Friday, August 15, 2014

Review 1: Veil Sanding


Hi, Assalammualaikum.

Selamat Hari Raya. MAAF ZAHIR BATIN.

Selamat hari jumaat semua. Hari ini cuti negeri johor. Belum ada plan untuk kemana. Sebabnya hujan turun lebat dan berganti-ganti reda dan lebat kembali sejak jam 5 pagi tadi. Bayangkan bila tertidur dan terjaga hujan turun masih konsisten lebatnya, tapi rupanya menurut emak baru sahaja lebat kembali...heheh, tidur tak ingat dunia. Jam menunjukkan 12 tengahari.

Pagi tadi dah diingatkan saya untuk mencari tudung untuk majlis kedua. Arghhh....hujan begini bagaimana nak cari tudung. Tapi hanya alasan, sedangkan balik sekolah boleh singgah kedai kain.

Alasan utamanya, saya belum ketemu idea bagaimana jenis dan stail tudung untuk majlis kedua nanti. Idea belum muncul.

Maka, saya googlekan sedikit tudung yang mudah dan ringkas untuk dipakai. Oleh kerana belum pernah buat mana-mana review berkenaan majlis pertama. Saya fikir, baiklah saya buat supaya saya tak lupa tahap kesungguhan dan kerajinan saya menjahit...hihi. Sehinggakan sangat dikagumi oleh makcik dan sepupu perempuan saya. Kembang la gamaknya...

Review 1 : Veil Sanding

Memang plan nak veil / layar warna krim. Supaya nampak soft sedikit setelah memilih warna merah terang sebagai baju sanding.

Panjang veil dan bentuk pemotongan saya google sahaja. Panjang kain 2 meter 1.5 meter dan lerang kain 45. Ini untuk mereka yang nak labuh paras punggung.

Kemudian pilih lace saya beli secara online sahaja. Kedai online ada dua saya beli. Saya lupa yang mana satu sebab ada yang beli lace baju ada beli lace tudung dan ada yang beli manik. Boleh buka facebook dan cari Veil by Adria dan....lupa :(



Cara nak buat veil bukanlah susah mana. Bentangkan kain 2 meter kemudian potong mengikut huruf D. Kalau kurang yakin dengan tangan sendiri, gunakan surat khabar lama dan potong dahulu pada kertas baru tekap pada kain.

Kemudian susun lace yang nak dijahit. Ikut kehendak sendiri nak yang bagaimana lace terletak. Saya nak yang simple sahaja. Sebab rasanya baju dah crowded dengan lace dan manik...hehehe


Jahit dahulu lace yang hendak diletakkan. Jahit jelujur ringkas kalau nak mudah. Cuma kurang sesuai untuk dijual sebab orang jual jahitannya hanpir tak nampak. Hebat betul, kagum saya sebenarnya. Maka, terkantoilah yang saya jahit asal boleh...hikhik

Selepas itu, susun manik dan tengok kesesuaian. Ini manik pilihan saya yang telah sedia ada dalam pakej manik kedai facebook Veil by Adria.

Hasilnya?
Simple kan kan. Sebab memang nak yang simple dan waktunya dah suntuk. Maaflah gambar tak berapa jelas sebab nak rendahkan resolutionnya supaya mudah upload.

Ini pula gambar berdiri. Terpaksalah nampak baju juga, sebenarnya nak buat review baju nanti baru tunjuk. Veil labuh sampai punggung. Tak mahulah orang tengok dari belakang dan fokus pada punggung dan pinggang sesuka je.

Review seterusnya baju merah tu yea...kemudian baju nikah, tudung nikah. Tengah cari mood berkreatif. Jadi kena selam betul-betul, baru dapat idea menarik untuk majlis kedua.

Terima kasih membaca...selamat menjahit dan berkreatif. Serius sangat seronok walaupun anda fikirkan tak cukup masa. Saya hanya ada 5 bulan sahaja dengan kesibukan sekolah. Semua orang boleh kalau kita yakin kita boleh. InsyaAllah. Good luck :)



1 comment:

Unknown said...

somelnyee diee..cun nye diee..mcm model turun dr kayangan cewaahhh ;)