu. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati kita semua.





Friday, November 22, 2013

Pantai Punggor : Cuti 2013


Assalamualaikum. 

Hi semua. Selamat petang Jumaat. Petang ini hanya hendak berkongsikan gambar jalan-jalan bersama anak buah. Jalan tak jauh pun, dekat Pantai Punggor, menghadap selat Melaka. Tentulah tak boleh nak dibandingkan dengan Pantai yang menghadap selat China Selatan. Bagai langit dengan bumi.


Kesinambungan gambar yang dimuat naik rabu lepas. Agak jakun semua orang bila terjumpa kulit kepah ke kerang berwarna ungu. Kali pertama tengok...hikhik. .


Itu baru kulit kepah warna ungu. Tiba-tiba anak buah jumpa seekor ikan. Eh? Mana munculnya? Pelik ni...air dah surut. Ada ikan gelama pulak. Kalau ikan belacak masih boleh diterima. Dulu zaman saya sekolah ikan belacak masih ada lagi.


Anak buah sibuk berusaha mengumpulkan kulit kerang, siput, kupang. Masing-masing nak tunjukkan keunikan dan kepelikan hasil tangkapan mereka. Balik semua bau masam dah.


Itu sahaja bahagian 1 untuk cuti sekolah tahun 2013. InsyaAllah,  panjang umur boleh jalan pantai lain pula. 



Monday, November 18, 2013

Nampaknya kena berubah.



Assalamualaikum. 

Hi, selamat malam semua. Masih disekolah lagi hari ini, walaupun sudah maklum pelajar telah dicutikan seawal minggu lepas. Saya sendiri kurang pasti apakah matlamat dikerah bekerja lebih hari bagi tahun ini. Mungkin kelambatan pembahagian tugas perancangan dan laporan unit HEM dan KOKO salah satu faktor. Hari ini datang sekolah dapat kerja baru. Wow, seronok sangat. 

Alkisah berkongsi gambar jam diatas, disebabkan teringat kisah yang dikongsikan oleh seorang penceramah pada kursus CPD yang lepas. Dr. Miskiah seorang pensyarah di IPG Temenggung Ibrahim kampus Johor Bahru.

Seingat saya, sudah hampir dua tahun tidak memakai jam ditangan. Kurang pasti apakah sebabnya dan sejak bila mula menjadi kebiasaan tidak memakai jam tangan.

Menurut Dr. Miskiah, semasa beliau membuat sesi temuduga bagi permohonan ke bidang perguruan. Apabila berhadapan dengan markah peserta yang sama atau seri. Beliau dan rakannya biasa melihat siapakah antara keduanya yang memakai jam tangan. Ini kerana, jam tangan merupakan element penting untuk seorang guru. Seorang guru perlulah menepati masa. 

Maka, terkeluarlah soalan dari kami. Bagaimana pula jika kedua-dua peserta juga memakai jam?

Beliau menambah, jam tangan juga mempunyai gred tertentu, tapi bukanlah dinilai melalui harga dan jenama jam itu sendiri. Jam tangan besi berada pada tahap yang pertama, diikuti dengan jam tali dan seterusnya. Sempat juga beliau berjenaka, jam paling corot dan rendah nilainya adalah.....jam curi!!

Dr. Miskiah juga tidak mengalakkan guru melihat telefon didalam kelas, hatta untuk melihat masa pun. Sebab pelajar akan berfikir, guru berkomunikasi dengan orang luar dan mengabaikannya. 

Erm.....termotivasi pula untuk mencari jam tangan. Kena pakai jam untuk jaga masa. Ingatkan jam tangan perkara remeh. Sebab akan memakan masa untuk bersiap ke sekolah. 

Nampaknya kena berubah. Janji ditepati. Banyakkan memberi insyaAllah banyaklah kita menerima nanti. 
Tapi.....kurangkan memberi alasan. 

Ok, selamat malam.



Sunday, November 17, 2013

Selangkah Ke Hadapan.


Assalamualaikum. 

Hi semua. Sihat hendaknya. Alhamdulillah, hari ini dapat berehat dan selamat mengakhiri kursus 5 hari 4 malam di Hang Tuah  World Heritage Hotel, Melaka. Kursus Pembangunan Professional Berterusan (Continuing Profesionalisme Development) ataupun lebih mudah disebut kursus CPD ini merupakan wajib dalam perkhidmatan bagi sesiapa yang berada dalam bidang perguruan yang telah berkhidmat dalam tempoh 3 hingga 4 tahun. 

Bukan senang nak menjadi guru. Walaupun nampak mudah bagi mereka yang hanya bergelar guru ganti ataupun guru sandaran yang hanya berkhidmat selama 3 bulan mungkin. Maaflah kalau saya berkata, yang menjadi guru ganti dan guru sandaran kebanyakkanya sebab dah tak mampu mencari kerja lain dan mengambil jalan mudah. Tolonglah cari kerja yang bersesuaian dengan degree yang diambil. Tapi kalau betul berminat, guna cara yang betul ambil kurus perguruan ataupun diploma perguruan. Bidang pendidikan bukan semudah abc yang boleh sesiapa jadi bidan terjun. 




