Sunday, May 26, 2013

Penyakit tidak sedar diri (Bahagian 1)



Hi, Assalamualaikum.. ;)

Selamat bercuti sekolah, selamat Hari Wesak yang menyambut Jumaat lepas. Selamat berehat dihujung minggu. Mungkin tempat-tempat tertentu sedang mengalami panas terik dan mungkin juga sedang dilanda hujan lebat. Jaga diri dan keselamatan di dalam dan di luar rumah. Ok ^_^

Semasa menaip kali ini, saya sebenarnya telah lama memikirkan perkara ini. Kekadang terfikir mungkin belum sesuai dan layak untuk dikongsikan. Tapi semakin lama, takut pula rasa tertekan apabila setiap hari dikelilinggi insan hipokrit dan sentiasa mencari alasan. 

Mekanisme membela diri mungkin menjadi semakin biasa apabila kita berasa selamat sepanjang menipu orang lain dan menegakkan benang yang basah. Mungkin kita terlupa, kita menipu INSAN lain, tapi bagaimana dengan ALLAH Yang Maha Melihat dan Mendengar.




Banyak keadaan kita berasa diri kita betul dan tidak bersalah. Manakala orang lain adalah tidak betul dan bersalah. Sukar sekali nak mengakui bahawa diri kita juga penyumbang kepada tindakan orang lain yang tidak betul dan menyebabkan dia melakukan kesalahan. Jika difikirkan dalam keadaan yang tenang dan ikhlas kita akan dapat melihat dimana terletaknya diri kita sebenarnya. Selalunya keegoaan banyak memusnahkan diri kita dan orang lain.

Penyakit tidak sedar diri bukan sahaja melanda kita dan orang lain. Berlaku kepada semua manusia dari dahulu hinggalah sekarang. Bahaya penyakit tidak menyedari kesalahan sendiri, sebaliknya menunding jari melihat dan menilai kesalahan orang lain.

Sama-sama kita fikirkan penyakit tidak sedar diri ini. Semoga bermanfaat kepada saya dan semua yang membaca. 


Thursday, May 23, 2013

MLM Dosa..


Hi, Assalamualaikum,

Hendaknya semua sihat-sihat belaka. Kurang rajin dan malas untuk menaip seketika sekarang. Memegang pen merah untuk membuat beberapa garisan (menanda) dalam kertas jawapan peperiksaan pelajar yang dikasihi ada agak jugak timbul huruf M besar..hihi ^_^




Sekadar sebuah peringatan untuk diri sendiri lebih-lebih lagi dan juga sesiapa yang kebetulan menjumpai dan membaca post ini. InsyaAllah..usaha membina diri mendekati Allah akan lebih dipermudahkan jika kita bersungguh mengubahnya. 

Teruskan pembacaan ke Dosa Facebook. May Allah bless us..


Rupanya...begini...


Rupanya begini, kalau dulu masa zaman sekolah cikgu bagi tahu awal-awal. Tentulah saya akan lebih faham...hihi ^_^


Khabar Angin atau Angan2...hihi ^_^




Sunday, May 19, 2013

Pengemar Megi Tegar.




Kepada pengemar mee meggi, mungkin ini cara yang boleh dipraktikkan apabila kehabisan idea untuk memasak meggi. Makan meggi secara berjemaah. Mungkin boleh menambahkan selera makan ramai-ramai dalam besen besar..kan kan...hihi ^_^


Saturday, May 18, 2013

Orang yang paling dipercayai..




