Thursday, June 23, 2011

Perempuan yang istimewa...



PMS itu adalah singkatan kepada Premenstrual Syndrome. Benda alah ini biasanya menyerang ramai wanita dan gadis semasa menstruasi mereka. Di bawah ini adalah senarai gejala-gejala yang menyerang kaum perempuan semasa menstruasi.

1. Perubahan mood secara tiba-tiba
2. Cepat marah
3. Tekanan perasaan
4. Kegelisahan
5. Kemarahan tiba-tiba
6. Keliru
7. Cepat menangis
8. Keletihan
9. Insomnia
10. Perubahan libido
11. Makan terlalu banyak
12. Mengidam, terutama makanan yang masin dan manis
13. Jerawat
14. Gatal-gatal (bukan gatal-gatal yang itu, tapi macam alergik)
15. Regangan perut
16. Pertambahan berat badan
17. Sakit kepala
18. Migrain menstruasi
19. Pembengkakan payudara
20. Asma
21. Sakit tekak
22. Mual
23. Pengsan


Tanda-tanda PMS ni kadang-kala kita sendiri tak perasan..orang disekeliling kita pun kalau tak betul2 peka pun atau buat2 tak tahu pun tak kan perasan..Biasanya PMS ni jarang benar orang perempuan nak mengaku..mesti dia rasa perubahan biasa takde kaitan dengan PMS pun...sebabnya...ada kalanya tanda PMS ni tak menentu....ada sebab yang membantu menaikkan dan menurunkan tanda2 PMS...


Dari pandangan saya, sebenarnya emosi orang perempuan ni..kalau dijaga dengan elok..minggu PMS nya akan dalam keadaan elok...gembira dan senang hati...tapi kalau la...tiba-tiba diganggu dengan mengecilkan hatinya (sebagai contoh)..secara automatiknya...emosinya terus celaru..rasa geram..nak marah..


Perempuan bukanlah se'complicated' mana seperti yang difikir2kan...
Sebenarnya..orang perempuan ni 'istimewa'...


************************************


Wednesday, June 22, 2011

Manusia Dua Rupa


Manusia dua rupa...mempunyai dua personaliti..
Ada dua jenis...sama ada nampak perubahan personaliti secara zahir...ataupun secara batin (dalaman)...(sebenarnya tak tahu nak terangkan bagaimana yang saya cuba sampaikan..tengok pada penerangan seterusnya...)

Secara zahir.
Nampak secara luaran dia mempunyai konflik dalam jantina biasanya...dilahirkan laki2..tapi tingkah-lakunya lemah lembut bak perempuan...berpakaian, cara jalan, cara cakap tak ubah seperti perempuan....Ini senang kita nampak...

Secara batin (dalaman).
Ini personaliti yang sama...sememangnya laki2...dan sememangnya perempuan...
Biasanya...sukar dikesan...contoh....ditempat kerja dia seorang yang baik, sopan santun, seperti perempuan melayu terakhir la...tapi selepas waktu kerja...rupa-rupanya dia tak terjangkau oleh fikiran kita pun...hanya Allah yang lebih tahu...apa yang sedang dia buat...

Contoh kedua...mungkin tekanan perasaan..dendam...demi menegakkan benang yang basah...dia cuba mencari alternatif lain...geram kat seseorang...nak lepaskan kat sapa2 dan nak menutup malu sendiri atau salah sendiri...sanggup bukak akaun 'mukabuku' baru dan menghentam musuhnya....iks2....

Dimana silapnya...??
Silapnya bila manusia sudah pupus sifat MALUnya...
MALU kepada manusia diabaikan...apatah lagi pada ALLAH yang maha melihat...
Mudah-mudahan dia kembali ke pangkal jalan..



memang sukar nak berubah..
semoga sentiasa dibawah rahmat Allah..

**************************************


Tuesday, June 21, 2011

saya mahu berubah...


Sejak akhir-akhir ni...
Saya terfikirkan 'sesuatu'..
Sesuatu yang menganggu fikiran...
Tapi tak tahu dimana hujung pangkalnya...

Mujur blog ni kurang diketahui umum...maka dapat saya bercerita sesuka hati..

