Thursday, May 09, 2013

Perjalanan ke Kelantan (Hari 1)

Hi...Assalamualaikum,

Rasa nak gelak pula, lama dah kejadian jalan-jalan ke Kelantan. Tapi masa nak upload nak taip cerita tak kesampaian pula. Entah apa yang sangat sibuk sampai tak sempat. Pening fikir mencari jawapan...*poyo :P

Walaupun lama dan mungkin agak basi untuk ditapi, saya tetap suka hatilah nak menaip ke memuat naik gambar. Sebab blog saya yang punya...hihi. Lagipun senang saya nak ingat balik apa yang berlaku sepanjang tahun 2013. Kalau nak belek gambar, kadang-kadang lupa dah berlaku kejadian-kejadian tertentu.

Perjalanan yang panjang berjalan seperti yang dirancang, cuma ahli keluarga yang ikut yang berubah. Kali terakhir ke Kelantan tahun 2008. Itupun sebab menghantar rombongan pengantin. Ramai-ramai naik bas. Tak seronok la sangat, lagipun banyak dihabiskan dalam bas dengan aktiviti tidur...haha.

Bertolak dari rumah jam 5 pagi. Rancangnya memang 4 pagi, tapi dah faham sangat dengan janji melayu Kak Ngah, padan muka saya lambatkan sejam dia menunggu kat Air Hitam. Along pun dah lama bangun, siap sediakan bekal untuk anak perempuan dia yang semangat sangat nak ikut Mak Ude. Siap telefon 5-6 kali, tapi tak perasan pun. Pandai pula tak dapat telefon Mak Ude, dia cakap sendiri dengan nenek dia nak ikut. Abang-abang dia gigit jari je lah...kereta dah tak muat. Jaga la Aida elok-elok...hihi ^_^





Memang tak membantu pemandu pun budak kecik ni. Sedap tidur sepanjang perjalanan. Siap bawa bantal untuk lelap dalam kereta lagi. Nampak sangat tak mandi masa bertolak. Masih dengan baju tidur.  Masih bau air liur basi...haha :P



Haa...dah bangun. Tengok pemandangan kanan kiri macam sama je kat Johor. Orang kat belakang pun senyap, kalau bercakap pun cakap jawa. Dia pun tak faham. Ditanya lapar ke tak, jawapannya tak. Banyak soalan yang dia bagi tiap kali bangun.

Ainul : dah sampai ke makude?
Saya: belum...
Ainul : jauh lagi ke...
Saya : entah la...ye kut, makude tak tahu...ikut je mak ngah kat depan tu..

Kejap je berjaga, lepas tanya sikit-sikit. Tak pun telefon mak dia, sambung tidur lagi. Gambar kat bawah ni dah petang. Singgah banyak kali sepanjang perjalanan. Sampai kat homestay tengah azan isyak. Hampir 15 jam kan. Lama betul, tapi masa ni belum penat. Tengah teruja selamat memandu Johor-Kelantan selama 15 jam. Banyak berhenti abang ngah kata sebab saya. Kesian saya penat memandu. Eh..orang ok je ni. Cuma tak berpeluang memandu jauh je sebelum ni...hihi ^_^


Teruja kan >,<

bersambung~



May Allah Bless


************************************

Wednesday, May 08, 2013

Hanya orang yang mengerti akan lebih memahami.


Hi, Assalamualaikum.

Banyak sangat masa terluang selepas PRU-13 kan. Banyak masa boleh merayau-rayau kat laman sesawang entah mana-mana. Terjumpa keratan akhbar dibawah. Boleh klik kat gambar untuk melihat tumbesaran yang sihat..hihi ^_^




Saya tak terfikir pun akan ada aduan yang masuk surat khabar begini. Maklumlah semua orang sekian faham kononnya kerja cikgu sangat mudah dan banyak rehat. Kalau kita pung-pang-pung-pang, orang luar tetap cakap cikgu kerja mudah, balik cepat dan gaji besar. Walaupun aduan macam mana pun, saya rasa tetap macam itu juga. Takda apa-apa perubahan pun akan berlaku. 

