Wednesday, March 13, 2013

Tempias Baucer Buku kepada Saya


Sejak kali terakhir mendapatkan buku Pesona Cleopatra. Bukan sahaja Cleopatra tak habis dibaca, malah yang lain-lain pun di dalam Selamat Sampai juga mengalami nasib yang sama. Hanya cantik dipandang sebab selamat dibalut dengan kemas. Tersusun rapi didalam kotak sahaja. 

Lepas kejadian rambang mata di MPHonline terjadi sehingga terwujudnya Mudah dan Bahaya. Baru-baru ini menemankan kawan ke Kedai Popular yang kurang popular bagi saya sejak jatuh hati di kedai online MPH, saya berpura-pura pusing-pusing ke bahagian aksesori peralatan menulis...haha, menahan diri dari terpengaruh. Walaupun dari jauh sudah ternampak juga meja diskaun 20% dan 15% untuk ahli. 

Sempat juga berangan, kalau-kalau kerajaan nak bagi baucer kepada warga pendidik seperti mana kerajaan bagi kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi kan. Tapi berangan je la kan....dapat tengok yang orang punya...dan dapat pegang yang pelajar punya sekejap...haha ^,^





Tapi kan...tetiba kan, pagi isnin lepas dikejutkan dengan sekotak barang. Aik? bila pulak tempah barang...guna alamat sekolah. Musykil sedikit >,~




Waktu melihat isi dalam bungkusan, rasanya macam dalam mimpi. Sebab dua buah buku inilah yang saya tercuri nampak masa pergi ke Kedai Popular tempoh hari. Wahhh....nasib baik tak mengade nak menyambar hari tu...buku ini macam tahu-tahu je nak datang sendiri kan...best la...hihi >,<




Buku diatas sahaja dalam bungkusan, yang dibawah...kita boleh minta pertolongan orang lain bacakan...hihi  ^,^






Selepas misi menge'pow' baucer orang ini, kita teruskan misi menge'pow' baucer adik...pastu baucer kawan kat sekolah pula. Alahai...bestnyerrrr...tapi entah bila nak membaca..kena simpan dulu la. Kalaulah baucer boleh ditukar ke TV Plasma kan best...!! >,<



***********************************************

"dalam hidup ini, kita mempunyai dua pilihan iaitu MEMILIH dan DIPILIH. Jika kita MEMILIH, maka pilihlah yang terbaik buat kita. Jika kita DIPILIH, maka jadilah yang terbaik buatnya"





p/s: terima kasih daun keladi, harap2 tahun depan dapat lagi ;)