Kepada Dato K yang bercita-cita nak menjadi ahli politik. Mungkin perlu memikirkan untuk kali kedua atau ketiga. Sebab ahli politik adalah insan yang paling kurang dipercayai. Mungkin ada hikmahnya ketewasan sebelum bertanding pada PRU-13 yang lepas. Ada banyak benda lagi yang boleh Dato fokuskan selain nak terjun ke bidang politik. Bela kambing pun ok kan. ;)

Jumpa lagi Kelantan... (Hari ke 5)


Hi, Assalamualaikum :)

Sampai juga akhirnya bahagian ke lima perjalanan cuti-cuti Malaysia ke Kelantan. Mungkin ini yang terakhir, lepas tamat bahagian ke lima mungkin tiada apa idea untuk menaip..hihi ^_^

Sebenarnya saya suka menjejakkan kaki ke pantai. Kalau di kampung, pantai paling dekat Pantai Punggor. Memang tak segah mana pun Pantai Punggor. Apatah lagi warna airnya yang agak tercemar sebab menyusur ke Selat Melaka. Setakat melepaskan keboringan petang hari, boleh la kan. Paling seronok, walaupun memang takda manusia pun yang akan mandi, mak tetap terjerit takut tengok kitorang jalan sepanjang gigi pantai. Mak tetap macam dulu. Bimbang kena tarik hantu air..haha :P 

Melalut pula, selain suka ke pantai, saya perasan yang saya juga suka melihat sawah padi. Banyak gambar di kelantan semuanya pemandangan pantai dan padi yang hijau. Ada sekali masa tersesat cari rumah abang ipar, kami lepas kejap tepi Petronas yang kebetulan sebelahnya sawah padi. 


Mesti seronok rumah ditengah sawah padi. Angin yang bertiup mesti sangat mendamaikan macam di pantai kan. Kata orang nak elokkan mata yang rabun, kena rajin tengok benda hijau. Jadi, kalau saya duduk sebulan kat rumah begini, tentu dah baik rabun saya kan..hihi ^_^ Berangan kejap..lala~

Berbalik hari terakhir di Kelantan. Perancangan memang nak balik seawal subuh. Tapi keluarga abang ipar bukan main rajin nak masak itu ini. Sarapan pagi penuh dengan lauk macam makan tengahari. Bertolak jam 9 pagi. Dan mengadanya saya siap menghasut abah suruh abang ipar lalu jalan pantai sebab nak tengok pantai...hihi ^_^ Menjadi tau.

Bukan saya saja yang beria nak lalu jalan pantai. Rupanya abah plan lagi banyak. Nak singgah masjid terapung, masjid kristal, pasar payang. Banyak betul nak singgah. Tapi cuma pergi masjid terapung, sebab abah nak tengok betul ke terapung. Mesti terfikir terapung macam dalam kapal, bergerak-gerak..hihi



Seronok korang ye budak-budak. Memang masa lari jauh sebab singgah situ sini. Lama juga menyinggah, sebab beli-beli t-shirt lagi. 


Dan yang terakhir disinggah di Terengganu...Pasar Payang. Penat dah budak kat bawah ni. Tapi senyum lagi sebab memang suka berjalan. Cuma pusing-pusing kat sini. Sebab semuanya sama macam di Kelantan. Panas pula kat sini. Mungkin sebab dekat dengan laut kan. Saya pun rasa macam gelap cuti kali ni...haha


Perjalanan sangat panjang. Baru penat terasa sebab sampai rumah jam 11 malam. Rehat makan di Gambang. Itupun malas nak mandi. Sebab rasa nak cepat sampai Johor. Tapi ralat juga tak singgah mana-mana pantai di Terengganu. Tengok dari jauh macam teruja pun ada sebab ombak lagi tinggi. Warna air biru-hijau. Lawa betullah. O.O


InsyaAllah, kalau panjang umur sampailah lagi. Tata~





Thursday, May 16, 2013

Bulan SAMA, Kek pun SAMA.... ^_^


Pagi tadi, insyaAllah...sambutan Hari Guru seluruh Malaysia. Mungkin juga ada sekolah yang menangguhkan sambutan hari guru bagi memberi laluan, eh kurang tepat rasanya. Melunaskan tanggungjawab meneruskan musim peperiksaan pertengahan tahun.

Tak mengapa. Bagaimana, dimana dan bila pun disambut bukanlah perkara penting. Walaupun sedikit jeles cemburu dengan beberapa rakan yang berkongsikan kemeriahan sambutan sekolah masing-masing. Semuanya rezeki, komitmen dan kerjasama yang padu bersama guru di sekolah masing-masing. 

Bagi saya, sambutan bukanlah perkara penting. Pemberian hadiah juga bukanlah perkara besar jika tiada. Ucapan juga begitu. Rasa hormat pelajar/murid terhadap guru yang paling dinantikan. Guru yang sentiasa mencari peluang mengajar, mendidik, membantu, mempermudah dan sebagainya bagi memastikan pelajar/anak murid terus maju ke hadapan.

Bagi saya cukup rasa hormat. Bila ada hormat, ada tolak ansur. Ada tolak ansur, wujud kasih sayang. Bila ada kasih sayang, barulah kemesraan wujud dan proses komunikasi menjadi lebih baik dan mudah. Dalam mana-mana perhubungan pun begitu. Segalanya bermula dengan rasa hormat. Hilang hormat, hilang kepercayaan.

Photo: ~seperti biase setiap tahun sambutan hari guru disambut sekali dengan hari lahir kami...selamat hari jadi kepada cikgu yg beranak bulan mei ye~ Hidayah Farhan rugi awak x dtg kalo x smbut sesame

Cukup satu gambar dahulu untuk sambutan hari guru bahagian satu.  Acara potong kek sempena mereka yang lahir dalam bulan Mei. Cikgu baju kelabu lelaki dan perempuan warna hijau kebetulan memang dilahirkan untuk jadi seorang guru. Seronok dapat 'double' hadiah kan. 

Eheheeeeee....semangat kononya nak buat bahagian kedua. Tak mengapa. Niat dahulu pun ok juga. Selamat Hari Guru buat mereka yang pernah hadir dalam hidup ini sebagai guru kepada saya. Boleh jadi 'dia' adalah guru disekolah, mak dan abah, guru mengaji, rakan-rakan seperjuangan dan boleh jadi murid-murid ku juga. Setiap hari kita adalah guru dan murid kepada orang lain. May Allah Bless. Tata~



*************************************************



p/s: tunggu juga sesiapa yang sudi bagi hadiah. Kalau paling besar...cukuplah TV Plasma, tapi tak mengapa kalau kecik pun...Iphone5 pun ok. Kecik besar dua-dua saya OK. ^_^

Wednesday, May 15, 2013

Esok Hari RAYA....untuk cikgu sahaja ^_^


Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Saturday, May 11, 2013

Asalnya Kapur Sireh....


Hi, Selamat Malam.

Assalamualaikum ;)

Heeee...ada lagi benda nak ditaip lagi hari ini. Kebetulan jumpa Majalah SAJI edisi April 2013. Entah bila majalah Saji muncul dalam rumah, pun saya kurang perasan. Kebetulan mengemas apa-apa yang agak patut atas almari, bertemu dengan majalah masak-masak.

Kebetulan, muka surat 15 dikongsikan oleh penulis artikel berkenaan Kapur Sireh. Dalam kepala terus ligat berkata...'eh...betula la....memang tak tahu pun asal usul kapur sireh ni' Saya teruskan pembacaan saya. Orang kata kalau baca mungkin akan lupa. Terus saya hendak kongsikan dalam blog, mungkin memang ada yang belum tahu macam saya. Kalau dah tau pun tak mengapa, baguslah anda sememangnya lebih banyak membaca dari saya. :D

Bagi yang tidak tahu apa dia kapur sireh. Haaa...saya tunjukkan gambar yang biasa kita nampak dijual dikedai-kedai. Kadang-kadang ada juga dijual dalam plastik yang tiada label. Harganya....lupalah, lama tak beli...hihi ^_^


Kebiasaanya, orang tua makan kapur ini bersama-sama dengan sireh. Sebab itulah terus dipanggil kapur sireh. Ada juga mengenali kapur ini dengan kapur makan. Sebab boleh dibuat masak dan makan.


