Sunday, June 30, 2013

Ekspo Mak dan Anak : Danga City Mall



Hi, Assalamualaikum....

Selamat pagi ahad. Ramai lagi yang malas-malas dihari ahad kan. Cuaca pun sangat elok dan baik hati hari ini. Tadi pagi hujan gerimis. Sekarang pun masih lagi mendung.

Kalau ikutkan hati nak lepak dirumah. Tapi temankan juga kawan serumah yang ter 'exited' sangat nak menjejakki kaki ke ekspo barangan beby. Maknanya..agak terpaksa menempuh suasana sesak...adeh..!



Rasanya, banyak info perlu diambil sebelum datang ke ekspo mana-mana barangan. Tak kiralah barang beby, barang rumah, baju, buku dan macam lagi. 

Sementara menunggu ini, saya terfikirkan beberapa perkara ;

1. HARGA

Sepatutnya kita kena tahu harga asal barang yang hendak dibeli. Kemudian bandingkan harga dengan promosi. Jangan lupa ambil kira minyak dan tol yang perlu dilaburkan. Itupun dikira tau. Kalau betul murah, baru beli.

2. KUALITI VS JENAMA

Kita kena pastikan juga mana penting jenama atau kualiti yang menjadi pilihan kita sekarang ini. Tapi kebiasaanya, barang berjenama memang tak boleh disangkal lagi kualiyinya. Tapi kadang  hanya indah rupa dari khabar.

3. KESELESAAN

Kesesakan di ekspo semua sedia maklum. Pada pandangan saya..pandangan saya sahaja. Tidak terikat dengan mana-mana teori pun..(baca betul-betul dato K) Ibu yang mengandung, ibu yang mempunyai beby dibawah umur yang masih belum berjalan, saya rasa kurang sesuai ke ekspo. Suasana sesak, bertolak-tolak bukan sahaja merumitkan, malah boleh mengakibatkan kecederaan. Sangat bahaya pada saya. Kalau terkena perut, tercuit beby kan bahaya. 

4. UDARA

Udara sangat tak mesra alam. Pencemaran bunyi dari PA sistem kat pentas ekspo. Pencemaran asap kenderaan, orang yang merokok lagi. Ibu mengandung, tolonglah jaga beby awak yang belum tahu nak bernafas sendiri yea. Yang sibuk menyorong dan mendukung beby. Kesian saya tengok beby awak, dia tak pandai cakap, kalau dia pandai mesti dah sibuk minta balik..hihi 


Membeli dan mencari kat mana-mana kedai sama sahaja bagi saya. Murah ke mahal semuanya tertaluk kepada perancangan kewangan kita. Berbelanja mengikut keperluan dahulu. Ada duit semua boleh dapat. Ok jumpa lagi. Haus dah.




 p/s: tekak ni nak makan baskin robbin aiskrim la..hihi, gedik :P

Saturday, June 29, 2013

Oh! Hari Koko 2013.


Hi, Assalamualaikum...;)

Hari ini 29 jun. Banyak status facebook berkisar bola, bola dan bola. Kalau semua rakyat Malaysia menunggu Piala FA, dan keterujaan peminat JDT dan TRW. Sekolah pun tak kurang aktivitinya. Berlanjutan penundaan Karnival Kokurikulum yang dibatalkan sebab jerebu. Kalau yang tak baca cerita minggu lepas, boleh la baca ini. 

Memang penat. Sangat letih. Mata pedih. Kaki? Sama lenguh juga. Tapi nak juga sempatkan update cerita baru sebelum 1 Julai esok.

Tak dapat nak fikirkan ayat sekarang ini. Kita tengok gambar pun ok kan.


Carboot Sale pagi Jumaat. Prelove Item.


Kedatangan VIP disambut meriah dalam kepanasan. Sama panas dengan pilihan warna sedondonnya.


Pembantu kedai yang berdedikasi dan berkaki lebar. Dah macam adik pula asyik berkepit. Haha.


Kali pertama menjadi pengacara....untuk tahun 2013. Tak best pun sebenarnya...huhu


Wah.....pameran motor dari Johor Bikers. Tak sebanyak macam karnival tahun lepas. Boleh laa....


Ini yang sempat disedia dan ditangkap oleh pembantu peribadi saya. Secara keseluruhannya, Karnival KOKO tahun 2013 kurang meriah. Walaupun ada kedatangan Mr. Ben.



Wednesday, June 26, 2013

Gaji dunia vs Gaji akhirat


Hi, Assalamualaikum....:)

Sedikit perkongsian dari Ustaz Zahazan.


Sesetengah manusia Muslim kelihatan TIDAK KISAH jika angka ibadah atau PAHALA mereka yg menjadi SAHAM AKHIRAT berada pada tahap statik selama 20 tahun. Ikuti kisah ini:
Pada suatu hari Ustaz Zulkifli menegur jemaah suraunya agar cuba membaca al-Quran setiap hari sehingga khatam krn sbhgn besar jemaah HANYA MEMFOKUSKAN BACAAN YASIN SAHAJA PADA MALAM TERTENTU.

Zamri menjawab: " Apalah Ustaz! Yasin pun al-Quran juga, SEKURANG2NYA kami baca juga Yasin walau sekali seminggu!"

Ustaz Zulkifli: " Saya kenal awak sejak tahun 1993 lagi. Sudah 20 tahun, sejak dari dulu itulah juga alasan awak. Bagaimana kalau awak kerja selama 20 tahun TAPI GAJI TAK PERNAH NAIK? Mesti awak tak berpuas hati!"

Zamri lalu tersenyum tawar.

Utamakan gaji akhirat! Firman Allah:

وَابتَغِ فيما ءاتىٰكَ اللَّهُ الدّارَ الءاخِرَةَ ۖ وَلا تَنسَ نَصيبَكَ مِنَ الدُّنيا ۖ وَأَحسِن كَما أَحسَنَ اللَّهُ إِلَيكَ ۖ وَلا تَبغِ الفَسادَ فِى الأَرضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ المُفسِدينَ

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan (al-Qasas[28:77]).

Juga firman Allah:

مَن كانَ يُريدُ حَرثَ الءاخِرَةِ نَزِد لَهُ فى حَرثِهِ ۖ وَمَن كانَ يُريدُ حَرثَ الدُّنيا نُؤتِهِ مِنها وَما لَهُ فِى الءاخِرَةِ مِن نَصيبٍ

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak (al-Qasas[42:20]).




Tuesday, June 25, 2013

Kebaikkan air kelapa muda.


Hi, Assalamualaikum....


Info ketiga untuk hari ini. Memang sedang mengalami kerajinan yang amat saat ini. Cuaca diluar rumah sedang mendung. Entah berapa lama lagi bertahannya awan gelap sehingga turunnya hujan. Masih sedang menunggu.


Sementara tunggu air disejukkan, saya merayap-rayap bersama pak cik google. Sedang mendalami ilmu membuat jelly kelapa. Banyak sangat menu saya jumpa. Masih belum mencari titik kesenambungan dalam setiap menu. Lain orang lain citarasa. Kebetulan terjumpa pula tentang kebaikkan minum air kelapa muda. Masa kanak-kanak yang saya tahu, minum air kelapa boleh menyejukkan badan. Tapi jangan minum banyak sebab akan kembung perut.


Secara ringkasnya kebaikkan minum air kelapa yang saya terbaca :

1 × Meneutralkan racun dalam badan.
Kebanyakkan sumber makanan yang kita makan banyak telah bercampur dengan racun dan baja kimia. Maka air kelapa dikatakan mampu meneutralkan kembali racun atau bahan kimia tadi dari bertindak balas terhadap badan kita.

2 × Merawat santau atau batuk berdarah.
Dicampurkan dengan garam bukit sedikit dan dibacakan ayat rukyah dan ayat Quran. InsyaAllah,  segala perkara yang mensyirikkan akan dapat disembuhkan.


3 × Merawat ketagihan merokok dan dadah.
Dicampurkan dengan garam bukit sedikit dan dibacakan ayat-ayat al-fatihah sebanyak 40 kali. InsyaAllah dapat merawat mana-mana ketagihan. 

4 × Memerangi cacing dalam usus.
Dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis, ia seolah-olah bertindak seperti ubat cacing yang dijual di farmasi.

5 × Mengatasi dehidrasi.
Sama juga seperti diatas, sedikit perahan limau nipis dapat mengatasi kekurangan air dalam badan. Bertindak seperti air isotonik yang dijual.


Selain itu, ada fakta menarik yang saya baca, minum secara berlebihan bukanlah mengakibatkan kembung perut. Tapi dikatakan merosakkan sistem saraf dalam badan pula. Iskkkk...bahaya rupanya.

Musim jerebu dengan bau asap yang penuh dengan zarah abuk yang tidak sihat. Memqng sesuailah untuk kita minum segelas dua kan. Jangan banyak pulak minumnya. Nanti penyakit lain pula yang muncul..hihi



p/s : nanti saya kongsi sedikit info pembuatan jelly kelapa pula.



Begini cara menghormati salam.


Hi, Assalamualaikum :)

Cuaca sangat panas hari ini, walaupun telah diturunkan air hujan semalam petang. Bukan masalah cuaca sebenarnya penyebab kepanasan ini, tapi lebih kepada ketiadaan bekalan elektrik hampir 70 % blok sekolah. Erm....agak kurang bersemangat. 

Tapi entah bagaimana kerajinan menaip menjadi maksimum bila keadaan panas. Betullah Teori Kinetik Jirim yang berpendapat zarah akan bergerak semakin pantas apabila terdapat bekalan haba. Agaknya suasana panas meningkatkan kerajinan...haha

Satu sahaja nak dikongsikan sementara kelas sebentar lagi. Cara menghormati salam yang dihulurkan oleh mereka yang bukan muhrim. 




Bolehlah sesiapa yang sentiasa bekerja dengan orang ramai mengamalkan sikap begini...hihi ^,^



p/s : dato k....teori kinetik jirim tau...haha, bukan albert Einstein. 

Masa tingal 13 hari. Adakah kita bersedia?



Hi, Assalamualaikum..

Pagi semua, tinggal 13 hari sahaja sebelum kedatangan Ramadhan. Semalam mungkin ramai yang telah selamat berpuasa sunat nisfu Syaaban. Malangnya saya baru tahu fadilat berpuasa hari tersebut iaitu jika berpuasa nisfu Syaaban tahun sebelum dan tahun ini, diumpamakan seperti telah berpuasa setahun. Kebetulan tahu dah dekat waktu asar masa balik dari bank. Erm...ralat pula. :(

Ayoyo...setahun tu, nak menganti puasa enam tujuh hari pun dah semput. Inikan pula nak puasa setahun. 

Tahniah bagi mereka yang telah selamat berpuasa dengan sempurna semalam. Sempurna. Bukan sekadar mengosongkan perut sahaja. Tapi dijaga adab-adab yang sewajibnya dijaga. 

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang masih belum melunaskan puasa ganti bulan Ramadhan. Adeh :/ 




Kalau disebabkan aral melintang berganti puasa sebab bersalin dan seterusnya menyusukan anak. Saya masih dapat menerimanya kalau proses pengantian ini berada dihujung tanduk. 

Malangnya, memang telah menjadi habit menganti puasa dihujung waktu. Bila perancangan tak menjadi, macam-macam ayat membela diri muncul. Erm...puasa pun elok juga untuk orang yang mengandung. Tiada masalah pun. Boleh la membaca beberapa artikel yang saya telah diberikan dengan ikhlas hati oleh pakcik google saya.



Banyak masa, bolehlah baca-baca yabg patut. Sekarang pun dunia dihujung jari. Membaca menambah ilmu. Menjadikan kita lebih tahu dari orang lain. Dah tahu kena sampaikan. Sekian. Wassalam. 





