Saturday, April 27, 2013

Sabtu terakhir April 2013.



Hi semua, Assalamualaikum.

Sebenarnya tiada apa nak ditaipkan pagi ini. Minggu depan sabtu mesti dah sangat sibuk sebab PRU-13. Jadi, minggu ini kenalah senang hati. Kena baca buku panduan bertugas. Kena baca. Kena tekad fahamkan perjalanan. Taknak ada sebarang masalah. Mampukah nak menghadapi cabaran minggu depan ni.....risau sebenarnya...huhu *,~

Sepanjang kursus dua kali, semuanya dah berterbangan dek angin. Paling tak kurang dan tak lupa, menu makanan memang best sepanjang kursus...hihi >,<





May Allah Bless

Take Care


***********************************************



p/s: yang sudah mendaftar, jangan lupa check kawasan dan tempat pengundian...jalankan tanggungjawab.



Friday, April 26, 2013

Cerita indah hari Jumaat ^_^


Hi semua, Assalamualaikum.. ;)

Salam Jumaat.

Esok hari sabtu. Berjumpa lagi hujung minggu. Minggu terakhir untuk bulan April. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke destinasi hari-hari sibuk di bulan April. Sebagai penutup, esok merupakan sekolah ganti. Wahhhh!!! super duper seronok datang sekolah kan bulan April...hihi *klise~

Pagi jumaat sepatutnya sentiasa indah sebab tiada kelas berjadual. Sementara menguruskan, eh..tak sangat lah menguruskan, sekadar memantau Bengkel Menjawab Fizik di dalam dewan. Seorang pembantu pejabat datang membawa surat untuk ditanda tangan. Surat cadangan menjaga SPM tahun ini. 

Erkkkk!!! *jangan tersilap, itu cuma reaksi muka sahaja. Realitinya muka takda perasaan, terus bertanya ; 'cadangan nama siapa yang uruskan? PK 1 ke Pengetua?' .' Tanda tangan dulu, lagipun nama cadangan sahaja'. 'Pengalaman sebelum ini pun begini, kononnya cadangan...tapi akhirnya jaga exam juga, baik saya nak tarik diri awal-awal'.*tegas konon..hihi

Selepas mendapat tahu di bawah kelolaan PK 1, saya terus berbincang sebab penolakkan saya. Tiga tahun berturut saya menjaga periksa. Bukan bermaksud saya menolak kerja, dan terpaksa selama ini. Tapi....biarlah saya sendiri yang tahu kenapa tahun ini, saya kurang berminat...hihi :P


Alhamdulillah, bincang tak banyak mana pun, tak perlu nak sembang sebut-sebut nama orang lain. Akhirnya, tahun 2013 selamat bercuti hujung tahun buat saya. hihi ^_^



Cerita indah hari Jumaat. 

May Allah Bless U.

Tata~







p/s: lepas ni boleh plan cuti-cuti Malaysia. Apa perasaan cuti penuh hujung tahun ek...

Thursday, April 25, 2013

Indahnya Kalau Kita SENTIASA ada USAHA.


Hi semua.
Salam Jumaat...Assalamualaikum.


Hari ini rasa bersemangat nak berkongsi pembacaan buku yang sebulan lebih saya terima. Sebelum ini ada saya cerita sedikit dalam Tempias Baucer Buku. Kebetulan seorang kawan semangat nak membaca novel-novel saya, maka saya terpandangkan buku yang tajuknya 'Indahnya Hidup Bersyariat'. Depan kawan saya berkata..'eh! buku tak sampul lagi...ni maksudnya belum dibaca'. Bagi soalan dan jawab sendiri, tapi dalam hati bunyinya begini..'eh! terlupa pasal buku ni...sibuknya sekarang ni...' hihi..*propa~




Sebenarnya dan sejujurnya, saya belum pun membaca sehingga khatam buku ini. Pada awalnya saya memikirnya seperti buku panduan solat, puasa, amalan sunat dan lain-lain yang cara penyampaiannya seperti buku-buku yang pernah saya baca sebelum ini. Meleset sangkaan saya, sebab buku ini penuh dengan gambar beserta penerangan yang lengkap.

Sebagai contoh, gambar dibawah adalah panduan kedudukan makmum dan imam. Biasanya, mungkin saya kurang membaca bab-bab begini, kebiasaanya...buku yang saya baca, penulis sekadar mengulas menggunakan ayat-ayat. Kalau pun diberikan gambar, sekadar simbol-simbol bulat yang berlabel imam dan makmum. Tapi dalam buku ini, siap ada gambar jelas dan juga memaparkan kedudukan yang mahruh. Baguskan? Apa lagi..cepat-cepat la berkejar ke kedai buku berhampiran. Jangan bimbang kalau mengalami kesesakan, sebab di MPHonline juga ada. ;)


Bukan sekadar kedudukan iman dan makmum sahaja. Ada satu lagi keistimewaan buku ini yang akan mengukuhkan lagi sesiapa yang belum memilikkinya. Buku ini berkongsi secara bergambar, cara menunaikan solat bagi orang yang sakit. Semua kemungkinan sakit sehinggakan seluruh badan tidak boleh bergerak juga dikongsikan, iaitu solat menggunakan kelopak mata. Alahai...sakit-sakit demam pun kalau kebiasaan kita, eh bukan kita...saya je kot, kadang-kadang pun berat sungguh nak solat. Betapa ruginya orang yang tidak bersyukur.



Belum cukup berkenyakinan untuk mendapatkan buku ini lagi? Erm..apa lagi yang ada untuk diberitahu betapa berbaloi sangat untuk yang belum ada. Cara solat, cara puasa, amalan sunat, solat bagi musafir, munakahat, munamalat, surah pilihan, selawat, zikir, fardhu ain...dan macam-macam. Jangan tangguh-tangguh nak berbuat sesuatu kebaikan, benda baik kena cepat-cepat kita usaha dapatkan. Bagi sesiapa yang memang belum ada langsung buku panduan fardhu ain, wajar sangatlah memilikkinya.

Jangan fikirkan harga buku.
Tapi fikirkan manfaatnya kepada kita dan orang disekeliling kita. 
Hanset bijak mampu kita beli, melayari internet dihujung jari. 
Baju berjenama seboleh mungkin kita cuba memilikki. 


Apa salahnya kita luangkan masa 5 hingga 10 minit untuk membaca menambah kekurangan kita. InsyaAllah, usaha yang baik akan menjadikan hidup kita bertambah indah. 


May Allah Bless U

Have a nice Friday


**********************************************




p/s : terima kasih daun keladi, kepada pengirim yang memberi.


Wednesday, April 24, 2013

Apa dia inteam-MOBILE ?

Hi semua, Assalamualaikum..

Lama tak menaip dan meng'update' blog. Kononnya macam sibuk, al-maklumlah meng'update' blog hanya melalui laptop sahaja. Hanset belum cukup canggih nak on9, belum mampu lagi..haha 

Lama juga sebenarnya nak memenuhi permintaan seseorang supaya menulis tentang tajuk kali ini. Tapi sebabkan beria-ria sangat, maka diusahakan juga..hihi

Sebelum ini saya pernah kongsikan pembelian buku secara maya di MPHonline. Kebetulan semasa sedang khusyuk melepak depan kedai buku dalam Larkin Sentral sementara menunggu kawan mencari tiket balik KL. Saya terpandangkan 'bunting' berkenaan inteam-Mobile

Maka balik dari Larkin petang hari yang sama, terus saya google inteam-Mobile. Oh ya, lupa nak bagitau, ada sesuatu yang sangat menarik saya untuk terus membuka page inteam-Mobile. Sebenarnya, gambar CD Habib Syech Assegaf tajuk 'Ya Hanana" yang menyebabkan saya sedikit teruja. Sebelum ini dengar Qasidah Ya Hanana dalam radio IKIM, mencari tajuknya. Tapi akhirnya tahu dari pakar-pakar penyelidik juga akhirnya.

Oleh sebab beli CD sesuatu yang baru, bagi saya sahaja mungkin. Sebab sebelum ini sangat mahir membeli di MPHonline. Disebabkan juga laptop saya tak boleh memainkan CD, maka saya terfikirkan sesuatu...hihi *,<



Ini muka depan page inteam-Mobile. Senang sangat nak memilih, sebab tak banyak pilihans seperti di dalam MPHonline. Nasib baik kan, kalau banyak sangat nanti saya jadi rambang mata. Banyak koleksi buku motivasi, CD ceramah, CD motivasi, Buku panduan agama dan macam-macam lagi bahan ilmiah yang boleh kita dapatkan di inteam-Mobile. Jangan tangguh-tangguh nak menambah ilmu agama, jangan tangguh-tangguh nak berubah jadi baik, kelak terlambat menyesal diri sendiri. 

Ada lagi yang best di inteam-Mobile. Kita boleh memilih penghantaran kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain. Kalau di MPHonline, takda semua ni. Kerja saya menjadi makin mudah..lalala~


Seperti biasa di MPHonline, sesiapa pengguna baru perlu mendaftar. Petang yang sama saya mendaftar dan terus memilih CD 'Ya Hanana'. 

Sesuatu yang saya tak sangka sebenarnya, pengurusan inteam-Mobile sangat cepat. SANGAT CEPAT. Saya sendiri tak menyangka sangat cepat. Tempah hari khamis, dan sabtu telah pun sepatutnya sampai kepada penerima. Saya ulang banyak kali sebab tak sangka. Jadi, saya sendiri kurang pasti adakah saya perlu berdiam diri atau mengaku..haha


Taraaa...penerima CD Ya Hanana, senyum lebar yea tu...hihi :P 



Laaa....ni yang sangat risau, ditenung-tenung...bukaknya tidak...ish..ish...



May Allah Bless u

Happy Wednesday

*************************




Tuesday, April 02, 2013

Kajang Pak Malau...


Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,
Kajang Hamba Mengkuang Layu..
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat,
Dagang Hamba Terbuang Lalu...



Seringkali terfikir-fikir akan maksud perkataan Kajang dalam cerita Seri Mersing. Pada waktu itu tak mungkin lah Damak berpantun untuk menulis dalam kertas Kajang. Lagilah tidak mungkin berhasrat merantau membawa diri ke Kajang (eh..dah ada ke waktu itu?). Tapi inikan cereta cerita Seri Mersing kat Johor kan...Apatah lagi memang sah-sah takde kaitan langsung dengan Sate Kajang. Begitu juga dengan orang Kajang...eh eh...


Sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kajang dalam pantun tersebut adalah atap atau benda lebar untuk dijadikan tempat berlindung. Kajang ini juga boleh dibuat berjalan seperti payung yang kita gunakan zaman sekarang. Selain payung, khemah dan kanopi juga dalam kategori Kajang juga. Asalkan dia tempat berlindung dari panas dan hujan.


Kajang atau atap zaman dahulu kebanyakkannya dieprbuat dari daun nipah ataupun kulit buluh. Kajang Pak Malau jenis berlipat-lipat, maksudnya atapnya jenis yang elok dan bagus sebab siap boleh lipat-lipatkan. Nak dibandingkan dengan Kajang Damak yang mengkuang layu...lembik dan buruk dah. 


Kiranya dalam pantun tu, Damak ni orang miskin dan tak mampu nak memberikan perlindungan yang baik kalau nak dibandingkan dengan Pak Malau. Pak Malau ni orang kaya la kiranya.


Mungkin sebab Kajang ni suatu benda yang lebar, maka kertas Kajang pun mengambil namanya sempena dia kertas lebar kot kan.


Dan tidak mustahillah, mungkin juga asal usul Kajang, Selangor disebabkan banyak sangat penggunaan Kajang (atap/pondok) zaman dahulu kan...eh eh cerita pasal orang Kajang pulak... :P








p/s: nantikan asal usul Rengit pulak...hihi ;)




Soalan Sengal yang Buat Orang Begang.




Situasi : Sedang menolak troli dalam supermarket...

Soalan : eh buat apa kat sini....belanja ea..
Jawab(dalam hati) : saja nak bagi sedekah kat sini..



Situasi : mata dah tutup nak tido...

Soalan : eh..ko nak tido ke ni..
Jawab(dalam hati) : tengah buat latihan macam mana rasa mati...



Situasi : Baru bangun tido...

Soalan : la...ko dah bangun tido ke...
Jawab(dalam hati) : takla...tengah berjalan sambil tido



Situasi : Balik 7 malam baru balik kerja..dan sedang menutup pagar...

Soalan : Aii....baru balik keje ke..
Jawab(dalam hati) : tak la...baru je nak keluar pergi keje..


Situasi : bawak Tv rosak kat kedai elektrik

Soalan : eh tv rosak ke ni..
Jawab(dalam hati) : mana ade...saja-saja bawak jalan..asik duk umah je..



 



p/s: baik berdiam diri




Palsu


Berpura-pura. Berlakon kerana mahu memenuhi kehendak dan keperluan keadaan. Perasaan? Wow...sangat seronok. Erkkk....ini bohong semata-mata. Perasaan sangat menjengkelkan. 

Seminggu sebelum cuti, dikejutkan dengan berita lawatan JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) ke sekolah. Kelam-kabut semua siapkan fail, siapkan kelas, siapkan bilik khas, siapkan data, siapkan itu-ini. Dalam kepala daripada semangat nak bercuti sekolah, terus jadik blurrrrrr....tak boleh nak proses maklumat itu-ini amanat dalam mesyuarat gempak tersebut.

Bukan blurrr rancangan nak cuti sekolah. Terus blurrr untuk semua kerja sekolah termasuklah latihan masa cuti untuk pelajar sekali. Terfikir...perlu ke semua fail-fail entah apa-apa itu diwujudkan dan dipersembahkan kepada manusia biasa yang mendapat pinjaman kuasa semata-mata.

Paling menjengkelkan apabila keluar ayat sebegini;

Guru XX : kerusi meja tepi dewan tu...dibawah seliaan siapa yea...kalau dapat susun elok-elok dalam dewan...kita berlakon sekejap sehari dua tu....

Semua ahli mesyuarat gelak. Sampai beginikah yang harus dilakukan. Berlakon? Berpura-pura?

Apa salahnya kita memaparkan keadaan sebenar sekolah kita. Kekurangan infrastruktur, kekurangan kelas, keperluan dewan serbaguna, keperluan kerusi meja. Alahaiii.......~




Alahai manusia.....~
Dengan manusia lain, mungkin kita boleh berpura-pura. Berlakon dan menipu dengan perkara yang bukan yang sebenarnya. Berbagai cara dan alasan cuba kita tampalkan dihadapan suatu kepalsuan. Di hadapan Yang Maha Kuasa, mampukah kita?




p/s: putih-putih melati, merah-merah delima, siapa yang baik hati pastiku terima.. :)