Proses Pembuatan

Kapur sireh berwarna putih. Warna putih yang diperolehi dari cengkerang seperti kepah, kupang, siput, lokan dan hidupan laut. Proses menghasilkan kapur sireh adalah dengan membakar cengkerang sehingga menjadi abu menggunakan kayu api. Setelah menjadi abu, ia akan ditapis untuk mengasingkan bendasing. Kemudian abu cengkerang tadi akan dicampurkan dengan air sehingga menjadi likat. Maka, terjadilah kapur sireh untuk dibungkus dan dijual dikedai. Mudah kan :)

Walaubagaimanapun, ada juga kapur sireh yang dihasilkan dengan menggunakan batu kapur. Prosesnya bagaimana? Dalam majalah tak diceritakan pula, tak mengapa nantilah ada masa saya google kan yeaa.... >,*

Manfaat

Banyak rupanya manfaat selain dibuat masak dan dimakan bersama kapur sireh. Antaranya ;

1. Menghilangkan rasa sakit akibat gigitan serangga.

2. Mengurangkan jerawat pada muka. Tapi jangan pula menyapu pada luka yang terdedah, kerana kesannya amat memudaratkan.

3. Boleh menghilangkan ruam dibadan. Caranya dengan mencampurkan sedikit dengan bedak sejuk dan disapu nipis pada badan.

4. Mengurangkan batuk. Caranya dengan menyapukan kapur sireh diluar kerongkong. 

5. Buat masak. Untuk masak lempeng, letakkan sedikit kapur sireh kerana akan membantu mengelakkan melekat pada kuali. Untuk bancuhan tepung mengoreng pisang, keledek dan sebagainya. Untuk merendam peria bagi menghilangkan pahitnya. Selain itu, digunakan untuk merendam timun, cili, dan lobak merah untuk meranggupkannya.

6. Menghilangkan bau ketiak. Caranya dengan mencampurkan kapur sireh dengan perahan air limau. Sapu pada ketiak dalam masa 5 minit dibiarkan. Amalkan selama dua minggu. Selain menghilangkan bau, juga dapat menghilangkan kesan hitam.


Oleh kerana kapur sireh dari cengkerang. Maka kapur sireh sangat kaya dengan kalsium. Bila dengar kalsium mesti teringat yang fungsinya sama seperti susu, iaitu baik untuk tulang dan gigi. Walaubagaimanapun, pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu karang dalam buah pinggang pula.


Sekian, untuk hari ini. Tata, jumpa lagi.


Semoga Allah memberkati ;)


Cuti-cuti Kelantan (Hari ke 4)



Hi, Assalamualaikum.. ;)

Kesempatan sangat sekarang nak menaip. Maklumlah, periksa Fizik lama lagi. Bukan minggu depan, dua minggu lagi. Tapi minggu depan insyaAllah mula men'stapler' soalan pula. Eh..eh, baru teringat yang soalan Kertas 3 tak buat lagi. Adeh! semangat dimana kau menghilang... Kalau begini kena cepat-cepat marathon cuti-cuti kelantan. Masuk hari ke empat. Lewat lagi bertolak, dekat jam 12. Cuaca dah mula mendung, lepak-lepak depan homestay lagi. Berkira-kira lagi...entah nak pergi ke tak kat Pasar Siti Khadijah. 




Disebabkan dah memang termasuk dalam perancangan. Mendung pun kami redah. Kalau hujan dah rahmat. InsyaAllah takda apa-apa. Teruskan perjalanan. Ternampak lampu isyarat begini. Bagus kan..masa menunggu lampu bertukar hijau, kita diingatkan untuk mengingati Yang Maha Pencipta. KatJohor tak pernah atau belum pernah saya jumpa ek? Errrmmm...



Sepanjang perjalanan, memang mendung. Makin lama makin gelap. Makin lama...jatuh juga air rahmat dari langit. Semakin dekat dengan pusat bandar, semakin dekat dengan Pasar Siti Khadijah, semakin banyak bertembung dengan kesesakkan lalu-lintas. Sangat sesak. Hujan lebat. Risau dah.


Dalam hati doa takda apa-apa akan berlaku. Yelah, mana-mana sesak ni boleh jadik kemalangan kecil silap-silap. Lagi-lagi kalau jumpa pemandu yang tak nak bertolak-ansur. Tau nak tolak je. Lagi-lagi yang kereta besar. Bertambah besar kepala.

Memang betul sangkaan saya. Jumpa pemandu yang kurang toleransi. Nak keluar dari parking untuk masuk laluan jalanraya. Mungkin awal-awal dah nampak saya pemandu perempuan. Kereta sebelum saya kat depan termasuk abang ipar, dia tak berani nak masuk. Sedangkan saya ikut betul-betul rapat dengan kereta abang ipar masa tu, memang dia berani sungguh. Berani sangat sampai telinga (side mirror) kiri dia tertutup sebab bercium bertembung dengan telinga kanan saya. Haha...kelakar betul, terus dia blah je...nasib baik tak calar yee...kalau calar memang saya report kat balai..hihi :P



Sesak kat jalan je sebenarnya. Dalam Pasar Siti Khadijah tak sesak mana pun. Biasa-biasa je. Banyak jugak peniaga pasar basah dah tutup. Mungkin sebab hujan dari pagi kat sini rupanya. Tingkat-tingkat atas penuh dengan kain baju. Beli apa kat sini eh...entah lupa. Sebab dah penat tengok benda yang sama dua hari sebelum ni kan. Yang ikut pun dah penat. Tengok sememeh je budak baju merah tu kan. 

Balik dari Pasar Siti Khadijah, singgah kedai keropok lekor dekat..argghh..lupa nama tempat tu. Pernah sampai sesat masa cari rumah abang ipar hari kedua. Borong keropok lekor dengan keropok kering. Macam nak berjualan cara borong tu..haha, yang saya terfikir...muat ke tak kereta nak balik Johor ni...hihi :P

Sambung untuk hari terkahir. Tunggu untuk bahagian terakhir, InsyaAllah. May Allah bless. >,<




Buaya, Kayu dan ....


Hi semua, Assalamualaikum ;)

Selamat berhujung minggu. Singkat sungguh masa berlalu. Minggu lepas di waktu begini masih lagi di pusat penjumlahan undi - Stadium Pasir Gudang. Baru sahaja menerima buku undi, kena check satu-satu, sehelai-sehelai nombor siri, label dan nama calon. Buku undi ada enam buku dan setiap buku ada 50 helai. Darabkan dua untuk dun satu set dan parlimen satu set. Juling mata tau. 

Tapi kan..dua hari lepas ternampak kat facebook ada khabar angin kononnya buku undi pun SPR ada sabotaj. Aiiyoo...sedap je buat cerita ek.. Kalau tak betul cerita tu, fitnah dah jadinya. Suka-suka buat cerita. Yang menyebarkan cerita pun sama. Kalau dah sahih, barulah kita kongsi cerita. Ini baru khabar angin..huhu

Minggu di balik kampung macam selalu, teringat video cute ni yang sempat ditonton bersama wani masa meeting khamis lepas..haha :P 






Enjoy it !! >,<

Have a nice wekend
May Allah bless

Tata~


Friday, May 10, 2013

Kelantan untuk Hari Ketiga


Hi, Salam Jumaat. Assalamualaikum ;)

Sambung lagi cuti-cuti Malaysia ke Kelantan. Kalau belum baca untuk perjalanan yang panjang hari pertama silalah baca dulu. Kemudian bersambung pula ke hari kedua jalan-jalan kat tepi Pantai Irama.

Hari ketiga. Memang selepas mencuci mata kat Wakaf Che Yeh malam kedua, memang rancang akan ke Pengkalan Kubur. Entah kenapa diberi nama yang meremangkan jiwa, tak tahulah pula saya. Sepanjang perjalanan takda la nampak macam berderet kawasan perkuburan. Cuma ada sesuatu yang saya belum, saya je yang belum pernah lihat Tokong Cina yang ada patung sebesar bangunan. 