Friday, June 21, 2013

Ada sinar dihujung jerebu..


Hi semua, Assalamualaikum...

Masih dalam keadaan kurang percaya bahawa Karnival KOKO terpaksa dibatalkan berikutan keadaan jerebu semakin teruk. Semakin berjiwa bila dapat tahu cerita semasa jam menunjukkan 9 malam. Bagi memastikan cerita di facebook bukanlah khabar jerebu semata-mata, laman web PPD Pasir Gudang diterjah. Tapi tetap tak dapat terima akal, telefon Pk KOKO, suarakan kekecewaan. Tapi bila fikirkan balik, tentulah kepala Pk lagi pening dengan jemputan NGO, rakan sekolah, tempahan balai, jemputan VIP dan sebagainya.



Ini bacaan semalam petang, jam 5. Sepatutnya kam merujuk terus bacaan IPU semasa. Ini tidak, syok sendiri merewang kejadah..haha, padan muka. IPU 333, memang sedia maklum lebih dari 300 memang sekolah kena tutup. Sebelum ini pun PPD dah maklumkan, aktiviti luar bilikndarjah perlu dikurangkan. Sepatutnya sekolah terus tunda aktiviti minggu ini. Mungkin tak rasa ralat begini..huhu



Kemudian, ini pula bacaan petang jam 5. Pasir Gudang dah menurun kepada 189. Alhamdulillah.  Mudah-mudahan semakin pulih musim jerebu. Isnin nanti kena usaha nak cepatkan proses penghabisan stok bahan basah. Doa yang terbaik untuk minggu depan. InsyaAllah. 


Ada jalan dihujung jerebu, ada sinar dihujung jalan, ada haraan bagi mereka yang tak putus usaha. InsyaAllah,  perancangan Allah yang terbaik. 


Salam maghrib, jom solat.



Perancangan menjadi jerebu..




Hi, Assalamualaikum...:)

Salam Jumaat yang indah. Memang agak indah sebab sekolah dicutikan untuk daerah Batu Pahat, Muar, Pasir Gudang dan Pontian.

Tapi perancangan Hari Koko/Kantin hujung minggu ini semua terpaksa dibatalkan. Mungkin ditunda untuk menyedapkan hati yang kecewa. Kecewa kerana banyak persediaan nak dijual telah dibeli. Maklumlah tak nak bekerja dihujung masa, maka barang kering dan basah dah siap beli. 

Malam tadi sebelum kecoh pasal surat siaran PPD Pasir Gudang, saya sempat ke Jusco Permas Jaya semata-mata mencari pengisar. Tujuan nak memudahkan proses buat sambal nasi lemak..haha, memang gelak/kecewa/spekulasi muncul malam tadi.

Itu belum lagi ditambah panggilan pelajar sekolah nak membuat pengesahan tentang penutupan sekolah. Macam kaunter pertanyaaan. Maaflah kepada pelajar yang mesej, memang tak sempat nak menaip. Tangan bukan sahaja nak mengangkat panggilan, turut digunakan untuk mengemas keadaan rumah yang memang sama macam tokang pecah.

Memang kita haya merancang, tapi perancangan Allah juga yang lebih baik. Mungkin hari jumaat yang direhatkan ini adalah anugerah buat warga sekolah, selepas warga sekolah bertungkus-lumus menyiapkan persiapan Hari Terbuka sepanjang minggu ini. 

Minggu depan hujung minggu mungkin akan diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Minggu seterusnya akan diadakan Hari Sukan pula...hihi...seterusnya kita berehat memberi laluan Ramadhan. InsyaAllah. 


May Allah bless us..
Take care.

Thursday, June 20, 2013

Ada jalan dihujung jerebu..



Hi, Assalamualaikum :)

Pagi khamis, hari ini sekolah buat program Hari Terbuka. Walaupun PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) Pasir Gudang dan mana-mana PPD telah mewartakan supaya pihak sekolah menghadkan aktiviti luar bilik darjah. 

Sekarang jam 9 pagi, baru 7 orang ibu bapa yang sudi memunculkan diri melihat muka saya yang memang tak cantik dan tidak pandai bercakap. Berharap hari ini berjalan dengan lebih pantas. InsyaAllah. 

Keadaan luar, masih berjerebu. Bacaan IPU 142 untuk semalam. Surat khabar semalam bagitahu kalau bacaan sehingga 300 baru boleh arahkan sekolah ditutup.

Esok pula akan diadakan Hari Kantin 2013. Kalau tahun lepas bersama projek mega unit koko iaitu Konvoi Berbasikal. Alhamdulillah, tahun 2013 ada banyak masa saya untuk berhari kantin...hihi, tunggulah projek mega saya dan housemate esok...lalalala :P



InsyaAllah,  ada jalan dihujung jerebu...
ada sinar dihujung jalan...ada harapan bagi mereka yang berusaha. ^,^


Saturday, June 15, 2013

Menjemur baju pun ada caranya...


Hi, Assalamualaikum ;)

Semalam menonton chef saji kalau tak silap rancangan masak-masak tv3. Bukan hal masak yang saya kesahkan. Tapi ada tips yang kebetulan disebut oleh chef (entah memang dia chef betul ke tak, kurang pasti). 

Chef saji ada menyebut 
" kalau menjemur baju nak elakkan baju cepat pudar...terbalikkan baju tersebut "

Laaaa...yeke, saya baru tahu. Sebab dah menjadi habit saya kalau membasuh atau menjemur baju. Saya lebih suka dan sangat memastikan baju dah dalam keadaan biasanya. Tujuannya, nak memudahkan dan mempercepatkan proses melipat baju apabila telah kering. (cara orang malas...hihi)

Kalau difikirkan, betul juga tips chef saji. Kita pun kalau bercuti ditepi pantai, disarankan memakai sunblock. Kalau perempuan saya rasa sangat arif dengan perlindungan spf 15, spf 22 dan yang terbaru ada sehingga spf 30. Kalau kulit pun kita jaga, inikan pula baju yang tanpa perlindungan spf. Memang akan pudar.

Sebelum ini pun, saya pernah tertinggal buku meeting di belakang kereta. Hampir berminggu juga saya biarkan kerana kebetulan cuti sekolah. Naik sekolah masuk bilik meeting, kawan tegur. Barulah perasan buku meeting berwarna hijau dah pudar. 

Fahamlah sekarang, bahayanya sinar uv yang dibebaskan oleh cahaya matahari dan kesan penipisan lapisan ozon.

Ada baiknya kalau anda teruskan membaca blog ini. Lagi banyak input diberi bermula dengan cara mencuci sehinggalah menjemur.


Selamat malam, senyum....semoga Allah memberkati.




Friday, June 14, 2013

Penyakit tidak sedar diri (Bahagian 2)


Hi....Assalamualaikum :)

Perkongsian malam ini mungkin agak serius bunyinya. Mungkin saya dan yang sudi membaca pernah terlibat dengan situasi ini.

Terus terang saya suka mengikuti akaun sosial facebook jika hendak dibandingkan dengan akaun lain, akaun blogger pun jarang saya ikuti. Perkongsian di laman facebook mungkin lebih mesra pengguna. Dan kesuntukkan masa bekerja jika hendak dibandingkan masa belajar dulu. Zaman belajar banyak habis masa depan laptop. Sama ada mencari bahan, mengedit tesis, mengedit projek bahan bantu mengajar. Sekarang masa tertumpu untuk sekolah dan sekolah.

Riak. Menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada dalam diri. Banyak sangat rasanya paparan dan perkongsian rakan-rakan berkenaan perkembangan hidup dan peningkatan taraf hidup. Dari hidup seorang kepada berdua, bertiga dan berempat. Dari mula berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin seterusnya beranak sorang dan dua. Bermula ke tempat kerja menggunakan motor kepada kereta besar. Tempat tinggal dari menyewa kepada pemilikkan rumah secara mutlak dan pengubahsuaian serta pembelian perabot.