Inferens awal berdasarkan pengalaman kawan-kawan. Banyak berkata, sangat boring kursus ini kerana terlampau lama tempohnya. 

Sepanjang kurus ini jumpa ramai cikgu dari daerah Batu Pahat, Pasir Gudang, Kota tinggi, Johor Bahru dan Kulai. Dalam kumpulan sepatutnya ada 10 orang. Tapi maklumlah, masing-masing ada kengkangan. Dibahagikan dalam kumpulan beberapa kali, mulanya ikut bulan dilahirkan . Kemudian warna kegemaran dan makanan kesukaan. Akhirnya dibuat secara rawak dengan sebut nombor ulangan. 

Alhamdulillah, mungkin rezeki kami. Menang tempat kedua keseluruhan bagi kerjasama, hasil kerja dan pembentangan. Memang tak sangka sebab ada dua kumpulan lagi yang memang hebat belaka. Tahniah juga kepada pembentang utama kami ustazah Siti Aishah yang berjaya merangkul panel forum terbaik.


Dalam slot pertama terus dikerah mencari nama kumpulan. Pelan sekolah Bestari wawasan yang kumpulan kami harapkan dan idamkan. Kemudian membuat misi dan visi sekolah. Merancang pembangunan sekolah. Dalam masa 10 minit memikir dan bentangkan dihadapan dewan dalam masa 3 minit. Gambar diatas antara hasil kerja kami dalam kumpulan.

Kesimpulan akhir bagi saya. Sama ada kursus ini seronok atau tidak semua bergantung kepada penceramah yang kita dapat. Selain itu, bergantung kepada kesediaan kita untuk menerima input secara positif untuk diterapkan dalam PdP dalam kelas.

Berburu ke padang datar,
Dapat kuda berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Friday, November 15, 2013

Saturday, November 09, 2013

Kecil.....harap lebih bermakna...


Assalamualaikum. 

Hi semua. Selamat berhujung minggu, dan manfaatkan masa yang ada bersama orang tersayang, sebelum kita sendiri terkilan dikemudian hari. Walaupun hujung minggu terlampau singkat masanya jika dibandingkan masa kita sibuk bekerja. Masa yang singkat dan pendek andai digunakan sebaiknya, insyaAllah akan mengembirakan orang tersayang.

Kita selalu meremehkan perkara kecil. Contohnya, kita nampak sampah terkeluar dari tong sampah. Apalah salahnya kalau ringgankan tangan ambil sampah dan masukkan dalam tong. Contoh kedua, kita nampak lampu di tepi blok belum dimatikan suisnya. Tak salah kalau kita ringgankan tangan cari suis untuk matikan lampu tersebut kan. 

Tapi kita terus sahaja membiarkan sampah dan lampu tersebut. Dengan alasan ada tukang kebun dan ada makcik tukang cuci.
"Itukan kerja diorang"


Kita mungkin terlupa, usaha kecil begini juga ada pahalanya.


Kita sering berkira melaksanakan sesuatu yang bukan dibawah kuasa kita. Sebagai contoh, seorang rakan sekerja mengalami masalah secara tiba-tiba dan tidak dapat melaksanakan tugasnya. Apabila ketua memberi arahan untuk kita ambil alih, tentu sedikit sebanyak dan selalunya banyak rasanya masa kita merungut. 

Kenapa kita tidak meletakkan diri kita ditempat rakan yang dalam kesusahan. Apalah salahnya kita dengan rela hati membantu.

Biarlah usaha kita kecil, tapi ikhlas dan redha. InsyaAllah, Allah akan berikan gantian yang lebih bermakna.

Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukannya. 
Hari ini kita bantu orang yang susah, suatu masa nanti orang lain akan bantu kita yang susah. 



Thursday, November 07, 2013

Lega Tak Bersalah Sangat....


Assalamualaikum..

Hi, semoga semua sihat walafiat. Minggu ini rasa pelik datang sekolah sebab ramai cikgu dibilik guru. Semua sedang gigih menyiapkan laporan untuk perancangan tahun 2012, buat perancangan tahun 2013. Kemudian mengisi markah dalam sistem on9. Kemudian tutup buku kedatangan. Kemudian tansa kertas periksa. Kemudian isi evidence untuk pbs ke dalam bilik pbs. Kemudian buat simulasi e-prestasi. Kemudian....entah penat nak fikir semua ini. Semua sibuk menrunggut. Tapi semuanya masih boleh tersenyum, gelak dan ketawa. Biasalah.....merungut macam mana pun, akan tetap wajib buat...oh yeahhhh!!! Gembira :)

Kemudian....eh tak nak guna perkataan kemudian.