Kalau ikutkan ada 2 biji patung besar. Haaa...sempat tangkap satu gambar je. Al-maklumlah pemandu yang ambil gambar. Eh jangan risau, masih selamat lagi pemanduan saya. Sepanjang perjalanan ke Kelantan, meter kereta tak pernah lagi lari sejauh 100km/j. So, inilah sebab agaknya penggunaan minyak dapat dijimatkan sebaik mungkin...haha. Hanya isi RM 80 maksudnya penuh tangki minyak untuk sekali perjalanan Johor - Kelantan. Pergi dan balik kurang dari RM 200 termasuk jalan-jalan pusing Kelantan.




Bolehlah kan, gambar dari belakang sempat ditangkap. Sebab tindakan refleks terlambat..hihi ^_^ Teruja nampak patung sebesar ini, jadi lambat berfikir untuk bertindak ambil gambar. 

Pengkalan Kubur macam pasar biasa yang jual baju, kain, periuk dan semua peralatan dapur. Berada di sempadan Kelantan-Thailand. Memang akan lalu pemeriksaan kastam bila keluar dari pasar Pengkalan Kubur ni. Pandai-pandai la sorok barang-barang yang dibeli, silap hari bulan kalau terlampau banyak mungkin dikenakan cas pula...haha




Aiiii....makcik, jangan lama sangat membelek..kereta dah penuh, susah nak simpan barang dari mata polis-polis kastam karang..haha :P Budak kat belakang tengah menuntut janji. Karang merajuk monyok je nanti kang..haha :P




Bila bawa budak kenalah tolong jaga...haha..tak larat jalan lagi dah, karang biar je hilang pulak budak-budak ni..penat jaga kita lepak tepi kedai. Muka monyok je yang tengah sebab tengah stress, nenek sibuk sangat tengok periuk sampai lupa nak belikan baju untuk dia. 




Selepas belanja-belanja, gerak lagi kat kawasan Pengkalan Kubur. Memang dah rasa angin kuat semacam je, rupanya memang berdekatan pantai rupanya. Pantai kedua selepas Pantai Irama semalam, kita ke Pantai Sri Tujuh. Kali pertama juga abang ipar jejak kaki kat pantai ni. Patutlah sesat jalan masuk...haha :P




Perbezaan antara Pantai Irama dan Pantai Sri Tujuh. Ombaknya lagi kuat dari semalam. Warna airnya lagi biru. Pasirnya lagi lembab dan halus dari pantai semalam. Tapi kawasannya macam terbiar sedikit la akalu nak dibandingkan dengan Pantai Irama.

Malam ketiga, tiada aktiviti langsung. Makan malam masak sendiri, memang sengaja ambil Homestay Min sebab disediakan dapur. Maaf kalau terlampau terus terang. Sebenarnya homestay ni tak seindah rupa dari khabar. Banyak kemudahan yang dicanangkan dalam blog tak berlaku langsung. Contohnya penyediaan sabun, alas katil ditukar, tilam extra boleh diberikan atas permintaan dan yang paling dukacita bila malam tidur penuh dengan nyamuk. Terpaksa sembur bilik sebelum tidur. Sebenarnya homestay ni macam tak terurus, masa datang lantai pun berabuk, tilamnya pun sama. Tapi tak tahulah kalau Min HouseCamp lebih baik sebenarnya. Sebab jiran bagi tahu kat sana lagi best. Tak sempat pula nak menjengah ke sana sampai hari balik. Sebab perancangan ke Kelantan pun agak 'last minutes'. Terima dengan redha...hihi ^_^


Tata...bersambung untuk hari keempat pula.

May Allah Bless


****************************



Hi Jumaat...Selamat Pagi ;)


Hi, Salam Jumaat.

Assalamualaikum.

Pelik muncul tetiba pagi buta menaip. Bukan jadi burung hantu. Tapi dah terlebih tidur. Kemas baju yang patut sebab seminggu ke dua minggu yang lepas entah bila ayat ini pun tunggang terbalik jadinya mengemas baju kononnya sangat sibuk dnegan PRU-13. Masih ada beberapa bahan-bahan PRU-13 yang masih belum disemak untuk dicampakkan ke dalam tong sampah. 



