Monday, June 13, 2011

Kembali ke sekolah...


Hari ini isnin.
Hari pertama persekolahan penggal kedua. Dalam hati dah rasa menakutkan sebabnya...kerja2 sebelum cuti yang banyak 'pending'nya...
Awal2 selepas perhimpunan da bertempel 3 kerja yang perlu dibereskan...
1- Markah pertengahan 1/2 tahun sebelum rabu.
2- Fail Guru yang besar kena hantar ke Ketua Bidang.
3- Headcount

Perkara kedua selamat saya siapkan dengan sepantas kilat hari ini...rasanya semua dah complete, tinggal tunggu arahan bila hantar (nak hantar lambat, supaya tak nampak terlalu rajin...hehe)

Tapi bukan tiga perkara di atas yang meresahkan saya...sebab ada perkara yang paling utama yang menakutkan...adalah....fail pengurusan kurikulum untuk dihantar dan dinilai....huhu~

Entah bila la kesempatan masa untuk menyiapkan tugas2 ini..sebelum kena 'marah'..huhu...takut la kena marah... =.=





No comments: