Tuesday, March 05, 2013

5 Perkara Buat Cikgu Hilang 'MOOD' Mengajar.



TUNGGU
Ini perkara paling biasa berlaku. Banyak sangat berlaku bila dah hujung, dekat nak ujian ataupun peperiksaan. Menunggu di hadapan kelas bagai tunggu buah nak gugur. Cikgu yang didalam kelas tengah 'seronok' mengajar, sehinggakan pelajar bagi 'hint' cikgu lain dah sampai pun masih sambung lagi mengajar. Kalau hanya setakat tiga, empat atau lima minit menunggu, masih boleh dimaafkan. Tapi memakan masa sehingga 15 minit, ada baiknya kalau cikgu terus-terang bersuka rela mengambil waktu mengajar cikgu seterusnya. Sebabnya, masa mengajar hanya 35 minit, kalau sudah 15 minit diambilnya...sudah banyak larilah rancangan mengajar cikgu tersebut. 


Sebagai langkah beringat untuk diri sendiri juga, rancangkan silibus mengajar dengan sebaiknya. Jangan ambil waktu mengajar orang. Kalau betul hendak ambil, ambillah secara berhikmah dan bersopan santun..hihi ^.^


SALIN
Inipun perkara yang kurang sopan dilakukan oleh guru. Mencuri dalam diam. Mungkin disebabkan waktu mengajar semakin suntuk, cikgu beri nota sepenuhnya di papan putih dan sekaligus memberi penerangan. Tapi menginginkan pelajar menyalin nota tersebut diluar waktu dia mengajar. 

Cikgu yang masuk seterusnya pun terpaksa rela memberikan masanya untuk pelajar menyalin nota tersebut. Pelajar menyalin? tentulah mengambil masa 10-15 minit. Erm.....hampeh :(


REHAT
Dialog kelas selepas rehat ;

"cikgu...harini penat la...kita rehat je la arini...boleh tak cikgu?"


Alolo....comelnya ayat, tapi muka tak comel pulak...hihi. Kalau tiap kali kelas lepas rehat dapat dialog macam ini. Erkk....macam nak pengsan pulak. Makan dah, rehat dah...berborak dah..masuk kelas nak rehat lagi?

Cikgu nak mengajar ok. Hari ini cikgu datang sekolah bukan nak rehat-rehat. Kalau nak rehat, ok semua cuti. Senang cerita :P


BANYAK
Haha...inilah perkara paling kelakar bila soalan pertama muncul selepas salam diberikan.

"cikgu..harini kita buat latihan banyak tak?"


Jawapan ringkas dan muka serius. "yee...banyak.."

Muka pun bertukar meminta simpati kesian. "ala cikgu...satu cukuplah, penat la salin"

Tatap muka pelajar betul-betul, lama... dan senyum tipis. "kalau nak pandai, buatlah semua soalan yang cikgu bagi...kalau taknak pun takpe...jawab satu pun cukup, cikgu tak paksa.."

Belajar pun belum bermula dimulakan lagi, dah minta-minta latihan taknak banyak. Pelajar sekarang sangatlah manja. Semua benda nak senang, nak mudah. Kalau bagi soalan mencabar sikit je..cepat je mengeluh. Agaknya kalau bagi fikir banyak-banyak boleh menganggu sistem penghadaman mereka ke, takut bebenorrr.... 


AWAL
Balik awal..balik awal...balik awal. Inilah nasib cikgu yang dapat jadual dihujung waktu. Tambah sakit jiwa bila hujung waktu ditambah dengan masa tambahan diluar waktu mengajar. 

Kena cari alternatif mengajar yang sesuai untuk melekakan pelajar dari berfikir nak balik awal. Sebab pelajar sekarang bijak memberikan alasan. Kalau dulu mungkin alasan kelas tambahan berbayar yang mereka kejarkan, sekarang mungkin alasan latihan rumah sukan dan koko yang giat beroperasi petang hari. 


Alternatif? Biasanya saya buat eksperimen kalau kelas sains. Kalau kelas IT, tentulah aktiviti buka komputer untuk menyiapkan kerja kursus. Lupa sedikit nak balik awal sebab leka dengan aktiviti. Selamat dah...huh -.~



Lima perkara yang disenaraikan, hanyalah pemerhatian secara individu sepanjang mengajar setahun jagung. Mungkin ada beberapa perkara yang silap dan terkurang. Sekian. 




Jaga diri. Semoga Allah memberkati kita semua.

^_^




2 comments:

Unknown said...

Teringat waktu awk bercerita tentang sekolah awk.. :-) tetiba sy terkenang

Unknown said...

Sabo cikgu sabo...