Hi, Assalamualaikum ;)
Semalam menonton chef saji kalau tak silap rancangan masak-masak tv3. Bukan hal masak yang saya kesahkan. Tapi ada tips yang kebetulan disebut oleh chef (entah memang dia chef betul ke tak, kurang pasti).
Chef saji ada menyebut
" kalau menjemur baju nak elakkan baju cepat pudar...terbalikkan baju tersebut "
Laaaa...yeke, saya baru tahu. Sebab dah menjadi habit saya kalau membasuh atau menjemur baju. Saya lebih suka dan sangat memastikan baju dah dalam keadaan biasanya. Tujuannya, nak memudahkan dan mempercepatkan proses melipat baju apabila telah kering. (cara orang malas...hihi)
Kalau difikirkan, betul juga tips chef saji. Kita pun kalau bercuti ditepi pantai, disarankan memakai sunblock. Kalau perempuan saya rasa sangat arif dengan perlindungan spf 15, spf 22 dan yang terbaru ada sehingga spf 30. Kalau kulit pun kita jaga, inikan pula baju yang tanpa perlindungan spf. Memang akan pudar.
Sebelum ini pun, saya pernah tertinggal buku meeting di belakang kereta. Hampir berminggu juga saya biarkan kerana kebetulan cuti sekolah. Naik sekolah masuk bilik meeting, kawan tegur. Barulah perasan buku meeting berwarna hijau dah pudar.
Fahamlah sekarang, bahayanya sinar uv yang dibebaskan oleh cahaya matahari dan kesan penipisan lapisan ozon.
Ada baiknya kalau anda teruskan membaca blog ini. Lagi banyak input diberi bermula dengan cara mencuci sehinggalah menjemur.
Selamat malam, senyum....semoga Allah memberkati.
No comments:
Post a Comment