Saya mengalami kekeliruan..
Kebimbangan dan ketidaktetapan hati...

Ya Allah, Tabahkan hati ini...
Kuatkan hati ini...

Ya Allah...berikan petujuk...
Mudahkan la yang terbaik untuk hambamu yang lemah ini...
Sesungguhnya Kau la perancang terbaik hidupku...


*********************


Peningkatan



Dimana-mana pun...sama ada diperingkat sekolah mahupun dizaman pekerjaan...eh tak lupa juga untuk diri sendiri. Betapa pentingnya peningkatan dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Kalau disekolah..peningkatan secara dikejar2...begiru juga peningkatan prestasi kerja masing2...berebut2 melakukan terbaik...kadang2 sampai mengabaikan perkara2 yang tak sepatutnya...contoh yang paling senang terlepas waktu SOLAT.

Benda nampak kecik dan remeh temeh...tapi betapa BESARnya dosa yang bertepek kat 'buku amalan' masing2...meninggalkan solat yang dianggap perkara paling RINGGAN untuk dilakukan..malah lebih mudah jika dibandingkan dengan berpuasa.

Tapi pesan MAK saya belum lagi terlupa..malah selalu juga mak ulang2...
SOLAT itu TIANG agama...kalau da tiangnya tak KUKUH...
Maka bagaimana dengan rangka-rangkanya kan...

****************


saya yang sedang memikirkan sesuatu...~


Monday, June 20, 2011

Syukur....



Alhamdulillah..
Hari ini 20 Jun 2011 bersamaan 18 Rejab 1432..
Selamat khatam Quran sekali lagi..
Pertama kali untuk Quran baru ini...

Hampir 3tahun juga..


****************************



Degil...




Degil..atau apa pun orang nak kata..saya tak kan jejakkan kaki ke klinik kalau disebabkan sakit2 yang belum menyebabkan saya tak boleh bangun..

Keluarga dan...kawan2 yang memang memahami saya mengenali siapa saya yang memang jarang ke klinik..setakat menemankan kawan2..famili tu biasalah...
Jadi...saya mintak tolong sangat..tolong faham...

Saya sakit...saya demam....dan saya tahu kekuatan saya...saya geram sangat bila dipaksa2...memaksa perkara yang saya tak suka...saya tahu sakit/demam saya akan reda nanti...dokte bukan yang menyembuhkan saya...sakit dan sembuh ni datang dari Allah... (dah la paksa2...kalau dihantar ke apa..ok la jugak kan...hehe)


*******************************


p/s: sakit2 kena marah..bertambah sakit daa...~


Mungkin akan dilupakan...



Saya....
Cuba elakkan diri dari berkecil hati...
Saya tak nak lagi ada konflik2 kat mana2...
Saya cuba dan cuba...


Saya...
Lupakan apa2 yang saya terbaca..
Abaikan perkara2 yang saya tak selesa tentangnya...
Elakkan dari sapa2 berkecil hati...
Tak nak ambil tau langsung aktiviti 'alam maya'nya....


Saya..
Bukan nak menunjukkan saya baik..
Bukan nak menunding jari kemana-mana...


Saya...
Siapalah saya...
Yang mungkin....
Mungkin akan dilupakan...


**********************************




Hari sukan 2011


Sabtu lepas selamat berlangsung Hari Sukan 2011 sekolah saya. Tugas saya yang memang tak perlu ditanya2 lagi..sebabnya masih sama macam ditahun lepas..ditugaskan sebagai pengacara majlis...cuma pasangan saya berubah sedikit..eh banyak sebenarnya sebabnya saya berpasangan dengan mantan pengacara majlis. Cikgu Bahasa Melayu yang sangat2 berpengalaman dalam majlis2 besar kat sekolah ini... Kalau nak bertanya apa2...eh..tak..nak mintak teks ke apa..boleh la...sebab saya tukang edit2 teks pengacara..hehe... ;p


Sejujurnya sangat takot+gabra la jugak berada disampingnya...sudah maklum dikalangan rakan2 guru bagaimana sikap dan tindak tanduknya kalau kita membuat silap. Tapi sikap saya tak berubah...macam mana pun anggapan dan cakap2 orang..saya tetap saya selagi kesalahan saya masih belum melanggar batas2 yang sepatutnya. Saya sudah mencuba yang terbaik melaksanakan tanggungjawab saya.


