Thursday, June 20, 2013

Ada jalan dihujung jerebu..



Hi, Assalamualaikum :)

Pagi khamis, hari ini sekolah buat program Hari Terbuka. Walaupun PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) Pasir Gudang dan mana-mana PPD telah mewartakan supaya pihak sekolah menghadkan aktiviti luar bilik darjah. 

Sekarang jam 9 pagi, baru 7 orang ibu bapa yang sudi memunculkan diri melihat muka saya yang memang tak cantik dan tidak pandai bercakap. Berharap hari ini berjalan dengan lebih pantas. InsyaAllah. 

Keadaan luar, masih berjerebu. Bacaan IPU 142 untuk semalam. Surat khabar semalam bagitahu kalau bacaan sehingga 300 baru boleh arahkan sekolah ditutup.

Esok pula akan diadakan Hari Kantin 2013. Kalau tahun lepas bersama projek mega unit koko iaitu Konvoi Berbasikal. Alhamdulillah, tahun 2013 ada banyak masa saya untuk berhari kantin...hihi, tunggulah projek mega saya dan housemate esok...lalalala :P



InsyaAllah,  ada jalan dihujung jerebu...
ada sinar dihujung jalan...ada harapan bagi mereka yang berusaha. ^,^


No comments: