Thursday, January 24, 2013

Pesona Cleopatra.




Sebelum ini pernah post seronok beli buku kat MPH. Buku-buku semua ada diskaun sehingga 20%...best tak? Semuanya dah cerita di SINI. Dua minggu lepas menempah, buku pun selamat sampai. Sempat juga cetita cerita panjang dan sebenarnya buku pun sampai tak cukup pun lagi. Bimbang juga tak sampai. Bolehlah baca balik di SINI


Sejak tersangkut penghantaran sebuah buku, saya tertunggu-tunggu dan bimbang kut-kut tak sampai buku tersebut. Rupa-rupanya ada email minta maaf daripada MPH sebab tak dapat hantar buku tersebut. Silap saya sebab tak buka email lama sangat...haha, kan dah fikir bukan-bukan. Tak baik je :P


Sebab lambat pun dah diberitahu kerana stok belum sampai. Saya pun sedia maklum memang buku tersebut susah nak dapat sekarang ni. Dulu masa kat Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) kat UTM Skudai pun, kulit buku pun siap dah berganti lain. Memang belum pernah tengok kulit depan bagaimana rupanya. 



Bila saya gunakan pertolongan Pakcik Google, kulit buku dah ada dua versi rupanya. Jadi bila pergi kedai buku, senang sikitlah nak mencari nanti. Jenuh jugak belek-belek buku, tapi tak jumpa. Akhirnya terpaksa tanya pekerja, rupa-rupanya memang takda pun buku tersebut. Penat cari, tulah malu lagi nak bertanya... >.<




Bila buku selamat sampai selasa lepas, rasa seronok buku yang saya tunggu dah sampai. Kulit muka depan pun dah lain. Nampak sangat memang dah banyak cetakan diterbitkan. Semangat balik nak beli buku kat MPH. Lagi-lagi bila MPH juga menerima baucar buku 1 Malaysia. Siap buat promosi baucar RM 5 kalau menggunakan baucar buku sepenuhnya. Bermakna baucar buku RM 250 + 5. Pandailah promosi, bukan ada pun baucar...ekekeke :P


Salam Maulidur Rasul 1434H


*****************************************




‎"Menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan yang buruk, dan kawan bergaul yang soleh lebih baik daripada menyendiri. Berbincang-bincang yang baik lebih baik daripada berdiam dan berdiam adalah lebih baik daripada berbicara yang buruk."
(HR. Al-Hakim)



***************************************************************

May Allah Bless U

Take Care

^__^

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.