Sebenarnya saya sangat2 kurang sihat pagi sabtu itu.... ;(


************************


Tuesday, June 14, 2011

Kegilaan...




Secara tak sengaja sebenarnya saya membeli buku ini. Seboleh-bolehnya saya cuba mengelak dari memasukki mana-mana kedai buku untuk beberapa bulan bermula bulan lepas...

Apakan daya sudah berjanji maka terpaksa la menunaikan...berjanji dengan mak nak carikan buku jahitan langsir...menjajau juga cari kat kedai2 biasa...kat kedai buku lama2...sampaikan masa bercuti ke perak..sementara tunggu tren kat KL Sentral..kat Pasar Seni..saya masuk kedai2 buku yang da agak uzur....

Malangnya...tak jumpa2 juga...kuatkan semangat juga menjejakkan kaki ke Popular..sememangnya saya tahu kat Popular memang ada buku jahitan langsir...ada 3 siri lagi..tapi ambik siri 2 sebab jenis jahitan yang saya nak tunjuk kat mak ada dalam siri 2...

Kenapa saya mengelak2 masuk ke Popular?? Sebabnya...saya dah banyak sangat beli buku..tapi asyik 'pending' untuk membacanya...

Masa berjalan2 dengan anak buah di BpMall...singgah la ke Popular jap...dengan tujuan dalam kepala....cari buku jahitan langsir sahaja...ingat2..jangan tergoda...apakan daya...Popular selalu buat promosi untuk member card telah meruntuhkan tembok kekuatan saya... Teruja betul bila buku yang saya dah lama sangat cari ada kat sini...mana taknya...siap ada 20% for member... Pulak tu dalam bahasa Melayu.... Al-maklumlah..membaca novel2/buku2 bahasa penjajah ni....membenjatkan sistem2 otak saya... Bila diterbitkan dalam bahasa...maka saya tak boleh tak boleh kata TIDAK...jadiknya MESTI beli.... :D



Kegilaan melanda lagi...bila saya dah sangat2 boring menjelajah shopping complex KluangMall, kebetulan first-time adik saya ke KluangMall...jadik bawa la dia merayap semua sudut dan inci setiap kedai....hehe, so....entah tarikan magnet apakah yang menarik saya masuk ke Popular...huuu~

Kali ini bukan promosi untuk buku2 terpilih...tapi semua novel dan buku2 apatah...semuanya 20% for members.....sudah terkelu saya jadiknya...terenjat jugak la...baru je beli buku tak sampai sebulan...ni nak rembat lagi...adoi adoi...sakit pankreas jugak ni...

Tak boleh kata TIDAK....sebabnya..buku sutera bidadari ni buku terbaru dari Ramlee...dan buku semangat hutan ni...susah dah nak cari...saya pulak sedang process mengumpulkan koleksi buku2 Ramlee Awang Murshid....tak boleh kata tidak...jawapannya MESTI dapatkan segera sementara sedang promosi 20% ni kan.... :)


******************************

Impian saya suatu hari nanti nak wujudkan perpustakaan kat rumah sendiri...hehe ;p





Hari ini selasa.
Sama macam semalam..mood sangat mengantuk. Tapi malam tadi da masuk tidur agak awal... Tapi entah mana silapnya...asyik nak menguap...huhu...
Mungkin juga suasana awal pagi yang redup...angin sempoi2...tenang dan....mendung sebenarnya...


Monday, June 13, 2011

Kembali ke sekolah...


Hari ini isnin.
Hari pertama persekolahan penggal kedua. Dalam hati dah rasa menakutkan sebabnya...kerja2 sebelum cuti yang banyak 'pending'nya...
Awal2 selepas perhimpunan da bertempel 3 kerja yang perlu dibereskan...
1- Markah pertengahan 1/2 tahun sebelum rabu.
2- Fail Guru yang besar kena hantar ke Ketua Bidang.
3- Headcount

Perkara kedua selamat saya siapkan dengan sepantas kilat hari ini...rasanya semua dah complete, tinggal tunggu arahan bila hantar (nak hantar lambat, supaya tak nampak terlalu rajin...hehe)

Tapi bukan tiga perkara di atas yang meresahkan saya...sebab ada perkara yang paling utama yang menakutkan...adalah....fail pengurusan kurikulum untuk dihantar dan dinilai....huhu~

Entah bila la kesempatan masa untuk menyiapkan tugas2 ini..sebelum kena 'marah'..huhu...takut la kena marah... =.=





Sunday, June 12, 2011

Cuti ooo cuti..cepatnya berakhir.... (Part 4)




Trip Keempat.
Sambungan cerita pendek pada part 3... Itu dia kami bermain basikal bot (entah apa namanya..main bagi je)..di Ainul beria-ria nak main benda ni..kami melayankan je..tengok la..sampai dia sendiri nak main pedal boat..nak kayuh sendiri..jadiknya makude relax je la...haha


Penat sangat2 da waktu ni..rasa nak cancel je...sebab pagi tu gerak balik batu pahat jam 7setengah sampai...pastu jam 10 pagi gerak ke JB...tinggalkan mereka kat Zoo..saya g cari AM-Bank...abang ipar suh bank-in duit kereta...menjajau mencari..last2 balik Permas jugak...senang..abih cerita daa....


Sebenarnya...pagi2 sampai umah..ayah saya dah menunggu depan pintu...senyum2...pelik juga...pastu ayah saya kata...'mak ko tak tido malam..menangis ingatkan ko tak balik2'....laa....sampai gitu ke...hoho...

Penat2 sangat..mana taknya..jam 12 malam baru sampai...tapi bgtau mak jam 9malam..ingatkan nak balik terus malam2 ke BP...tak jadik sebab letih dan hujan sepanjang jalan...

Along+angah pesan....lainkali jangan buat lagi...
Iye...BAIK~


*********************************




Cuti ooo cuti..cepatnya berakhir.... (Part 1)



Trip Pertama.
Bermula dengan trip perjalanan percuma ke Tanjung Malim. Law
atan yang benar2 ilmiah dan betul2 takda kaitan dengan minat saya. Ada sedikit. Suka tengok lukisan2 yang dihasilkan oleh Prof. Zukifli dan anak2 buahnya. Kali pertama melihat karya2 besar dan hebat2..

Saya suka melukis...tapi kurang pendedahan, bukan kur
ang...tapi meninggalkan terus dunia lukis2 apabila 'me
menuhi' permintaan mak+ayah untuk menjadi seorang guru... Jadik guru pun skill melukis ta
k saya tinggalkan..sebab tiap kali nota2 dalam buku teks ade gamba2...saya akan paksa anak murid saya lukis cantik2..seperti mana saya dapat lukis
dengan baik kat papan putih..hehe ;p

Perjalanan kami menaiki kereta api dan LRT sepenuhnya...Tanjung Malim-KLCC (galeri seni)..melihat hasil karya pengiat IPTA diseluruh Malaysia.....tak lupa juga ke Pasar Seni mencari cenderamata pula.....bermalam di dalam kereta api pulang ke Permas Jaya pagi 29hb mei.

Cuti ooo cuti..cepatnya berakhir....(Part 2)


Trip Kedua.
Malam 29hb mei. Kami bergerak ke JB sentral...fuh memang pena
t..dan kena bersedia untuk bawa trip rombongan kedua ke Perak lagi. Tapi kali ni ke Kuala Kangsar.

Lawatan kali ni separuh ilmiah...perjalanan yang sama menaiki kereta api dan dijemput dengan bas apabila selamat sampai ke Perak... Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik..sebab trip yang kedua ini membawa pelajar yang masih bud
ak2...semua pandai jaga diri.

Langkah awal kami ke New Castle..istana lama ya
ng pemandangannya sangat cantik...banyak betul sudut2 dalam istana yang kami terjah...pusing2 dalam istana tu betul2 teruja..sebabnya ada sahaja sudut2 yang tersembunyi pintu2 bilik yang tak sangka akan membawa kami ke bahagian lain istana tersebut...




