Friday, January 31, 2014

Soopa Doopa....kurang satu ratus dan enam puluh sen sahaja.



Hi, Assalamualaikum. 

Selamat menyambut Tahun Baru Cina semua. Terlambat daaa...sebab cuti dua hari ini sibuk jalan-jalan. Khamis pergi servis kereta. Mesti servis juga sebelum kedai tutup raya cina. Sebab mileage dan over sangat-sangat. Tarikhnya sah-sah memang sangat over...sepatutnya hujung tahun lepas kena servis. Tapi bertahankan sahaja sebab mileage masih ok-ok lagi. Tapi tak sangka pula sekolah 29 hari sudah over dari 84ribu yang sepatutnya kepada 86ribu. Ayoyo....sayang kereta daaaa...

Petang rabu balik sekolah terus call. Dah confirm booking. Dua jam kemudian dapat call, haaa? terkejut laaa..lagi-lagi terjaga dari tidur bila orang kedai bagi tahu jumlah servis esok RM800 lebih....saya jawablah, "esoklah kita bincang u buat servis apa sampai 8 ratus tu yea.."

Tapi tak sampai 5 minit, saya tak sempat nak imagine lagi nak keluarkan duit kat bank atau kat stesen minyak. Kedai call lagi.

"Puan, sori ganggu... I cuma nak confirmkan balik, u punya mileage dah berapa ea..."

Saya jawablah...main agak-agak je "mungkin 86ribu la agaknya.."

Terus menyampuk " haa...betullah puan, u memang kena buat major servis ni. Sepatutnya 80ribu ke atas, memang perlu buat..."

Saya terus menyampuk jugak "yea...saya faham, esoklah u terangkan details apa servis yang sampai 800 lebih tu..ok"

Pagi khamis, terkejar-kejar juga nak bersiap. Jam 8 15 minit saya sampai, tak sempat sarapan. Tapi bagus juga sebab memang akan ada makcik teh bagi sarapan. Sementara tunggu Along ambil, sempat minum milo...hihi

Kemudian, kami berjalan tak tahu arah dan tiada rancangan apa dan apa. Bawa kereta sampai batu pahat, jalan sesak depan BPmall. Nak ke Simpang Rantai BP pun sesak juga. Eh ada apa ni? Ada Pameran Belon Gergasi. Wahhh....sempat juga kami naik kuda.






Setakat naik kuda, tengok arnab...pusing-pusing tengok orang jual baju, beg, minyak wangi dan bermacam lagi. Macam pasar lambak biasa.

Sementara cuti sekolah, bolehlah singgah ke dataran. Tak perlu berjalan jauh ke seberang sungai dan lautan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Kadangkala, bercuti hanya di rumah juga boleh menjadi suatu percutian terbaik untuk bersama keluarga.

Kemudian, terus bergerak ke Kluang, kedai servis kereta. Kurang seratus dan enam puluh sen dari satu ribu sahaja jumlah servis kereta hari ini. Ohhhhh.....perancangan untuk bulan Februari terbantut sedikit. Bagaimanakah?

May Allah bless me.

Have a nice day... ;)




Sunday, January 26, 2014

KREATIF


Hi, Assalamualaikum. 

Pagi ahad nan indah. 
Kalau dahulu hanya cuti dan riadah. 
Pasar pagi semua nak redah. 
Penuh ditangan dengan juadah.

Pagi ahad nan indah. 
Berjaga pagi penuh bermadah.
Rutin harian sudah wajib ke sekolah. 
Dengan seiklasnya dan juga pasrah. 
Mendidik anak murid menuju kecemerlangan yang cerah.


Pagi ini ada majlis Hari Kecemerlangan Akademik (HKA). Tahniah kepada semua pelajar. Yang tidak menerima juga tahniah, bukan mudah menempatkan diri dikalangan yang terbaik. 

Beberapa tahun dahulu, ada juga berangan nak berada di dalam majlis yang diadakan di dalam dewan besar. Penuh eksklusif kononnya. Berangan juga mendapat PA sistem yang hebat, sempat juga berangan ada meja pengacara yang cantik berserta sejambangan bunga diatasnya. Nah, sekarang dah dapat. Jangan merungut lagi. Pasrah dan redha. 


p/s : saya cepat berasa boring....dan boleh jadi saya memboringkan...huhu


Saturday, January 25, 2014

Sekolah Ganti


Hi, Assalamualaikum. 

Payah benar rasanya sekarang nak menaip. Kalau difikirkan banyak perkara boleh dikongsikan. Apatah lagi ditempat baru, tentunya banyak pengalaman dan pelbagai cerita baru boleh dikongsikan. 

Hari ini sekolah ganti. Sempena hendak bercuti panjang bagi perayaan Tahun Baru Cina. Sekolah ganti hari ini telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pertama kali sepanjang menjadi guru, sambutan Maulidur Rasul agak meriah. Seawal 9 pagi semua pelajar dan guru berkumpul untuk berarak mengelilingi sekolah sehingga ke surau sekolah.


Ermm...ok ini sahaja untuk hari ini. Ceramah hari ini kurang sedikit seronoknya. Sebabnya penceramah hanya seorang kaunselor. Saya dah 'mind set' seorang ustaz yang dapat menceritakan sejarah tentang seorang lelaki hebat iaitu Nabi Muhammad. Ermmm.....ermmmm....dengar radio Ikim.fm lagi best kot....

Wassalam. 


Tuesday, January 21, 2014

#selfie


Hi, Assalamualaikum. 

Sekian lama tak menaip, bukan bermaksud awal tahun begini tersangatlah sibuk. Sebenarnya sangatlah lapang dan berehat sahaja rasanya. Awal-awal sedikit terkejut mungkin senang sangat bercuti dan berehat dirumah cuti hujung tahun yang lepas. Alhamdulillah,  sihat walafiat sehingga saat menaip hari ini. 

SISTEMATIK.
Selepas beberapa ketika ini, saya rasakan bahawa kesibukkan hanya berlaku apabila kita bekerja disaat-saat akhir. Apatah lagi kalau kita sering kali suka menangguhkan kerja yang sedikit awalnya, terus lama kelamaan menjadi semakin banyak. Jikalau perancangan dilakukan secara awal dan sistematik, insyaAllah semua hal dapat berjalan dengan baik dan tiada istilah 'stress'.

BERSEDIA.
Ini jadual waktu untuk tahun ini sementara menunggu kedatangan anak pelajar tingkatan 4. Maksudnya selepas bercuti dan berhari raya cina nanti.


Tahun ini sama ada bersedia atau tidak, saya redha sahaja mengajar tingkatan 5. Sesungguhnya saya tidak tahu menahu latak belakang prestasi, tingkah laku dan sikap mereka semua. Semuanya saya bermula dengan sifar. Dengan membuat anggapan mereka adalah antara calon terbaik dia sekolah lama mereka ketika tingkatan 3. Dan insyaAllah,  akan menjadi yang terbaik untuk SPM 2014.

MASIH BARU.
Walaupun tahun ini merupakan tahun ke 5 saya bertugas secara rasmi sebagai seorang guru disekolah. Saya masih beranggapan saya hanya seorang guru baru yang masih perlu banyak belajar. Sebabnya seorang guru berjumpa dengan seorang manusia yang sentiasa berubah tingkah laku dan sikapnya. Pengalaman belum tentu dapat menentukan kecemerlangan seorang guru, tapi tanpa pengalaman siapalah guru tersebut.



PENGALAMAN 2013.
Pengalaman yang saya rasa dekat sangat di dalam hati sepanjang tahun 2013, mungkin tiga perkara. Paling tepat mungkin hanya satu sahaja. Tapj yang paling sesuai untuk dikongsi disini hanya satu juga. Pengalaman berkhidmat semasa Pilihanraya Umum PRU-13. Pada awalnya meletakkan nama sekadar suka-suka. Apabila diminta kebenaran untuk menjadi ketua, juga sekadar suka-suka. Sekian tiba harinya, menjadi gugup dan bimbang pula. Ya Allah, memang banyak-banyak berdoa sepanjang proses mengundi seharian itu, sempat ingatkan emak supaya turut juga doakan semuanya berjalan dengan baik. Menjadi seorang ketua dan berhadapan dengan ejen-ejen parti yang ada yang sudah berpengalaman, memang menakutkan saya. Tapi rupanya, mereka juga ada rasa hormat dengan ketua yang kecil molek ini. Ingat lagi saat saya terlupa nak menterai peti undi sebelum proses pengundian, selepas 5 orang mengundi barulah saya terperasan....sejuk gila takut masa tu.........rasa macam muka naik pucat nampak kelalaian diri sendiri. Mujurlah, ejen semua faham dan bertolak-ansur. Alhamdulillah. Pengalaman terbaik untuk 2013. :)

PELIK 2014
Memasukki minggu ke empat tahun ini, banyak juga saya rasakan diri ketinggalan zaman. Pernah tiba-tiba timbul fenomena isu perkataan kangkung yang bermacam-macam menu dikongsikan. Terfikir-fikir apakah yang berlaku? Rupanya isu dalam negara juga. Rakyat Malaysia ada sahaja yang kurang puas hati. Saya fikirkan tiada pun dalam mana-mana akhbar yang menulis rakyat Malaysia mati kerana kekurangan makanan. Terlebih makanan itu yang selalu ada. Sampaikan sekarang, pantang muncul produk kesihatan makanan. Cepat larisnya dan cepat juga hilang ceritanya. Macam goreng pisang panas. Seingat saya, zaman saya bersekolah dahulu pun susah juga. Tiada BRIM, barang memanglah murah, tapi gaji bapak tak juga beribu, harga kereta pun mahal. Sesuailah kadar peningkatan harga barang berkadar terus dengan kadar peningkatan gaji. Malah sekarang pun melancong ke luar negara pun bukan perkara luar biasa untuk rakyat Malaysia. 

Kemudian, saya kepelikkan apabila begitu banyak pula perkataan #selfie. Eh...apa kebenda pula agaknya....so, saya gunakan pakcik google pula untuk lebih lanjut faham. Dapatlah air teh kopi seperti dibawah.

Selfie adalah satu istilah ongputih yang baru, yang secara rasmi telah diterima oleh Oxford Dictionaries. Selfie dijelaskan oleh Oxford Dictionaries sebagai:

"A photograph that one has taken of oneself, typically one taken with a smartphone or webcam and uploaded to a social media website." 

Lebih kurang maksudnya: 

Satu gambar seseorang yang telah diambil sendiri, biasanya diambil dengan telefon pintar atau webcam dan dimuat naik ke laman web media sosial.


p/s : #selfie : perahsantan

Friday, January 03, 2014

Jumaat 2014.



Assalamualaikum. 

Hi semua, hari ini Jumaat pertama di Johor bercuti untuk tahun 2014. Alhamdulillah,  mudah-mudahan usaha menjadikan Jumaat sebagai hari cuti dapat menjadikan warga Johor lebih rajin dan istiqamah menunaikan solat Jumaat.