Cadangnya...kejap je menaip ni. Kena pendekkan ayat sependek mungkin. Sebab nak sambung tidur lagi..haha :P Tapi mana boleh nak pendekkan sebab mata sambil tengok apa berita gosip dalam facebook. Masih lagi berkisar penipuan dalam PRU-13. Masih belum ada kesudahan lagi rupanya. Boring-boring, terlepas tengok baju lawa-lawa...haha, aii...mata mengade ko ek....haha :P 



Selamat mimpi yang indah-indah. Yang paling indah bila bangun pagi ada sarapan macam ini kan. Semangat terus nak bangun pagi pergi sekolah kan...haha :P Kalau je..banyak sangat kalau-kalau pun tak bagus, tak bersyukur. Nikmat bangun pagi pun dah cukup bersyukur, ada masa kesempatan untuk bertaubat...huhu :) Semoga Allah memberkati kita selalu. Tata~


Thursday, May 09, 2013

Jalan-jalan Kelantan (Hari 2)


Hi, Assalamualaikum..

Selepas perjalanan yang panjang untuk hari pertama, sambung perjalanan ke Kelantan untuk hari kedua. Serius banyak pulak part cerita yang dah lupa. Hari kedua lewat juga keluar dari homestay. Lupa nak bagi tau, homestay yang dicari last minute cuma yang ada Min Homestay. Takda pilihan, walaupun jauh dari peringat dekat 20 minit perjalanan. Tapi tak mengapalah, asalkan ada tempat bermalam dan berhujan panas...ehehehe :P Bagi saya homestay ni biasa-biasa sahaja. Berdekatan dengan kawasan semak, jadi banyaklah mahluk halus nyamuk yang juga menumpang tidur malam..errmm...

Abah dah tak boleh duduk diam, sibuk ajak keluar awal. Tapi kak ngah kata tengahari sikit, sebab penat semalam tak habis lagi. Keluar jam 9, pusing-pusing kawasan Kubang Kerian. Nampak USM, nampak Mydin baru, ramai betul orang. Patah balik lagi sampai jumpa Kedai Lalat, Nilam Puri. Patah balik sebab mak takut sesat. Tapi tak sesat pun. Papan tanda banyak main peranan. Lagipun macam pusing-pusing Pontian-Batu Pahat je jalannya. 

Sebenarnya lupa jalan ke rumah Abang Ipar, cuma tahu nama tempat Peringat. Pusing-pusing juga kawasan Peringat. Salah rupanya. Patah balik, masuk sana situ sini. Jumpa juga, tak sangka. Nampak anak buat tengah tengok sungai depan rumah atuk dia. Melompat-lompat dia suka nampak kita orang...hahaha.



Balik dari rumah abang ipar, petang lepas Zuhur. Bertolak jalan-jalan ke Pantai Irama. Dari jauh nak rasa angin laut tiup sempoi-sempoi bahasa. Semestinya cuti sekolah, ramai sangat orang. Yang best, pantainya biru kalau nak dibandingkan dengan Pantai Punggur. Mestilah dah pantai ni menghadap Laut China Selatan. Pantai Punggur menghala ke Selat Melaka, penuh dengan minyak-minyak kapal je.



Seronoklah main air budak-budak ni. Mak dah bising je, takut di bawa air. Banyak kali jerit kalau budak-budak ni lari sesuka, lagi-lagi kalau dia rasa abang dan akak saya macam leka je. Bukan famili saya je yang ikut pergi sini, famili abang ipar pun ada sekali. Entah mana tak masuk gambar. Saya pun takde. :(



Betullah. Dah lama tak pegang kamera, skill mengambil gambar pun dah berkurang la. Paling berkurang sensitiviti pada tempat-tempat untuk diambil gambar. Selalu lambat ambil tindakan nak mengambil gambar. Jadi, banyak la perkara, tempat dan peristiwa tak sempat nak ambil gambar...huhu. Takda ke sapa-sapa nak sedekahkan kamera canggih kat saya...hahaha..nak canggih je terus. Materialistik betullah :P