Kemudian...kami ke Gua Tempurung...penat juga menaiki anak2 tangga..lenguh/mengigil kaki bila menghabiskan perjalanan kami di dalam Gua Tempurung...mungkin kami tak 'warming-up' dulu sebelum naik tadi kot.. Rupa2nya ada pakej yang lebih mencabar kat gua ni...sebab ada dua laluan...yang kami ambil 'dry' ada laluan lain iaitu 'wet'...dan masa diambil lagi lama 3-4jam...haha....45minit pun kami da pancit.... ;p

Seterusnya...kami ke Kampung Paya Lintah melawat, melihat dan mencuba membuat Labu Sayong...wah betul2 bertuah sebab dapat hadiah cabutan bertuah...walaupun hasil Labu Sayong saya sangat 'hodoh'....saya dapat hadiah cabutan bertuah yang lebih besar...hihi :D



Bermalam di hostel SMK Dato Burhanuddin...membuang masa ke Taiping Central...mencuba aksi Roller Blade...hikhik...berpuluh2 kali jatuh...dua malam berturut main benda alah ni...dalam hati da terasa...confirm balik ni kena urut satu badan...haha ;p

Hari kedua lagi seronok...bergerak ke Zoo Taiping..sebelum
tu ke Memorial Park pejuang2 apatah ek...tak ambik 'port' la benda ni...haha...sebab dalam kepala dah terfikirkan zoo aja...hihi...bagi makan rusa...unta..ikan...seronok2...dapat cenderamata free dari fasilitator Zoo Taiping...lalalala...(ada orang janji nak bagi topi free...urm...)
Habis berapa kali tah pusing zoo ni...naik tren dua kali..jalan2 bagi makan banyak kali..almaklumlah..datang pepagi buta...semua haiwan baru nak bagi makan...hihi ;p



Seterusnya...bergerak ke Bukit Merah Lake Town Resot....dalam ni
ada Orang Utan Island...tapi sebenarnya takda apa pun kat island ni...baik habiskan masa kat waterpark je... Sebenar2nya...saya tak berminat mandi manda kat water park ni..sebab airnya dan bercampur2...dalam kepala pun da fikir...demam la gamaknya....tapi layankan saja..cukup la sekali ni je...

Esoknya..pagi 1hb bergerak balik ke Permas Jaya...hoho....badan penat..letih...lenguh2 nak demam daa...memang dua-tiga hari lepak je atas tilam...sebelum tu sempat layankan anak buah jalan2 kat BP Mall...

Cuti ooo cuti..cepatnya berakhir.... (Part 3)


Trip Ketiga.
Menaiki bas ke Sunway Lagoon-Genting Highlands-Zoo Negara.
Dalam lawatan kali ni..takde langsung yang ilmiah..semuanya seronok2...pelajar cina trip bersama dua cikgu cina..kami ni sekadar memenuhi syarat mereka untuk membuat lawatan...apa pun kami seronok perjalanan 'percuma' ini..hihi..


Dua tempat yang saya suka...Wildlife Park dan Zoo Negara...sebabnya ada banyak haiwan2...lalala..seronok pegang ular...kelakar tengok muka doy yang takot ular...hihi...
Tapi sayang...tak sempat menghabiskan tawaf kat zoo...sebabnya hujan telah turun...huhu~
Rasanya kena pergi lagi ni... Setakat ni....Zoo Negara paling best diantara zoo2 yang pernah saya lawat...sebabnya...banyak haiwan yang pelik2 ada kat sini...ikan2 besar2...dalam akuarium...ade penguin.....memang seronok...lainkali buat trip masuk Zoo Negara awal2 pagi masa dia baru bukak pagar...baru puas..sebab zoo ni tutup jam 5 pentang...


Trip Keempat.
Ini bukan lawatan sekolah..ini diluar tugas kerja...tapi membawa anak buah, famili along sekeluarga, mak dan adik ke Zoo Johor... Walaupun kecik dan dekat..tetap rasa seronok tengok2 haiwan kat sini...hihi...


Trip seterusnya??
Sudah ada dalam kepala...tapi perancangannya tak tahu bagaimana...sebabnya salah sendiri pandai2 plan...last2..kena marah pula..erm..harap2 plan ni berjalan dengan baik...selamat pergi dan balik...