Tapi bagi saya, yang paling teruk dikerah bertugas. Tentulah cikgu yang belum berkahwin dan cikgu yang tinggal secara bermastautin tetap di sekitar sekolah. Memang kalau ada aktiviti hujung minggu atau cuti sekolah, memang akan ada tugas yang menanti. Selalu saya terfikirkan, apakah cikgu yang belum berkahwin dianggap tidak mempunyai keluarga seperti orang yang sudah berkahwin? Cikgu yang belum kahwin pun ada mak ayah, bukannya yatim piatu yea. Redha.


Kerja cikgu ini mulia, jangan kita beratkan dengan perkara remeh-temeh. Ikhlas penting untuk mana-mana pekerjaan. Takda rasanya kerja yang mudah dan gajinya berganda-ganda besar. Semua kerja susah, takda yang senang. Tapi kalau memang ada yang senang, bagi tau la kita yea, kongsi-kongsilah ilmu yang ada. Hanya orang yang mengerti akan lebih memahami tugas guru.

Yang paling mudah nak pujuk hati sendiri, kita redha lagi sekali. Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allag sentiasa yang terbaik buat kita. Jaga diri, semoga Allah merahmati. Amin.



Perjuangan mereka masih belum selesai.


Hi, Assalamualainum.

Sepatutnya semalam meng'update' cerita ini. Tapi tak larat pulak nak duduk lama. Kejam pula sekolah, buat mesyuarat KOKO semalam selepas waktu persekolahan. Dan kejam pulak saya kalau tak menghadirkan diri..ecececeh.

Walaupun PRU-13 dah melabuhkan tirainya. Desas-desus yang belum tentu hujung pangkalnya tetap juga bertempiaran di mukabuku 'facebook' kita kan. Jang tersilap berkongsi cerita itu dan ini, bimbang pula kalau ianya hanya khabar angin. Silap-silap boleh jadi fitnah...haaa bahaya kan.



Bagi mereka yang masih memakai pakaian sekolah. PRU-13 bukanlah bidang anda untuk diperdebatkan. Mengambil tahu tidak mengapa. Tapi perjuangan anda masih menunggu dihadapan. Selamat menjalani peperikasaan pertengahan tahun.


May Allah Bless

*****************************


Tuesday, May 07, 2013

Apabila sekolah dibuka selepas PRU-13.


Hi semua, Assalamualaikum :)


Hendaknya sentiasa ceria dan bersemangat ke tempat kerja masing-masing. Mungkin masih ada yang menyambung cuti hari ini. Memang ada sebilangan kecil yang belum dapat hadir ke sekolah pagi selasa hari ini. Walaubagaimanapun sesi persekolahan tetap diteruskan. 

Siapa menang dan siapa kalah memang adat bertanding. Kita yang tidak tahu kedudukan sebenar siapa yang salah dan siapa yang benar, jangan sesekali menyebarkan berita yang tidak pasti kedudukannya. Ramai dan banyak yang terpapar di ruangan muka buku 'facebook' , khabar-khabar angin mengenai PRU-13. 

Kebiasaanya mereka yang mendapat kuasa selalunya akan menyalah-gunakan kuasanya. Semoga mereka yang berkuasa sentiasa beringat dan bersabar dengan dugaan yang diberikan. Mendapat kuasa pun boleh dikira suatu dugaan kan. Bukan mereka yang miskin yang perlu bersabar dengan dugaan yang mereka dapat. Mereka yang diberikan kekayaan pun sebenarnya dugaan buat mereka. Hanya mereka yang faham yang lebih mengerti.


Semalam hari yang paling sunyi sepanjang 4 tahun mengajar di Permas Jaya. Sangat sunyi seperti tak dapat dijangka kan sebelum ini. Sepatutnya semalam nak kongsikan disini. Tapi badan penat, kepala penat. Tapi sekolah tetap sekolah...haha *sebenarnya saya pun berharap diberikan cuti :P


Tahniah yang hadir.
Terima Kasih kepada yang mendoakan saya agar perjalanan PRU-13 berjalan lancar.
Terima kasih yang memberikan kata-kata semangat.


Sakit bahu sakit badan,
insyaAllah jumpa lagi akan datang...

 May Allah Bless

*******************************************



Friday, May 03, 2013

Cuti hari buruh pun bekerja...

Hi semua, Assalamualaikum w.b.t

Sepatutnya nak meng'update' blog tarikh 1 Mei. Tapi terpaksa ditangguhkan, sempat memuat naik gambar sahaja. Oleh kerana gambar sudah sedia ada, gigihkan malam ini untuk menyiapkan menaip beberapa ayat laa...hihi

Cuti hari buruh sepatutnya bersenang-lenang di rumah. Tapi, terpaksa dan terpaksa membawa kerja sekolah ke kampung juga. Sebab? Inilah masalahnya kalau ada sesetengah individu cuba nak hasilkan yang terbaik, tapi kurang efektif dan profesional...haha *propa~ Kesannya, tentulah orang-orang yang bekerja dibawah individu tersebut.

Isunya begini, penggubalan soalan pertengahan tahun untuk soalan ICT telah berlangsung 2 hari di PPD. Proses yang merupakan pengalam terlama dan paling melecehkan (sebab pengalaman mengubal soalan fizik lebih mudah dan efisyen sebelum ni..cewah). Apa yang melamakan, hari pertama pembahagian soalan dan buat sehingga siap, maksudnya sampai ke jam 5 petang. Apa yang melecehkan, hari kedua merupakan proses menerima atau menolak soalan. Kalau soalan kena tolak, kenalah buat soalan baru waktu itu juga. Tapi biasalah kengkangan masa dan stress la nak siapkan hari yang sama kan. Maka, dilonggarkan untuk hantar melalui emel sebelum jam 12 malam. Ok, fine.

Saya fikir selesai 2 hari yang menganggu proses P&P. Boleh menghela nafas lega. Tapi tiga hari sebelum peperiksaan, saya dikejutkan dengan berita soalan ICT tak sampai ke sekolah. Memang pelik dan ajaib sungguh. Sedangkan soalan fizik yang digubal selepas 2 hari menggubal soalan ICT selamat tiba sudah. (soalan fizik tahun ni digubal oleh JU daerah...bagus kan?) 

Saya terus menelefon individu yang agak-agak berkaitan. Ditolak ke sana ke sini oleh beberapa individu, akhirnya jumpa ke insan yang mengedarkan soalan. Soalan pertama saya tanya kepada beliau; "kenapa soalan tak dihantar melalui PPD cikgu? Kan kurang 'proper' hantar melalui emel ke cikgu sekolah terus.." Jawapan cikgu tersebut; "Maaflah...memang tak sempat nak hantar ke PPD, lagipun exam dah dekat kan..." 

Alasan? Dia mesti fikir saya tak tahu proses hantar soalan ke PPD. Sedangkan fizik sempat dihantar, tak kan la ICT tak sempat kan. Malas nak bercakap panjang(sebab dah tau cikgu tu menipu saya, geram dengan orang yang suka menipu), minta terus emel ke saya. 

Makanya, soalan sempat hantar fotokopi pagi selasa. Masalah kat sekolah pula, PA lambat siapkan. Suka dan suka juga, kenalah bawa balik ke kampung kan. Taraaaaa......berhelai-helai nak susun pulak tu...huhu





Alhamdulillah...selamat siap juga. Kerugian tak sempat nak tengok cete 'Hanibal'...huhu, pastu tetido sudah. 



Hilangkan tekanan hari-hari semalam, kita buat kek batik...haha. Cantik tak corak kek kali ini nak dibandingkan yang dulu punya Batik Biskut Marie. Tapi rasanya macam kurang sedap sikit, mungkin kurang lemak manis susu. Sebab pakai air kosong secawan, sebelum ini pakai secawan susu cair. Apa pun selamat dihabiskan oleh anak murid pagi khamis...hihi ^,^



Ok, cukuplah sampai sini. Penat hari ini kemas kelas untuk PRU-13. Sampai ke malam menyusun dan melabel. Esok ada taklimat pula. Tata. May Allah Bless.