Sebenarnya....takda la misteri sangat. Tapi masa awal-awal saya tahu dulu..memang tak sangka la rupa-rupanya lada putih dan lada hitam ni adik beradik seibu-sebapa.
Bila berborak-borak dengan kawan-kawan kat kantin. Haa.....takda la saya macam jakun sangat. Sebabnya memang semua orang tak tahu langsung hal ini. Seronok la bercerita macam esklopedia bergerak...hihi ^,^
Proses pembuatannya yang telah menyebabkan lada hitam dan lada putih berbeza dari segi bentuk fizikalnya. Pokoknya seperti pokok sireh (tak pernah tengok depan mata, hanya berdasarkan gambar pakcik google je). Macam sebijik pokok sireh pun yea...bentuk daun dan ruas-ruas batangnya. Malah, pokok lada hitam pun memerlukan kayu sebagai penyandar batang ruasnya untuk melilit dan melihat matahari...hihi ^,^
Lagi satu yang sama juga ciri-cirinya macam pokok sireh, cara penanamanya secara meluas menggunakan ruas batang pokok. Bukan menggunakan biji benih (iaitu lada hitam/lada putih).
Biji lada hitam atau lada putih dipetik semasa hijau. Memang tak perlu tunggu warna merah macam biji kopi yea. Lada hitam dihasilkan dengan menjemurkan biji yang telah dipetik. Manakala lada putih dihasilkan dengan merendam dahulu biji sehingga mengelupas kulitnya dan barulah dijemur dibawah matahari.
Kalaulah anda seorang pemerhati yang baik dan rajin teman mak belanja dapur. Tentu akan perasan harga lada hitam dan lada putih berbeza sangat. Lada hitam lebih murah berbanding lada putih. Mungkin disebabkan proses membuat lada putih yang cerewet sedikit kan. Dari segi rasa, tak tahu la ada beza atau tidak. Tapi banyak kata yang takda beza pun. Tak tahulah, lidah kurang sensitif.
Lada hitam lebih banyak digunakan berbanding lada putih. Memanglah, dah lagi murah kan...hihi ^,^ Lada hitam pun femes untuk ibu-ibu yang berpantang kan. Lagi bagus sebenarnya kalau biji lada hitam yang fresh baru petik tu dimakan dibuat ulam untuk ibu yang berpantang...hoho..
Untuk tambahkan maklumat pembacaan anda...sila lihat LADA HITAM dan LADA PUTIH. Selamat Membaca. :)
May Allah Bless U
^,^
p/s: misi nak tanam pokok lada hitam pulak... :P
1 comment:
bese memang yg putih2 ni mahal sikit dan sgt berharga.. yang hitam susah nak lawan..
Post a Comment