Terlampau detail dan terperinci setiap perjalanan hidupnya dipaparkan dan dipertontonkan kepada rakan lain. Kalau mereka yang terbuka membiarkan paparannya dalam format paparan semua.

Tidak salah berkongsi. Mungkin niat asalnya memang hendak berkongsi. Tapi keterlaluan perkongsian telah mewujudkan sifat riak dan seolah-olah menunjuk-nunjuk pula.

Perkongsian ada hadnya. Jikalau gambar perkahwinan yang ada dalam simpanan beribu-ribu lemon. Tak perlulah semuanya dipaparkan. Cukuplah sekadarnya, sebagai pemberitahuan majlis selamat dijalankan.

Perkongsian ada hadnya. Mungkin sedikit rasa bangga di usia yang muda belia berhati waja, anda telah berjaya mempunyai rumah sendiri yang boleh menempatkan anda dan isteri serta anak 8 orang jika ada. Cukuplah sekeping dua. Tapi agak terlampau menunjuk bila setiap penaik taraf rumah anda turut dikongsian. Malah tiada pula ajakan rakan untuk singgah ke rumahnya. Erm....




Perkongsian ada hadnya.

"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu adalah fitnah dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (Al-Anfal: 28)

Perkongsian ada hadnya. Cukuplah kita mengamalkan kesederhanaan dalam setiap perkara. Orang yang bahagia tidak akan menunjuk kebahagiaanya kepada orang lain. Mereka menterjemahkan kebahagiaan dengan memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Kuasa. Allah s.w.t.

Semoga ALLAH lebih mengetahui apa yang tersirat dalam hati kita masing-masing. Bukan bermaksud cemburu dengan kelebihan orang lain. Peringatan ini lebih kepada diri sendiri. 

Sekian. Semoga bermanfaat. May Allah bless. ;)



Salam Jumaat ^,^


Salam Jumaat, Assalamualaikum ;)

Pagi Jumaat dikejutkan dengan berita penutupan sistem SAPSonline sehingga 30 jun.  Rasa keliru sedikit, sama ada berita ini merupakan berita gembira ataupun berita buruk bagi saya dan warga guru dan juga warga pendidik seluruh malaysia...hihi ;)

Bagaimanapun, mungkin menjadi berita buruk bagi sesetengah pihak, sekolah khususnya yang merancang mengadakan hari terbuka hujung minggu depan. Bagi pihak saya.....ermmmm, kenapalah sistem on9 PBS untuk tingkatan 1 dan 2 tak diselenggara juga kan...hihi ;)

Jumaat hari ini, merupakan hari yang indah rupanya...^,^



May ALLAH bless us

^,^




Tuesday, June 11, 2013

Panaskan enjin kereta : Tak Perlu?

Hai, Assalamualaikum... :)

Selamat kembali ke sekolah. Cuti 2 minggu, tapi terasa sangat lama. Pelik betul. Satu kemajuan bila kerja menanda kertas periksa siap lebih awal dibandingkan tahun lepas...hihi ^,^ Tahun lepas terpaksa menanda lagi naik cuti. Alhamdulillah.

Semangat nak masukkan markah, rupanya sistem online dah ditutup/diselenggara sejak awal cuti. Oh, patutlah s/u peperiksaan tak mencari saya. Tak peliklah ada tak siap lagi menanda kat bilik guru..huhu...

Hari ini, sementara menunggu kelas ICT, terbaca suatu artikel yang mengatakan, memanaskan enjin kereta ni makin menambah buruk keadaan.

Tak perlu saya ulas rasanya, meh kita sama-sama baca pautan ini. KEBURUKAN PANASKAN ENJIN KERETA.


Ok, sekian..jumpa lagi, semoga Allah memberkati kalian... ;)