Baru-baru ini ada terjumpa status Fedtri Yahya, pengacara tv3 yang pandai bercakap yang dia mempunyai lebih 200 buku yang belum dibaca dirumah.



Wahhh...rupanya ada juga spesis yang sama macam saya pulak kan. Takdalah rasa bersalah sangat sebab saya hanya ada lebih kurang 20 buah buku sahaja tak sempat dibaca.

Tapi hobi membeli buku saya berhentikan dahulu. Sebab tak tahu nak simpan mana lagi semua buku. Buku rujukan mengajar Fizik, dah saya 'akikah' kepada pelajar. Tinggal buku kesayangan yang tak sanggup nak bagi kat orang.

Tapi......sekarang dah ada hobi baru sudah....hahaha, tapi masih lagi hobi menghabiskan duit juga. Urm..... :/

Mudah-mudahan berbaloi la untuk masa depan....hihi ;)





Tuesday, November 05, 2013

Biar Kecil Asalkan Bermakna....


Assalamualaikum..

Hi, salam Maal-Hijrah. Bercuti lima hari dah berakhir pun. Esok mula sekolah. Eh esok SPM dah bermula, kertas Bahasa Melayu. Semoga semua anak pelajar dapat menjawab dengan baik dan diberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh SPM.

Macam mana tahun baru, dah buat azam baru? Masih meneruskan azam lama? Atau masih berdiri di tempat yang sama?

Terpulang pada masing-masing. Mana yang baik, walaupun kecil dan sedikit kita terus istiqamah. Contohnya jangan pula sibuk mengejar solat sunat itu ini, tapi yang asasnya seperti solat fardu kita lengahkan waktunya. Ataupun sibuk menghafal Surah Yasin dan membanggakannya, sedangkan Al-Quran sekali pun belum pernah habis baca.

Tak mengapa berazam benda kecil dan sedikit. Asalkan kita istiqamah. Jangan pula azam besar tapi belum tentu kita mampu laksanakan. Biar kecil asalkan bermakna dan bermanfaat. 

Memang sukar hendak berubah, apatah lagi bila kita terikat dengan sesuatu ketakutan dalam diri untuk mengubah dan terlampau memikirkan pandangan dan kata-kata orang luar.

Lupakan ketakutan, pandang masa depan dengan optimis. Masa lalu kita simpan jauh-jauh, simpan dan bukan buang. Sebab kalau buang kita lupa, kita simpan supaya kita sentiasa munasabah diri supaya tidak terjatuh lagi. Jauh dan elakkan orang-orang dari masa lalu andai mereka tidak kondusif untuk perubahan kita. Kita perlukan orang positif untuk lebih positif.

Doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan orang disekeliling kita. Banyakkan doa untuk orang lain, insyaAllah kita lebih diberkati... :)

"Semua orang berhak untuk terus tersenyum dan rasa bahagia"







p/s: terima kasih Allah, jumpakan saya dengan orang yang buat saya terus tersenyum... :)



Friday, November 01, 2013

Hi...November dah...


Assalamualaikum....

Hi....November dah sampai. Ya Allah,  tinggal 5 hari sahaja nak SPM. Banyak belum 'study' lagi....'past year' belum jawab lagi...arggghhhh.....stressss!!! 

Haha....takda maknanya. Sekolah dah dipenghujung tahun. Banyak benda nak dibuat, banyak perkara perlu diselesaikan. Semalam khamis selamat buat 2 dalam 1 majlis. Majlis anugerah cemerlang koko dan majlis restu ilmu pelajar spm. Selamat menghadapi spm anak-anak(cewah...beza umur dalam 10 tahun je) muridku...semoga dipermudahkan menjawab. Salah silap kalian tidak disimpan dalam hati. Salah silap dan terkurang cikgu mohon juga dimaafkan.


Gembira sungguh kamu semua yeaaa.....macam hari terakhir jawab spm eaaaa.....hahaha, takpa...asalkan semua gembira. Buat terbaik untuk diri sendiri dan sekolah.


Alhamdulillah....tugas mengajar selamat sudah untuk tahun ini. Harap semua dalam keadaan baik-baik dan sihat-sihat belaka sepanjang tempoh spm ini. Selepas ini fokus kepada sesi tutup fail dan rancangan program tahun hadapan. 

Tinggal 3 hari lagi...sabtu, ahad dan isnin...kemudian selasa masuk tahun baru Muharam. Petang isnin jangan lupa baca doa akhir tahun kemudian lepas maghrib baca doa awal tahun. Sambil-sambil 'poya-poya' kat blog saya dan mukabuku...bolehlah fikirkan azam tahun baru..hihi...




Sebelum itu, ada berita baik dari KPM. Bolehlah istilahkan berita baik. Sebab sppbs ditutup sepanjang cuti ini. Sebab server down aje.....gembira bagi pihak cikhu-cikgu yang belum berkesempatan untuk masukkan data....lalalala~