Sunday, March 24, 2013

Enam Kebaikan Mandi Sebelum SUBUH


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dibandingkan pada waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini amat penting untuk tubuh badan kita. Jika kita mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. 

Antara manfaat mandi sebelum subuh adalah seperti berikut:

1. Kulit lebih lembut dan halus
Jika anda mengalami lingkaran hitam dibawah mata, mandi sebelum subuh menggunakan air terus dari paip dipercayai dapat mengurangkan kesan tersebut. Malah kuku menjadi lebih kuat dan keras. Juga kulit menjadi halus dan lembut.

2. Melancarkan peredaran darah
Peredaran darah yang lancar akan menjadikan badan lebih sihat dan bertenaga. Aktiviti harian dilakukan tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
Meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita. Kesihatan tubuh badan menjadi lebih positif.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
InsyaAllah bagi pengidap penyakit darah tinggi. Mandi sebelum subuh mungkin dapat memulihkan penyakit anda. 

5. Mengurangkan tekanan
Mandi air sejuk sebelum subuh dapat melacarkan peredaran darah setelah lama berbaring diwaktu tidur. Selain itu, boleh mengurangkan depresi bagi mereka yang mengalami kemurungan yang melampau. 

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi menggunakan air sejuk akan meningkatkan peningkatan sel darah putih. Apabila sela darah putih meningkat, daya tahan tubuh meningkat untuk melawan sebarang virus dan penyakit. 





sumber: pakcik google...

p/s: kalau anda rasa ini bermanfaat, boleh amalkan dan sebarkan..InsyaAllah :)


1 comment:

Unknown said...

walaupun awk da x nmpk sy..nk bgtau.. Sy rindu kenangan dulu..