Tuesday, June 14, 2011

Kegilaan...




Secara tak sengaja sebenarnya saya membeli buku ini. Seboleh-bolehnya saya cuba mengelak dari memasukki mana-mana kedai buku untuk beberapa bulan bermula bulan lepas...

Apakan daya sudah berjanji maka terpaksa la menunaikan...berjanji dengan mak nak carikan buku jahitan langsir...menjajau juga cari kat kedai2 biasa...kat kedai buku lama2...sampaikan masa bercuti ke perak..sementara tunggu tren kat KL Sentral..kat Pasar Seni..saya masuk kedai2 buku yang da agak uzur....

Malangnya...tak jumpa2 juga...kuatkan semangat juga menjejakkan kaki ke Popular..sememangnya saya tahu kat Popular memang ada buku jahitan langsir...ada 3 siri lagi..tapi ambik siri 2 sebab jenis jahitan yang saya nak tunjuk kat mak ada dalam siri 2...

Kenapa saya mengelak2 masuk ke Popular?? Sebabnya...saya dah banyak sangat beli buku..tapi asyik 'pending' untuk membacanya...

Masa berjalan2 dengan anak buah di BpMall...singgah la ke Popular jap...dengan tujuan dalam kepala....cari buku jahitan langsir sahaja...ingat2..jangan tergoda...apakan daya...Popular selalu buat promosi untuk member card telah meruntuhkan tembok kekuatan saya... Teruja betul bila buku yang saya dah lama sangat cari ada kat sini...mana taknya...siap ada 20% for member... Pulak tu dalam bahasa Melayu.... Al-maklumlah..membaca novel2/buku2 bahasa penjajah ni....membenjatkan sistem2 otak saya... Bila diterbitkan dalam bahasa...maka saya tak boleh tak boleh kata TIDAK...jadiknya MESTI beli.... :D



Kegilaan melanda lagi...bila saya dah sangat2 boring menjelajah shopping complex KluangMall, kebetulan first-time adik saya ke KluangMall...jadik bawa la dia merayap semua sudut dan inci setiap kedai....hehe, so....entah tarikan magnet apakah yang menarik saya masuk ke Popular...huuu~

Kali ini bukan promosi untuk buku2 terpilih...tapi semua novel dan buku2 apatah...semuanya 20% for members.....sudah terkelu saya jadiknya...terenjat jugak la...baru je beli buku tak sampai sebulan...ni nak rembat lagi...adoi adoi...sakit pankreas jugak ni...

Tak boleh kata TIDAK....sebabnya..buku sutera bidadari ni buku terbaru dari Ramlee...dan buku semangat hutan ni...susah dah nak cari...saya pulak sedang process mengumpulkan koleksi buku2 Ramlee Awang Murshid....tak boleh kata tidak...jawapannya MESTI dapatkan segera sementara sedang promosi 20% ni kan.... :)


******************************

Impian saya suatu hari nanti nak wujudkan perpustakaan kat rumah sendiri...hehe ;p



No comments: