Sesi persekolahan 2013 akan bermula lusa, budak sekolah sibuk bersiap barang-barang sekolah....yang sentiasa ke sekolah sampai ke tua pun sibuk-sibuk juga beli barang sekolah...hihi ^_^
Jumaat lepas selamat sesi meeting-meeting mesyuarat yang sama maksud macam taklimat dari pihak pentadbir kepada orang-orang bawahan, singgah jalan-jalan ke Jusco Tebrau City dengan housemate kawan rumah baru...baru ke? :P
Cabaran juga pergi kedai buku ni, mujurlah kad ahli Popular dah tamat tempoh. Maka, sedikit kesedaran disitu supaya tak beli banyak buku. Buku? Novel sebenarnya...hihi ^_^ Ditambah-tambah juga masih berpegang janji adik yang dengan sukarela nak berkongsi Baucer Pelajar dia awal tahun nanti....wahhhhh!!!!! sangat tak sabar :P
Akhirnya, hanya ambil 3 batang pen dan novel 'Ketika Cinta Berbuah Syurga'. Beli novel ini sebab sejak kat UTM lagi, tiap kali 'hold' buku dalam sistem..tak pernah nak dapat. Belum baca, nak sangat baca...tercari-cari dah lama...bila dah jumpa, haruslah dibeli...kan kan...kan kan... :D
Itulah bagusnya kalau rumah jauh sedikit dari kedai buku. Kalau tidak, mahu hari-hari beli buku, tapi bacanya entah bila. Singah kedai bulu boleh buat mata berpinar-pinar kat kedai buku dekat 3-4 jam macam teman mak pergi kedai kain. Macam semuanya nak dibelinya....hihi :P
Tapi.
Tapi......
dan tapi....
dan tapi.......
dah terjebakkkkkkk.....
Apabila kebetulan terjumpa benda alah ini.... HOHO
Sangat dan sangat teruja bila nampak nombor-nombor sale 20% dan 15% dengan penghantaran percuma. Wahhhh.....!!! super-duper jimat. Tak perlu bersakit mata membelek buku dan menahan sejuk penghawa dingin kat kedai lagi. Tak perlu beratur ambil tiket parking, menjajau-jajau mencari parking. Tak perlu keluar duit minyak kereta. Tak perlu tengok-tengok jam nak tahu dah pukul berapa untuk beringat untuk balik rumah. Tak perlu dah semua tu....mudah kan...kan kan...
Tapi....bahayanyaaaaaa....untuk saya >.<
Dah selamat pun beli 4 buah buku kat situ. Tunggu isnin depan sampailah depan rumah kat kampung nanti. :D Teruja sangat sebab memang dah lama cari buku -buku itu....bila dah lama mencari, dan bila dah jumpa...haruslah dibeli..kan kan...kan gitu kan... :P
Selamat Tahun Baru
Jemput Tutti Frutti
^_^
May Allah Bless U
*******************************************************
p/s: tak rugi pun beli buku kan...persediaan membina mini library.. ;)
1 comment:
Post a Comment