Malam berjalan lagi ke Wakaf Che Yeh. Takda gambar yang sesuai nak dikongsikan. Banyak gegar dan banyak sangat cahaya. Gambar jadi tak cantik...huhu :( Memang cuti sekolah ramai orang datang Kelantan kan. Penuh betul kerete sepanjang perjalanan nak mencari parking. Walaupun parking memang dah disediakan khas. Kereta nak mencelah sentiasa ada. Nak potong giliran. Abang ipar sentiasa ingatkan ikut rapat betul-betul. Bimbang juga dalam hati kalau terpisah..haha :P


Sambung bahagian Hari Ketiga.

Take Care
May Allah Bless

****************************

Perjalanan ke Kelantan (Hari 1)

Hi...Assalamualaikum,

Rasa nak gelak pula, lama dah kejadian jalan-jalan ke Kelantan. Tapi masa nak upload nak taip cerita tak kesampaian pula. Entah apa yang sangat sibuk sampai tak sempat. Pening fikir mencari jawapan...*poyo :P

Walaupun lama dan mungkin agak basi untuk ditapi, saya tetap suka hatilah nak menaip ke memuat naik gambar. Sebab blog saya yang punya...hihi. Lagipun senang saya nak ingat balik apa yang berlaku sepanjang tahun 2013. Kalau nak belek gambar, kadang-kadang lupa dah berlaku kejadian-kejadian tertentu.

Perjalanan yang panjang berjalan seperti yang dirancang, cuma ahli keluarga yang ikut yang berubah. Kali terakhir ke Kelantan tahun 2008. Itupun sebab menghantar rombongan pengantin. Ramai-ramai naik bas. Tak seronok la sangat, lagipun banyak dihabiskan dalam bas dengan aktiviti tidur...haha.

Bertolak dari rumah jam 5 pagi. Rancangnya memang 4 pagi, tapi dah faham sangat dengan janji melayu Kak Ngah, padan muka saya lambatkan sejam dia menunggu kat Air Hitam. Along pun dah lama bangun, siap sediakan bekal untuk anak perempuan dia yang semangat sangat nak ikut Mak Ude. Siap telefon 5-6 kali, tapi tak perasan pun. Pandai pula tak dapat telefon Mak Ude, dia cakap sendiri dengan nenek dia nak ikut. Abang-abang dia gigit jari je lah...kereta dah tak muat. Jaga la Aida elok-elok...hihi ^_^





Memang tak membantu pemandu pun budak kecik ni. Sedap tidur sepanjang perjalanan. Siap bawa bantal untuk lelap dalam kereta lagi. Nampak sangat tak mandi masa bertolak. Masih dengan baju tidur.  Masih bau air liur basi...haha :P



Haa...dah bangun. Tengok pemandangan kanan kiri macam sama je kat Johor. Orang kat belakang pun senyap, kalau bercakap pun cakap jawa. Dia pun tak faham. Ditanya lapar ke tak, jawapannya tak. Banyak soalan yang dia bagi tiap kali bangun.

Ainul : dah sampai ke makude?
Saya: belum...
Ainul : jauh lagi ke...
Saya : entah la...ye kut, makude tak tahu...ikut je mak ngah kat depan tu..

Kejap je berjaga, lepas tanya sikit-sikit. Tak pun telefon mak dia, sambung tidur lagi. Gambar kat bawah ni dah petang. Singgah banyak kali sepanjang perjalanan. Sampai kat homestay tengah azan isyak. Hampir 15 jam kan. Lama betul, tapi masa ni belum penat. Tengah teruja selamat memandu Johor-Kelantan selama 15 jam. Banyak berhenti abang ngah kata sebab saya. Kesian saya penat memandu. Eh..orang ok je ni. Cuma tak berpeluang memandu jauh je sebelum ni...hihi ^_^


Teruja kan >,<

bersambung~



May Allah Bless


************************************