Hi semua, Assalamualaikum...
Masih dalam keadaan kurang percaya bahawa Karnival KOKO terpaksa dibatalkan berikutan keadaan jerebu semakin teruk. Semakin berjiwa bila dapat tahu cerita semasa jam menunjukkan 9 malam. Bagi memastikan cerita di facebook bukanlah khabar jerebu semata-mata, laman web PPD Pasir Gudang diterjah. Tapi tetap tak dapat terima akal, telefon Pk KOKO, suarakan kekecewaan. Tapi bila fikirkan balik, tentulah kepala Pk lagi pening dengan jemputan NGO, rakan sekolah, tempahan balai, jemputan VIP dan sebagainya.
Ini bacaan semalam petang, jam 5. Sepatutnya kam merujuk terus bacaan IPU semasa. Ini tidak, syok sendiri merewang kejadah..haha, padan muka. IPU 333, memang sedia maklum lebih dari 300 memang sekolah kena tutup. Sebelum ini pun PPD dah maklumkan, aktiviti luar bilikndarjah perlu dikurangkan. Sepatutnya sekolah terus tunda aktiviti minggu ini. Mungkin tak rasa ralat begini..huhu
Kemudian, ini pula bacaan petang jam 5. Pasir Gudang dah menurun kepada 189. Alhamdulillah. Mudah-mudahan semakin pulih musim jerebu. Isnin nanti kena usaha nak cepatkan proses penghabisan stok bahan basah. Doa yang terbaik untuk minggu depan. InsyaAllah.
Ada jalan dihujung jerebu, ada sinar dihujung jalan, ada haraan bagi mereka yang tak putus usaha. InsyaAllah, perancangan Allah yang terbaik.
Salam maghrib, jom solat.
No comments:
Post a Comment